Wednesday, April 30, 2008

Bersara Dengan Harapan

Cerita ini adalah cerita benar yang telah disampaikan oleh pihak Agensi Kaunseling dan Perkhidmatan Kredit (AKPK) melalui majalah YOURMONEY. Saya terjemahkan sebahagianya untuk renungan semoga mendapat pengajaran darinya.

Apabila En. R bersara dari Perkhdmatan Pos pada 2005, beliau sungguh teruja dengan prospek tersebut. Tambahan pula beliau tiada berhutang dengan mana-mana pihak dan mempunyai simpanan melebihi RM60,000 di dalam KWSP.

Sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, beliau mahu melihat anak-anak beliau mempunyai masa hadapan yang cerah dengan memberikan mereka pelajaran yang terbaik. Merasakan bahawa wang simpanannya di KWSP tidak mencukupi untuk tujuan tersebut, beliau berkira-kira untuk mendapatkan punca kewangan tambahan yang lain.

Tanpa pengalaman dan telah bersara, tetapi mempunyai keazaman yang tinggi, En. R menyertai skim MLM yang disangkakan boleh memberi keuntungan yang cepat. Beliau melaburkan di dalam skim ini dengan harapan mendapat pulangan yang tinggi. Tanpa usul periksa beliau telah menyertai satu skim MLM, yang tidak disangkanya adalah satu skim cepat kaya.

Pada mulanya beliau mendapat sedikit pulangan dari pelaburan itu, tetapi apabila skim ini “jatuh tersungkur”, En. R hilang semua pelaburan dari wang KWSPnya itu.

Apabila ini terjadi beliau mula mencari pinjaman mudah, dengan mengambil kad kredit, sehingga 4 jenis kad, menjadi miliknya. Beliau juga terpaksa membuat kerja-kerja sambilan untuk menampung kehidupan keluarganya.

Oleh kerana pendapatan yang sedikit dan pebelanjaan pula bertambah, hutang kad kredit En. R menjadi besar, dan mencapai RM43,000. Tidak tahan dengan bebanan hutang ini, beliau akhirnya mendapatkan nasihat dari AKPK untuk membantu beliau menguruskan kredit tersebut.

(Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berhutang dengan maksud membayarnya kembali, Allah akan menolongnya dalam membayar kembali. Siapa yang mengambil harta orang lain dengan maksud untuk menghilangkannya, Allah akan menolong menghilangkannya.")

Semoga cerita ini dapat mengingatkan kita untuk selalu beringat. Wallahua'lam.

Friday, April 25, 2008

Kewangan Selepas Bersara

Saya tertarik untuk menulis tentang perkara ini selepas membaca satu artikel di dalam majalah sisipan kepada NST, bertajuk YOURMONEY. Walau pun sebelum ini saya ada membaca tentang kewangan selepas bersara di buku2 dan majalah2 yang lain, tetapi kali ini saya merasa terpanggil untuk menulis tentangnya. Mungkin kerana saya sendiri kini telah mencapai umur persaraan, tetapi masih perlu bekerja.

Dalam keadaan sekarang, di mana jangka hayat seseorang itu telah meningkat, seorang pesara berkemungkinan akan meneruskan kehidupannya sehingga 20 tahun atau lebih selepas bersara. InsyAllah dengan izinNya. Saya percaya akan kemungkinan ini kerana mempunyai seorang bapa saudara yang masih sihat, berumur 77 tahun sekarang.

Untuk meneruskan kehidupan kita perlu wang untuk bebelanja. Jika sebulan kita memerlukan RM2,000, untuk hidup sederhana di kota KL ini, bermakna kita perlukan RM24,000 setahun atau RM480,000 (hampir 1/2 juta) untuk jangkamasa 20 tahun itu. Ini adalah penilaian mata wang sekarang dan jika inflasi diambilkira, mungkin kita memerlukan lebih dari RM700,000. Kita juga memerlukan sekitar RM100,000 dalam tempuh tersebut, jika mahu penjagaan kesihatan yang baik, dari hospital swasta.

Jumlah itu juga tidak termasuk perbelanjaan untuk pendidikan anak2 yang mungkin masih belum menamatkan pengajian mereka. Perbelanjaan untuk mengadakan kenduri untuk majlis perkahwinan anak2 juga perlu disediakan.

