Wednesday, December 09, 2009

Yang Murah Tak Semestinya Baik

Tender untuk satu perkhidmatan yang diperlukan oleh satu Jabatan Kerajaan baru sahaja di tutup.

Maklumat tidak rasmi mendapati harga yang ditawarkan oleh kontaktor-kontraktor yang berminat adalah antara 3.5m ke 20m.

Bajet yang diperuntukan ialah 5m.

Anggaran kos berpatutan untuk perkhidmatan yang perlu dilakukan itu ialah sekitar 6.5m.

Dijangkakan kontraktor yang menawarkan harga terendah (3.5m) akan diberi projek tersebut.

Persoalannya.....

1. Kenapa perkhidmatan yang diperlukan melebihi dari bajet yang ada.

2. Harga yang rendah bermakna mutu yang rendah atau perkhidmatan yang diberi tidak akan lengkap.

3. Jurang perbezaan yang tinggi pada harga yang ditawarkan oleh para kontraktor mungkin menunjuk kepada skop yang tidak difahami secukupnya oleh pihak kontaktor.

Wallahua'lam.

Friday, August 07, 2009

Anugerah

Seorang bekas ketua kampong dan seorang ketua kampong yang sedang berkhidmat, telah mendapat anugerah tertinggi sebuah negeri atas jasa bakti yang telah mereka semai.

Untuk turut menyatakan rasa gembira di atas anugerah tersebut, persatuan yang dinaungi oleh Ketua Kampong tersebut telah menganjurkan satu majlis makan malam yang gilang gemilang untuk mereka berdua.

Ahli2 persatuan dijemput membeli meja untuk membiayai majlis tersebut. Tentunya ahli2 persatuan tersebut merasa amat bangga dengan kejayaan kedua-dua kenamaan tersebut dan rela berbelanja untuk mereka.

Tetapi di sebalik kegembiraan tersebut, mungkin ada terdetik di hati beberapa orang dari ahli persatuan tersebut, kenapa tidak kedua-dua tokoh itu yang mengadakan majlis kesyukuran atas kurniaan tersebut dan menjamu mereka sebaliknya.

Sebelum ini pun belum pernah mereka mengadakan apa majlis kesyukuran di atas segala nikmat2 yang telah mereka nikmati sehingga kini. Wallahua'lam.

Friday, July 03, 2009

Pengaruh Iklan

Pengaruh iklan adalah sangat besar dalam kehidupan kita hari ini. Di zaman teknologi canggih dewasa ini, semua orang boleh mengiklankan apa sahaja yang ingin diijual dan semestinya bukan anak2 kecil sahaja yang akan terpengaruh malahan anak2 dewasa juga.

Oleh kerana keberkesannya, tidak hairanlah jika kita dapati terlalu banyak iklan yang berlebih-lebihan dalam memberitahu kebaikan produk yang mereka ingin jual di media massa sepanjang masa.

Antara iklan yang selalu kita lihat....

Ada sejenis minuman yang jika diamalkan boleh menghilangkan segala angin di dalam badan, menghilangkan sembelit dan turut menyahkan bau kurang enak dari badan orang tersebut.

Ada satu keluarga pula mengiklankan, bahawa meeka telah berjaya menjadi senang-lenang dengan hanya menjual sejenis alat penapis air untuk minuman.

Ada pula produk kecantikan yang boleh menjadikan wajah seseorang wanita putih melepak dengan memakainya selama 4 minggu sahaja.

Dan tentunya banyak lagi barangan yang diklankan itu yang hanya indah khabar dari rupa sahaja. Tentunya kita tertanya2 tiadakah pemantauan dan sesuatu dilakukan untuk menentukan apa yang didakwa kebaikan barangan tersebut adalah benar belaka, agar tiada penipuan berlaku.

Tetapi apa yang pasti, iklan ini tidak atau kurang berkesan.....



Walaupun kotak2 rokok ini telah dihiasi dengan gambar2 segala jenis penyakit yang berkaitan dengan rokok, para perokok tegar masih lagi tidak henti membelinya. Malahan ada pula usahawan yang kreatif menjual pula bekas2 rokok yang tiada gambar-gambar tersebut, sebagai gantian, dan mendapat sambutan baik pula. Wallahua'lam.

Monday, June 29, 2009

Kenangan Di Pangkor

Baru-baru ini saya berkesempatan ke Pulau Pangkor setelah hampir 20 tahun tidak ke sana kerana kali terakhir menjejak kaki di sana sekitar tahun 1990, semasa kali terakhir bertugas di Lumut.

