Tuesday, January 08, 2008

Di Mana Ada Kemahuan...

Pada permulaan tahun baru ini, tentu ramai yang sedang merancang atau telah pun ada azam baru yang mahu dilaksanakan pada tahun ini. Mungkin ada sebahagiannya yang dibawa dari tahun 2007, kerana tidak dapat dilaksanakan, atau mungkin telah terlepas pandang. Dan mungkin salah satu azam tersebut ialah untuk mengurangkan berat badan.

(88 Kg.)

Jika benar teruskan membaca kerana mungkin kita boleh sama-sama mencuba apa yang saya ingin tuliskan di sini untuk diamalkan.

Ini bukan petua untuk cepat kurus tetapi perlu diamalkan dengan betul dan berterusan. Saya terbaca artikel ini di internet dan merasakan ia agak mudah dan sesuai untuk saya amalkan. Tambahan pula saya perlu turunkan 10 kg, yang saya cadang untuk turunkan dalam masa 10 bulan, walaupun ia boleh dilakukan dalam masa 5 bulan (kata isteri saya).

73Kg (78kg pun ok)

Ada enam cara yang dicadang untuk dilakukan bagi menggurangkan berat badan, seperti berikut:

1. MINUM AIR

Setiap orang memerlukan air, dan ia merupakan kunci kepada pengurangan berat badan. Jika selama ini kita telah tidak meminum air secukupnya, badan kita akan sendirinya menyimpan air yang kita minum untuk kegunaan system badan kita. Penyimpanan air ini bersamaan dengan tambahan berat badan yang berlebihan itu.

Dengan meminum lebih air, bukan sahaja ia dapat mengeluarkan toksin, tetapi juga mengajar badan kita untuk tidak menyimpan air lagi. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Air masak bercampur sedikit perahan lemon, boleh diminum sepanjang hari. Air juga dapat mengurangkan selera makan kita.

2. SUP

Pertukaran kepada cara makan yang mudah sudah boleh menggurangkn berat badan anda. Makanlah semangkuk sup sekurangnya sekali sehari. Sup lazat dan kurang garam, akan mengenyangkan anda sambil mengeluarkan benda yang tidak diperlukan (waste) dari badan anda. Orang yang memakan sup setiap hari akan dapat mengurangkan lebih berat badan dari orang yang memakan kalori yang sama, tetapi tiada sup dalam dietnya. Sebaiknya makan sup yang di buat sendiri, kerana sup dari tin mengandungi banyak garam dan bahan kimia.

3. MAKAN MALAM AWAL

Badan kita menghadam makanan mengikut apa yang dipanggil “circadian rhythm”. Secara mudahnya bermaksud, bahawa makanan yang di makan semasa sarapan pagi dan tengah hari, diproses secara berlainan dari yang di makan semasa makan malam. Kajian menunjukkan bahawa apabila kita makan protin dan lemak semasa sarapan, kita boleh mengurangkan berat badan dan mempunyai tenaga yang lebih, tetapi, memakan makanan yang sama semasa makan malam boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Di cadangkan supaya kita makan makanan terakhir kita sebelum jam 7 malam.

4. MAKAN SEDIKIT SELALU

Makan dalam jumlah yang kecil secara tetap 5 kali sehari. Dengan makan secara tetap begini, akan dapat mengelak dari makan secara berlebihan, jika makan dalam keadaan terlalu lapar.

5. DIET YANG TERATUR

Makan mengikut "Diet Pyramid" di atas. Makan banyak barangan yang di bahagian bawah dan kurangkan jenis-jenis makanan di bahagain yang di atas

Banyakkan memakan sayur2an hijau dan buah-buahan segar. Kurangkan makanan bergula, air bergas dan makanan berminyak, yang digoeng dan seumpamanya.

6. BERSENAM

Penyebab utama kenaikan berat badan ialah, kurang aktiviti. Pergerakan fisikal adalah kunci kepada merancakkan metabolisma and pembakaran lebihan kalori. Cara yang paling baik untuk mengaktifkan fisikal kita ialah dengan mengunakan kaki kita. Berjalan seberapa banyak dan lama yang boleh. Gunakan tangga selalu, dari terus menuju ke elevator atau lif dan selalu bersenam.

