Tuesday, May 19, 2009

Sejenak Menyepi...

Kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke sini, harap maaf kerana tidak berkesempatan menulis buat masa ini. Namun begitu anda boleh dapat sedikit informasi DI SINI.

Thursday, May 14, 2009

Sesuka Hati...

Sedih rasanya apabila kita perhatikan, ramai dari rakyat negara kita ini lebih suka berbuat perkara2 yang menyukakan hati mereka sahaja. Kesusahan atau gangguan yang mereka timbulkan kepada orang lain dilihat seperti tiada di dalam kamus hidup mereka.

Jika tidak tentulah tidak ada orang membuang sampah merata2.




Puntung rokok ditinggal di tangga.





Kotak rokok di buang dari kereta ke jalan raya.




Penutup longkang dilarikannya. Yang ini tak sempat dipecahkan, untuk diambil besinya, kerana besi sudah tidak berharga.




Kereta tidak akan di letak seperti ini, walaupun petaknya sudah disedia.



Tidak akan ada tandas yang tersumbat dengan tuala2 (kecil), sinki pecah tiga, tandas tidak di "flush" dan disumbat bermacam benda.

Banyak lagi yang boleh dicontohkan juga, tetapi memadai untuk kita beri sedikit perhatian kepada yang peka. Wallahua'lam.

Monday, May 11, 2009

Sedia Memperbetul Diri

Kita selalu mendengar Ustaz/Ustazah mengingatkan: "Siapa yang hari ini lebih buruk dari semalam, mereka termasuk orang yang celaka, siapa yang hari ini sama dengan semalam, mereka termasuk orang yang rugi dan siapa yang hari ini lebih baik dari semalam, mereka termasuk orang yang beruntung."

Tentunya kita tidak mahu menjadi orang yang rugi, apatah lagi menjadi orang yang celaka. Semoga dijauhkan kita olehNya, dari segala keburukan tersebut. InsyaAllah.

Apa yang dimaksudkan di sini tentunya tentang amal perbuatan kita setiap hari. Samaada semua amalan yang kita lakukan sebelum ini, menepati segala ajaran Islam dan boleh dipertingkatkan lagi, atau telah jauh menyimpang dari ajaran yang sebenarnya dan perlu bertaubat dan berubah. (Saya menulis ini untuk mengingatkan diri sendiri dan semua yang mahu diberi peringtan).

Dengan melakukan perubahan/pembetulan tersebut, ia tentunya akan membawa kebaikan kepada diri kita juga. Tiada orang lain yang untung atau rugi dari tindakan kita itu. Tentunya kita sendiri yang akan menerima hasil dari perbuatan tersebut.

Kata-kata di atas juga boleh digunapakai di alam pembelajaran dan kerjaya kita. Jika dedikasi anda semakin meningkat setiap dari, tentunya kejayaan juga yang akan perolehi, tidak kira dalam apa juga bidang yang diceburi.

Buatlah sedikit perubahan yang baik, setiap hari, dan tentunya dalam sedikit masa sahaja, ia akan menjadi satu perubahan yang signifikan untuk dirasai. InsyaAllah.

Sunday, May 10, 2009

Seperti Ibunya...

Selalunya saya hanya menulis tentang anak bongsu saya sahaja di blog ini, kerana buat masa ini,hanya dia seorang sahaja yang masih tinggal secara tetap bersama kami sekarang. Nasib baik juga dia tidak berminat untuk ke asrama, selepas UPSR tempuh hari.

Sebenarnya saya ada empat lagi hero dan seorang heroin, tetapi semua telah dewasa dan ada yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Gambar ini diambil sekitar pertengahan tahun '90an, di satu tempat perkelahan di Gombak, Taman Mimaland.

Tempat ini mungkin sudah tidak ada lagi sekarang, dan mungkin juga ada sebahagian dari anda yang masih muda, tidak pernah pun mendengar namanya.

Semasa anak2 sedang membesar, saya selalu tidak berada di rumah bersama mereka, kerana sebagai seorang anggota tentera, tugasan saya selalu membawa saya berada di luar kawasan (di tengah laut sebenarya).

Pada ketika itu, isterilah yang mengambil alih tugas mendidik dan menjaga anak2. Walaupun bekerja sepenuh masa, beliau telah berjaya dalam memberikan sepenuh kasih sayang, penjagaan yang secukupnya dan pendidikan yang sempurna kepada anak2.


Malah semasa membawa keluarga tinggal di NZ, ketika saya bertugas sebagai pegawai pertukaran dengan tentera laut NZ, saya juga perlu bertugas di laut. Isteri, yang bercuti tanpa gaji mengikuti saya ketika itu, tinggal bersendirian menjaga anak2.

Ketika bertugas di Lumut pada satu ketika, isteri dan anak2 tinggal menyewa di Teluk Intan, kerana isteri bekerja di sana. Tidak ada tempat yang sesuai untuk bertugas di lumut. Sebagai ibu yang baik ( terlalu baik bagi saya) beliau pasrah dengan tangungjawab yang berganda itu.

