Friday, January 11, 2008

Prihatinkah Kita?

Di satu petang, saya dan isteri, yang baru pulang dari tempat kerja, berhenti makan, di sebuah gerai berhampiran tempat tinggal kami.

Semasa menikmati makan petang itu saya terlihat seorang ibu muda berjalan melintasi gerai tersebut sambil memimpin seorang anak, berusia lebih kuang 3 tahun, di tangan kanannya dan mendukung seorang bayi di tangan kirinya.

Gambar Hiasan

Ibu muda itu juga menggalas sebuah beg kecil dibelakangnya, yang mungkin berisi pakaian anak2nya, yang juga mungkin baru diambil dari rumah penjaganya. Terfikir juga saya kenapa dia sendirian, tidak ada suami bersama. Mungkin suaminya tidak dapat membantu pada hari itu. Mereka berjalan, sekurang-kurangnya 1/2 km. (anggaran saya) untuk sampai ke rumah mereka. Sekiranya hari hujan, mungkin akan kesejukan anak2 itu di jalanan.

Saya juga pernah melihat sepasang suami isteri menunggang motorsikal di dalam hujan lebat. Suami itu baru saja mengambil isterinya dari tempat kerja. Oleh kerana ingin cepat pulang, mereka teruskan perjalanan di dalam hujan itu. Mungkin tiada masalah kepada si suami, kerana dia memakai baju kalis hujan, tetapi isterinya hanya memakai baju kerjanya yang telah pun habis basah. Tentu kesejukan agaknya untuk menunggu sampai ke rumah.

Saya juga kerap kali berjumpa penunggang motorsikal begini. Tiga orang di atas motorsikal yang dikhaskan untuk dua orang sahaja. Yang sedihnya, walaupun dua orang memakai topi keledar, yang ditengah2 itu, dan masih kecil pula, tidak dijaga keselamatannya (tak memakai topi keledar).

Lampu kuning, bersedia tekan brek untuk berhenti, bukan menekan minyak untuk melepasinya. Jika penunggang motor itu juga tidak sabar seperti nya, tentu ada yang menjadi arwah pada hari itu.

Tetapi ada juga pemandu yang sabar. Lampu dah hijau pun masih tak jalan lagi. Asyik "bersms" lupa lampu dah bertukar hijau. Itu pun ada juga.

Sambil memandu merokok pun ada. Ada anak2 di dalam kereta pun tak jadi halangan. Hulurkan saja rokok tu ke luar, bila dah habis boleh buang puntungnya ke jalan raya. Kalau di halaman rumah kita, akan kita buang begitu saja ke puntung rokok tu?

Bukan sahaja motosikal yang suka buat U-turn sesuka hati, lori pun boleh juga. Mereka besar dan berat tentu pemandu lain akan beri jalan. Kalau tidak jadi mentimun dengan durianlah. Kita langar dia kita kemik, dia langar lagi lagilah penyek.
Petak kuning yang banyak dipersimpangan-persimpangan jalan pula sudah jadi hiasan saja. Kereta-kereta akan berhenti di dalamnya tanpa ada rasa bersalah pun, walaupun mendapat renungan tajam dari pemandu "berhak", yang hendak melaluinya. Begitu juga dengan tempat "zebra crosing", yang selalu diragui, masih berfungsi ke ia, kerana tiada yang berhenti untuknya.

Sampah dan barangan yang tidak berguna lagi, sepatutnya dibuang di tempat pembuangan yangdisediakan. Bukan di letak di merata tempat sahaja, walaupun di situ ada "kekosongan" untuk diisi. Kalau ia di halaman rumah kita, akan kita buang ke sampah di situ?

Akhirnya saya ingin menarik perhatian anda kepada papan tanda cukai pintu ini. Perlukah ia diletakkan di situ? Pemberitahuan apakah yang lebih mustahak diletak di situ? Bayaran Zakat, Cukai Pendapatan, Jangan Merokok, Sudahkah Anda Solat?