Sebagai seorang yang bukan pakar dalam hal ini, saya cuma menuliskan apa yang saya baca. Tiada jaminan ia akan berjaya. Walau bagaimanapun jika anda telah melakukan sebaiknya dan sabar menunggu hasilnya, InsyaAllah anda akan dapat lihat manfaatnya kepada diri anda. Sekurang2nya anda telah bersenam selalu makan makanan yang berzat, dan sudah tentu ia baik untuk diri anda. Dan jika berat badan tidak turun pun, anda telah berbuat sesuatu kebaikan juga kepada diri anda.

Kita pelu ingat bahawa lebihan berat badan itu telah terkumpul dalam jangka masa yang panjang. Dalam kes saya mungkin selama 15 tahun, dari 73kg ke 88kg itu. Jadi agak mustahil, dalam masa 6 bulan, ia boleh berubah begitu cepat. Kesabaran dan kemahuan untuk berubah itu yang penting.

Semoga tip-tip ini akan menjadi berguna untuk kita amalkan. Selamat mencuba dan jumpa lagi 10kg dari sekarang.

ps: Harap baca juga komen Tokasid di ruangan komen nanti. TQ.

33 comments:

ADIEJIN said...

wah manyak slim oredy..tapi mana tahan minum air ngan hirup sup jer pak ... mau kebulur saya

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Berat badan kita pada asasnya ialah kerana storage yg ada dalam badan kita. Kalau storage banyak maka badan akan umpama di pam-pam.

Kebanyakkan storage adalah dalam bentuk lemak, iaitu tenaga yg di simpan. Bila badan memerlukan extra tenaga, lemak akan di utilisekan menjadi tenaga.

Jadi pada asasnya untuk maintain berat badan ialah:

Tenaga yang diambil(dari pemakanan)= tenaga yg di gunakan(exercise,berkerja dll).

1- Jika tenaga diambil melebihi tenaga digunakan, lama kelamaan kita kita akan jadi tembam,montok,dompot,emok.

2- Jika tenaga di ambil less dari tenaga di gunakan,kita akan kehilangan berat badan dan boleh jadi slim-melim, kurus-kering dll.

Kalau kita dah tembam/dompot/montok/debab skrg,kita kena kurangkan makanan yg berkarbohidrat dan lemak dan mesti gunakan lebih tenaga dgn berexercise yang regular( bukan weekend saja) kalau ada masa dan ruang boleh berjogging atau berjalankaki sejauh 3-4 km sehari. Tetapi kalau kesuntukan masa, elok di beli sebuah basikal bodoh( yg kita kayuh tapi tak bergerak-gerak juga) utk kita cycle di rumah sekurang-kurangnya 15-20 minit sehari.Setiap hari!!

Ada org(mcm saya) berexercise hanya seminggu sekali(kira dah bagus tu).Ini tidak memberi kesan kpd pengurangan berat badan.

Makanan juga perlu di pantang(bukan pantang jumpa)dari segi komposisi diet. Boleh nak makan banyak tapi jenis sayuran dan buah-buahan.

Apa yg pak zabs bentangkan memang elok jika dapat kita lakukan.
Semoga kita berjaya mengurangkan keboroian kita pada 208 ini.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Hmm...terima kasih! Sememangnya tengah meng-dietkan diri sekarang ini. Kini malam amat jarang sekali makan dan nasi pula dikurangkan kepada sepinggan sederhana sahaja sewaktu tengahari. Harapnya dapatlah kurangkan berat - lemak dan kolestrol terutama sekali - dari 90kg ke sekurangnya 80kg pada hujung bulan 2. Bila baca tulisan Pak Zabs pula, tak tahu terlaksana ke tidak saya ni! :)

drbubbles said...

Pak Zabs,

Item no. 6 and no.1 dah jadi tabiat saya sejak lepas Raya.2,3,4,5 itu tengah ubah.tahun 2008 aim to lose 20kg.

acciaccatura said...

salam pak zabs,
syukur alhamdulillah, bab ni memang topik azam tahun baru setiap tahun. inshaAllah, saya akan guna pakai tips pak zabs ni.

Zabs said...

