Wednesday, November 07, 2012

QURBAN 2012


Pada 27hb Oktober lalu, bersamaan 11 Zulhijjah 1433, adik-beradik dan emak di Rembau telah mengadakan majlis qurban di hadapan rumah keluarga di Kampong Ayer Hitam, Rembau, Negeri Sembilan.

Majlis ini buat pertama kali dilakukan secara kekeluargaaan. Biasanya mereka akan melakukannya secara beramai2 di masjid dengan membayar mengikut bahagian2 yang diqurbankan pada tahun itu.

Majlis telah berjalan lancar (walaupun terdapat sedikit kelewatan atas masalah teknikal) dengan kerjasama dari semua ahli keluarga. Di samping dapat melaksanakan ibadah qurban ini, ia juga dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargan keluarga kami, Alhamduliullah. Pada sebelah petang pula telah diadakan majlis Tahlil dan Doa selamat untuk arwah2 yang telah pergi meninggalkan kami.

Walaupun saya tidak dapat bersama sehingga ke akhir majlis, kerana perlu menghadiri satu majlis lain pula, saya berasa bersyukur kerana adanya usaha2 begini. Ia sedikit sebanyak telah dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Semoga ia akan dapat diteruskan setiap tahun. InsyaAllah.

AYAT 103, SURAH ALI 'IMRAN, juga ada menerangkan, yang bermaksud "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (Agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai...." Wallahua'lam.