Apa pun janganlah kita menunggu diberitahu untuk melakukan apa yang perlu dan penting untuk kita lakukaan. Kita perlu "pro-aktif" dan prihatin kepada alam sekeliling, keluarga kita, negara kita dan semua yang membawa kepada kebaikan bersama. Oleh itu buatlah yang terbaik dan termampu. InsyaAllah kita akan merasa kebaikannya. Wallahua'lam.

(Oh ya, esoknya, semasa akan ke tempat tempat kerja bersama isteri, saya terlihat ibu muda itu lagi bersama anak-anaknya, berjalan ke arah yang bertentangan dari semalam, tanpa suaminya juga. Mungkin suaminya lama kerja "outstation")

45 comments:

Mak Su said...

apa langkah2 yang perlu kita ambil bila kita dah terfikir cenggitu ek?

at least uncle zabs sudah ingatkan kita semua ttg pelbagai hal kat blog.

wat happen to the ibumuda?

Zabs said...

Mak Su: Fikirkan apa yang boleh kita buat untuk membantu, bukan apa yang boleh kita dapat dari orang itu.
Ingatan bagi yang lupa,
Pesanan bagi yang leka,
Saranan bagi yang peka.....
Semoga Ibumuda akan terus menjalankan tangungjawabnya dengan sabar. Biasanya seorang Ibu akan melakukan apa saja yang terbaik untuk anak-anak berbanding sesetengah lelaki. Walahua'lam.

muadzlife said...

salam kenal.
itulah realiti hidup..
saya seringkali 'ditinggalkan' suami...terpaksa mengurus 3 orang anak yang masih kecil..mmg amat payah...
kadangkala kita yang kaya dgn adat timur lebih kurang ajar dari mereka dibarat...
malaysian dah terlalu selfish sekarang

Akmal said...

Pak Zabs,
Adegan naik motor yang paling tak suka; Hujan lebat! Spot panas masa-masa macam ni; flyover. Cakap atas dasar pengalaman ni.
Keselamatan sepatutnya diutamakan di jalan raya. Atas motor tu dah ada tiga orang, sure lebih sukar nak kawal tambah lagi dengan jalan licin lagi, tambah pulak lagi dengan 'samseng jalan raya' yang semakin ramai, memandu tak ingat dunia. Gambar tu dah buktikan.
Anyway Pak Zabs, thanks for this entry. Indeed, ingatan bagi yang lupa, pesanan bagi yang leka, saranan bagi yang peka.
Saya nak fikir saya masuk kategori mana...

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Inilah kesedihan kehidupan hari ini yang tidak tersuara oleh ramai. Alhamdulillah, Pak Zabs dapat menulis dan menggambarkan.

Ironisnya mengenai kesedihan ini adalah kerana kemajuan fizikal negara yang tidak diimbangi dengan kemajuan rohani, sehingga ayat ini juga telah menjadi satu klise (cliche) dan memuakkan ramai. Namun, ketidakseimbangan ini masih tidak atau belum dapat dirawati. Alllahu'alam.

13may said...

hehhe....
realiti kehidupan....

Salam Maal Hijrah buat uncle Zabs sekeluarga :)

Zabs said...

muadzlife: Salam Ma'al Hijriah untuk anda . Terima kasih kerana sudi berlabuh sementara di sini.
Saya faham situasi anda, kerana isteri saya selalu mengingatkan saya keadaan di masa-masa lalu, di ketika dia memerlukan saya bersamanya, panggilan tugas membawa saya berjauhan, tanggungjawab ayah juga terpaksa dipikulnya.
Yang membuatkan perkara ini bertambah celaru ialah mereka tidak merasa ia satu kesalahan. Kerana jika kita sedar kesalahan kita, pasti akan memperbaiki. Jika rasa tidak bersalah, akan berterusanlah ia dilakukan. Salam dan jaga diri.

Zabs said...

