Wednesday, May 06, 2015

REUNION

Setelah beberapa kali cuba untuk menulis semula di Blog ini namun sehingga semalam masih belum mendapat ide apa yang hendak di tulis. Ternyata menulis di FB lebih mudah dan tak perlu berfikir panjang dan mendapat reaksi lebih cepat. 
Sungguh tidak menjangka akan ada usaha unto menimbulkan semula minat untuk menulis di Blog ini. Mungkin ia sesuatu yang baik kerana kini menulis di FB sudah mula hilang ummph nya.
Begitu jugalah dengan beberapa "REUNION"  yang telah saya hadiri sejak beberapa bulan yang lalu juga memang tidak dijangkakan. Terutamanya dengan rakan-rakan dari Tingkatan 5 pada tahun 1969 di sekolah Undang Rembau English Secondary School.

Ya....lebih 45 tahun lalu. Walaupun ada pernah berjumpa dengan beberapa orang dari mereka pada masa lalu, namun kebanyakanya itulah pertama kali berjumpa semula selepas habis sekolah tersebut, terutamanya rakan-rakan perempuan.


Satu lagi perjumpaan ialah dengan rakan-rakan setugas di Cawangan yang sama di dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia suatu ketika dahulu. Walaupun tidaklah lama sangat tetapi ada juga yang tidak bertemu hampir 20 tahun.

Namun pertemuan-pertemuan ini tidak mungkin terjadi jika cara berkomunikasi kita masa cara lama. Whatsapp chat group banyak membantu dengan izinNYA.