Tuesday, May 05, 2009

Sampai Masanya...

Saya pernah menulis di sini tentang penanaman pokok cili secara fertigasi, oleh adik saya di kampong.


Setelah lebih sebulan setengah dari tarikh penanamannya, saya telah mendapat gambar ini dari beliau (tak sempat nak balik kampong untuk ambil sendiri gambarnya). Pokok2nya telah membesar dan menghijau.

Ia juga telah mula berbuah, dan tidak berapa lama lagi akan boleh dijual hasilnya. Tahniah kepada beliau kerana telah berjaya merealisasikan keinginan untuk menjadi seorang petani moden, walaupun kini baru secara kecil2an dahulu.

Jika ada rezeki beliau ingin menambah dari 1,000 pokok yang ada sekarang, kepada 5,000 pokok pada projek yang akan datang. Semoga usahanya itu memperoleh kejayaan. InsyaAllah.

14 comments:

tchersally said...

Yeay..Sally sampai first!!..

ish..ish..seronoknya tgk..pokok dah membuahkan hasil..sedapnya nampak cili hijau tuuuu..masak tau choo dgn ikan tenggiri goreng sedappppnyaaa..

betul lah bila kita berbudi kpd tanah..pasti ada hasilnya..berpotensi btol penanaman cili ni kan Pak Zab..

Yunus Badawi said...

Salam Zabs. Second pun oklah.

seronok bila tanaman yg kita tanam mula menampakkan hasilnya. Pertanian sekarang merupakan perniagaan yg menguntungkan jika diusahakan secara besar2an. Semoga adik Zabs berjaya mencapai cita2.

Zabs said...

Sally: Hadiah datang first, dapat tengok buah cili lebih dulu dari orang lain....
Harapkan ia boleh dijual kepada pemborong seperti yang dijanjikan. InsyaAllah.

YB: Setuju, tetapi risiko juga agak besarlah juga, kalau dibuat secara besar-besaran.
Akan melihat dari jauh dan dekat dalam usaha2nya itu. InsyaAllah.

tchersally said...

Lawak lah YB tu..

manlaksam said...

Zabs,
Tanaman secara fertigasi ni modal nya besar kan?. Betu ke?
Saya pun berminat juga ni.
Semoga adik anda berjaya...aamin.

Zabs said...

PM: Agak mahal juga pada permulaannya.
Tetapi untuk tanaman seterusnya apabila pokok dah tua, boleh tukar pokok yang baru je...agaknyalah...itu kena tanya adik saya nanti. InsyaAllah.

Neeza Shahril said...

nak tolong petik cili boleh??
bestnya tengok hasil tanaman sendiri ni..
rasa puas kan pak zabs.. :)

jaflam said...

Slm Zabs,
Tahniah kat adik awk tu dan harap dia akan jadi petani moden yg berjaya.

Abg ipar saya tanam lada juga disekeliling rumah banglo dia, berjaya tapi nampak pelik sikit rumah dlm kebun lada heheee

sya said...

Berjasa pada tanah takkan rugi punya. Cantik sungguh cili tu.. subur

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Tahniah untuk dia.

Saya percaya hasilnya tentu cukup lumayan.

Zabs said...

Neeza: Boleh, tapi tak mampu nak bayarkan tambang untuk bawa balik ke Malaysia....haha...
Orang lain yang tanam, saya pula raSa bangga, kerana usaha dia berjaya. Alhamdulillah.

DJ: Mungkin bagi kita pelik, tetapi indah bagi dia. Kalau tanam bunga dapat bau harum je, tapi tanam cili boleh dimakan. Kalau ada lebih boleh hadiah pada jiran2.

Zabs said...

Sya: Berbuat baik (jasa) kepada apa saja, InsyaAllah tentu baik balasannya.
Orang yang menyemai tentunya yang akan menuai, tak gitu?

BP@JP: Terima kasih bagi pihak adik saya.
Baru nak mula dapat hasilnya, belum tentu lumayan, tetapi sekurang2nya, mendapat pengalaman yang amat berharga untuk meneruskan usaha yang lebih besar. InsyaAllah.

mila80 said...

bestnya...
teringin nak jadi petani moden gaks.. tapi takde tanah & masa terhad nak merealisasikan impian..
tapi, siapa tahu kan..suatu hari nanti saya berjaya.. amin.

Zabs said...

Mila: Kalau ada kemahuan InsyaAllah, akan boleh dicapai.
Adik tu dulu bersara awal dari TLDM.
Lama buat bermacam2 kerja hingga akhirnya mencuba tanaman cili seara fertigasi ini.
Baru permulaan, banyak yang perlu dilaluil lagi untuk berjya.