Akmal: Selalunya bila bertemu atau berselisih dengan penunggang motorsikal saya sendiri yang merasa gerun. Cara mereka membawa motor (bukan semualah) seperti jalan tu mereka yang punya. Memotong sesuka hati, memncelah2, cilok lampu merah dan seumpamanya. Yang saya paling gerun tengok apbila mereka memotong lori yang besar antara dua kenderaan yang bersaing. Biasanya say menglah kepada mereka2 ini. Tak mahu bersoal jawab nanti. Salam untuk anak muda yang "peka".

MA & Brood said...

Yang saya paling marah ialah tengok si bapa dok kelek anak sambil bawak motor bersiar-siar petang2. Ye, sebelah tangan pegang handle, sebelah lagi kelek baby.

Rasa macam nak turun kereta pergi rampas baby tu, and bagi sedebik kat bapa yang tak bertanggungjawap itu.

Zabs said...

MA: Saya sokong sepenuhnya kalau anda buat macam tu. Sibapak tu ingat dia cara itu ke, nak tunjuk sayang kat anak? Nak pendekkan umur anak adelah.
Baru petang tadi berlaku, while driving back from work with my wife, dia nampak driver kereta sebelah letak anak kecil atas steering, sambil memandu, sementara isteri di sebelahnya bercakap di talifon. How crazy is that? As you know, the traffic in KL, during this peak hours, is just unthink of. Salam and do take care of your lovely children.

Zabs said...

May: Salam Ma'al Hijriah kepadas anda juga.
Jaga diri dan pandulah dengan cermat, Untuk selamat jiwa dan zuriat. InsyaAllah.

Zabs said...

Shah CA: Memang betul bagai dikata. Dalam hal ini kita tidak boleh bersederhana sahaja. Ia perlu seimbang. Semua pihak perlu memain peranan.
Lain diajar di sekolah lain contoh ditunjuk oleh ibu/bapa dan masyarakat. Ustaz kata begini, ibu/bapa buat begitu.
Mass-media pula jadi guru No 1, di bantu tv gomen dan tv swasta. Hebuh sana, hebuh sini, berhibur jadi agenda utama. Ini semua buat anak-anak jadi keliru dan celaru.
Makanan Rohani di selit sedikit disana, sedikit di sini untuk cukupkan masa siaran. Kalau di tonton oleh orang muda takpa juga, tapi Mak Bapak je yang tunjuk minat. Salam dan terima kasih. Wallahua'lam.

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Satu lagi N3 yang jika tidak di tulis ramai yg ambil mudah atau anggap remeh sedangkan ianya amat besar.

Ada beberapa perkara yg pak zabs berikan memang saya pernah melakukannya dulu dan ada jugak sikit yang masih 'ter'buat.

tentang lampu telah hijau tetapi kereta tidak bergerak, saya pernah alami 2 tahun yg lalu,bukan sebab ber-sms.ketika isteri bertugas di KT,saya sering berulang alik ke sana setiap weekend.
jadi bila pulang ke Melaka ,sering keletihan kerana tidak selesa tidor dalam bas.
pernah satu ketika , selepas tiba dari KT saya bersiap utk ke tempat kerja. tiba di satu traffic light, ianya merah. saya kereta yang ke 5 atau 6 dalam deretan itu. Dek kerana terlalu letih dan mengantuk,saya tertidur. Tiba-tiba saya terdengar ketukan di cermin kereta. Rupa2nya saya tertidur dan kereta2 di belakang honk pun tak dengar.

jaflam said...

Zabs,
Nampaknya masyarakat kita makin jauh hanyut dari sifat sifat murni, tolerasi dan kasih sayang yang di anjurkan oleh semua agama. Makin maju makin teruk perangai .... Mungkin ada penyakit Ketam di atas.

zino said...

zabs..
nilai civic masyarakat dah makin merundum sejak kebelakangan ni.. peraturan dan undang2 tida siapa nak ambil kisah kecuali terpaksa.. sikap bertimbang rasa semakin nipis .. inikah gaya survival warga kota?

kenapa tak bertanya kepada ibumuda tu.. kesian dia..

Zabs said...

