Saturday, January 19, 2008

24 Jam Kita

Seorang penulis terkenal telah menulis di dalam bukunya bagaimana kita harus membahagikan masa kita, jika mahu menjadi orang yang berjaya dalam kerja yang kita lakukan. Mungkin ia tidak lagi relevan dengan rutin harian saya, tetapi ada baiknya, jika dikongsi dengan orang-orang muda yang mungkin terbaca N3 ini.

Pembahagian waktu kita biasanya adalah seperti berikut;

8 jam untuk tidor.






8 jam untuk bekerja.








8 jam lagi dihabiskan dengan lepak2, menonton tv, membeli-belah, bermain game dan ntah apa-apa lagi yang tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada diri kita, keluarga atau masyarakat.














Menurut beliau masa 24 jam kita perlu dibahagikan seperti berikut;

8 jam untuk tidur
8 jam untuk bekerja

4 jam untuk rekreasi dan kesihatan















2 jam untuk belajar dan persediaan





2 jam untuk kerja tambahan yang tidak dibayar.












Perbezaan di sini adalah penambahan 2 bahagian lagi, iaitu 2 jam setiap satu, yang terakhir itu. Ia amat penting untuk kemajuan diri kita dalam apa juga bidang/pekerjaan yang kita lakukan.

Dua jam untuk belajar dan membuat persediaan itu amat penting. Jika dimanfaat dengan baik akan dapat meningkatkan kemahiran kita dalam bidang/pekerjaan yang kita lakukan sekarang. Ia perlu dilakukan diluar waktu kerja 8 jam yang dikhas untuk bekerja. Kemahiran tambahan ini akan dapat meningkatkan keberkesanan kita dalam kerja seharian kita itu.

Dua jam untuk kerja tambahan yang tidak berbayar itu pula, adalah untuk kita memberikan mutu kerja yang lebih baik dari gaji yang dibayar untuknya. Ini juga bermakna kita mesti sentiasa melakukan kerja yang semakin baik dari semasa ke semasa.

Tetapi ia tidak pula bermakna yang kita perlu sentiasa bekerja lebih masa. Jika kita mampu melakukan kerja yang mungkin mengambil masa 10/12 jam, dalam 8 jam, itulah yang sebenarnya dimaksudkan dengan kerja tambahan tanpa bayaran itu, kualiti kerja yang kita lakukan.

Dua jam tambahan kerja berkualiti itu juga boleh dilakukan melalui aktiviti seperti berikut;

Memberi kerjasama yang lebih erat kepada rakan sekerja dan pihak pengurusan.
Menjadi pekerja yang periang dan berbudi bahasa.
Bekerja dengan gigih dan bersemangat.
Bekerja dengan matlamat dan tujuan yang dirancang kemas.
Memperoleh kemahiran yang sesuai untuk pekerjaan yang dilakukan.

Seperti kita sedia maklum, tidak ada kejayaan yang dicapai tanpa kerja kuat dan dedikasi. Kita perlu merancang dan bekerja keras untuk memperolehi kejayaan itu.

Oleh itu kita perlu merenung dengan teliti apa yang telah kita lakukan selama ini. Jika terdapat kekurangan yang ada dalam perancangan masa kita, maka ia perlulah diubah untuk kebaikan penggunaan masa itu.

Perancangan masa teratur juga perlu dalam aktiviti keagamaan seharian kita. Empat jam untuk rekreasi dan kesihatan itu, boleh digunakan sebahagiannya untuk menuntut ilmu dan beramal.

Malah, masa 2 jam untuk belajar dan persediaan itu juga boleh dimanfaatkan sebaiknya. Masa dua jam untuk kerja yang tidak dibayar itu pula boleh diguna untuk melakukan kerja-kerja amal. Wallahua'lam.

(Gambar-gambar adalah sebagai hiasan sahaja.)

31 comments:

sheemi said...

salam uncle,
thank you.. this entry struck the right chord.. time management has never quite been a strong point for me..hehe. i often hear people say, "aiyaa not enough time la.." or, "wish had more hours in a day.." and so on.. tapi sebenarnya cukup..
but then again, it's probably Malaysia kita la.. the lackadaisical attitude towards time..hehe.
thank you again for the insight. will do my very best to apply it :)

Mat Salo said...

