Tuesday, December 11, 2007

Pertemuan Pertama

"Ikang di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga". Peribahasa orang2 dahulu untuk melambangkan betapa kalau dah ditakdirkan bertemu, benda yang mustahil pun pasti akan berlaku. Begitulah apa yang berlaku pada petang Ahad yang begitu sibuk, di dalaman KLCC, tetapi agak tenang dan nyaman di dalam “Coffee Club”, Kinokuniya Bookstore, yang menjadi periuknya, dan ikang-ikangnya ialah Jaflam, Ancient Mariners, Zawi, Mat Salo, Elviza dan Luqman, Dr. Bubbles, Akmal, Wan dan tuan empunya blog.

Berdiri dari kiri: Dr. Bubbles, Pak Zawi, Jaflam, Zabs & Mat Salo
Duduk dari kiri: Wan, Awang Goneng, Kak Teh, Captain Yusof, Akmal, Elviza dan Luqman

Sungguhpun pada asalnya, agak ramai orang di dalam "Coffee Club" itu, hingga membuatkan Jaflam merasa bimbang jika tidak cukup tempat untuk semua. Beliau kemudiannya telah membuat "booking" di tempat lain untuk acara ini. Namun begitu akhirnya tempat tersebut sebahagiannya telah menjadi milik kami, dengan kepantasan dan kerjasama semua untuk mengambilalih setiap meja yang ditinggalkan oleh pelangan2 lain.

Ketibaan asamnya Awang Goneng dan Kak Teh, yang kelihatan masih romantik, walaupun telah 28 tahun berkahwin (Hari itu adalah hari ulang tahun perkahwinan mereka, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat didoakan), memulakan acara menandatangani buku Growing Up in Trengganu, tulisan Wan A. Hulaimi atau nama Penanya Awang Goneng.

Buku ini memulakan perjalanannya di blog dan akhirnya muncul sebagai sebuah buku yang kini menjadi bahan tulisan ramai tuan-tuan punya blog. Mentelahan pula, pada pengetahuan saya, ini adalah buku pertama lahir secara begini.

Walaupun bukan dari Trengganu dan tidak mahir dengan Tengganuspeak, tetapi amat tertarik dengan percakapan loghat daerah pantai timur ini. Walaupun kebanyakan pekataannya hanya difahami secara sepoi2 bahasa sahaja, tetapi seboleh mungkin, akan dapat mengandaikan sendiri maksudnya.

Kami ke sana atas usaha Jaflam, (terima kasih kerana membelanja kami minuman dan makanan ringan tersebut.) seorang kenalan lama, untuk mendapatkan autograf dari penulis buku tersebut. Kini saya telah mempunyai dua buku (diautogaf sendiri oleh penulisnya) yang ini ditulis oleh seorang blogger dan satu lagi ditulis oleh isteri blogger Adiejin.

Untuk cerita yang lebih menarik tentang pertemuan itu sila lawat kesini, sini, sini, sini dan sini. Gambar-gambar adalah ehsan dari Mat Salo, dan mana-mana yang kurang menarik itu adalah dari saya sendiri.

Semoga pertemuan ini akan diikuti oleh pertemuan-pertemuan yang lain pula dan menjadi lebih akrab di masa akan datang. Juga berharap dapat bertemu teman-teman blogger yang lain pada kesempatan yang lain pula. InsyaAllah.

31 comments:

Akmal said...

Pak Zabs,
Nice write up there.
Me a pure Kelantanese, growing up with budu and stuffs you know what, Trengganuspeak is also not very close to me(",). Tp tak kesah la.
Orang kata budak2 Kelantan n Trengganu ni kalu speaking bunyik kelakar. Hahahaha. You should try to hear the KL-lites trying to speak kelantanese accent(",).
The differences made our life colourful(",)
Keep well, good day.

alan zed said...

na na na na na, ganu kiter...

Zabs said...

Akmal: Thank you for bing he fist to comment. To tell you the truth, I really admire the Kelantanese and the Trengganu people because they will speak their own "loghat", where ever they go, even overseas. They are proud of it. Not like some of the pople from other states, like NS for example. I am from negeri, but sometimes when I talk to even my own state mates, I dont kecek noghoghi. Tengok orang juga, kalau response baik kami cakap negeri tapi kalau tidak, guna bahasa kebangsaanlah jawabnya.

Zabs said...

Alan: You should read my GUiT, ok? Klau nak beli sendiri lagi bagus.

zino said...

yg ni member macam mana ni?

Zabs said...