Doc. TA: Kerana keletihan adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Tetapi kalau dibuat dengan sedar, itu yang tidak boleh diterima. Sebagai manusia kita banyak kelemahan. Kalau sudah buat yang terbaik, kalau nak berlaku juga, berserahlah.
Kerana kita juga selalu dingatkan "Janganlah campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan". Wallahua'lam.

Zabs said...

Zino: Sebagai orang lama kita hanya boleh nasihat. "Orang muda menanggung rindu, orang lama menanggung ragam". Kalau dah tak tertanggung ragam tu kena lepaskan lah, muga-muga ada yang mendengar dan dapat memperbaiki diri.
Contoh yang baik juga perlu diberi, tetapi saya bukanlah contoh yang baik itu.
Rasullullah s.a.w itu sebaik2 contoh untuk di teladani. Salam Ma'al Hijriah untuk anda dan keluarga.

mama ranggie said...

inilah realiti...

manusia skrg suka amik jln mudah...

dah terhantuk,baru nak sedar...

ruby ahmad said...

Hello Zabs,

This is really a good post. Memang kita mesti beringat sabelum terkena. Saya rasa the general public ni lebih suka mengambil short cut (jalan yang mungkin hanya nampak senang) tetapi, selalu bila mengambil short cut buruk padah nya. Itu lah sebab nya melalui kajian2 yang tertentu, tempat2 yang telah di sedia dengan kemudahan keselamatan memang memerlukan orang2 menggunakan nya, saperti zebra crossing, overhead bridge, topi keledar..ini tak patut di peringan kan.

So now we need the added education and awareness of greater care for safety.

Zabs said...

MR: Kalau setakat terhantuk takpa juga. Takut tak sempat nak tinggal wasiat je! Salam, jangan lupa pakai tali pinggang keledar ok!

Zabs said...

Ruby: Semua kemudahan dan undang2 yang dibuat adalah untuk keselamatan. Cuba bayangkan orang ramai cuba nak melintas MRR2 yang ada 3+3 lorong di waktu puncak? Ini mereka lakukan setiap pagi dan petang. Yang saya lihat sepanjang2 jalan tu memang takda pun "pedestrian crossing", jadi maknanya melintas tidak dibenarkan. Nak tunggu ada kemalangan ke baru ada sesuatu tindakan hendak dibuat.
Saya jadikan satu kemestian apabila masuk je kereta, akan kenakan tali pinggang keledar walaupun untuk perjalanan yang dekat. Ini termasuk penumpang di kiri saya. Yang di belakang belum dipraktik lagi, mungkin akan dimula tahun ini. Tapi kalau ada pemandu, tentu senang kan Ruby?

U.Lee said...

Hi Zabs, your Bahasa posting is really eloquent. I can tell you, I am picking up lost words learned wayyyy back before Merdeka reading your post.
But quite a few words, saya not familiar. But still boleh la dapat faham 56%, ha ha.
You sure got some daredevils on the roads there, huh?
Sini pun ada, but nasib sueh, will see flashing re, blue lights behind, with a loud, "pull over". Ha ha. Here if get caught for any traffic violations, the insurance premiums will give you a heart attack when time to renew, as all police reports will masuk our Road transport computers, as well insurance.
Sini I drive like a gentleman, no more the Alfa Romeo days punya gila, ha ha.
By the way, drop in for coffee, I baru post the next instalment of Irene punya cherita.
You have a nice weekend, Zabs, Lee.

Zabs said...

Capt DJ: Dulu semasa dalam service ada juga pernah diberitahu "Do what what you are told to do, don't do what I do".
Mana boleh macam itu, ketam menyuruh anak jalan betul, tetapi jalan dia tidak dibetul dulu.
Namun begitu kita tidak boleh berhenti dari ingat-mengingatkan, itu tanggung-kawab. Untuk berubah is perlu perlu datang dari dalam diri orang itu sendiri. Salam.

Zabs said...

Lee: Glad to know that your understanding of the language have increase to 56% already. Another few postings, you will then be able to comment in Malay pulak!
For your info, nowadays these young people are giving bad example of the Malay language. They are fond of spelling the words in shorts, so that they can sent it faster "sms" (short message system)in the mobile phone.
As for increasing the premium for Insurance of these drivers involved in traffic violation, I think is a just thing to do. Let them suffer a bit lah. May be next time, they will be more careful.
Thank you for the reminder, will pop in for coffee, and enjoy the reading. Take care Lee.