Salaam Pak Zabs,

Wah? 24 hours? My complaint is there's never enough hours in a day and on this particular hitch I've been on the following schedule for 29 days straight. Take yesterday for example:

04:15 Bangun, Buat Kopi, Hisap rokok kat rear deck.

04:45 Check nite crew nya 05:00 report sebelum pass to client

05:00 Semprot, Mandi, Solat, Breakfast di Galley (one bowl raisin with 2 telur mata sapi and roti bakar)

05:45 Go out to relieve my nite guy who only works 6-6.

07:00 Rig Client Meeting with Contractor's supervisors ... Whole day Drilling (sempat gak ciluk 15 menet nak Juma'atan)

19:00 Clear up loose ends for nite crew (depa 18:00 masuk)

19:45 After mandi, makan and sholat rush to rec room (which has been converted to an improvised musholla) for the weekly 'pengajian' or usrah sessions

21:45 Exit Musholla, malam tadi too much Q & A ngan ustad perushaan yang like to ramble. I was forced to halt the Q & A session sebab petugas lain ada yang dah terlentok (apologies to Drs.Ustad Bambang, Muhammadiyah U).

22:30 Kopi and couple of quick Dunhills check nite crew and LCT's if any logistics coming in)

23:30 Baca whatever novel I brought and normally by midnite I'll fall sprawling with the bunk lights on and terlupa gosok gigi. Flat abih.

Repeat same-same for everyday until six weeks is up, inclusive of weekends and public holidays.

So I normally do about 15 or 16 hour workdays and that of course excludes problems. Then its up 24/7 until the situation is resolved.

I'm amazed I am able to post comments here...

I think I will look forward to pensioning very much. But that's 15 years away at least (until 65) since my youngest and only daughter is not even two...

This is where I ask God for long life, Pak Zabs.

But it's my own fault too, I was born without ambition or harbored hopes fo going into business.. Ini lah Qadha dan Qadhar.. I'm sure when you were sailing too you had worse schedules. But Drilling is a lifetime career and there's no white collar jobs waiting for specialists like me. My skills here don't translate to the real world. But saya still bersyukur kerna dapat menabung dan memberi yang terbaik pada keluarga. Sayangnya it's not my time nor myself I can give... Salaam.

ADIEJIN said...

mine pulak too much time to kill...sigh..

Akmal said...

Pak Zabs,
Time management, boleh kata semua orang ada masalah. Tapi semua orang sama aje, ada 24 jam. Tak lebih tak kurang. Isu sekarang ialah kena pandai prioritize kerja2 yang kita ada. Fiqh awlawiyyaat kena pakai kat sini. But you see, everything we do can be made as 'ebaadah. That's an extra score. With the right attitude, right planning, no problem.
I read in Zabrina A.Bakar's Life Is An Open Secret about this. To have the best result in whatever we do, we must plan, and the best way to plan is to do reverse thinking. Start by expecting the final expected result, and think backward on what to do to achieve that (quite similar with Management by Objective(MBO), I think). This will save lots of time rather than the conventional try and error method.
Have a nice day.

Zabs said...

Sheemi: Thank you for dropping by. Lama tak tinggalkan jejak.
Our time is ours to do whatever we want with it. But more often than not, we let others take away much of our time. The friends at the mamak stall. The tv programmes on the Astro or simply the computer games we play, that we think is good for our ego.
I am not saying that you have to fore go all those thingy, but too much of anything, is not good for us. Don't you think so? Salam.

Zabs said...

MS: The 24-hour schedule I mentioned here is really not meant for riggers like you. Because we know, when at seas or during operation time, we always wish that there is 25 hours in a day and 8 days in a week and no Sundays in our routine.
Well, although you have limited time with the families, you can make up about it by giving quality time (which I understand you had done so).
They would understand, and I know they would, because my children do.
God knows what is good for us. Do your best in what you are good at, and your "niat" for doing so:
1. Fardu kifayah, God want Muslim to be good in every aspect of life.
2. To find "nafkah yang halal" for your family.
3. To fulfill your duty to your employer.
Not everybody can be a businessman like TS Syed Mokhtar, neither can everybody become a rigger working 16 hrs a day for 6 weeks straight.
I for one, will packed my bag after 4 weeks.
Salam and all the best to you.

