Monday, December 31, 2007

2007 Tag-aways Untuk 2008

Saya telah ditag oleh Jaflam yang memulakannya di sini. Tujuannya adalah untuk berkongsi tiga perkara yang dianggap penting yang telah berlaku pada tahun 2007 kepada kita dan pengajaran yang diperolehi darinya, baik dalam hal kerjaya, keluarga atau kemasyarakatan. Dan kemudiannya dikehendkki mengetag 3 lagi pembaca yang lain untuk melakukan yang sama. Berikut adalah tiga (4 sebenarnya) perkara yang ingin saya kongsi, pertama untuk peringatan kepada saya, dan semoga pembaca juga, mendapat manfaat darinya.

Buat Yang Terbaik

Jumaat, 13 April 2007, adalah hari yang bersejarah bagi keluarga saya. Pada hari tersebut anak kedua saya telah menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan pilihannya. Majlis akad nikah diadakan pada sebelah pagi, dan majlis persandingan pada sebelah malamnya.

Majlis telah diadakan di sebuah dewan dan kami mengundang sekitar 900 orang jemputan yang terdiri dari keluarga terdekat, rakan-rakan, jiran dan kawan sepejabat saya, isteri dan anak-anak.

Untuk menentukan semua jemputan akan dapat datang kad-kad jemputan telah dihantar awal dan disertakan bersama kad jawapan bersetem kerana mahu maklum balas yang cepat. Ia bagi memudahkan anggaran jumlah yang akan datang dapat diketahui segera. Bagi saudara terdekat, kami sendiri ke rumah mereka untuk menyampaikan kad jemputan dan menjemput secara lisan juga.

Namun kita hanya boleh merancang, tetapi apa yang berlaku memang tidak boleh diduga. Tidak semua kad jawapan diterima semula, walaupun setem disediakan. Ada yang menalipon memberi jawapan datang atau tidak. Ada yang tidak menjawab langsung. Ada yang mahu datang seluruh keluarga walaupun yang dijemput suami isteri sahaja. Ada yang menalipon tidak mendapat kad jemputan dan bermacam-macam lagi.

Pada malam majlis berlangsung, hujan pula pada petangnya hingga ke senja, dan seperti biasa di KL jem akan berlaku jika hujan. Semua ini menimbulkan kerisauan, terutama bagi kami yang pertama kali hendak menerima menantu. Takut jemputan tak ramai yang datang.

Namun demikian, kedatangan adalah agak baik, 90% kedatangan, dalam keadaan begitu ia cukup memuaskan bagi saya. Alhamdulillah.

Pengajarannya: Apabila mengadakan majlis sebegini, buat perancangan yang di dalam kawalan kita dengan sebaik mungkin. Jangan risaukan tentang faktor-faktor yang diluar kawalan kita seperti cuaca, keadaan lalu lintas, orang akan datang atau tidak dan seumpamanya. Kerana jika kita telah berbuat semampunya, kad jemputan telah dihantar awal, persiapan telah diatur, kita hanya perlu berdoa dan bertawakal. Selainnya berserah, kerana Allah yang menetukan apa yang terbaik untuk kita.

Di Dalam Hitam Putih

Apabila ia melibatkan wang (tak kira sedikit atau banyak), kawan rapat, sanak saudara waima adik beradik pun boleh bergaduh. Lebih-lebih lagi kalau hanya rakan perniagaan. Pada tahun ini, peguam yang saya lantik telah membawa kes saya ke mahkamah kerana merasa telah dipermainkan dalam kes melakukan kerja “sub-contract” untuk satu syarikat kawan. Tetapi kes ini tidak berapa kuat kerana saya tidak mendapat surat perlantikan dan jumlah yang saya akan dibayar selepas kerja dilaksanakan. Jumlah yang dijanjikan hanya dibuat secara lisan sahaja.