Berapakah jumlah sebenarnya yang kita perlukan untuk mengekalkan cara hidup kita sekarang? Mengikut pakar2 kewangan, kita perlukan antara 60 ke 85% dari pendapatan kasar kita sekarang. Lagi tinggi pendapatan kita, lagi besar peratus yang kita akan perlukan.

Kebanyakan pekerja di negara kita mempunyai simpanan di dalam KWSP, dan mengikut KWSP, purata, penyimpan mempunyai simpanan kurang dari RM120,000 sebelum bersara. Ini hanya cukup untuk perbelanjaan sebanyak RM500/sebulan untuk tempuh 20 tahun. Jumlah itu adalah di bawah paras kemiskinan.

Untuk tidak berada di bawah paras kemiskinan itu, seseorang pekerja tidak boleh bergantung kepada simpanan di dalam KWSP semata-mata. Mereka perlu kepada pelan tindakan yang baik untuk menabung, dan perlu dimulakan semasa muda lagi. Bila dah bersara seperti saya sudah terlambat agaknya.

Bagi yang berpencen pula, mereka cuma akan mendapat 50% dari gaji pokok terakhir mereka, dan ini masih rendah dari yang diperlukan untuk menampung kehidupan di usia emas itu. Walau bagaimana pun mereka boleh mendapat rawatan kesihatan percuma dari hospital2 kerajaan. Wallahua'lam.

Wednesday, April 23, 2008

Ternakan Keli & Chegu Bard

Pernahkah terfikir oleh anda, bahawa jika kita ingin mengusahakan ternakan ikan keli, kita mungkin memerlukan modal sehingga RM 1 juta untuknya. Dan jumlah itu tidak termasuk perbelanjaan lain seperti benih ikan dan makanannya.

Ya, begitulah apa yang telah diberitahu oleh tuan punya ladang menternak ikan keli yang sempat saya lawati di K*nd*r, P*d*s, NS. Kolam untuk ternakan ikannya itu diperbuat khas dari "fibre-glass" dan berharga sekitar RM10,000 sebuah. Terdapat 100 kolam serupa ini di ladangnya yang seluas 150 ekar.

Sebuah kolam boleh memuatkan antara 8 ke 10 ribu ekor ikan keli. Buat masa sekarang kami diberitahu, mereka boleh membekal antara 50 ke 60 ton ikan sebulan. Terdapat juga ikan-ikan lain yang diternak di ladang tersebut, seperti talapia dan puyu.

Ikan-ikan disini diternak mengikut teknologi terkini, dan ia dapat menghasilkan ikan yang tidak hanyir sama sekali, dan dagingnya pula tidak lembik seperti ikan keli yang diberi makan barang buangan, yang banyak terdapat di pasaran. Ini juga bermakna ikan-ikan dari ladang ini boleh dipasarkan pada harga yang lebih tinggi dari biasa.

-.-. .... . --. ..- -... .- .-. -..

Chegu Bard tidak ada kena mengena dengan ladang ternakan ikan keli ini. Cuma secara kebetulan, saya telah bertemu dengannya di pekan P*d*s dan minum semeja dengannya, sebelum melawat ladang ternakan ikan itu. Sebenarnya inilah kali pertama saya bertemu dengannya. (Jaflam mungkin tidak percaya, kerana dia ada memberitahu saya, dia ternampak seseorang yang kelihatan seperti Chegu Bard pada Majlis Persandingan anak saya tempuh hari).

Nampaknya beliau merasa sungguh terhutang budi dengan pengundi2 di Rembau yang hampir2 memberi kemenangan kepadanya tempuh hari. Beliau masih lagi berusaha untuk menyelesaikan masalah2 mereka yang diadukan kepadanya. Wallahua'lam.

Sunday, April 20, 2008

Sayang Menantu Ku Sayang

Pada April 2007 yang lalu, saya buat pertama kali telah mengadakan majlis perkahwinan, untuk anak perempuan saya yang pertama (anak kedua). Pada masa itu telah ada khabar yang seorang lagi anak akan mengikut jejaknya, samaada abang sulung atau anak yang ketiga.

