Thursday, January 03, 2008

Bermulanya Di Sini

Orang kuat kementerian ini, baru saja meletakkan jawatannya dengan cara yang agak kurang manis. Walaubagaimana pun saya bukan bertujuan menulis tentang perkara tersebut. Saya hanya ingin berkongsi sedikit cerita yang baik sebagai sumbangan saya untuk memulihkan sedikit imej kementerian ini, dan berharap ia tidak menimbulkan sebarang kontroversi pula.Pada 1 Januari saya menemani isteri untuk tugas khasnya, di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di Sungai Buluh, kerana pada hari itu, merupakan hari pendaftaran untuk pelatih-pelatih baru ke Kolej tersebut.

Lebih kurang 600 pelatih baru mendaftar untuk Kursus-Kursus Diploma bagi pelbagai bidang di dalam disiplin kesihatan, telah datang untuk mendaftar di KSKB pada hari itu.

Ia menjadi sebagai satu pesta keramaian pula, kerana ramai ibu-bapa dan saudara-mara datang menghantar mereka. Pelatih-pelatih ini akan tinggal di asrama yang disediakan di sini, semasa menjalani latihan.

KSKB ini terletak bersebelahan dengan Hospital Sungai Buluh (HSB) yang tersergam indah ini tetapi belum digunakan sepenuhnya. HSB juga merupakan tempat untuk mereka menjalani latihan amali nanti. Hospital ini boleh dilihat jika kita melalui PLUS menuju ke Utara selepas simpang masuk ke Sungai Buluh. Malah untuk menuju ke HSB ini pun, ada simpang masuknya sendiri.

Kurang Pasti pula kenapa warna ini menjadi pilihan KSKB, sebagai warna koperat mereka. Tetapi warna ini mengiingatkan saya kepada warna biji buah kundang yang menjadi kegemaran saya suatu masa dulu.

Untuk memberi keselesaan kepada kaum kerabat yang datang menghantar, kemah yang mencukupi telah disediakan untuk mereka duduk-duduk sambil menunggu proses pendaftaran berlangsung.

Gerai-gerai untuk peniaga juga di sediakan, untuk menjual makanan, minuman, buku-buku, pakaian dan bermacam-macam lagi untuk kemudahan mereka-mereka berbelanja.

Contoh yang baik untuk memupuk semangat ingin berniaga. Ia harus dimulakan dari kecil.

Ya, dari sekecil ini pun, pendedahan itu boleh diberikan.

Proses pendaftaran itu selesai sekitar jam 1 petang dan seteah semua ibu bapa pulang, maka bermulalah cabaran baru kepada para pelatih ini untuk menyesuaikan diri dengan alam baru yang akan mereka tempuhi.

Tiga tahun mungkin tidak lama, tambahan pula mereka dibayar elaun yang memuaskan (gunakan dengan baik, bukan untuk membeli "handphone" baru sudah). KSKB juga merupakan satu-satunya institusi yang menjamin para lulusannya akan terus mendapat pekerjaan di hospital-hospital kerajaan yang banyak di seluruh negara.

HSB ini juga masih memerlukan ramai lagi pekerja kesihatan yang terlatih untuk berfungsi. Pada keseluruhannya HSB memerlukan lebih kurang 6,000 setaf (angaran saya) untuk berfungsi sepenuhnya. Begitu juga dengan banyak lagi hospital-hospital baru dan lama yang kekurangan setaf sekarang.

Walaupun terdapat lebih 40 Kolej-Kolek Sains Kesihatan lain di seluruh negara (KSKB yang terbesar setakat ini, mempunyai pada keseluruhannya 3000 pelatih pada satu-satu masa.), namun ia masih belum dapat mengeluarkan cukup pekerja yang diperlukan untuk semua hospital kerajaan dan juga swasta di negara ini.

Ini menyebabkan munculnya banyak Kolej-Kolej swasta, yang turut menawarkan kusrus-kursus seumpamanya. Tetapi apabila faktor komersial yang dititikberatkan, kita khuatir latihan dari segi kemahiran pula akan terabai.