FiSHY@iKe said...

Salam pak zabs,

Prihatinkah kita? Thats a golden question for nearly anyone of us. I myself sometimes miss look at some things and end up using the same old reason, "takpe, orang lain pun buat juge/orang lain pun tak peduli juge" why we have to be other people when we can always be ourself and go by the book. It doesn't hurt actually to follow the rules as the rules are there sometimes for our safety and for order to take place (but sometimes rules can be pretty nonsense, don't you think so?). Looking on the positive side, we should always remind each other as we humans always forget about this simple little things. Congrats pak zabs, looking forward for your future advises. Take care, salam...

Zabs said...

fishy@ike: Ya, kita semua pada satu masa dan ketika pernah menggunakan alasan begitu. Orang lain buat juga, apa salahnya, tak jadi apa-apa pun. Bukan ada orang nampak pun dan seumpamanya.
Tetapi bagi orang yang ada banyak kebaikan di dalam dirinya, akan terdetik juga perasaan bersalah itu. Perasaan tidak selesa, menyesal dan sebagainya.
Oleh itu kenapa perlu menanggung perasaan bersalah jika ia boleh dielakkan dengan mengikut peraturan yang ditetapkan, ikut buku atau apa pun yang jelas tidak melanggar peraturan.
Majoriti buat, tak bererti yang tidak buat itu salah.
Yang penting kita tidak akan mempersoalkan diri kita sendiri, kenapa aku buat itu dan ini, sedangkan ia sesuatu yang salah.
Saya menulis ini untuk ingatkan diri saya dan sesiapa yang ingat beringat sebelum terlambat. Wallahua'lam.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Saya ingin menyentuh keedaran sivik itu. Semakin maju sesebuah negara atau masyarakat khususnya, semakin terhakis sifat-sifat baik dan bertanggungjawap. Itu salah satu harga yang perlu dibayar demi nama 'pembangunan' agaknya.

Mentaliti dan sikap tak elok generasi masyarakat hari ini akan ditiru oleh generasi akan datang dan seterusnya. Masalahnya kalau generasi dewasa yang berpelajaran pun tidak menunjukkan contoh yang baik, apa yang kita boleh harapkan dari generasi muda?

Zabs said...

BP: Saya bersimpati dengan anda di dalam hal ini. Bersetuju, warga lama serupa kami ini ada masanya tidak menunjuk contoh yang baik untuk diikuti.
Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlarilah nampaknya.
Tetapi ramai lagi guru yang tertib adabnya yang boleh dicontohi. Yang tidak baik kita jadikan sempadan. Kenapa itu yang dijadi ikutan, kerana ingin buat perubahan? Perubahan biarlah kepada kebaikan, walau sedikit, tetap akan dikenang, yang buruk walau sedikit tetap akan jadi umpatan. Salam.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
We have rules/laws governing what you've just highlighted but as humans, some of us test these to the limit ... if we don't bend them, we break them.
And when something bad happens, we blame others instead of reflecting on our own wrongdoings.

Zabs said...

Fauziah: You are right about that. We tend to blame others first before looking whether it is actually our fault. The fact is, it does not matter whose fault it is, after it has already happened, the damage has been done.
We should be thinking of prevention first, because it is much cheaper and safer that way.
Salam.

alan zed said...

rakyat malaysia dikatakan bersopan santun. but not behind the wheels. ;)

FiSHY@iKe said...

Yup, can't agree more. By the way, pak zabs, mind if I link my blog to yours?

Zabs said...

Alan: Adakah anda juga termasuk dalam perangkaan itu?

Fishy@ike: Boleh, silakan. Lagi ramai yang baca, lagi bagus. Mungkin ada kebaikan yang boleh dikongsi. Salam.

Mat Salo said...