Setahun berlalu, perancangan abang yang sulung tidak kesampaian, sebaliknya anak yang ketiga pula yang meneruskan perancangan untuk berkahwin, pada tahun ini, di bulan yang sama. Berikut adalah gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sekitar majlis pernikahan, persandingan dan menerima menantu tersebut, menggunakan Nikon D40 saya, oleh anak saya, Mohd Azmir dan menantu lelaki saya Mohd Irwan. Gambar-gambar oleh jurufoto khas belum diterima lagi.

MAJLIS PERNIKAHAN 11hb APRIL 2008

Pembawa Dulang Hantaran Yang Seragam

Bakal Pengantin Membuat Persiapan Terakhir

Hantaran Di Tentukan Cukup Sempurna

Serah Menyerah Hantaran

Bersyukur Selepas Akah Nikah Sempurna Dijalankan

Selepas Diijab Kabulkan, Diarak Untuk Persandingan

Persandingan Dua Mempelai

Menabur Bunga Rampai

Merenung Masa Hadapan Bersama

MAJLIS PERSANDINGAN PIHAK PEREMPUAN - 12hb APRIL 2008

Ketibaan Pengantin Baru

Di Meja Santapan

Adik-adik Pengantin Perempuan Menghiburkan Tetamu

Dendangan Untuk Suami Tercinta

Berdansa Bersama

"Poco-Poco"

Tetamu Turut Menari Bersama

Bergambar Bersama

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU (PIHAK LELAKI) - 19hb APRIL 2008

Pengacara Majlis Dari KLFM

Pemuzik Gamelan

Ketibaan Pengantin

Sama Cantik Sama Padan

Singgahsana Persandingan

Bersama Tetamu Kehormat

Keluarga Besar Zed

Menyampaikan Ucapan Terima Kasih

Tetamu Meninggalkan Majlis Sambil Memberi Ucap Selamat Kepada Kedua Pengantin

Joget Lambak Sebelum Majlis Bersurai

Semoga gambar-gambar ini dapat menceritakan kegembiraan kami sekeluarga dalam menyambut menantu perempuan kami yang pertama, setelah mendapat menantu lelaki yang pertama pada tahun lepas. Kini kami bakal menimang cucu yang pertama pula pada bulan hadapan. InsyaAllah.

Wednesday, April 16, 2008

Tabung Haji 2

Saya telah menulis tentang perkara ini beberpa bulan yang lalu dan hari ini melalui sebuah akhbar, saya mendapat berita di bawah:

KUALA LUMPUR 15 April - Mulai hari ini, kesemua 4.5 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang mempunyai kad ATM Bank Islam dan Bank Rakyat boleh mengendalikan transaksi perbankan di seluruh rangkaian mesin ATM dan Mesin Deposit Tunai (CDM) di kedua-dua bank berkenaan.

Bagaimanapun, bagi menggunakan perkhidmatan itu, pendeposit TH perlu memiliki kad ATM Bank Islam dan Bank Rakyat, dengan menjadi pelanggan salah satu bank itu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail berkata, perkhidmatan nilai tambah oleh TH itu melibatkan pengeluaran wang tunai, simpanan wang dan pertanyaan baki simpanan.

Sebelum ini, semua urusan transaksi TH hanya boleh dilakukan di kaunter lembaga itu.

Pendeposit juga boleh menambah simpanan TH menggunakan CDM di kedua-dua bank dan simpanan melalui CDM akan dikreditkan ke akaun TH secara dalam talian pada waktu sebenar, katanya.

"Ini adalah kerjasama pertama TH dalam tempoh 44 tahun penubuhan TH dengan institusi perbankan tempatan dengan tujuan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian kepada pendeposit lembaga.

"Dengan kerjasama ini, pendeposit TH berupaya membuat urusan transaksi di lebih 750 rangkaian kemudahan termasuk 124 milik TH, 500 cawangan Bank Islam dan 270 cawangan ATM Bank Rakyat di seluruh negara," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pelancaran projek integrasi TH bersama Bank Islam dan Bank Rakyat di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Zukri Samat dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat.

Menurut Ismee, pendeposit TH yang telah memiliki kad ATM Bank Islam dan Bank Rakyat hanya perlu mendaftarkan kad ATM bank mereka di semua cawangan bank terbabit untuk dihubungkan dengan akaun TH.

Bagi tujuan itu, pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan dan buku akaun simpanan TH semasa berurusan dengan bank.