Zabs said...

Adiejin: How lucky of you to have more time than you really needed. However time is the only possession that we have, that don't accumulate when not used. What it does is, it shortened our age.
So if you still have to kill your time, please do it with something worthwile. Salam.

Zabs said...

Akmal: Thank you for your comment. Yes, Zabrina is right there. In his book, The 7 Habits of Highly Effectives People (He wrote the 8th Habits just recently), Mr. Covey wrote that one of the habits (2nd Habits) is Begin With The End in Mind, which I think is quite similar to the concept she is talking about. Salam.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Ini satu entri yang paling elok, terima kasih.

Membaca komen MS, teringat juga waktu saya menjual insurans dahulu - paling benci cuti umum kerana tidak dapat berjumpa prospect baru! Masa biasanya seperti bukan milik kita, tapi milik klien dan prospek. Sekarang ni pula, ketawa bila teringat masa lampau itu.

Sastri said...

salam Uncle Zabs... hmmm... kebelakangan ini, masa untuk kerja tambahan adalah lebih dari 2 jam... tapi sas setuju, 2 jam untuk belajar dan persediaan itu penting... setakat ini, 2 jam yang ini telah diambil oleh kerja tambahan... harap2 situasi ini hanya sementara cos i really want that 2 hours of learning and preparation... mohon maaf juga kerana mengomen di sini... dan mohon keizinan untuk terus bertandang ke sini dan mengomen jika boleh...

p/s: telah membuat tag yang dititipkan oleh Uncle kepada BP... :D

Zabs said...

Shah CA: Saya ada kawan seorang Ustaz yang jadi agen insurans. Kini telah berjaya, dan berhenti kerja untuk tumpu pada insurans saje. Dah tambah satu lagi BMW. Tapi seminggu sekali dia masih beri syarahan di surau kami. Masa 24 jamnya cukup teraut nampaknya. Salam.

Zabs said...

Sas: Terima kasih atas kunjungan. Konsep bekerja, sama seperti semasa belajar dulu jugalah. Kalau dah buat persiapan sebelum kelas, tentu mudah faham apa yang diajarkan.
Kerja tambahan seperti latih tubi, lagi banyak yang dibuat, lagi berkesan kerja yang dihasilkan. InsyaAllah.
Terima kasih juga kerana dah buat tag itu. Setiap pengajaran yang diperolehi, menambah nilai lagi kehidupan kita.
Jemput2lah datang selalu, boleh temankan BP juga. Salam.

zino said...

bagaimana pula menghadapi satu masaalah masa ni.. waktu bekerja biasa tak ada masaalah..

tapi masing2 kata overtime tu hak mereka..bukan ikut keperluan.. bila kita kata "no overtime.." mula masaalah timbul..

macam mana tu? hehe

Zabs said...

Zino: Bagi saya bekerja lebih masa dan dibayar lebihan masa itu, hanya apabila ada keperluan mendesak. Ini terjadi mungkin atas beberapa sebab.
Pertama timbunan kerja yang datang pada masa2 tertentu dan perlu diselesaikan segera.
Kedua kekurangan pekerja yang digaji untuk bebanan kerja yang banyak.
Ketiga pekerja yang mengambil kesempatan. Tidak bekerja dengan cekap untuk menghabiskan kerjanya dalam waktu kerja yang ditetapkan untuk menbuat "overtime".
Ia perlu ditangani mengikut sesuatu keadaan itu.
Kerja lebih masa yang saya maksudkan disini ialah sumbangan tambahan kita kepada majikan tanpa mengharap ganjaran. Pernyataan penghargaan kita kepada majikan yang memberi peluang kita bekerja dengan syarikat atau organisasinya.
Ini akan menjamin kesinambungan kerjaya kita di tempat tersebut.
Jika majikan perlu membuat pilihan untuk pengurangan pekerja, tentu anda tahu siapa yang akan dipilih untuk terus bekerja dengannya, bukan?

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I used to think I need more than 24 hours in a day to get things done. But it is down to time management and how we organise ourselves.
Alhamdulillah, although work takes much of my time, I still have time for family, friends and for myself.
Multi-tasking enables us to manay things at one time too.