Apabila kerja selesai dijalankan, kami hanya dibayar kurang dari yang dijanjikan, dan tiada penjelasan yang memuaskan diberi kenapa dibayar kurang dari yang sepatutnya. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan bayaran yang diberi, kami menuntut dengan baik tetapi tidak berjaya. Ini membuatkan kami memilih menggunakan mahkamah untuk penyelesaian. Walau pun tidak ada surat perlantikan, tetapi ada bukti yang mereka telah buat sebahagian bayaran kepada kami. Ini menguatkan sedikit kes kami dan akhinya berjaya diselesaikan di luar mahkamah.

Contoh Surat Perjanjian

Pengajarannya: Apa pun perkara yang hendak dilakukan yang melibatkan dua pihak, ia perlu dituliskan, untuk mudah dirujuk di kemudian hari. Baik dari segi perniagaan, pinjaman dan seumpamanya.

Jangan Lakukannya

(i)

Saya telah menulis berkenaannya di sini, Walaupun bernasib baik pada masa itu, tetapi tidak akan mencubanya lagi. Jangan ambil mudah perkara ini, kerana anda mungkin terpaksa tinggal di Lapangan Terbang untuk jangka masa yang tidak anda ketahui jika telah berlepas ke negara luat.

LCCT di Kuala Lumur

Pengajarannya: Sentiasa tentukan paspot anda masih sah diperlakukan, atau tarikh matinya mesti tinggal lebih dari 6 bulan sebelum anda ke luar negara.

(11)

Jika dibuat bancian mungkin tidak tinggi peratusan orang dewasa yang merokok yang mendapat sakit kronik seperti kawan yang saya ceritakan di sini. Tetapi apabila pertama kali melihat beliau di hospital, setelah di serang sakit tersebut, ia sangat menginsafkan saya. Perkara begini mungkin boleh terjadi kepada saya, kerana pernah menjadi perokok tegar selama 18 tahun. Sesiapa saja terutamanya perokok boleh mendapat penyakit tersebut. Tapi syukurlah beliau telah bertambah sihat sekarang, tetapi masih perlukan bantuan pernafasan (melalui mesin oksijen yang telah dibeli sendiri dirumah) setiap kali merasa letih atau terasa sukar untuk bernafas.

Pengajarannya: Jangan merokok, jangan nak cuba-cuba merokok dan kalau dah mula berhentilah untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga yang kita sayangi.

Kini dengan rendah diri saya ingin mengetag Zawi yang tentunya punya banyak pengalaman/ pengajaran untuk kita pelajari, Mior Azhar (topik untuk anda) dan jenerasi muda kita Jowo Pinter (sungguh pintar). Salam dan Selamat Menyambut Tahun Baru Untuk semua yang berlabuh sementara di sini.

Saturday, December 29, 2007

Halangan

Saya pernah mendapat tiket (bukan tiket bas), kerana memotong sebuah bas yang amat perlahannya di garisan berkembar (double line) seperti di bawah. Kejadian itu berlaku di Pedas, NS, lebih kurang 20 tahun dahulu. Saya tidak menyangka ada Pak Polisi, menunggu saya setengah kilometer di hadapan.

Itu cerita lama, dan sangat jarang berlaku pada masa itu. Pemandu ketika itu mungkin tidak mahu berbelanja lebih untuk membayar saman. (Saya dapat mengelak pada masa itu kerana memberitahu hendak cepat sampai ke Lumut, "unifrom" pun ada tergantung, kapal saya hendak belayar segera).

Kini keadaan telah banyak berubah. Pemandu-pemandu samaada tidak lagi perasaan akan adanya garisan berkembar ini, atau sudah tidak tahu lagi akan fungsinya. Oleh itu, tidak hairanlah kini telah ada halangan-halangan didirikan di atas garisan berkembar tersebut, untuk mengingatkan pemandu.


Halangan-halangan ini, sudah tentunya menimbulkan sedikit kurang selesa kepada pemandu-pemandu yang ingin cepat melintasi garisan berkembar itu, terutamanya mat-mat motor.