Semasa saya belajar di Wales pada tahun 95-97, beliau sekali lagi bercuti tanpa gaji, mengikut saya. Semasa di sana, atas sebab, saraan hidup yang tinggi di UK pada masa itu, beliau turut bekerja untuk menampong perbelanjaan tambahan yang diperlukan di sana.

Kini setelah semua anak2 menjejak ke IPTA/IPTS, kecuali yang bongsu, beliau sendiri pula yang akan meneruskan pembelajaannya.

Satelah menangguhkan hasratnya itu sejak sekian lama, kerana tanggungjawab kepada suami dan anak2, beliau dengan rela mendahulukan mereka, tanpa merasa rugi, malah merasa bangga kerana tugas yang telah disempurnakan sebaiknya.

Semoga anak-anak perempuan saya menjadikan ibunya sebagai contoh untuk diteladani dan anak-anak lelaki saya mendapat pasangan yang mempunyai ciri-ciri seperti ibu mertua mereka. InsyaAllah.

Kini satelah bergelar NekMa, kepada dua cucu laki-laki, beliau akan memulakan sesi pembelajarannya untuk mendapatkan kelulusan Sarjana Muda di dalam bidang yang di minatinya, Kejururawatan, pada pertengahan bulan ini.

Selamat maju jaya didoakan kepada isteri tersayang, semoga berjaya mencapai cita2nya itu. Kini tibalah masa untuk saya dan anak2 pula memberikan sokongan moral secukupnya kepada beliau untuk mencapai cita-citanya yang telah lama tertunda itu. InsyaAllah.

"SELAMAT HARI IBU"

Thursday, May 07, 2009

Seronok Bekerja...

Saya tealah bersara secara pilihan, sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu, setelah hampir 26 tahun berkhidmat di dalam TLDM. Tetapi sehingga sekarang saya masih bekerja sepenuh masa, dalam bidang yang sama tetapi di tempat yang lain.

Sebenarnya saya tidak merasakan ia satu tekanan untuk terus bekerja, malah saya bersyukur kerana masih sihat dan boleh bekerja, Alhamdulillah. Bidang yang saya usahakan ini juga ada lah sesuatu yang saya minati dan telah sebati dengan diri saya sejak lebih 30 tahun lalu.

Walaupun semasa mula bekerja dahulu, saya tidak terfikir untuk menceburi bidang ini, tetapi, ia terdorong kepada saya dengan secara tidak langsung. Saya terima ia sebagai satu perancanganNya untuk saya.

Saya bersyukur kerana telah memilih untuk mengembangkan kerjaya saya dalam bidang tersebut, kerana kini saya boleh terus bekerja, tanpa memikirkan untuk bersara, selagi saya mampu, tambahan pula syarikat ini adalah usaha saya sendiri.

Terdapat beberapa rakan yang tinggal di taman perumahan kami, yang telah bersara dan tidak berminat untuk bekerja semula. Tetapi ada juga beberapa orang lagi, yang telah bekerja semula setelah beberapa bulan duduk di rumah. Mungkin bosan agaknya, tidak ada aktiviti yang memberangsangkan...hahaha.

Bagi saya pula, saya akan terus bekerja, selagi diberi kesihatan yang baik. InsyAllah. Minat kepada bidang yang saya lakukan ini, mungkin menjadi salah satu sebab yang membuatkan saya terus seronok bekerja. Wallahu'lam.

Wednesday, May 06, 2009

Suntikan Semangat...

Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT), telah ditubuhkan pada tahun 2005 yang antara tujuan penubuhannya adalah untuk menjana kecemerlangan ilmu di kalangan murid2 sekolah. Sejak 2005 YPT telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang, kepada murid2 cemerlang dari sekolah2 angkatnya yang terdiri dari lebih 40 buah sekolah terutamanya di sekitar kawasan parlimen Tititwangsa, dan Kuala Lumpur.

Pada tahun ini ia telah diadakan pada hari ini seperti yang tergambar di poster di atas.

Bertempat di stadium ini, ia boleh menampong lebih 740 penerimanya, tidak termasuk ibu bapa, yang sebahagian besarnya telah turut hadir untuk turut memberi semangat.

Ketibaan Timbalan Menteri WP, yang dijemput untuk merasmikan acara.


Beberapa acara menarik telah diadakan untuk menyerikan majlis tersebut, termasuklah nyanyian lagu Gemilang (sesuai dengan majlis anugerah cemerlang ini agaknya), dari murid yang bersuara lantang ini.

Acara terakhir ialah penyampaian sijil dan sedikit wang sagu hati kepada murid2 cemerlang bagi peperiksan UPSR, PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2008 yang lalu. Tahniah.

Tuesday, May 05, 2009

Sampai Masanya...