Zabs said...

Fauziah: For people who don't manage their time properly, even if they have 30 hours in a day, it would still be not enough for them.
We have to take charge of our time, ooherwise, others will just take it away from us. Salam.

So'od said...

thanks uncle for the insight..

Zabs said...

So'od: A reminder for me and for hose who need to be reminded. salam.

zino said...

zabs..
ada yg jadikan overtime sebagai hak mereka.. bila perubahan di buat banyak rungutan..

Zabs said...

Zino: Memang ramai yang begitu. Mereka tahu hak mereka saja, tetapi hak organisasi dari mereka, mereka tidak fikirkan.
Majikan yang berhak meminta mereka buat kerja "overtime". Kalau takde keperluan, mereka perlu terima....

alan zed said...

biasa la orang muda... ;)

Zabs said...

Alan: Alah bisa tegal biasa. Tulah sebab sampai dah tua, masih ada yang duduk2 main dam haji kat gerai2 tepi jalan tu. Dah biasa buang masa dari muda....

Mak Su said...

dan 24 jam untuk beringat-ingat...ek

Zabs said...

Mak Su: Tak rugi jika sentiasa beringat2 untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam

Selalu juga kita mendengar orang memberi alasan, "tidak ada masa", "tak cukup masa", dsb. Padahal semua orang mempunyai 24 jam.

Pengurusan masa sendiri itu yang penting. [Saya mengingatkan diri saya sendiri juga :)]

Zabs said...

BP: Allah itu Maha Adil. Semua orang diberi masa 24 jam. Saya bersetuju dengan anda, cara kita mengguruskan nya yang membezakan kita. Ingatan untuk saya dan mereka2 yang sewaktu dengan saya. Salam.

jaflam said...

Zabs,
Good tips for time management and balanced score card. Just to add on if we could wake up half an hour before "Subuh" for some rituals/self reflections and fill in the time until fajar. It will make a very good start for the day .... and the day tends to be more fullfilling and breezy.Salam

Zabs said...

DJaf: That is a very benificial tips. We don't really need the eight hours sleep. Six hours is more than enough already. Half an hour before sleeping could be used for "muhasabah diri". Waking up 1/2 hour to 1 hour earlier each day, could be used for the rituals as suggetsed. Thank you.

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Nampaknya saya terlewat singgah di ruang tetap saya kali ni.
Alhamdulillah N3 ni baik,bukan saja utk anak-anak muda tetapi jugak bagi bapa-bapa muda(muda di hati pak!)

I have to confess, I am bad with time management. Sejak dari student hingga bekerja, time management tidak ada dalam fikiran dan minda tidak di didik menjurus ke arah time management. Ketika bekerja di hospital dulu..tak perlu ada time management sebab semuanya kerja,kerja dan kerja. Dulu kalau on-call kerja terus menerus 36 hours.Kalau bernasib baik pada waktu malam tidak ada Caeserean section dapatlah tidor. Kerja bergantung kepada kes. Ketika mula buka klinik berkongsi dgn rakan2 juga kerja sehingga40 jam bila kena syif on-call,kerana waktu itu masih bergelut.

Kini, bila dah berpisah dari perkongsian dan bersendirian, saya masih tak pandai ttg time management.

N3 ini sekurang2nya telah memberi gambaran kepada 'org2 baru' seperti saya utk cuba praktikan time management. Syukran pak.

Zabs said...

Doc. TA: Time management yang saya utarakan ini adalah untuk mereka yang bekerja dengan orang lain.

Bagi pemilik bizness sendiri, kita manage time orang yang bekerja dengan kita.

Kalau bizness kita berjalan baik dan memberi keuntungan, tanpa kita, semasa kita pergi bercuti ke Luxor misalnya, itu bermakna kita telah berjaya dalam menguruskan bizness tersebut.

Tetapi jika bizness kita hanya berjalan semasa kita ada mengeruskannya, tetapi tidak berjalan tanpa kita, itu belum di panggil bizness lagi. Ia hanyalah, kita bekerja makan gaji dengan diri kita. Kalau tak bekerja takda gaji.

Salam, saya seperti mengajar itek berenang pulak! Maaf ya!

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室