Dengan kekurangan setaf terlatih ini, kita juga tidak mahu perawatan kesihatan akan menjadi sukar diperolehi dan juga semakin mahal, sebagaimana berlaku kepada perkhidmatan2 yang lain, di samping harga barangan yang telah sedia mahal sekarang. Wallahua'lam.

36 comments:

Qaseh Bidadari said...

bagus x kolej ni?

adik eira baru pas spm so die minat nursing...

boleh minta ke?

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Menyentuh soalan mama ranggie, saya rasa kolej yang dinyatakan oleh Pak Zabs bukan sebuah kolej kejururawatan namun untuk pengajian auxiliary - atau bahagian pembantu dalam bidang bidang yang terdapat di hospital; adakah benar fikiran saya, Pak Zabs?

ZABS said...

MR dan Shah CA: Kolej ini memberi latihan utama dalam bidang kejururawatan (basik) pada peringkat diploma, dan juga kursus-kursus kejururawatan lanjutan (post-basik). Juga terdapat kursus-kursus lain seperti pembantu farmasi dan seumpamanya yang berkaitan dengan bidang kesihatan. Kursus Pembantu Kesihatan (MA) dibuat di Seremban. Kursus ini di pohon melalui Kementerian Kesihatan.
Yang dipilih akan dipangil untuk temuduga dan jika berjaya akan dihantar berkursus ke Kolej2 yang berkaitan. Salam.

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

TQ kerana membuat entri tentang Kolej Kejururawatan. Ia sesuatu yang boleh membuka mata utk anak-anak buah yang berminat utk menjadi jururawat.

Akan saya rekeman kepada sesiapa yg berminat,utk baca N3 ini pak.

ZABS said...

Doc: Terima kasih kerana nak tolong promo blog saya. Pada pandangan saya, dari mereka mohon untuk masuk kolej swasta, lebih baik yang di anjur Kementerian Kesihatan ini. Elaun ada, tak payah apply PTPTN, pengajarnya yang betul2 "hands on" dan tempat latihan amali yang lengkap. Yang lebih untungnya, lulus sahaja kerja sudah menunggu.
Salam.

Mak Su said...

warna biru bijik kundang... errrmmmm, kundang makan cicah plaks ngan garam... hhmmmmm

ZABS said...

Mak Su: Kalau pandai, boleh dibuat jeruk, lagi sodap...

Azlan Zed said...

menteri kesihatan x datang ke? hehe.

ZABS said...

Alan: Dia bz buat press conference kot?

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Tuan Zabs,

Kursus kejururawatan. Salah satu kerjaya yang sangat mulia juga.

Dalam banyak-banyak cerita dan gambar itu, saya suka khemah dan mejanya. Mungkin sebab berwarna ungu. :)

Oh ya tuan, saya sudah menjawap 'tag' tuan. DI SINI.

ZABS said...

BP: Itu sebab saya ambil banyak gambar itu. Untuk tatapan peminat siunggu.

zino said...

sekarang ni lelaki pun dah ada yg berminat bidang kejururawatan ni.. sesuai ke?

Unknown said...

Pak Zabs,
Masa lepas trial SPM, saya ada terfikir untuk ambik Nursing sbg 'fallback' kalau2 tak dapat choices saya kat yang saya harap2kan sangat. 'Berperang' jugak la dengan family pasal dia suruh saya mintak maktab sebagai backup plan. Oleh kerana kepala saya ni original keras macam batu, hahahaha, saya menang! Lagipun mereka faham ini kehendak saya.
Bagi saya, lelaki jadi nurse tak jadi isu. Yang jadi masalah sekarang ialah bagaimana masyarakat terima. Lagipun, sekarang kalau lelaki yang minta nursing (layak), boleh dikatakan gerenti dapat. So saya buat kesimpulan bahawasanya lelaki sekarang dapat priority dalam bidang ni; apa boleh buat, sikit sangat! Masalah sekarang ni ramai yang tak nak, bajet malu la kononnya. Tak ada yang nak dimalukan. Saya dengar nurse malaysia yang kerja kat tanah arab punya la kaya.
Anyway, thanks for the sharing. Take care Pak Zabs.

aNIe said...

Salam Zabs....SELAMAT TAHUN BARU...

Terliur kak lady baca tentang buah kundang...pastu skroll ke bawah nampak plak entry 'Kemana perginya'
Sedapnya kundang dibuat sambal belacan....