Adie: Kena minum air, kopi atau teh boleh juga, tapi kurangkan je, jangan sampai 4/5 cawan sehari. Sup tu makan dengan nasi ke, roti ke, bukan sup aje.. Kalau gitu, memang kebulur lah kita orang Melayu ni. Macam Mat Salleh tu, bila makan mesti ada sup dulu. Macam tulah agaknya.
Tapi anda masih tak perlu lagi, masih ganteng nampaknya. Salam.

Zabs said...

Tokasid: Terima kasih atas nasihat tambahan pakar itu.
Saya akan buat update supaya pembaca turut membaca komen Tuan, apabila membaca post ini.
Masalah saya dan mungkin kebanyakan dari mereka yang berlebih berat ini ialah tenaga yang diambil melebihi tenaga diguna. Selere meningkat sebab tidak merokok, lidah tidak pahit selalu. Jadi makanan semua terasa sedap aje! Salam.

TQ.

mohd azmir said...

nak seribu daya, tak nak seribu dalih!! insyallah kalo ade usaha, pasti berjaya ayahanda.. :D

Zabs said...

Shah CA: Kalau dah mulakan, itu satu tindakan yang baik. Untuk mengurangkan 10kg is bermula dari 1gm. Jika nak kurangkan 10kg dalam 60 hari bermakna, sehari kena kurangkan 166gm. Lebih kurang sekor ayam di potong 10 je. Satu drumstick kot?
So malam tak makan nasi, eksesais selalu, ditambah puasa sunat Isnin dan Khamis, InsyaAllah berjaya tu. Selamat berjaya Shah.
ps: Tolong baca komen Tokasid sekali.

Zabs said...

Drbubbles: Alhamdulillah, 2 dari 6, satu permulaan yang baik. Kena buat beransur-ansur dan consistent, tentu akan dapat rasakan perubahannya. InsyaAllah. Kena buang 50gm je sehari. Semoga berjaya.

Zabs said...

Accia: Semoga anda akan mendapat manfaat darinya, walaupun pada pandangan saya, anda masih belum perlukannya. Tetapi tidak salah untuk nak maintain.
Prevention is better than cure, and cheaper too. Salam.

Zabs said...

Azmir: Thank you my son, that is the spirit. Tapi kalau ternampak ayhda terlebih makan tu, ingat2kan lah. Salam.

U.Lee said...

Hi Zabs, you know, I really enjoy reading your post and take about 15 minutes. But regret to say I faham only about 40% but roughly can understand what you post.
Can see you a health person.
I learned my bahasa wayyyy back in 1952, before Merdeka! Ha ha. And our Malay teacher, he a matured fellow had one front missing teeth, so we nicknamed him, "Chegu Batu Caves", ha ha.
But this fellow betul terok la, friday's he will give us homework, tulis Malay essay at least 5 paragraphs as well give us Malay words, about 20, we have to form sentences.
And this homework requires at least tiga jam!! And Saturday kita nak pergi fishing la, tengok cheap matinee, Tarzan, atau Zorro at Rex or Cathay, kena buat homework! Ha ha. Lagi pun nak kachow SYT pun da lecheh, buat homework. If Monday not done, game over! Friday, do double!
And this Chegu like Clint Eastwood, he never heard of human rights...loves to walk around the darjah, sneak up behind us, me reading Superman comics behind my big Atlas, satu kali he bang my meja with his 3 feet long ruler, baik pun my hati still young, otherwise terperanjat boleh heart attack.
He was very deadly with a piece of chalk too. If catch us talking, alamak, his chalk like cruise missle, more accurate than Scud missles, ha ha. Three fellows talking, and yet his aim will 'plok' on the one who talks the most, ha ha ha.
But good for him, I still remember the Malay words learned before Merdeka, only thing is I notice your spellings are now different. For water I spell, 'ayer', I see you spell, 'air' now.
Ahhh, but now I have your post to improve my bahasa again, ha ha. But don't throw chalk see me kachow the girls, huh? Ha ha.
You have a nice evening, Zabs. Lee.
ps, thanks for the kopi ice and kueh dada.

Akmal said...