Mulanya agak risau tidak tahu hendak meletak kereta kerana akan bermalam di Pulau tersebut. Tetapi semuanya terjawab apabila tiba di Lumut. Medan letak kereta yang tersergam seperti di gambar boleh menampong semua kenderaan yang datang ke sana.

Laluan pejalan kaki menuju ke jeti feri juga amat cantik sekali.

Salah sebuah feri yang digunakan untuk ke Pulau Pangkor dari pangkalan jeti di Lumut. Di belakang feri itu kelihatan juga beberapa kapal TLDM yang sedang berlabuh.

Samasa di sana kami menyewa sebuah van "berpemandu" untuk membuat lawatan ke sekitar pulau tersebut.

Membeli cenderahati adalah satu kemestian, tetapi tidaklah behabisan untuknya, rengan2 sahaja.

Satu tarikan lagi ialah melawat kilang membuat satay ikan dan lain-lain makanan rengan yang diperbuat dari sumber lautan.

Terdapat juga perusahaan membuat bot ikan laut dalam di sini. Hasilnya ada yang ditempah oleh negara luar seperti Singapura dan Thailand.

Salah sebuat bot yang telah siap dibena menunggu untuk di pandu-uji. Ia berharga sekitar 1.2 juta khabarnya.

Di sini juga terdapat sebuah kubu peninggalan Belanda yang dibena sekitar tahun 1670.

Pemandangan dari kubu tersebut memandang ke Laut, dan di belakang tu, Daerah Manjung.

Nampak cantik dan berciri tradisional Korporat Villa, Mes Pegawai Kanan PDRM ini. Jauh di Pulau Pangkor ia didirikan. Menarik.

Di bawah ini pula antara beberapa banglo yang terbiar. Tiada penghuni sejak ia siap dibina, ceritanya.

Satu lagi yang agak kurang menarik untuk diketahui ialah jeti baru Jabatan Laut ini yang masih tidak digunakan, mungkin kurang sesuai agaknya. Jeti lama jabatan itu masih menjadi tumpuan

Bot ini antara bot-bot yang boleh disewa untuk kegunaan di sana.

Beberapa bot lagi yang setia mnunggu untuk digunakan.

Seronok memancing sendirian abang ni. Di hari minggu yang syahdu sendirian begitu pula dia.....aduhaai. Mencari ketenangan agaknya.

Gambar-gambar yang dimuatturun sebagai kenangan lawatan 2 hari 1 malam ke Pulau Pangkor, tempat kelahiran MB Perak yang ada sekarang.... Wallahua'lam.

Wednesday, June 17, 2009

Lost World of Tambun In Pictures











Bukan untuk tujuan promosi (takda untung pun), tetapi cuma nak pamerkan sedikit dari puluhan gambar yang telah diambil semasa di sana.

Tuesday, June 09, 2009

Perkahwinan Lagi

Hujung Mei dan awal Jun lalu adalah satu jangka masa yang agak sibuk kerana banyak urusan keluarga dan pejabat yang harus dilakukan. Salah satu darinya ialah urusan keluarga di Kelantan, lebih tepat lagi di Pasir Mas.

Ia bermula dengan ketibaan rombongan kami di KB pada 4hb. Saudara terdekat seramai lebih 30 orang, datang untuk memeriahkan majlis. Ada yang berkereta, dengan bas, keretapi dan penerbangan.

Acara pertama, majlis akad nikah di masjid berhampiran rumah pengantin perempuan. Ia dilakukan dengan sempurna, selepas solat Jumaat pada 5hb Jun.

Lima pengantin baru dinikahkan pada masa tersebut. Tiga lagi dinikahkan pada petangnya, selepas solat Asar dan ramai lagi pada malamnya. Musim perkahwinan di mana2, sempena cuti sekolah sekarang.

Pegantin baru ceria selepas selesai akad nikah di lansungkan.

Sebahagian saudara mara yang hadir pada hari pernikahan itu di sabelah bas yang membawa mereka ke rumah pengantin perempuan.

Ceria bergambar di hadapan pelamin.

Pada 6hb Jun, diadakan pula Majlis Kesyukuran di rumah pengantin perempuan. Ada jugalah bersanding di pelamin untuk keluarga2 terdekat.

Pengantin bersama keluarga seblah pengantin perempuan.

Selamat Pengantin Baru kepada anakanada Mohd Azlan dan pasangannya Roshaida. Semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat. Inyaallah.

Tuesday, May 19, 2009

Sejenak Menyepi...

Kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke sini, harap maaf kerana tidak berkesempatan menulis buat masa ini. Namun begitu anda boleh dapat sedikit informasi DI SINI.

Thursday, May 14, 2009

Sesuka Hati...