Ismee berkata, urusan pengeluaran wang tunai pendeposit TH yang dibenarkan di Bank Islam ialah sebanyak RM3,000 sehari, manakala RM5,000 sehari di Bank Rakyat.

Tambahnya, selain akaun sendiri, pendeposit yang mempunyai akaun anak-anak juga boleh mendaftarkan akaun anak di bawah satu kad sehingga maksimum tujuh akaun anak di bawah jagaannya.

Katanya, untuk urusan pengeluaran dan pindah simpanan, kedua-dua bank itu akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1 bagi setiap transaksi yang berjaya, manakala urusan pertanyaan baki adalah percuma.

Semoga dengan adanya kemudahan ini akan dapat mengalakkan lebih ramai pendeposit memilih TH untuk simpanan mereka. Wallahua'lam.

Thursday, April 10, 2008

Kuasa Dari Suria

Seawal tahun 1979, semasa menghadiri satu kursus di Jepun, saya telah didedahkan kepada teknologi mendapatkan kuasa untuk kegunaan di rumah dari suria. Walau pun di negara matahari terbit itu, matahari hanya bersinar terang pada musim panas sahaja (Jun - Sep), tetapi mereka tetap mahu mengambil manfaat darinya.

Kini setelah hampir 30 tahun berlalu, seperti tajuk buku ini, "dummies" pun akan dengan mudah boleh memasang sendiri peralatan untuk mendapatkan kuasa dari suria itu. Oleh kerana saya bukan salah seorang daripada mereka, maka saya belum lagi berminat untuk mengunakan teknologi ini.









Kuasa yang diperolehi dari suria ini cukup untuk kegunaan di rumah seperti juga kuasa elektrik yang biasa kita gunakan. Cuma belanja permulaannya mungkin lebih sadikit, tetapi untuk jangka masa panjang, mungkin lebih menjimatkan.

Untuk tujuan penggunaan kuasa dari suria ini, reka bentuk rumah mungkin perlu disesuaikan agar "solar panel" yang diperlukan untuk memerangkap cahaya dari suria itu dapat di pasang di bumbung atau bahagian rumah yang terdedah keseluruhannya kepada pancaran matahari tersebut.

Di Malaysia, di mana sepanjang tahun kita mendapat pancaran matahari yang banyak, kecuali di musim tengkujuh, masih belum banyak (dari pengamatan sayalah) penggunaan kuasa dari suria ini.

Antara kegunaan kuasa dari suria ini di Malaysia ialah:

Di stesen cerapan yang jauh terpencil dan tiada bekalan elektrik yang terdapat di sana.

Lampu amaran yang perlu dipasang bereterusan, seperti di landasan kapal terbang.

Lampu di kawasan permainan yang tiada bekalan elektrik. Dan lain peraltan yang memerluka kuasa tetapi jauh dari bekalan elektrik biasa seperti untuk lampu di rumah-rumah api di pulau atau bikon-bikon di tengah laut.

Di suatu ketika nanti, apabila bekalan elektrik sudah menjadi mahal kerana kekurangan bahan api atau harga nya yang semakin mahal, tenaga suria mungkin akan menjadi pilihan. Sebelumini berlaku, negara perlu bersedia berbuat sesuatu dari sekarang.

Sunday, April 06, 2008

Hari Sukan Sekolah

Sabtu (5 April) saya dan isteri telah menghadiri hari sukan sekolah anak (maaf kepada kawan bloggers yang telah mengadakan pertemuan di Damansara itu). Telah berjanji dengan anak dahulu jadi perlu ditepati.
Para tetamu jemputan yang hadir.

Melepaskan burung ( 4 ekor burung yang melambangkan 4 rumah sukan) tanda sukan bermula.

Pasukan Sorak Rumah Merah (Johan).

Pasukan Rumah Hijau.

Acara sukan murid-murid (acara ini dimenangi oleh rumah hijau (anak saya tu).

Acara sukan untuk bapa (boleh pecah rekod dunia ni) Saya tidak mengambil bahagian kerana perlu mengambil gambar.

Acara sukan untuk ibu.

Guru pun ada acara sukannya juga.

Penyampaian hadiah untuk olahragawati terbaik sekolah, mengakhiri sukan pada hari itu.

Soalan bonus: Siapakah Ketua Murid sekolah ini? Siapakah Pengerusi PIBG sekolah ini?