Pak Zabs,
Yesss! Saya punya berat OK aje (buat masa sekarang). BMI cun-melecun 25-26 (bangga ni) hahaha.
Sekarang masalah obes buka orang dewasa je. Kanak-kanak pun sama. Yelah, hobi ada 3; makan, makan dan makan. Sayur tak nak, KFC dengan McD aje memanjang. Eh ada lagi satu; tidur.
Tabiat makan saya agak simple. Saya makan tak banyak sangat(agaknya), dan tak kerap sangat. Makan nasi hanya tghari dan malam, lain-lain cuma air dengan roti atau biskut. Tapi terpaksa minum banyak air pasal masalah hyperhydration. Tapak tangan asyik berpeluh aje. Masa nak jawab exam, mau hancur kertas sebab basah hahaha.
Anyway Pak, nice posting this one. Keep well.

Zabs said...

Lee: Thank you for your interest in the subject. Am sorry that you have toake some time to read it.
What I wanted to share in the posting is something that I read in the internet, about six simple tips that will help those over weight people like me, to lose weight in abalanced and healthy way given by a Dr. Mao.
(http://health.yahoo.com/experts/drmao)
1. Lose weight with water.Water is essential for everybody - it is also the key to losing weight. If you haven't been drinking enough water, your body has developed a pattern of storing water. This water retention equals extra unwanted weight.
By drinking more water, you are not only flushing out toxins, you are also teaching your body that it no longer needs to store water. Drink at least 60 ounces of water (about 8 glasses) a day. Boil water and sliced lemons, and drink this throughout the day to help with fluid retention. If you are still not sold on the merits of water, try this on for size: water is a natural appetite suppressant.

2. Soup up your weight loss program.
A simple dietary change will have you shedding pounds: eat a bowl of soup at least once a day. Nutritious, low-salt soups will nourish you as they flush waste from your body. People who eat a serving of soup daily lose more weight than those who eat the same amount of calories but don't eat soup. Go for homemade soup whenever possible, as canned soups are loaded with salt and chemicals.

3. Eat early to keep weight off.
The human body follows a circadian rhythm, which means that the same foods eaten at breakfast and lunch are processed differently than when eaten at dinner. Studies show that when you eat your daily protein and fat at breakfast you tend to lose weight and have more energy; however, eating the same things at dinner tend to increase tendencies toward weight gain. I suggest that you eat your last meal of the day by 7 p.m.

4. Eat smaller meals, more frequently.
Follow an eating schedule with five little meals every day. Eating steadily through the day keeps you from becoming famished and overeating at your next meal. Make a low-fat trail mix from raw almonds, pumpkin seeds, dried plum, and apples and have it available at all times to avoid the tempting lure of high-calorie snacks.

5. Adopt a balanced approach to your diet.
Most of the fad diet programs out there nowadays are extreme in a few recommended foods, or else deprive the body of food altogether. This works in opposition to our metabolism and the results usually don't last, producing a yoyo effect that depresses your metabolic function - not to mention your self-esteem. We are natural beings that need a balance of nutrition from all sources.

Your diet should consist of a balance of organic sources of lean protein, complex carbohydrates, whole grains, legumes, nuts, fruits, and vegetables. Instead of white rice and pasta, opt for brown rice, bulgur, millet, or buckwheat.
Eat more green, chlorophyll-rich foods such as broccoli, kale, spinach, and asparagus. Eliminate candy, sugar, soda, and all simple sugars from your diet. Excess sugar ends up being stored as fat in your body, which results in weight gain. Also, keep dairy to a minimum because most dairy products are high in saturated fat. Avoid fatty foods, processed or fried foods.

6. Walk off the weight.
The No. 1 cause of weight gain is inactivity. Physical activity is the key to speeding up your metabolism and burning excess calories. The best way to be physically active is to use your legs! Walk as often and as long as you can. Always take the stairs instead of the elevator.
Step outside during your break at work and take a walk around your building. Consider joining a local hiking club. Try taking a walk 30 minutes in the morning or 30 minutes in the early evening.

Take care. Zabs.

Zabs said...

Akmal: Well done to you. Carry on with your healthy diet, regular exercises ample sleep and rest. You will then lead a healthy and happy life. Dengan patuh perintah Allah dan berbuat baik sesama mahluk, InsyaAllah hidup anda akan diberkati. Salam dan jaga diri.

mama ranggie said...

mama pon nak ikutlah cara diet ni uncle,boleh x?

Mat Salo said...

Pak Zab's: Aik! Kalau nak "jumpa lagi 10kg dari sekarang" lamo bonar tu.

Thanks for reminding.

