Saturday, September 01, 2007

'U'jub

Disini saya ingin mengingatkan diri saya dan sesiapa saja yang terbaca entri ini, akan satu sifat yang perlu kita elakkan. Ia adalah dari pemahaman saya dari apa yang telah saya baca, untuk dikongsi bersama agar dapat memberi sedikit iktibar kepada kita semua. InsyaAllah.

Ujub adalah merasa puas dengan diri sendiri dan menyangka diri sudah cukup baik dan sempurna. Ia berbeza dengan bangga, kerana bangga adalah tentang benda luaran, tetapi ujub datang dari dalam diri. Ia menyangka bahawa segala pekerjaan yang dilakukan oleh orang lain tidak akan sempurna tanpa campur tangan darinya. Perangai begini akan menjadikan seseorang itu lupa akan kekurangan dirinya.

Kita tidak seharusnya berfikiran demikian kerana kita juga tidak akan menjadi sempurna tanpa orang lain. Allah tidak menjadikan seseorang itu sempurna dalam segala segi, tetapi setiap orang ada keistimewaannya sendiri. Keistimewaan dari setiap seseorang inilah yang terkumpul di dalam masyarakat, untuk “compliment” antara satu dengan yang lain.

Umpama satu pasukan bola sepak. Penjaga gol, menjaga gawang dari dibolosi, pemain pertahanan menyekat kemaraan pemain lawan, penyerang berusaha menembusi kubu lawan dan “striker” menyumbat gol kemenangan. Kerana ketangkasan penjaga gol, kekuatan benting pertahanan, kelicinan gerakan penyerang, ketepatan sepakan “striker” dan strategi berkesan diatur jurulatih, barulah pasukan mampu menjadi juara , walaupun telah 14 tahun menanti.

Kita akan dapati kebanyakan organisasi, tak kira agama, politik atau sosial akan hilang kekuatannya jika, setiap pemegang jawatan atau pemimpinnya, hanya sering mengingatkan jasa dan tenaganya sahaja, tetapi melupakan jasa dan tenaga orang lain. Sifat ujub ini boleh menghancurkan organisasi tersebut.
Ujub juga akan menyebabkan seseorang itu berhenti berkembang, berhenti menambah ilmu dan suka memperlekehkan kebolehan orang lain. Jangan menjadi orang yang masuk bakul angkat sendiri. Sebaliknya biarkan perbuatan kita serta contoh dan tauladan yang kita pamerkan, dilakukan tanpa anda perasaan ingin menunjuk-nunjuk. Wallahua'lam.
Tambahan dari komen Tokasid:
"'Ujub (bangga diri). Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna daripada orang lain. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya. 'Ujub atau bangga tidak membatalkan iman dan syahadah tetapi bolehmenyebabkan berdosa, berkurangnya iman dan ia termasuk dalam sifat mazmumah ( keji).
BAHAYA UJUB
Menimbukan rasa sombong kerana ujub itu sendiri salah satu daripada pelbagai sebab kesombongan. Ekoran ujub akan menyebabkan timbul perasaan takbur, seterusnya mengalpakan seseorang kepada dosa atau menganggap dosanya sudah diampuni Allah.Boleh menjadi buta kepada bahaya ujub itu sendiri. Dia mudah ditipu oleh diri, pendapat dan perasaan sendiri. Dia mengangap apa-apa yang dilakukan serba sempurna, agung dan hebat.Lupa kedudukan diri sendiri, kerap memuji diri, menyanjung diri sendiri serta menganggap dirinya serba sempurna daripada kesilapan dan dosa. Apabila ujub dengan pendapatnya sendiri, seseorang itu tidak suka lagi mencari manfaat ilmu pengetahuan kerana dia menganggap dirinya sudah pandai. Dia tidak suka berbincang dengan orang lain atau jika berbincang hanya mahu dipersetujui orang lain sahaja. Malah dia tidak suka bertanya pendapat orang lagi kerana baginya bertanya bermakna dirinya bodoh. Orang ujub mementingkan diri sendiri, enggan memikirkan diri orang lain, berlagak pandai dan gemar memaksa orang lain mengikut kemahuannya. Jika diberikan tugas, dia gagal melaksanakan amanah itu lantas menuding jari menyalahkan orang lain di atas kegagalannya. Kadangkala dirinya melampau batas kewarasan akal. Dia rasa tidak bersalah langsung, malah berasa bangga ketika melakukan kesalahan. Gembira mempopularkan diri sendiri, tidak senang dengan idea orang lain, tidak suka mendengar nasihat dan memandang orang lain terutama orang bawahannya sebagai orang bodoh.
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu 'ujub. Penyakit 'ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).
Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
Sumber: Pelbagai laman web Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan laman web Islam lokal. Semoga ALLAH akan sentiasa memelihara kita dari sifat2 'ujub dan mazmumah yg lain dan melimpahkan Rahmat dan Hidayah kepada kita. Ameen Ya Rabb.