Zino: Tak ada membership. Tak payah isi borang. Kalau dapat tahu ada perjumpaan, ada masa, datang je. Boleh berkenal2an. Menyambung ukhwah sesama rakyat Malaysia.
Amacam, persiapan....Ok lah tu.

bergen said...

Where was I that time Sunday? Wish I could meet Awang Goneng, quite frankly, he inspired me to write. And I am ashamed to admit that I wish I could write like him.

Good stuff here, Abang Zabs. Oh,about the curry and cabut lari, I thought the line was pretty cool. LOL. Sounds like a good line to a song about a happy tune. LOL.

bergen said...

Sorry, it should have read 'I am not ashamed to admit...

Kalau ashamed dah lain macang makne.

Zabs said...

Bergen: You are currying away kot?You don't have to be ashamed, because your writing is very good, and very much better than most of us, especially mine. But, to me, as long as people can understand what I'm writing about, it is good enough. And if they can benefit on the good things that I've written (kalau adalah),then it is a bonus.
You can throw the worry thing,
but do hurry with the writing.
Cheerio Bergen.

Zabs said...

Bergen: Your name was also mention on page 236 of the book (GUiT). You are famous men. Go get the book. Get it sign also, he will still be in malaysia until January. Jaflam of http:
//jaffpoint.blogspot.com/,should know how to contact them.

Zawi said...

zabs,
Sori lambat tiba. Hari ni ada blogger jemput pergi makan mee rebus rumah Kak Ton Tok Mommy. Balik terus kena buat blog sebab mat salo tak dapat datang untuk ambil gambar. Pak Zawi kena la ambik gambar ngan kamera kokak tu. Mereka sumua nak tengok gambar so I tulis sikit je pastu letak gambar.
Bila camera you nak jadi second hand? I book ya. Boleh la ganti mat salo bila dia tak ada kat mana mana perjumpaan nanti.
Kita tunggu buku mat salo pulak lepas ni.

Zabs said...

Zawi: Terima kasih kerana datang. Tak lambat pun, hari ini je, baru tulis tentang jumpa AG dan Kak Teh tu. Wah, nampaknya occupied selalu, sepanjang berada di KL ni. Saya ada kerja sikit di opis hari ni. Mungkin lain MRT boleh join kot?
Dah pergi sekejap tengok gambar2 kat tempat Zawi tu, Alhamdullilah bagus hasilnya. Elviza tak bawa kamera ke?
Kamera tu baru lagi dengan saya, dia masih sayang saya lagi tu, tapi kalau ada rezeki mahu juga ambil yang lebih megapixelsnya.
Tak perlu ada kamera lain, yang ada tu pun, Zawi dah boleh gantikan Mat Salo nampaknya.
Tentang nak tunggu buku Mat Salo pulak, minggu depanlah agaknya!

Elviza said...

Salam pak Zabs,

Oh! dont listen to Bergen, he is an excellent writer.

Such a lovely write up here Zabs. Breezy and the language is a melody. I love the ikang & asam & periuk (or was it kuali) metaphor. Lama tak dengar...

Walau apa pun, saya dan Luqman sangat bertuah kerana dapat bertemu dgn Pak Zabs pada Ahad lepas. Salam

jaflam said...

Zabs, you captured the meeting well in write up and photos. We can see the difference in outcome from good camera and instant one like me. Anyway very good to see you again in a different light as bloggers .. it’s enhanced our long standing friendship InshaAllah.

Semoga usaha kita bersama merapatkan siratulrahim antara bloggers kearah perkongisian ilmu,perkembangan minda dan penerapan nilai nilai murni akan berjaya. Salam

Zabs said...

Elviza: Yes, Bergen is a good writer. He is writing shorter N3 now, because he has to juggle his time between study, cooking and cleaning his house, agaknya.
Periuk or kuali, depend whether you like to cook the gulai in periuk or kuali. My mother used a periuk. I used periuk here because I remember the song in the Petronas Ad. that goes something like this "Ikan di laut, asam di darat dalam periuk bikin muafakat"...
Saya pun gembira bertemu semua di sana termasuk Luqman. Apabila tengok you bawa Luqman, saya teringat semasa saya di dalam "service" dahulu, dan selalu belayar kapal, isteri saya, yang juga berkerjaya, sentiasa tabah dengan anak-anak yang masih kecil.
Salam.

Zabs said...

Jaflam: Thank you DJ for the compliment. Bukan ada training nak jadi reporter, tapi tulis main trial and error, dan errors nya yang banyak.
Semoga usaha anda untuk merapatkan siratulrahim antara bloggers ke arah perkongsian ilmu, perkembangan minda dan penerapan nilai nilai murni akan berjaya. Saya sedaya mungkin akan cuba buat yang termampu. InsyaAllah. Salam.