But Pak Zabs, I am already in shape (because ROUND is a shape)..ha-ha

Seriously, I myself kalau ikut chart nak kena lose 20 kilo (now @ 85). Mak oi.. Masa 65 dulu jaman macam Akmal. Possible ke?

I think the culprit is kahwin Pak Zabs. Saya lihat teman-teman yang lajang masih maintain.. Hai..

-Mantan Wakil Presiden
KBSM (Kelab Boghoi Sa Meshia)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Azam tahun ni seperti tahun-tahun sudah ... nak kurangkan berat badan atau maintain the current weight.
For the past few years, the weight had remained ... so, I can safely say that I had met my resolution!

Zabs said...

MR: Semua orang boleh ikut, percuma je. Kalau makan je kena bayar. haha..

Zabs said...

MS: Harapan je tu.. lama pun takpa nak hilangkan 10kg tu. Tapi kalau terjumpa sebelum tu pun boleh. No hal punya.
65kg tu 20 tahun lalulah ye. Tapi at 85kg tu lagi nampak segak. Maintain pun takpa.
Jadi kawin ni bawa bahagialah kan. Badan jadi berisi, selera betambah baik dan ada orang yang ambil berat/ perhatian. Rudilah jadi orang bujangkan?
Bulat bukan Boghoi.Steady je!!!

NBK466 said...

Best of luck ler Bro Zabs. Cuma pastikan misai tuh tak KURUS sekali..sbb misai cari makan tuh ..he..he..he.

Zabs said...

Salam Fauziah
Good to know that at least pada awal tahun lagi, dah ada kawan yang dah met resolution nya.
Biasanya nak turun berat badan susah dan naik naik senang je, tetapi nak maintain lagi susah. Kalau dah boleh maintain, itu satu kejayaan. Apa rahsia? Biarlah rahsia ke?.

Zabs said...

NBK: Misai tu pinjaman je. Boleh pendek atau panjang. Dah cuba nak kuruskan tapi tak boleh. Ada ide macam mana?

Helena said...

mmm.... maybe I shud try to lose weight jugak.... tapi selera bagus ajer, so how?

your entry is good, it reminded me yg buat2 lupa that i need to lose weight.... hehe

Zabs said...

Halena: Glad that I did something good in posting this N3. Saya pun buat2 lupa juga, tetapi ada orang sebelah yang selalu beri komen membina (membakar semangat), jadi nak cubalah tips tersebut, InsyAllah. Cuma takut hangat2 taik ayam aje, saya ni nanti.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Tuan,

Semoga tahun baru ini kita terus sihat, dengan erti kata sebenar-benar sihat. Fizikal juga spiritual.

Kenapalah dihitamkan pula wajah itu ya? :D

Zabs said...

BP: Terima kasih dan Amin untuk kita semua. Dihitamkan untuk tidak menyinggung perasaannya dan sesiapa yang berkaitan. Salam dan jaga diri. Saya nak ke surau untuk baca doa akhir dan awal tahun. InsyaAllah.

mad redo1 said...

Selamat Tahun Baru 1429, zabs.

mad redo1 biasanya akan habiskan 2 liter air masak sehari... hehehe...

zino said...

zabs..
semuga azam tahun baru ni tercapai..

tip tu berguna juga utk zino.. walaupun tak berazam nak mengurangkan berat badan tapi mungkin boleh di guna utk tidak menambah berat badan hehe

Zabs said...

redo1: Salam Hijriah juga kepada anda. Kalau anda selalu bersukan tentulah perlu minum air yang banyak supaya tidak kekeringan.
Selamat maju jaya dalam 2008M dan 1429H ini. Stay healthy.

Zabs said...

Zino: InsyaAllah. Bukan nak turunkan berat badan yang penting, tetapi bertukar kepada cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Banyak minum air bersih (tanpa teh dan kopi dan gula dll tu.)
Makan makanan yang halal dan baik.
Serta bersenam mengeluarkan toksin selalu.
Kalau dapat kurangkan berat badan, itu kira bonos lah (bagi anda dapat tambah berat badan lah).
Yang penting badan sihat dan bertenaga, untuk jalankan tanggung jawab (dunia akhorat). InsyaAllah

alan zed said...

oh, telah mengenter frame di situ. hehe.