Wednesday, April 30, 2008

Bersara Dengan Harapan

Cerita ini adalah cerita benar yang telah disampaikan oleh pihak Agensi Kaunseling dan Perkhidmatan Kredit (AKPK) melalui majalah YOURMONEY. Saya terjemahkan sebahagianya untuk renungan semoga mendapat pengajaran darinya.

Apabila En. R bersara dari Perkhdmatan Pos pada 2005, beliau sungguh teruja dengan prospek tersebut. Tambahan pula beliau tiada berhutang dengan mana-mana pihak dan mempunyai simpanan melebihi RM60,000 di dalam KWSP.

Sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, beliau mahu melihat anak-anak beliau mempunyai masa hadapan yang cerah dengan memberikan mereka pelajaran yang terbaik. Merasakan bahawa wang simpanannya di KWSP tidak mencukupi untuk tujuan tersebut, beliau berkira-kira untuk mendapatkan punca kewangan tambahan yang lain.

Tanpa pengalaman dan telah bersara, tetapi mempunyai keazaman yang tinggi, En. R menyertai skim MLM yang disangkakan boleh memberi keuntungan yang cepat. Beliau melaburkan di dalam skim ini dengan harapan mendapat pulangan yang tinggi. Tanpa usul periksa beliau telah menyertai satu skim MLM, yang tidak disangkanya adalah satu skim cepat kaya.

Pada mulanya beliau mendapat sedikit pulangan dari pelaburan itu, tetapi apabila skim ini “jatuh tersungkur”, En. R hilang semua pelaburan dari wang KWSPnya itu.

Apabila ini terjadi beliau mula mencari pinjaman mudah, dengan mengambil kad kredit, sehingga 4 jenis kad, menjadi miliknya. Beliau juga terpaksa membuat kerja-kerja sambilan untuk menampung kehidupan keluarganya.

Oleh kerana pendapatan yang sedikit dan pebelanjaan pula bertambah, hutang kad kredit En. R menjadi besar, dan mencapai RM43,000. Tidak tahan dengan bebanan hutang ini, beliau akhirnya mendapatkan nasihat dari AKPK untuk membantu beliau menguruskan kredit tersebut.

(Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang berhutang dengan maksud membayarnya kembali, Allah akan menolongnya dalam membayar kembali. Siapa yang mengambil harta orang lain dengan maksud untuk menghilangkannya, Allah akan menolong menghilangkannya.")

Semoga cerita ini dapat mengingatkan kita untuk selalu beringat. Wallahua'lam.

19 comments:

Unknown said...

Zabs....:-)

Pada pertengahan 80an, saya dan isteri 'melabur' dengan skim PakMan telo! Masa tu gaji cukup2 makan, tapi sanggup juga menggunakan semua simpanan yg ada untuk mendapat ganjaran yang di janjikan.
Setiap hari, bila melintasi jalan Gombak - tersenyum kami melihat pejabat tiga tingkat 'PAKMAN TELO' beroperasi - hebat!

Satu hari dengar berita....kami terus ke pejabat itu ... tapi sudah
tutup! sealed and all!

Nasib baik sudah 'belajar' dari pengalam itu sejak muda - tidak lah terjerumus bila dah tua mcm sekarang nie..

semoga MR R mendapat lebih dari yg dia hilang....

pp

Neeza Shahril said...

jangan percaya MLM yang menjanjikan keuntungan cepat dan banyak. Takde business yang boleh dapat untung segera dan banyak dengan goyang kaki aje... kalau tak usaha, mana lah datang nya duit kan..

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Apa yg berlaku pada Mr R memang kerap berlaku kepada pemencen-pemencen terutama melayu.

Sering kali pem,encen baru senang di hidu oleh lebah-lebah wang samada dalam bentu MLM,direct selling,labu peram dan lain-lain. Lebah2 ini mempunyai skill komunikasi yang amat lunak yang membuat pemencen terpercaya segala kata-kata lebah.Yang pemencen nampak hanya madu yang lebah janjikan. Pemencen lupa bunga yang di tangan mungkin akan lebur setelah nektar habis di hisap lebah.

Saya tidak pasti samada ini boleh di kategorikan sebagai penipuan atau tidak.

tapi memang benar kata neeza shahril: mana boleh dapat untung besar kalau goyang kaki saja(kecuali tukang jahit ye neeza). mesti ada usaha dgn cara betul dan consistent.

ZABS said...

Pakpayne: Pak Man Telo, satu nama yang gah satu masa dulu. Saya juga hampir melabur dengannya, jika operasi skin itu tidak dihentikan lebih awal.
Adik saya terjual motosikalnya kerana pelaburan dengan skim itu.
Malahan ramai anggota TLDM yang kerugian masa itu.

ZABS said...

Neeza: Manusia kebanyaknya mahu cepat kaya. Mahu cepat dapat untung. Berniaga kecil mahu untuk besar. Atas kelemahan inilah, ada pihak2 yang ambil kesempatan...Apabila gula2 yang disogokkan dapat menarik minat "simangsa", hlang pertimbangan waras masa itu.....