Oleh kerana keperluan mereka ini, maka banyaklah, "lubang" seperti di atas dijumpai di celah-celah halangan tersebut.

Jelas kelihatan tanda tidak boleh membuat "U-turn" di sini. Tetapi ianya tidak mendapat perhatian pemandu-pemandu yang melihat/tidak melihatnya.

Sebelum halangan ini di bina, motorsikal dan kereta melalukan libasan maut di sini untuk cepat sampai ke seberang. Apabila halangan2 itu wujud ia berhenti sementara. Kemudian muncullah "lubang" untuk laluan di sana.

Pihak berwajib kemudian berusaha menutup "lubang" tersebut, untuk di"buka" semula beberapa hari kemudiannya.

Ia kemudiannya di tutup sedikit dengan halangan batu seperti ini. Ia agak berat dan tidak mudah di alih atau di patah2kan. Tetapi tidak semua yang di ganti begitu. Dan masih ada lubang yang boleh dibuat.

Walau apapun dilakukan, selagi kesedaran sivik pemandu-pemandu kita masih berada di tahap yang rendah, perkara ini akan terus berlaku. Walaupun mereka beranggapan, mereka yang buat, merekalah yang akan tanggung risikonnya, tetapi, ia juga akan mengundang risiko kepada pemandu lain juga yang jika secara kebetulan berada di laluan bertentangan dengan mereka.

Pandu cermat jiwa selamat, seperti nasihat dari KLFM, ramai orang mahu anda pulang ke Rumah, bukan pulang ke Rahmatullah.

Thursday, December 27, 2007

Kembali Ke Sekolah

Masa untuk kembali ke sekolah telah pun hampir. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan dibuka semula.

Tetapi masih ramai lagi ibu bapa yang belum selesai menyiapkan keperluan anak-anak mereka yang bersekolah. Terutamanya yang mempunyai anak-anak yang ramai.

Di kebanyakkan media massa, terdengar juga rungutan dari ibu bapa yang rata-rata mengeluh kerana harga barang-barang keperluan persekolahan ini semakin naik. Ada yang meningkat sehingga 50% dari tahun sebelumnya. Tetapi seperti kata seorang bapa "kita tidak boleh berbuat apa-apa, kerana anak perlukan semua kelengkapan ini, oleh itu terpaksalah dibeli juga".

Peralatan tulis dan sekawan dengannya perlu di beli.

Kasut tahun lepas walaupun masih elok lagi, tetapi telah sempit pula, perlu dibeli yang baru . Kalau ada adik boleh jugalah di turunkan penggunaannya.

Sungguh meriah keadaannya di hari-hari terakhir percutian penggal persekolahan ini. Ibu-bapa suka menunggu di akhir-akhir tahun untuk berbelanja menghabiskan simpanan yang ada.

Tentunya ketika begini amat dinantikan oleh pusat membeli belah ini.

Para petugas kaunter pembayaran ini tentu tak menang tangan untuk melayan para pelanggan yang berpusu-pusu untuk membayar ini. Saya pun salah seorang yang termasuk dalam golongan ini. Bila sudah menjadi tabiat, memang sukar untuk dihindari. Tetapi terasa semacam satu kepuasan apabila melakukan aktiviti membeli-belah di saat-saat akhir ini. Terutama apabila dapat membeli kesemua yang diperlukan.

Tetapi ada satu lagi kerisauan apabila sekolah di buka semula. Pesta lampu brake juga akan bermula. Jam di sana dan jam di sini akan memeriahkan lagi suasana jalan-jalan raya terutamanya di Kuala Lmpur ini.

Monday, December 24, 2007

Ulang Tahun

Hari ini (24 Disember), 29 tahun lalu, adalah hari Ahad dan cuti sekolah. Tentu anda juga tahu, dari dahulu hingga sekarang, waktu begini adalah musim untuk mengadakan majlis perkahwinan. Begitu jugalah dengan saya dan (bakal) isteri. Hari ini genap 29 tahun kami diijab kabulkan, di satu majlis yang cukup sederhana tetapi meriah, ketika itu.

