Friday, August 17, 2007

Rokok 3

Petang semalam, saya dan isteri telah pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk melawat seorang kawan yang sedang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU). Beliau baru sahaja di masukkan ke wad tersebut sehari sebelumnya.

Seperti biasa pesakit di wad tersebut berada dalam keadaan kritikal, dan tidak dibenarkan lebih dari dua orang melawat pada satu-satu masa. Semasa kami sampai, petugas di wad sedang membersihkan beliau yang kelihatan dalam keadaan tenat. Di hidungnya pula terpasang mesin untuk membantu pernafasannya. Dari apa yang saya fahami beliau mendapat COPD. Anda boleh baca di sini untuk maklumat lanjut.

Beliau tidak pun sedar siapa yang datang melawatnya. Kami hanya sebentar di sana kerana ada beberapa orang saudara beliau yang sedang menunggu untuk melawatnya pula. Lagi pun tidak banyak yang boleh kami lakukan, selain berdoa agar beliau cepat sembuh. Dalam perjalanan pulang saya hantar beberapa sms kepada rakan-rakan yang mengenali beliau, tentang berita tersebut.

Kawan ini tinggal tidak berapa jauh dari rumah kami, tetapi di taman perumahan yang berlainan. Apabila pergi ke kedai yang terletak di taman perumahannya, saya sering terserempak dengan beliau di sana, duduk berehat di restoren mamak kegemarannya, sambil menikmati teh tarik sambil merokok.

Saya juga baru ternampaknya di restoren tersebut sehari sebelum dia dimasukkan ke wad. Cuma pada hari itu, oleh kerana baru balik dari tempat kerja dan ingin cepat pulang, saya tidak mendekatinya, cuma memerhatikannya dari jauh, yang sedang rancak berbual. Beliau juga mungkin tidak perasankan saya agaknya.

Beliau seorang perokok sejati. Walaupun sejak beberapa tahun kebelakangan ini beliau kelihatan selalu terbatuk-batuk dan sesak nafas, namun beliau masih terus merokok. Dari muda lagi beliau adalah seorang “chain smoker”, tetapi agak aktif bersukan. Cuma apabila telah bersara dan keadaan pernafasannya yang selalu tidak selasa, beliau tidak lagi bersukan.

Kita tahu doktor di HKL, sedang dan akan melakukan yang terbaik untuknya. Semoga beliau dapat pulih seperti sebelumnya. Hanya doa terutama dari keluarga terdekat dan rakan2 yang dapat dipanjatkan ke hadrat Allah swt, semoga beliau cepat sembuh. InsyaAllah.

11 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I know a few people yang aktif bersukan tapi kena juga heart diseases sebab mereka juga perokok.
What goes in the minds of these smokers, I wonder. Oh, if I exercise, I can be healthy although I smoke? Ilmu perubatan mana yang dia orang belajar ni?
Puas cakap tentang hal ni dah tak guna lagi. Buat dahaga tekak saja.
Bila dah terlantar kat hospital with tubes into all available openings, baru nak ingat.
They're lucky if its not too late.

p/s Maaf, tang bab rokok ni saya emotional sikit.

david santos said...

I come to congratulate you with your work and to desire a good Month to you of August in vacation. In Portugal already we walk for beaches and to live the heat of the Summer.

13may said...

salam Pak Zabs,
No komen la pasal nih....

btw, thanks untuk citer nih....risau jugak bila membacanya

:)

zabs said...

Fauziah: Maaf kerana mengingatkan lagi tentang perkara ini, semoga ia dapat menyedarkan ankda2 saya yang disayangi supaya berhenti sebelum menyedar perokok tegar.

May: Dalam banyak hal, apabila kita tahu, dan kita lakukannya adalah baik. Tetapi dalam hal ini, jika kita dah tahu, adalah baik jika tidak dilakukan.
Tepok dada, tanya mulut, boleh atau tidak?

zabs said...

Mr. Santos: Thank you for visiting. My entry this time is about the effect of smoking to your health, which is not good. I hope you don't smoke sir.
Wishing you a happy Summer Holiday and enjoy your walk on the beach. Here in Malaysia, we work all the year round. The weather is either Summer or Summer with plenty of rains. Even in December we can walk without shirt on the beach.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Smoking ni memang banyak sangat kesan buruknya terhadap tubuh badan kita. tak ada yg bermenafaat kpd badan kecuali hilangkan sedikit ketagihan yg ada pada perokok tegar.

A lot of ppl can testify to that, even the chronic smokers.
Spt apa-apa ketagihan, merokok juga sukar di buang jika perokok tidak membulatkan hati utk stop. Kalau sekadar berkata di mulut setiap awal tahun...minta maaflah, tak akan berjaya.

Perokok yg benar2 nak merokok mesti ikhlas memang nak berhenti dan terus jgn beli dan jgn dok mintak pada kawan2. Kena buat cold-turkey.

banyak fatwa telah mengharamkan rokok( sebab memang membahayakan tubuh badan, dan ALLAH telah mengharamkan kita membahayakan tubuh kita), tetapi di Malysia ni sebarang fatwa adalah lemah dan tidak disebarkan kerana industri rokok menjana cukai yg tinggi pada kerajaan.So is minuman keras yg nyata HARAM secara qat'ie.

Memang siksa melihat org yg kena COPD/COAD/Chronic Bronchitis akibat rokok. Bila paru2 dah kembang teramat sangat, tiada ubat boleh menormalkan saiz paru2 itu. Ubat yg ada sekadar membantu melegakan pernafasan mereka.

zabs said...

TA: Terima kasih Doktor atas input yang sangat "educational" ini. harap anakanda2 saya semua ada membacanya.

alan zed said...

hurm, bila la nak berhenti merokok nie. huhu. :(

zabs said...

Alan: If you ask me,, then the answer is now, now and now.

Bayukk said...

salam Uncle Zabs.

semoga kawan uncle zabs cepat sembuh...

zabs said...

BayuKK: InsyaAllah. Sama2 lah kita doakan.