ZABS said...

Doc.: Memang ada sindikit yang bergerak untuk mencari pemencen2 ini agaknya. Pernah mendengar cerita2 begitu, tetapi tidak secara langsung.
Tetapi kasihanlah jika setelah penat mengumpul di KWSP (walaupun secara relapaksa), hilang begitu sahaja. Dan terpaksa bekerja keras semula diusia yang dah senja, lainlah kalau memang minat bekerja lagi macam saya ni (bukan goyang kaki). Hahahahaha....

Unknown said...

Salaam Pak Zabs,
MLM dah makin banyak style sekarang nih. Di kalangan student pun dah lama menular. Kat pintu bilik saya kat kolej ni pun ada satu advert kata lebih kurang 'Inginkan pendapatan RM1000-RM5000 seminggu tanpa susah payah?'.
Selalu juga rakan-rakan saya rekrut masuk, tapi rasional saya kata tak payah. Bunyi macam best, duit masuk macam air sungai.
...ah ye, air sungai! Sungai apalah gamaknye. Sungei Wang Plaza kot.

FiSHY@iKe said...

Salam pak! Dah lama tak melawat blog pak zabs, agak sibuk ngan hal2 sendiri yang memeningkan kepala.

MLM, satu muka yang sama cuma pelbagai topeng berbeza. Ade antara saudara mara saya yang mengajak, jual barang itu, jual barang ini, tak jual barang pun ada. Terdetik juga di hati ni nak join, lebih2 lagi bila yuran kemasukan nya berpatutan dan pulangan nya yang lumayan. Tapi bila difikirkan balik, saya terasa ragu2 pula.

Memang ada sesetengah MLM yang sudah established dan diiktraf kerajaan tetapi jumlahnya terlalu sedikit dan mereka pun kadang2 tenggelam didalam lautan syarikat MLM yang lain. Jadi adalah lebih selamat untuk tidak join. :P Nak buat duit lebih pada pendapat saya, kerja la kerja yang dah terang usulnya. Saya pernah try jual topup/prepaid telefon dan alhamdulillah, pulangan nya ada la jugak walaupun tidak seberapa.

Take care pak zabs! Salam....

ZABS said...

Waalalaikummussalam Akmal dan Fishy@ike,
Untuk tidak merasa kecewa atau dikecewakan, nasihat saya jangan join MLM. Ada contoh yang saya sudah lihat, setelah hampir dua tahun bertungkus lumus, dan dah berbelanja ribuan ringgit, tetapi syarikat MLM itu merosot dan akhirnya bekerja dengan syarikat biasa. Walaupun gaji tidak tinggi tetapi tetap dan tidak berisiko.
Wallahua'lam.

pB said...

Macam Pak Payne komen dalam blog pB

MLM -> Many Lost Money ....

Azlan Zed said...

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... :)

ZABS said...

pB: Setuju banyak yang habis duit untuk melabur. Untung sekejap, rugi seterusnya.

Alan: Jika selalu ingat begitu, InsyaAllah, selamaaaat.

Mak Su said...

kena kursus sebelum pencen kot, saya ler tu. kursus pengurusan kewangan.

zabs said...

Mak Su,: Anggota tentera yang hendak bersara diwajib menhadiri "kursus peralihan" untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di sektor awam. Mungkin perlu dimasukkan subjek pengurusan kewangan dalam korikulumnya juga.

jaflam said...

Salam Zabs,
Ada syarikat yang adakan kursus pengurusan wang dan diri sebelum staff pencen. Mungkin KWSP patut adakan kursus tersebut untuk ahli yang nak pencen ( 5 -1 tahun sebelum pencen )dengan itu kuranglah masallah salah labur dan salah urus wang lepas pencen.

Helena said...

Sekarang ni ramai yang desperate for money.... sanggup menipu....

ZABS said...

DJ: Itu satu cadangan yang cukup baik. Setelah mengumpul dana dan buat keuntungan pula dari wang simpanan para pekerja, KWSP sudah seharusnya mempunyai keupayaan untuk memberi "value added service" ini kepada bakal pesara. Walau pun para pesara telah cukup matang dan berpengalaman tetapi apabila ia berkaitan dengan wang, mereka mungkin hilang kewarasan untuk mengurusnya dengan baik. Saya ambil contoh diri saya juga. Terima hasih. Salam.

ZABS said...

Helena: Semoga kita dijauhkan dari bersifat demikian atau ditipu oleh orang2 sedemikian. Amiin.

OrangMuda said...

Ada orang dapat duit epf nak merasa bawa mercedes,walaupun 2nd hand dah berusia lebih 10 tahun.

Biasalah naluri manusia.

Adalah lebih baik labur dalam ASB atau TH. Dapat dividen setiap tahun.

Beli mercedes, depriciate@susut nilai setiap tahun dan lama-lama jadi besi burok.