Kini setelah 29 tahun berlalu, rumah tangga yang kami bina, kini akan menjadi semakin lengkap (tahun hadapan kami akan menimang cucu yang pertama pula, InsyaAllah), dan kami tidak akan menukarnya untuk pengalaman yang lain. Walaupun banyak pahit manis yang kami lalui, tetapi ia telah mengajar kami untuk lebih tabah dan memahami serta menghargai pengorbanan masing-masing.

Keluarga kami banyak berpindah dari satu tempat ke satu tempat dalam tempuh tersebut. Perpindahan tempat kerja memerlukan kami berpindah rumah juga. Lebih sepuluh buah rumah telah kami diami selama itu, termasuk tinggal beberapa tahun di New Zealand dan Wales.

Garisan Katulistiwa "Tropic of Cancer" dan "Tropic of Capricorn" telah kami lintasi bersama. Ketika berkhidmat di luar negara isteri menjadi penawar duka, ketika belajar lagi di umur dewasa, beliau menjadi pembakar semangat dan ketika berada jauh dari keluarga dan berada di lautan luas, beliau sekali gus menjadi ayah dan ibu kepada anak-anak yang masih kecil dan perlukan bimbingan. Di samping itu masih menjadi pekerja cemerlang di tempat kerjanya. Dia seorang "Super Women" bagi saya.

Di hari yang istimewa ini, saya berdoa, agar kami dapat terus bersama melayari hidup ini dengan penuh kerukunan sehingga ke akhir hayat. Semoga anak-anak juga akan meneruskan keharmonian hidup berkeluarga sesama mereka dan keluarga mereka sendiri nanti. InsyaAllah.

Gambar-gambar berikut diambil sekitar 6 tahun lalu, dan sehingga kini ia merupakan koleksi yang terbaik di dalam simpanan saya.

Pada 26hb Disember pula akan genaplah umur saya, untuk bersara wajib (56 tahun). Walau bagaimnapun saya telah bersara secara pilihan, pada 1.1.1999, dan menerima tawaran bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Setelah merasa cukup lama bekerja makan gaji sahaja, pada June 2000, saya memutuskan untuk bekerja sendiri.

Mungkin ini adalah keputusan yang baik, kerana kini, saya masih boleh terus bekerja walaupun akan memasuki umur bersara wajib. Bagi kawan sebaya, yang baru bersara dari perkhidmatan tentu mereka perlu mencari kerja baru jika mahu terus aktif bekerja.

Semoga saya diberi kesihatan yang baik dan seterusnya dapat menyumbang, secara langsung atau tidak langsung kepada pembangunan negara kita yang satu ini. InsyaAllah.

Saturday, December 22, 2007

Lemang

Lemang adalah makanan tradisi yang masih digemari ramai sehingga sekarang. Biasanya kalau di kampong saya di Negeri Sembilan, lemang akan dibakar sehari sebelum hari perayaan seperti (Hari Raya Puasa atau Raya Qurban (atau dulu-dulunya dipanggil hari mantai (tak tahu pula apa maknanya)).
Lemang yang dibakar ini akan juga dijamu bersama rendang ayam atau lembu/kerbau, kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah pada hari raya tersebut. Tetapi lemang biasanya akan boleh bertahan sehingga hari kedua/ ketiga sahaja. Kerana santan yang digunakan untuk memasaknya menjadikan ia cepat basi.

