Wednesday, April 23, 2008

Ternakan Keli & Chegu Bard

Pernahkah terfikir oleh anda, bahawa jika kita ingin mengusahakan ternakan ikan keli, kita mungkin memerlukan modal sehingga RM 1 juta untuknya. Dan jumlah itu tidak termasuk perbelanjaan lain seperti benih ikan dan makanannya.

Ya, begitulah apa yang telah diberitahu oleh tuan punya ladang menternak ikan keli yang sempat saya lawati di K*nd*r, P*d*s, NS. Kolam untuk ternakan ikannya itu diperbuat khas dari "fibre-glass" dan berharga sekitar RM10,000 sebuah. Terdapat 100 kolam serupa ini di ladangnya yang seluas 150 ekar.

Sebuah kolam boleh memuatkan antara 8 ke 10 ribu ekor ikan keli. Buat masa sekarang kami diberitahu, mereka boleh membekal antara 50 ke 60 ton ikan sebulan. Terdapat juga ikan-ikan lain yang diternak di ladang tersebut, seperti talapia dan puyu.

Ikan-ikan disini diternak mengikut teknologi terkini, dan ia dapat menghasilkan ikan yang tidak hanyir sama sekali, dan dagingnya pula tidak lembik seperti ikan keli yang diberi makan barang buangan, yang banyak terdapat di pasaran. Ini juga bermakna ikan-ikan dari ladang ini boleh dipasarkan pada harga yang lebih tinggi dari biasa.

-.-. .... . --. ..- -... .- .-. -..

Chegu Bard tidak ada kena mengena dengan ladang ternakan ikan keli ini. Cuma secara kebetulan, saya telah bertemu dengannya di pekan P*d*s dan minum semeja dengannya, sebelum melawat ladang ternakan ikan itu. Sebenarnya inilah kali pertama saya bertemu dengannya. (Jaflam mungkin tidak percaya, kerana dia ada memberitahu saya, dia ternampak seseorang yang kelihatan seperti Chegu Bard pada Majlis Persandingan anak saya tempuh hari).

Nampaknya beliau merasa sungguh terhutang budi dengan pengundi2 di Rembau yang hampir2 memberi kemenangan kepadanya tempuh hari. Beliau masih lagi berusaha untuk menyelesaikan masalah2 mereka yang diadukan kepadanya. Wallahua'lam.

20 comments:

Neeza Shahril said...

neeza tengok entry Pak Zabs ni dengan Sophea, anak sulung Neeza. Dia nak sangat tengok rupa ikan keli dari dekat. Bukan tak pernah tengok tapi saje suka. Neeza pun suka tengok ikan, segala jenis. Tapi, ikan sungai termasuklah ikan keli neeza tak makan. Jadi, untuk neeza usahakan ternakan ikan keli, mungkin tidak lah kot.. Kalau ikan laut tak tahu lah... tapi, ternakan ikan ni memerlukan kesabaran dan ketekunan serta tuan punya kolam selalu kena tengok2 kan.. betul ke?

ZABS said...

Neeza: Maaf kerana tak ada gambar close-up ikan2 tu. Tiada tangkapan dibuat pada hari itu.
Kalau sudah keluarkan modal mahal begitu, tentu ada pakar yang digaji untuk menentukan pembiakannya berjalan dengan baik.

Helena said...

ooo macam tu nak ternak ikan keli ye.... bulat2 kolam dia. Thanks for the info.

Helena ingat CheguBard buat business ikan keli.... hehe

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
It's all about the technology now, yes?
Fish can now be bred under a controlled environment but that would still not get my mother to eat ikan air tawar/sungai like ikan keli.
But she would cook if her children and grandchildren want to eat them.

ZABS said...

Helena: Itu salah satu caranya. Ada juga yang gunakan kolam diperbuat dari simen dan ada pula dalam kolam kanvas. Yang ini yang terkini agaknya.

Fauziah: Sebenarnya kalau kita sudah ada persepsi ngatif tentang sesuatu, macamana dibuat pun tetap kit tak kan menukarnya.
Seperti isteri saya yang tidak makan daging kambing dari kecil atas sebab2 tertentu, sehingga kini walau ada "lamb chop", "roast lamb" tau pelbagai masakan dari daging kambing, tidak akan diusiknya.

NBK466 said...