17 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Humans are imperfect and it is the imperfection that differentiates us from one another.
We should be supporting each others’ weaknesses with our strengths, not downright trample them because we think we are superior (due to our strengths) and no longer need to improve ourselves.
Bangsa tidak akan maju jika perasaan ujub masih ada dan menebal di dalam diri kita.

tokasid said...

Salam pak Zabs:

Alhamdulillah, ini satu subjek yang amat baik, dan memang perlu diketengahkan kerana penyakit ujub ni memang sentiasa berada di dalam diri kebanyakkan kita walaupun untuk sedetik. Penyakit ujub tidak mengira sesiapa. Baik yg berpelajaran dan berpangkat( lagi senang terkena) mahupun kepada kita golongan biasa.

Saya ,sendiri on and off terkena jugak perkara ini. Itulah kerana bisikan syaitan yg telah berjanji akan terus berusaha untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Ubatnya kepada ujub ialah memahami aqidah dan sentiasa menanam sifat merendah diri dan sentiasa berzikir( tak semestinya kena duduk di sejadah nak zikir. Dalam kereta boleh,dalam lift boleh dalam bas atau LRT pun boleh).

saya tambah sedikit, yg saya petik dari beberapa laman web Jabatan Agama dan laman web Islam tempatan.

TQ pak zabs for this entry.

‘Ujub (bangga diri)
Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna daripada orang lain.

Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.


Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

Ujub atau bangga tidak membatalkan iman dan syahadah tetapi boleh
menyebabkan berdosa, berkurangnya iman dan ia termasuk dalam sifat mazmumah ( keji) ..

BAHAYA UJUB

Menimbukan rasa sombong kerana ujub itu sendiri salah satu daripada pelbagai sebab kesombongan. Ekoran ujub akan menyebabkan timbul perasaan takbur, seterusnya mengalpakan seseorang kepada dosa atau menganggap dosanya sudah diampuni Allah.

Boleh menjadi buta kepada bahaya ujub itu sendiri. Dia mudah ditipu oleh diri, pendapat dan perasaan sendiri. Dia mengangap apa-apa yang dilakukan serba sempurna, agung dan hebat.

Lupa kedudukan diri sendiri, kerap memuji diri, menyanjung diri sendiri serta menganggap dirinya serba sempurna daripada kesilapan dan dosa.

Apabila ujub dengan pendapatnya sendiri, seseorang itu tidak suka lagi mencari manfaat ilmu pengetahuan kerana dia menganggap dirinya sudah pandai. Dia tidak suka berbincang dengan orang lain atau jika berbincang hanya mahu dipersetujui orang lain sahaja. Malah dia tidak suka bertanya pendapat orang lagi kerana baginya bertanya bermakna dirinya bodoh.