Eh! Buah rokam takde ke gambarnya dalam internet?...buah yang kak lady rasa dah pupus dah...

ZABS said...

Zino: Memang sudah ada yang terlatih pun. Kalau mereka berminat, memang sesuai. Di luar dah lama dah ada male nurses ni. Especially untuk menjaga pesakit lelaki yang selalunya suka merenyam dengan misi-misi yang jaga mereka. Salam.

ZABS said...

Akmal: Bersetuju dengan pendapat anda itu. Malah jika dilihat dari segi penjagaan pesakit pun lelaki takda kurangnya. Lebih baik untuk jaga pesakit lelaki, kerja shift malam, angkat mengangkat pesakit dan seumpamanya.
Re: Working in Saudi. A lot of Malaysian Nurses are now working in SAR with minimum pay of RM10k.
Some of them put up early retirement and go here to work for afw years. Some went the after retiring from their job here.
Kerja 2/3 tahun dan boleh balik Malaysia semula. Salam Akmal and Take care.

ZABS said...

Kak Lady: Saya pun tak pernah tengok buah rokam ni. Selalunya tumbuh di mana? Dah search internet takda jumpa pun. Maaf ye! Kundang memang sedap buat sambal belacan terutama yang baru nak masak tu. Salam.

Mat Salo said...

Pak Zabs,

Tempat ni tak jauh dari rumah saya Pak Zabs. Tak tau lak ada kolej dalam tu. Dulu saya sering juga naik sepeda gunung di areal itu Pak, tapi tidak juga kelihatan misi-misi yang manis. Belum ada..

Nanti kalau saya pulang ke tanah air, silahkan mampir ke rumah saya Pak. Cuman on the way shj Pak jika Bpk bawa Ibu Zabs bolak-balik ke sana...
Salaam.

zaitgha said...

Baru semalam tersesat nak ke KL dari Sg Buluh...masuk kawasan nih and buat u-turn....

di US ramai male nurses, in fact jagaan dia orang kadang2 lagi bagus dari perempuan...saya di jaga nurse lelaki semasa kecederaan di sana....

NBK466 said...

Cun bangunannya, kemah deco pun cun..tapi..mana gambar awek2 cun..he.he..he..

Lee said...

Hi Zabs, first of all, I will saw, 'WOW! Thats a real nice portrait pic of you. Ada style, man! Or is it, ada gaya? Ha ha. You da man! Real cool!
Sungei Buluh....Holy Smoke! Looking at your pics, the place sure has changed from my time.
The last time I was there wayyyy back in the 70's, buying house plants from some farm gardens there. Lots of rubber estates then as well a leprosy hospital too. I remember not many visitors around that area then.
And now there's a college and housing apartments. Gosh, I must go take a looksee when I next balek kampong.
Nice pics you have here, Zabs, but I like your stylish pose, ha ha.
Best regards, Lee.

ZABS said...

MS: The college just start about 2 years ago. Even the hospital is not fully operational yet. Not enought misi around kot? Some of the students had to be sent to HKL for their attachment training.
Terima kasih atas pelawaan tu. Anda tinggal dekat dengan Kelab Golf Rahman Putra tu ke? Salam.

ZABS said...

Zai: Tak singgah beli bunga ke dah terlanjur lalu kat situ? Ada Tol untuk ke PLUS terus dari situ, jumpa ke?
According to my wife the male nurses yang ada di sana, lebih polite dari yang femalenya.
Tapi as long as they are dedicated to their job and had working, tak kiralah male atau female. Jangan jadi "nurses 25hb" sudah, tunggu dapat gaji je.

ZABS said...

NBK: Mem ado, mano boleh ambik gambar awek cun. Kok ado ambik pun simpan baik2 takdo nak publish doh..

ZABS said...

Lee: I know, that pose will sure catch your attention. Now that you have come in, I will change it to a normal one.
They are still selling house plants and pots there. You can still find these farms garden along the road but they are more systematic now.
The college and the new Sg. Buluh Hospital is situated just across the road opposite to the Leprosy Hospital.
I heard that the leprosy hospital will be demolished soon to make way for additional campus for one of the local university. They are going to set up their medical facullty, I think.
There are no more rubber estates there any more. All have been replaced with factories, housing estates, golf course and highways.
Thank you Lee, and cake care. Good day.