Saya pernah menulis di sini tentang penanaman pokok cili secara fertigasi, oleh adik saya di kampong.


Setelah lebih sebulan setengah dari tarikh penanamannya, saya telah mendapat gambar ini dari beliau (tak sempat nak balik kampong untuk ambil sendiri gambarnya). Pokok2nya telah membesar dan menghijau.

Ia juga telah mula berbuah, dan tidak berapa lama lagi akan boleh dijual hasilnya. Tahniah kepada beliau kerana telah berjaya merealisasikan keinginan untuk menjadi seorang petani moden, walaupun kini baru secara kecil2an dahulu.

Jika ada rezeki beliau ingin menambah dari 1,000 pokok yang ada sekarang, kepada 5,000 pokok pada projek yang akan datang. Semoga usahanya itu memperoleh kejayaan. InsyaAllah.

Sunday, May 03, 2009

Satu Perjalanan Ke Belum...

Pada cuti hujung minggu yang panjang ini, saya telah membuat satu perjalanan yang agak jauh dalam masa dua hari pertamanya.

Ikuti perjalanaan saya secara bergambar di bawah, tak ada ide nak menulis panjang kali ini.

Perjalanan bermula sendirian dari KL menuju ke Kuala Selangor untuk mengambil seorang kawan yang akan bersama dalam perjalanan ini. Fasa pertama perjalanan membawa saya melalui kawasan di atas.

Tiba Kuala Selangor petang, dan bertemu kawan di Masjid ini,. Setelah menghantar keretanya ke rumah, kami meneruskan perjalanan dengan kereta saya ke Ipoh.

Kami tidak mengikut lebuhraya untuk ke sana. Nak mencuba jalan lama yang telah dilebarkan. Okey pada sebahagian tempat, tetapi banyak bahagian lain yang perlu dilebarkan lagi.

Kami bermalam di Bandaraya Ipoh, tetapi bukan di hotel ini. Seorang lagi kawan menunggu di sana, untuk bersama ke destinasi pada esoknya.

Se awal jam 8 pagi kami memulakan perjalanan.

Ini baru suku perjalanan ke destinasi terakhir.

Berhenti sebentar di sini untuk menghilangkan dahaga sebelum meneruskan perjalanan yang tinggal lebih kurang 40km sahaja lagi.

Akhirnya sampai di tempat yang di tuju. Tetapi bukan untuk cuti-cuti Malaysia.

Sesampai di sana kami terus bertemu dengan orang yang ingin ditemui, dan terus menaiki bot untuk ke tempat perusahaan mereka.

Bot yang di naiki meluncur laju di tasik buatan manusia ini. Jambatan ini adalah antara beberapa jambatan yang menyambungkan jalan raya dari Grik ke Kota Baharu itu.

Perjalanan hampir setengah jam itu berakhir di sini.

Pondok hijau di tepian tasik ini adalah tempat berteduh pekerja2 syarikat itu (seorang setiap pondok), yang ditugas sepenuh masa, di siang hari berada di sana.

Mereka ditugas memberi makan ikan2 peliharaan syarikat ini, mengikut masa, banyak mana dan cara mana diberikan seperti yang telah ditetapkan.

Kami dibawa ke sana untuk melihat keadaan perairan di dalam tasik tersebut dan diminta untuk memberi bantuan yang sesuai untuk operasi pengeluaran ikan tersebut ke tempat pemunggahan yang agak jauh dari situ. Selesai tinjauan kami bertolak balik ke Kuala Selangor menghantar kawan itu.

Kami sempat singgah di R&R Sg. Perak untuk minum petang. Tempat ini telah diubahsuai dan kelihatan lebih mesra pengunjung.

Kami sempat singgah untuk merakam gambar ini di Teluk Intan. Saya dan keluarga pernah tinggal menyewa disini pada tahun2 85 hingga 87.

Bandar ni akan mempunyai kompleks baru yang kini sedang dalam pembinaan. Ia dibina berhampiran satu persimpangan yang agak sibuk sebelum memasuki bandar itu dari arah Bagan Datuh.

Ketika melalui satu kawasan, saya ternampak bangunan ini dan diberitahu ianya adalah bangunan untuk burung2 datang membuat sarang dan boleh menjadikan tuan punyanya senang. Walahua'lam.

Sampai Kuala Selangor, kawan ditinggalkan untuk tugas beliau di sana. Saya seterusnya memandu balik ke KL. Harap gambar2 yang dimuat turun, menarik.

Friday, May 01, 2009

Sama Tapi Tak Serupa

Ini gambar anak perempuan saya yang pertama, ketika berumur 2 tahun lebih, diambil pada tahun '83.

Ini pula gambar anak perempuan saya yang kedua, pada umur yang hampir sama, diambil pada tahun '99.

Ramai yang berkata muka mereka nampak macam sama pada umur tersebut.

Gambar di atas diambil tahun lepas....dah tak sama dah..kan!!!