Orang ujub mementingkan diri sendiri, enggan memikirkan diri orang lain, berlagak pandai dan gemar memaksa orang lain mengikut kemahuannya. Jika diberikan tugas, dia gagal melaksanakan amanah itu lantas menuding jari menyalahkan orang lain diatas kegagalannya.

Kadangkala dirinya melampau batas kewarasan akal. Dia rasa tidak bersalah langsung, malah berasa bangga ketika melakukan kesalahan. Gembira mempopularkan diri sendiri, tidak senang dengan idea orang lain, tidak suka mendengar nasihat dan memandang orang lain terutama orang bawahannya sebagai orang bodoh.

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Sumber: Pelbagai lamanweb jabatan Agama Islam negeri-negeri dan laman web Islam local.

Semoga ALLAH akan sentiasa memelihara kita dari sifat2 ujub dan mazmumah yg lain dan melimpahkan Rahmat dan Hidayah kepada kita. Ameen Ya Rabb.

ZABS said...

Tokasid: Terima kasih atas huraian yang lebih terperinci yang telah diberikan. Saya akan tambah kepada sentri saya tentang perkaara ini untuk bacaan semua. Jazakallah.

ZABS said...

Fauziah: Semoga kita dapat menghindarkan diri dari perasaan ujub ini. InsyaAllah.

ontahsapo said...

salam pak zab...o

Unknown said...

:) satu ilmu baru untuk saya....
sejak dulu kita memang tak de penyakit macam tu...cuma tak tahu nama resmi penyakit tu jer...

Learning....is amalan!
Sharing is definitely satu amalan yang mulia sekali.

Thanks

idham

ZABS said...

OS: Salam kembali. Terima kasih kerana menjengok di sini.

Idham: Semoga dapat berkongsi sedikit ilmu bagi kita, insan yang mudah lupa.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan zabs,

Tazkirah yang baik. Ujub antara penyakit jiwa yang kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari yang kita memilikinya. Ujub biasanya bersahabat juga dengan riak dan takbur..

Semoga kita sama-sama musahabah dan terus memperbaiki diri kita sendiri.

wallahuallam...

blackpurple @ jowopinter said...

...muhasabah maksud saya yang sebenarnya. Maaf, tersilap taip...

ZABS said...

BP: Semoga kita sama2 dapat manfaat dari apa yang di tulis dan dikomen. Muhasabah ya, kita perlu muhasabah diri, untuk dapat memperbaiki dari masa ke masa.

NBK466 said...

Thanks diatas ilmu serta peringatan ini...

Mak Su said...

tq dgn peringatan

Unknown said...

Zabs,
Saya tak tau email tuan so saya pilih cara ini untuk sampaikan pesanan ni.
Bakaq ada hantaq sms kat saya berbunyi "britau zabs blog aku pun kena macam dia, teks kecik, buang widget waktu solat terus ok"
Harap akan settle masaalah tuan.

ZABS said...

NBK dan Mak Su: Terima kasih kerana sudi membaca.

NTN: Beritahu Bakaq, kalau text kecil pergi ke "View", kemudian "text size", pilih "size" dari "smallest" ke "largest". Widget tu takde kena mengena kut.

Unknown said...

Zabs,
Saya dah buat yang tu sebelum saya buat comment. Ya memang dia akan jadi besar tapi cuba tengok diatas dekat panel warna biru tu, lettering dia akan jadi terlalu besar sampai hodoh jadinya.

zino said...

semuga kita di jauhi dari sifat2 tersebut.. dan kita sentiasa berusaha memperbaikki diri dari segala bidang yg kita lalui..

ZABS said...

NTN: Maaf, kalau macam tu. Tapi saya masih tak fikir yang widget tu masalahnya. Mungkin semasa saya tulis entri tu saya telah pilih text size kecil. Saya dah tukar size "medium". Adakah masih kecil kelihatannya sekarang? TQ.

Zino: Ameen untuk doa anda itu. Bersamalah kita berusaha untuk kebaikkan di dunia dan kebaikkan di akhirat. InsyaAllah.