Wednesday, September 19, 2007

Ramadhan Ke7

Assalammualaikum,


"Masjid di Jalan Gombak"


Dari 'Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. pernah menciumnya dan sama tidur dengan dia, pada hal dia puasa. Dan beliau adalah orang yang paling sanggup menguasai nafsu berahinya.


Dari 'Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. pernah mendapati fajar dalam bulan Ramadhan dalam keadaan junub bukan bermimpi, lalu beliau mandi dan terus puasa.


Wallahua'lam.

6 comments:

NBK466 said...

Wah...banyak koleksi gambar Mesjid2. Kejap dah seminggu pose ekkk...pantas bebenor...

13may said...

kejap ajer masa berlalu... :)

tokasid said...

Salam pak zabs:

Memang benar ttg hadith bercumbu tu. Ada sebuah hadith lain yang berkaitan masaalah tersebut.
Pernah ada 2 orang sahabat bertanya tentang perkara yg sama iaitu mencium dan bercumbu dengan isteri ketika berpuasa. soalan di tanya bukan pada masa yg sama tetapi berselang masa sedikit. Kepada sahabat yang pertama Nabi saw katakan BOLEH bercumbu. Kepada sahabat kedua Nabi saw katakan TIDAK BOLEH.

Sahabat2 yg lain jadi hairan kerana dua jawaban yg bertentangan terhadap soalan yg sama.
Penanya pertama adalah seorang tua Nabi saw izinkan dia mencium dan ringan-ringan kerana nabi saw tahu dia boleh kawal nafsunya.
Penanya kedua pula seorang yang masih muda( bateri kuat lagi),Nabi saw larang kerana org muda pasti sukar mengawal nafsu malah akan melakukan jimak adalah tinggi percentage nya.

Moral of the hadith: Kalau agak-agak kita boleh kawal nafsu boleh lah dan cumbu sikit dgn isteri. kalau tidak lebih baik jangan, melainkan kalau kita rasa kita ni mampu nak puasa direct non-stop selama dua bulan! kalau boleh sabar, tunggulah selepas dah buka puasa, buat lah apa yg patut.

Hadith kedua:
Tidak batal puasa jika kita dalam keadaan berjunub( sebelum terbit fajar). Cuma kalau dalam keadaan junub macamana nak solat subuh kan? Jadi lepas sahur boleh mandi junub( boleh pergi berjamaah subuh di masjid atau surau). Atau boleh tunggu bila subuh dah masuk baru mandi junub.Yang penting kena mandi sebelum abis waktu subuh.
Pengajaran hadith:
Boleh berjimak di bulan Ramadhan tetapi waktu amalm lah. Tidak boleh di siang hari berpuasa. Juga jika kita dalam keadaan berjunub kita masih boleh berpuasa kerana dalam keadaan junub bukan antara perkara yg batalkan puasa.

Mak Su said...

Islam itu sebenarnya mudah... kita kena fahami aje, tapi tak leh ambik mudah, kan?

alan zed said...

jangan x sompek mandi, sudah. :)

Zabs said...

Salam TA,
Terima kasih atas penerangan yang sungguh jelas. Fajar di sini, mungkin fajar siddik tanda masuknya fardu subuh. Jadi baru masuk fardu subuh, Baginda terjaga agaknya,beliau mandi dan solat subuh, juga meneruskan puasa. Wallahua'lam.