Kekadang sehari sebelum puasa pun emak akan memasak lemang kerana pada masa itu anak-anak ada juga yang balik ke kampong untuk menyambut puasa pertama bersama ibu bapa. Bagi saya pula yang bekerja jauh dari kampong, apabila balik sekali sekala ke kampong, walaupun bukan pada musim perayaan, emak tiri saya akan membakar lemang untuk saya semasa balik bercuti itu, kerana ia adalah salah satu makanan kegemaran saya semasa kecil. Malahan sekarang apabila dah berkeluarga pun, jika mereka ada membakar lemang di kampong mereka akan menalipon saya untuk balik mengambilnya.
Kini keadaan sudah berubah, lemang sudah boleh di dapati sepanjang masa. Pada setiap kali tiba musim perayaan pula, kita akan dapati banyak gerai-gerai sementara didirikan di tepi-tepi jalan yang strategik, untuk membakar dan seterusnya menjual lemang tersebut di situ.
Gerai-gerai Lemang dengan pembakaran terbukanya.
Berbagai sais lemang untuk dipilih.

Disamping lemang, rendang juga turut dijual.
Walau bagaimanapun jika diberi pilihan saya masih suka lemang yang dimasak oleh emak saya di kampong, dari yang dibeli dari gerai-gerai ini. Tetapi kini nampaknya lemang yang dijual di gerai-gerai semakin baik buatannya dan sama enak rasanya.
Memang saya tahu lemang juga adalah punca kolestrol dan perlu dijauhi, tetapi saya makan lemang hanya untuk hilang gian sahaja, bukan nak balas dendam. Tokasid tentu setuju dengan saya di sini. Selamat makan lemang dan rendang, tetapi berhati2 banyak mana yang dimakan.

Thursday, December 20, 2007

Terkorban


"Allahhu Akbar 7X. Berita penting! Ini bukan khabar angin lagi! Harap sebarkan! Jangan panik! Kepada semua orang Melayu (Islam), siap sedia dengan parang, kapak dan pisau dari sekarang. Pertumpahan darah akan berlaku pada pagi 20hb di seluruh negara. Tak perlu restu dari PM dan PDRM. Kita perlu sembelih lembu, kambing dan kerbau.
"SELAMAT HARI RAYA QURBAN""
Begitulah antara sms yang saya terima beberapa hari ini (Maaf jika ada yang kurang senang atau terganggu dengan sms yang saya terima ini).

Untuk menentukan kesahihan perkara ini, pada pagi 20hb. itu, saya telah membuat sedikit tinjauan dan benar seperti yang di beritakan. Sila lihat gambar-gambar yang saya paparkan ini (Amaran: Sebahagian gambar ini mungkin tidak sesuai untuk tatapan anda, jika anda merasa begitu janganlah ditengok...okey)


Tuesday, December 18, 2007

Kebetulan

Apakah kebarangkaliannya, apabila anda tinggal di sebuah hotel, anda akan dapat sama menyaksikan upacara perasmian hotel tersebut. Maksud saya walaupun cuma dapat menyaksikan keberangkatan tiba tetamu kehormat untuk perasmian itu. Tak ada jemputan pun, so, tentulah tak boleh nak masuk dan duduk bersama-sama tetamu jemputan yang lain tu.

Saya ke Port Dickson pada 16hb untuk menemani isteri, dalam siri seminar menghabiskan duit kerajaan pada hujung tahun ini selama 3 hari, di Glory Beach Resorts. Oleh kerana tidak ada lagi bilik di resort tersebut, saya telah tinggal di Legend Water Chalets, yang bersebelahan dengan resort tersebut.

Pada 17hb semasa hendak pergi bersarapan pada jam 9.00 pagi, terasa ada sesuatu yang rasmi akan berlaku di sana, kerana keadaan sedikt sibuk di hadapan Lobby, dengan kebanyakan pegawai hotel tersebut berpakaian cukup kemas dan bergaya.

Apabila di risik, dapatlah berita bahawa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan datang untuk merasmikan tempat tersebut pada jam 10.30 pagi. Oleh kerana ada membawa kamera bersama, maka saya pun mengambil peluang untuk mengambil sedikit gambar semasa ketibaan baginda.

Oleh kerana ramainya orang yang menunggu, maka ini sahajalah gambar yang dapat saya ambil.

Selepas semua orang masuk ke dalam hotel, saya pun mengambil kesempatan untuk merakamkan sedikit gambar anak saya, bersama kenderaan yang membawa baginda itu untuk kenangan.