Kak Teh said...

I can't thank all of you enough for the kind hospitality and support. AM so touched. Apologies for this late coment. we, as you know, are living life of nomads and am now back in Bangi while my other half is back in Gombak - parting is such sweet sorrow!!) and only now managed to get to a computer to update things. Once again - thank you and hope our friendship goes beyond GUiT.
Thanks DJ for organising this meet.

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah kerana perjumpaan yang seumpama ini.

29hb Dis. ini khabarnya perjumpaan tahunan Geng Jurnal [Komuniti blogger] akan di adakan di Rumah Pena, KL. Mungkin tuan juga boleh melapangkan masa ke sana. Ramai blogger2 tersohor berkumpul.

mama ranggie said...

seronok kan uncle sesekali bertemu gitu?

The Ancient Mariner said...

Pak Zabs,

Many thanks. Baru sekejap tadi terima pekej yg dikirim melalui courier.

Insyaallah, kalau ada rezeki nanti.

Zabs said...

Kak Teh: It was our pleasure to be able to meet you and AG that day. Despite your busy schedule, you make time to be with us that Sunday, what with your anniverary lagi, (manalah tahu nak pergi cruising in the Mediterranean ke? Haha...)
Anyway that is the least we can do, in support of our fellow bloggers, and also because it is such a well written book.
I, too, hope that GUiT will be the beginning of a long frienship.
Salam and take care.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Sayang saya tak dapat hadirkan diri. Sebenarnya memang ada di perkarangan KLCC hari itu, namun terpaksa bergegas balik sejurus menerima panggilan bahawa pakcik dimasukkan dalam hospital.

Teringin juga kalau dapat bertemu bloggers lain dan Pak Zabs sekali. Tapi yelah, bukan rezeki.

Zabs said...

BP: Terima kasih atas maklumat yang diberi. Ada banyak perkara berlaku pada tarikh tersebut. Namun jika ada kelapangan, saya akan minta panduan anda untuk ke sana. Ada kawan, baru tidak rasa "hilang" di dala kumpulan yang ramai tu.

MR: Walau baru pertama kali bertemu muka, tapi terasa mesra. Mungkin kerana telah pernah bertegur sapa di alam maya.

Zabs said...

Capt: Terima kasih, kerana sudi mempertimbangkan. Kita boleh merancang, berusaha, berdoa dan tawakkal. Dan kawan tolong memberi peluang. InsyaAllah.

Zabs said...

CA: Semuanya itu adalah kehendakNya. Kita boleh merancang, tapi jika ia tidak ditakdirkan, maka tidak menjadilah ia.
Walau bagaimanapun anda ada keutamaan yang lain.
InsyaAllah, jika ada rezeki kita boleh berjumpa di lain masa. saya pun teringin juga nak berjumpa anda dan Tokasid, mungkin di Melaka. Boleh dengar TA cerita tentang tripnya ke Mesir tu. Salam.

ruby ahmad said...

Hi Zabs,

Gosh! You guys really had fun eh? I was informed by Jaflam in my entry of the tea do, but unfortunately I had prior engagements, so tak dapat join you guys. Love the photos.

Actually such meets dapat mengeratkan persahabatan. I met Kak Teh, Fauziah and Aishah Ali for the first time last year. That meet made us understand each other better. I dah baca Zawi's entry on this as well. All I know, you guys had fun. Well done.

Zabs said...

Hi Ruby,
This is my first meeting with all of them in person, except Jaflam. (Knew him way back when I was still in the service).
Yes we had a good time, getting to know each other. Wish we could spent more time there. But the couple had other plans after that.
Hope this will lead to many other meets with other bloggers as well.
Salam.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I had wished I was in town so that I would be able to meet up with Kak Teh and her Awang Goneng.
Yes, Kak Teh, Ruby and I met up when Kak Teh was here before this trip and we stayed out quite late.
I'm hoping there'll be another gathering so that we can all meet up.

Zabs said...

Fauziah: Jodoh dan pertemuan di "tangan" Tuhan. Ada peluang dan kesempatan nanti, berjumpa lagi, InsyaAllah. Mereka akan berada di Malaysia sehingga January, ada banyak masa lagi.
Tapi hujung2 tahun macam ni biasanya ada banyak perancangan yang telah tersedia untuk dilakukan.

Mak Su said...

hai Uncle Zabs, buku dari blog? menarik.... ada keinginan, tapi tak nampak jalan... so how?

Zabs said...

Mak Su: Mula-mula beli buku tu. Dah baca nanti tentu dapat inspirasi darinya. InsyaAllah. Kalau ada kemahuan, tentu daa jalan....