Sedih rasanya apabila kita perhatikan, ramai dari rakyat negara kita ini lebih suka berbuat perkara2 yang menyukakan hati mereka sahaja. Kesusahan atau gangguan yang mereka timbulkan kepada orang lain dilihat seperti tiada di dalam kamus hidup mereka.

Jika tidak tentulah tidak ada orang membuang sampah merata2.




Puntung rokok ditinggal di tangga.





Kotak rokok di buang dari kereta ke jalan raya.




Penutup longkang dilarikannya. Yang ini tak sempat dipecahkan, untuk diambil besinya, kerana besi sudah tidak berharga.




Kereta tidak akan di letak seperti ini, walaupun petaknya sudah disedia.



Tidak akan ada tandas yang tersumbat dengan tuala2 (kecil), sinki pecah tiga, tandas tidak di "flush" dan disumbat bermacam benda.

Banyak lagi yang boleh dicontohkan juga, tetapi memadai untuk kita beri sedikit perhatian kepada yang peka. Wallahua'lam.

Monday, May 11, 2009

Sedia Memperbetul Diri

Kita selalu mendengar Ustaz/Ustazah mengingatkan: "Siapa yang hari ini lebih buruk dari semalam, mereka termasuk orang yang celaka, siapa yang hari ini sama dengan semalam, mereka termasuk orang yang rugi dan siapa yang hari ini lebih baik dari semalam, mereka termasuk orang yang beruntung."

Tentunya kita tidak mahu menjadi orang yang rugi, apatah lagi menjadi orang yang celaka. Semoga dijauhkan kita olehNya, dari segala keburukan tersebut. InsyaAllah.

Apa yang dimaksudkan di sini tentunya tentang amal perbuatan kita setiap hari. Samaada semua amalan yang kita lakukan sebelum ini, menepati segala ajaran Islam dan boleh dipertingkatkan lagi, atau telah jauh menyimpang dari ajaran yang sebenarnya dan perlu bertaubat dan berubah. (Saya menulis ini untuk mengingatkan diri sendiri dan semua yang mahu diberi peringtan).

Dengan melakukan perubahan/pembetulan tersebut, ia tentunya akan membawa kebaikan kepada diri kita juga. Tiada orang lain yang untung atau rugi dari tindakan kita itu. Tentunya kita sendiri yang akan menerima hasil dari perbuatan tersebut.

Kata-kata di atas juga boleh digunapakai di alam pembelajaran dan kerjaya kita. Jika dedikasi anda semakin meningkat setiap dari, tentunya kejayaan juga yang akan perolehi, tidak kira dalam apa juga bidang yang diceburi.

Buatlah sedikit perubahan yang baik, setiap hari, dan tentunya dalam sedikit masa sahaja, ia akan menjadi satu perubahan yang signifikan untuk dirasai. InsyaAllah.

Sunday, May 10, 2009

Seperti Ibunya...

Selalunya saya hanya menulis tentang anak bongsu saya sahaja di blog ini, kerana buat masa ini,hanya dia seorang sahaja yang masih tinggal secara tetap bersama kami sekarang. Nasib baik juga dia tidak berminat untuk ke asrama, selepas UPSR tempuh hari.

Sebenarnya saya ada empat lagi hero dan seorang heroin, tetapi semua telah dewasa dan ada yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Gambar ini diambil sekitar pertengahan tahun '90an, di satu tempat perkelahan di Gombak, Taman Mimaland.

Tempat ini mungkin sudah tidak ada lagi sekarang, dan mungkin juga ada sebahagian dari anda yang masih muda, tidak pernah pun mendengar namanya.

Semasa anak2 sedang membesar, saya selalu tidak berada di rumah bersama mereka, kerana sebagai seorang anggota tentera, tugasan saya selalu membawa saya berada di luar kawasan (di tengah laut sebenarya).

Pada ketika itu, isterilah yang mengambil alih tugas mendidik dan menjaga anak2. Walaupun bekerja sepenuh masa, beliau telah berjaya dalam memberikan sepenuh kasih sayang, penjagaan yang secukupnya dan pendidikan yang sempurna kepada anak2.


Malah semasa membawa keluarga tinggal di NZ, ketika saya bertugas sebagai pegawai pertukaran dengan tentera laut NZ, saya juga perlu bertugas di laut. Isteri, yang bercuti tanpa gaji mengikuti saya ketika itu, tinggal bersendirian menjaga anak2.

Ketika bertugas di Lumut pada satu ketika, isteri dan anak2 tinggal menyewa di Teluk Intan, kerana isteri bekerja di sana. Tidak ada tempat yang sesuai untuk bertugas di lumut. Sebagai ibu yang baik ( terlalu baik bagi saya) beliau pasrah dengan tangungjawab yang berganda itu.