Pak Zawi said...

Zabs,
Amat bagus sekiranya tuan dapat memaparkan sedikit maklumat bagaiman cara memohon dan skima gaji dalam bidang kejururawatan sekarang untuk membolehkan mereka yang berminat membuat pertimbangan.
Seluruh dunia akan melihat kepada Malaysia sebagai punca untuk mendapatkan tenaga terlatih dibidang kejururawatan sekiranya institusi sedmikian mampu mengeluarkan graduan-graduan yang baik selain daripada memneuhi keperluan hospital dalam negara. Ini juga merupakan export dan membawa pulangan tukaran wang yang besar bagi Malaysia.

Helena said...

thx for the info. Siap ada gambar2 lagi....

ZABS said...

Zawi: Saya tidak tahu banyak tentang perkara ini, tetapi maklumat lanjut untuk memohon dan bila iklan akan dikeluarkan, boleh didapati dari JPA. Sila lawat laman web ini untuk maklumat >>> http://www.jpa.gov.my/ldp.asp.
Semasa dalam kursus/latihan (3 tahun) akan di bayar elaun sekitar RM650 sebulan. Setelah lulus dan mendapat Diplma gaji permulaan sekitar RM1,200/bulan.
Peluang kenaikkan pangkat yang baik, dan gaji tertinggi sehinggs RM5,600 sebulan. Selain itu banyak lagi kemudahan sebagai kaki-tangan kerajaan boleh dinikmati. TQ.

ZABS said...

Hlena: Banyak gambar, kurang perlu tulis. Thanks for visiting.

Unknown said...

pakzabs...

good of u to focus on the positives ....

pak menteri pun sudah resign, tapi he was one of the rare menteri yang betul2 kerja kuat...

pakpayne

ZABS said...

Idham: Nak cerita yang buruk2 tu memang banyak. Tapi lebih baik cerita yang baik2, orang tak marah, kita tak rasa bersalah.
Tu lah yang tak faham tu. Ade juga orang yang tak suka kawan dia kerja kuat dan dpat naik pangkat!

Unknown said...

Salam tuan Zabs.

Maaf sebab mencelah.Tapi rasanya x salah kan.

Oh ya,nama saya Zuhairi,mahasiswa perubatan UiTM,tahun ketiga.

Saya baru aje posting kat HSB ni.

HSB memang besar dan canggih. Pada saya, setakat ni hospital ni adalah yang tercanggih pernah saya lihat. Tak tahulah samada saya betul atau salah, wallahualam.

Hmm.Kolej Kesihatan...besar jugak kolej ni ye.Tapi tak taulah dalamnya camne..rasanya tak boleh main masuk camtu je kan...memang ramai pelatih2 kolej ni...terutamanye cik2 adik nurse ehem ehem...Ehh jangan tuan pikir yang bukan2 pulak.Saye cuma bergurau aje.

Dulu saya ade jugak pohon dengan KKM,UKM & USM untuk masuk latihan sebagai pembantu perubatan...yelah belajar engineer x lulus..nak jadi cikgu pun gagal
interview...takkan nak menganggur pulak...kesian mak bapak.

Alhamdulillah, UiTM sudi kutip saya, polish balik & bagi peluang kedua untuk berjaya dalam hidup;
sebagai seorang doktor perubatan.

OK lah saya pun sibuk nih.

Semoga tuan & keluarga & pelatih2 KKSB sentiasa ceria & gembira selalu.

b0an said...

waa..xsangke ade gak wat entry pasal kolej nie...sy sbgai student kat klej tue brse sedih je time bace komen..smue komen dah mcam klej nie klej kejuruwatan lak..course yg len xtau..lagi2 PKP..huhu..sedih giler..

iera aqiela said...

cmne cara nk mohon masuk di kolej ni ??

yenyen091 said...

hello may i know what language u use in this academy?

Unknown said...

salam boleh tahu kolej kskb sg buloh ni ada sediakan kemudahan seperti iron, kettle air, and mesin basuh tak? atau mmg student kena bawa iron and kettle sendiri?