Den yg sokmo berulang alik ke rumah mertua kek Rombau pun tak pernah jumpo laie Cikgu Bard yg patut dah jadi YB skg kalau tak kerana 'undi misteri' secara 'pos' ari tuh...

jaflam said...

Salam Zabs,
Confirmlah yang malam tu bukan Cikgu Bard, tapi kalau nak menyamar CG Bard pasti lulus.

Baguslah dia terus berkhidmat walaupun kalah dlm PRU 12, kalau ikhlas akan datang akan menang.

ZABS said...

NBK: Mungkin ada niat nak jumpa, jadi termakbullah.
Ekau asyik ulang alik yo, mano nak jumpa. Dio ee bukan duduk topi2 jalan, boleh sonang2 nak jumpo. Hehehe...

DJ: Waalaikummussalam. Pelanduk dua serupa agaknya.
Memang masih berkhidmat, tapi tentang ikhlas tu, susah nak cakap lah...orang politik.......

Apa-apa pun kita doa yang terbaik untuk penduduk Rembau.....

Neeza Shahril said...

tapi kan, banyak terjadi binatang peliharaan tu dicuri orang.. macam kat kampung husband tu, ada buat kolam udang.. udang banyak kena curi.. kesian tokey kolam.. yang curi bukan orang yang jaga tapi orang lain...

ZABS said...

Neeza: Di ladang tu ada rumah untuk pekerjanya tinggal dan ada pengawal keselamatan di bayar untuk menjagan kolam2 tersebut.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Ternakan Keli memang berpotensi. Kalau modal dah sebegitu, hasilnya nanti harus berjuta-juta RM juga....

ZABS said...

BP: Alangkah baiknya jika usahawan kita, yang berani membuat pelaburan sebegitu. Tetapi malangnya, kebanyakan dari mereka lebih suka menjadi broker dengan mengambil untung di atas angin sahaja.

aNIe said...

Salam Zabs..banyaknya ikan keli...

Ikan kegemaran kami sekeluarga...kalau beli di pasar...lepas tu digoreng & buat sambal...memang bestt....

Mahalnya kolam tu ye? Tak sangka pulak modal yang diperlukan itu sampai lebih 1 juta...

ZABS said...

Kak Lady,
Walau kolam tu mahal boleh tahan lebih 50 tahun. Maintainence senang, air dalam kolam tak panas dan menukar air juga mudah.
Ikan dari kolam ini pula cepat membesar dan mahal sedikit harganya.

pB said...

Salam



Dulu pB memang tak suka makan ikan keli nie

Tapi masa mengandungkan anak no 4 , asyik teringin jer nak makan ikan keli goreng sambal

Sampai sekarang , masih lagi makan.

Kegemaran anak no 2 ...
Goreng garing garing ..

zino said...

kalau zabs katakan ni cikgu bard yg sekampong dengan mertua nbk466 tu yg pernah jadi YB dulu tapi kali ni tak bernasib baik.. dia ni classmate zino masa kami sama2 sekolah di sekolah AR dulu..

dah lama lost contact dengan dia..teringin nak tau rahsia keusahawan dia tu.. nanti lah contact dia balik.. ada dapat no dia dari classmate yg lain ..

semuga dia terus berjaya..

ZABS said...

pB: Ikan dari kolam ini saya percaya dijamin bagus. Tapi Dari kolam lain saya tak boleh jaminlah apa makanan yang diberikan.

Zino: Ini Chegu Bard (muda lagi)yang lawan KJ dalam PRU12 lalu. Dia juga takda kena mengena dengan ternakan ikan keli tu. Memang Zino agak sibuk sekarang ini ye!!!!

zino said...

oo kalau macam tu bukan orang yg sama hehe

sibuk kesana kemari dah dapat surat utk ke genting lagi 27hb nanti..

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

"Nampaknya beliau merasa sungguh terhutang budi dengan pengundi2 di Rembau yang hampir2 memberi kemenangan kepadanya tempuh hari." Dari kacamata ramai, Chegu Bard sebenarnya telah menang pada PRU12. Hanya, tangan yang tidak dilihat bermain silap mata. Saya pasti Pak Zabs pun maklum mengenai perkara itu :)

ZABS said...

Zino: Baguslah gitu. Nanti dah pencen, boleh rehat terus.

Shah: Gitulah yang saya dengar. Tapi semasa berjumpa, dia takda bangkitkan pun cerita tu. Cuma dia ada kata akan ambil tindakan mahkamah.