Semasa saya belajar di Wales pada tahun 95-97, beliau sekali lagi bercuti tanpa gaji, mengikut saya. Semasa di sana, atas sebab, saraan hidup yang tinggi di UK pada masa itu, beliau turut bekerja untuk menampong perbelanjaan tambahan yang diperlukan di sana.

Kini setelah semua anak2 menjejak ke IPTA/IPTS, kecuali yang bongsu, beliau sendiri pula yang akan meneruskan pembelajaannya.

Satelah menangguhkan hasratnya itu sejak sekian lama, kerana tanggungjawab kepada suami dan anak2, beliau dengan rela mendahulukan mereka, tanpa merasa rugi, malah merasa bangga kerana tugas yang telah disempurnakan sebaiknya.

Semoga anak-anak perempuan saya menjadikan ibunya sebagai contoh untuk diteladani dan anak-anak lelaki saya mendapat pasangan yang mempunyai ciri-ciri seperti ibu mertua mereka. InsyaAllah.

Kini satelah bergelar NekMa, kepada dua cucu laki-laki, beliau akan memulakan sesi pembelajarannya untuk mendapatkan kelulusan Sarjana Muda di dalam bidang yang di minatinya, Kejururawatan, pada pertengahan bulan ini.

Selamat maju jaya didoakan kepada isteri tersayang, semoga berjaya mencapai cita2nya itu. Kini tibalah masa untuk saya dan anak2 pula memberikan sokongan moral secukupnya kepada beliau untuk mencapai cita-citanya yang telah lama tertunda itu. InsyaAllah.

"SELAMAT HARI IBU"

Thursday, May 07, 2009

Seronok Bekerja...

Saya tealah bersara secara pilihan, sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu, setelah hampir 26 tahun berkhidmat di dalam TLDM. Tetapi sehingga sekarang saya masih bekerja sepenuh masa, dalam bidang yang sama tetapi di tempat yang lain.

Sebenarnya saya tidak merasakan ia satu tekanan untuk terus bekerja, malah saya bersyukur kerana masih sihat dan boleh bekerja, Alhamdulillah. Bidang yang saya usahakan ini juga ada lah sesuatu yang saya minati dan telah sebati dengan diri saya sejak lebih 30 tahun lalu.

Walaupun semasa mula bekerja dahulu, saya tidak terfikir untuk menceburi bidang ini, tetapi, ia terdorong kepada saya dengan secara tidak langsung. Saya terima ia sebagai satu perancanganNya untuk saya.

Saya bersyukur kerana telah memilih untuk mengembangkan kerjaya saya dalam bidang tersebut, kerana kini saya boleh terus bekerja, tanpa memikirkan untuk bersara, selagi saya mampu, tambahan pula syarikat ini adalah usaha saya sendiri.

Terdapat beberapa rakan yang tinggal di taman perumahan kami, yang telah bersara dan tidak berminat untuk bekerja semula. Tetapi ada juga beberapa orang lagi, yang telah bekerja semula setelah beberapa bulan duduk di rumah. Mungkin bosan agaknya, tidak ada aktiviti yang memberangsangkan...hahaha.

Bagi saya pula, saya akan terus bekerja, selagi diberi kesihatan yang baik. InsyAllah. Minat kepada bidang yang saya lakukan ini, mungkin menjadi salah satu sebab yang membuatkan saya terus seronok bekerja. Wallahu'lam.

Wednesday, May 06, 2009

Suntikan Semangat...

Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT), telah ditubuhkan pada tahun 2005 yang antara tujuan penubuhannya adalah untuk menjana kecemerlangan ilmu di kalangan murid2 sekolah. Sejak 2005 YPT telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang, kepada murid2 cemerlang dari sekolah2 angkatnya yang terdiri dari lebih 40 buah sekolah terutamanya di sekitar kawasan parlimen Tititwangsa, dan Kuala Lumpur.

Pada tahun ini ia telah diadakan pada hari ini seperti yang tergambar di poster di atas.

Bertempat di stadium ini, ia boleh menampong lebih 740 penerimanya, tidak termasuk ibu bapa, yang sebahagian besarnya telah turut hadir untuk turut memberi semangat.

Ketibaan Timbalan Menteri WP, yang dijemput untuk merasmikan acara.


Beberapa acara menarik telah diadakan untuk menyerikan majlis tersebut, termasuklah nyanyian lagu Gemilang (sesuai dengan majlis anugerah cemerlang ini agaknya), dari murid yang bersuara lantang ini.

Acara terakhir ialah penyampaian sijil dan sedikit wang sagu hati kepada murid2 cemerlang bagi peperiksan UPSR, PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2008 yang lalu. Tahniah.