Mmm.. Ntah ntah suami dia keje di seberang macam si masalo tu.. Haha.

The truth is, we are far from a caring society and it shames me.

Inilah realiti kehidupan di bumi Allah yang di berinama Malingsia oleh warga Indo yang bengkerk.

Thanks for reminding Pak Zabs.

Zabs said...

BP: Terima kasih kerana mengajar dua perkara di sini. Pertama, perkataan Malingsia (tak tahu apa erti sebenarnya, tapi satu nama yang kurang baik pastinya). Kedua cara mengeja bengkerk, sungguh tepat dengan makna yang hendak disampaikan.
Anyway please refrain from calling then Indon, KJ kata depa tak suka dipanggil gitu. (Tapi ada kawan saya kata, sebab nama tu salah sedikit sebutannya macam nama MIL dia pulak, tu sebab tak mahu panggil nama itiu).
Salam, jaga diri, bila nak naik ke darat semula?

david santos said...

Hello, Zabs.
Good posting and nice photos. Thank you.



VERY, VERY WEEL, POLICE OF MALAYSIA. I LOVE THIS POLICE.

Justice for NURIN JAZLIM.

David Santos

Has said...

Salam Pak,

Tumpang lalu. Dah berapa kilo hilang?

Zabs said...

David: Thank you for visiting. Yes, well done to the Police. Hope they will do better next time too.

Has: Terima kasih atas kunjungan. Nak berlabuh sebentar pun takpa. No port charges. Berat masih sama. Mungkin yang di makan dan yang dibakar (kalorinya) sama banyak, jadi tak berkuranganlah beratnya.

idham said...

pak zabs...:-)

satu posting yang menafaatkan ...semoga lebih ramai yang peihatin....makin kurang tragedi...
bila sesuatu yang tragis berlaku, jangan cepat menuding jari, tanya dulu apa langkah2 keselamatan yang kita telah ambil.

semoga ibu muda mendapat perlindungan dari her guardian angels - setiap langkah memberi lebih kesabaran dan ketabahan.

di dubai - belum kuat sangat lagi safety conciousness nie. tapi satu yang baik - tiada budaya bermotosikal di sini!

rumah2 belum terpaksa di pasang jeriji....belum ada pencuri. kasut dan selipar di mesjid tidak hilang, walaupun jenama gucci.
ini satu yang berbedza dari malaysia.

salam,


idham

So'od said...

salam uncle..
sorry sbb lama x jenguk uncle..

sy suka cara uncle kupas satu2 isu tu.. mcm tengok road movie pulak.. sebenarnya kepincangan ada kat mana2.. cuma yg btul2 observant & berkesedaran je dpt mengambil iktibar dan mengingatkan kpd org lain.. sbb kdg2 kita mmg cpt lupa..(atau buat2 xnampak)
terimakasih uncle..

NBK466 said...

Thanks Zabs for reminding... sometime den pun sendiri terlupa.. hu..hu..hu..

Zabs said...

Pak Payne: Semoga kita tidak termasuk dalam golongan itu. InsyaAllah.
Ibu muda itu kelihatannya sabar menjalankan tanggungjawabnya.
Di sini, kita tak perlu ke penjara untuk rasa hidup "behind bars".
Salam ceria untuk anda dan keluarga.

Zabs said...

So'od: Selamat jumpa lagi, tentu anda melalui labuhan ini dalam senyap. Apa pun gembira menerima kunjungan anda. Salam ceria selalu.

NBK: Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna) (Al-A'laa - Ayat 9)

Kak Lady said...

Salam Maal Hijrah buat Zabs sekeluarga...terlewat sikit...tapi takpe kan.. hehehe

Hmmm...banyak yang perlu diberikan perhatian dan yang diingatkan dalam entry kali ni...moga kita semua lebih peka...tentang keselamatan, nilai kemanusian serta apa yang terjadi di sekeliling kita

Zabs said...

Kak Lady: Salam Ma'al Hijriah juga saya ucapkan kepada anda dan keluarga.
Semoga peringatan ini untuk kebaikan kita bersama. InsyaAllah.