Oleh kerana tidak dapat mengambil gambar yang lebih baik, saya teringat gambar beginda yang ada dalam simpanan saya untuk diletakkan di sini. Saya telah "scan" kan gambar lama tersebut untuk di paparkan. Di majlis itu saya dapat peluang bergambar paling hampir dengan baginda.Ada cerita juga di sebalik kenapa saya di berikan salinan gambar ini oleh seseorang yang ada tujuan tertentu, walaupun saya tidak memintanya.. Tetapi biarlah ia menjadi kenangan saya sendirian sahaja.

Sunday, December 16, 2007

Tagged-A-Surveys

(Updated version)
Have been tagged by Rubyahmad. She was first tagged by some else, but her posting was eaten by the cyber worms (agak2 je). Since her posting is nowhere to be seen, I'll brave myself to answer this tag. Here we are then, a day of my life......

1. Name one person who made you laugh last night? My heroes here.

2. What were you doing at 0800? Having roti canai and teh tarik for breakfast (Don't tell anybody ok).
3. What were you doing 30 minutes ago? Having dinner with my wife and daughter.

4. What happened to you in 2006? Becomes a blogger.

5. What was the last thing you said out loud? I will be away Monday and Tuesday.

6. How many beverages did you have today? Teh Tarik, Nescafe 3 in 1, The O Limau Ice, Watermelon juice, Manggo Juice…….Air Suam.

7. What color is your hairbrush? Don't have one, just a brown comb.

8. What was the last thing you paid for? The Dinner with the family.

9. Where were you last night? At home and the surau for prayers.

10. What color is your front door? What colour is this........

11. Where do you keep your change? In the car coins box.

12. What’s the weather like today? Cloudy in the morning, raining in the afternoon and again at night

13. What’s the best ice-cream flavor? All ice-cream is nice to me. I don’t choose them, my daughter did.

14. What excites you? A lot of things, but exercising is not one of them.

15. Do you want to cut your hair? Not now, maybe in a months time. Do you think this is long?
16. Are you over the age of 25? Of course! It is even, more than 52 (Old enough to answer this tag, I think).

17. Do you talk a lot? Not really...but with the right company, I can do a lot of talking. Lol....

18. Do you watch the O.C.? Never. Never heard of it also. But my daughter says that it is meant for young people only.

19. Do you know anyone named Steven? Yes, Cats Steven.

20. Do you make up your own words? Sometimes….. but in Malaylah (eg. Menggung).

21. Are you a jealous person? Yes, and so is everybody else that I knew.

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’. ARBIM (acronym macam HAMKA).

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’. Khai.. oops, Khusairi sebenarnya.

24. Who’s the first person on your received call list? Asri.

25. What does the last text message you received say? Ooo (Honestly)

26. Do you chew on your straw? No, I don't like the taste.

27. Do you have curly hair? I have straight hairs, however sometimes it is a bit wavy when it starts to get longer. However it never get to be that long to becomes wavy nowadays.

28. Where’s the next place you’re going to? Port Dickson.

29. Who’s the rudest person in your life? Don’t like rude person and will try not to remember them.

30. What was the last thing you ate? Fish and chips.

31. Will you get married in the future? What??? Getting married again. No I don't think so. My daughter just got married last April.

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks? So long never go to the movie. I've also cancelled the movie channel of our Astro.

33. Is there anyone you like right now? Everyone in my family.

34. When was the last time you did the dishes? This morning if you consider this as dishes.

35. Are you currently depressed? So long never felt depressed. Just some worrying.

36. Did you cry today? I don’t think so, men don’t show that they cry (takda tengok cerita Hindustan).

37. Why did you answer and post this? Ruby mentioned my name twice in her blog to do this tag. She visited my blog to remind me again. So must please the lady lah.

38. Tag 5 people who would do this survey. The first five person who read this posting, if they have not been tagged already.