Thursday, April 03, 2008

YB Ke Ni?

Semasa datang ke surau untuk solat maghrib semalam, kelihatan dewan di sebelah surau yang biasanya hanya terang pada malam Jumaat, kelihatan telah disediakan untuk sesuatu. Tanpa memikirkan apa yang akan di adakan di dewan, saya memasuki surau.

Sebelum memulakan solat maghrib berjemaah, Tuan Imam telah mengumumkan akan kehadiran YB kami yang baru, yang telah datang untuk berjemaah bersama, serta ingin mengadakan sedikit dialog dengan penduduk selepas maghrib.

Sebenarnya jika tidak diberitahu memang kami (sayalah tu), tidak menyangka akan kehadirannya. Tidak ada pembantu2 ramai yang mengelilinginya dan tidak nampak kereta "petanda" yang YB berada di situ.

Selepas solat, kami semua beredar ke dewan. Dalam ucapannya, beliau telah menggariskan serba sedikit perkara-perkara untuk kepentingan penduduk yang ingin beliau lakukan.

Beliau juga telah menjawab beberapa persoalan yang telah dibangkitkan oleh pendudduk pada malam itu. Walaupun masa agak terhad, saya rasa, kemesraan yang telah ditunjukkan dan oleh YB baru kami ini, juga peribadinya yang "down to earth", amat menarik perhatian saya. Diharap ia akan berkekalan dan saya yakin, InsyaAllah ianya akan kekal begitu.

Selepas solat Isya' beliau terpaksa bergegas ke tempat lain pula dan tidak sempat bersama menjamah makanan yang di sediakan oleh pihak surau. Itu tidak mustahak agaknya, tetapi memenangi hati penduduk adalah lebih penting, dan saya sudah pun mempunyai persepsi yang baik baginya. Wallahua'lam.

23 comments:

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Wajah tu macam Tn Hj Shaari Sungib tapi nampak muda dari biasa. Jika benar dia yang dimaksudkan, saya memang amat menghormati dan segan.

Tn Hj Shaari memang seorang yang senyuman itu seperti terlekat padanya. Ada juga pernah nampak mukanya serious tapi wajahnya tetap menyenangkan hati.

InsyAllah, kita sesama do'akan Tn Hj akan tetap dalam keimanan dan tugas yang telah diamanahkan kepada nya.

Zabs said...

Shah CA: Dialah yang yang dimaksudkan. Malam tadi dia datang dengan baju Melayu, berseluar pentalon dan ketayap putih je. Memang nampak muda dari umrnya. Ada cucu lima katanya. Dah jadi "Datuk" tapi takda "Datin", ada nenek.
InsyaAllah kita doakan segala kebaikan untuknya. Seperti katanya, kerja kebajikan ini telah menjadi satu kebiasaan nya keran telah lama terlibat dengan NGO, berhubung kerja2 kebajikan.

tokasid said...

Salam Pak zabs:

Alhamdulillah ada jugak wakil rakyat yang sanggup turun utk berjamaah dgn penduduk dan datang pulak tanpa segala 'kebesaran' yg biasa kita lihat. Semoga Adun ini akan kekal begini: humble dan down to earth.
Mungkin kerana dia tahu amanah yg dia pikul amat besar dan bakal ALLAH tanya di akhirat nanti.jika itu di benak hati beliau InsyaALLAH beliau akan selamat dunia akhirat.

Ya lah pakZabs...muka nampak macam Sa'ari Sungib tapi nampak kelihatan muda sikit.
Betul ke dia?

Zabs said...

Doc. TA: Ya, betul YB tu, Tuan Hj. Saari Sungib. Itu gambar di poster pilihan raya, mungkin nampak muda sikit. Tapi orangnya, seperti yang saya tulis di atas, nampak muda dari umurnya.
Mungkin tidak terlebih "makan" dan amanah dengan tanggung jawabnya, dia kelihatan "bersih". Wallahua'lam.aihal78

bergen said...

Biasanya orang besar-besar atau orang politik akan datang masjid kalau ada majlis yang memerlukan mereka memakai baju melayu dan kain songket. Jauh perbezaan dengan khalifah2 Islam yang menunaikan solat fardhu dengan berjemaah, seperti yang ditunjukkan oleh Rosulullah s.a.w. Bila pemimpin tak solat jema'ah, alamat dia memang tak pandai mengatur masa. Kalau tak pandar mengatur masa, maknanya tak reti nak tadbir negara secara efektif. Rosulullah s.a.w insan yang paling sibuk pun ada masa memimpin solat jema'ah.

Lesson no 1: Don't give your trust to leaders who don't perform their solat fardhu secara jema'ah.

Zabs said...

Bergen: Terima kasih atas ulasan yang amat tepat. Bukan pemimpin sahaja yang wajib bersolat jemaah, pengikutnya juga wajib bersama.
Lesson No. 1 telah diberi, harap akan dapat pelajaran seterusnya.

alan zed said...

takbir. :)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan

Alhamdulillah. Semoga rakyat setempat mendapat kebaikannya nanti. Insya-Allah.

Zabs said...

Alan: You help to make it happen.

BP@JP: Kita merancang, Allah merancang. Tetapi perancangan Allah itu yang sebenarnya.Doa dan harapan untuk kebaikan. InsyaAllah

zino said...

YB baik penduduk baik.. maka segala nya akan jadi baik inshaAllah..

Zabs said...

Zino: Itulah yang diharapkan, semoga diperkenan. Amin

Mak Su said...

saya nak ngadu ngan dia, byk anak2 terpinggir dlm pljrn dan sudah tidak ada cinta kpd ilmu, apakah usahanya utk menangani masalah berkenaan, tapi saya tak tahu mana nak salurkan

Zabs said...

Mak Su: Cuba layari laman web ini:
http://saari-sungib.com/

Sastri said...

Salam Uncle...

Dari raut wajahnya pun, nampak bersih dan tenang orangnya... mata melihat pun merasa senang.... :D

Zabs said...

Sas: Begitulah kelihatannya "in person". Tenang dan yakin dengan apa yang dimahukannya.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I'm hopeful that the political system would not corrupt these new MPs.

Zabs said...

Fauziah: Begitulah harapan semua yang mengundi untuk perubahan ini.

Neeza Shahril said...

Inilah jenis YB yang rakyat perlukan. Harap dia akan terus berkekalan begitu dan semoga rezekinya melimpah ruah supaya dia dapat terus berkhidmat dengan baik. Muka dia pun nampak tenang...

Zabs said...

Neeza: Kami semua akan berdoa begitu. InsyaAllah.

Zawi said...

Salam zabs,
Punca masalah bagi seorang YB ialah apa bila rakyat mengharapkan bantuan kewangan untuk pelbagai derma. Jika terlalu ramai yang meminta ia pasti akan membebankan beliau melainkan derma tersebut adalah dari Kerajaan. Rakyat mesti mengubah sikap bahawa seorang Wakil Rakyat yang tidakmenyalah gunakan kuasa selalunya rendah keupayaan nya dari segi kewangan.

Zabs said...

Zawi: Setuju dengan anda. YB pula jangan fikir rakyat hanya mahukan derma dari mereka. Jangan beli rakyat dengan wang. Jika YB2 ini dilihat telah dapat menyampaikann apa yang rakyat mahu untuk dilaksanakn pihak bertanggung jawab sudah cukup.
Kedua-dua pihak perlu ada keperjayaan kepada sistem penyampaian ini.
Pembantu2 mereka juga perlu telus. Jangan sampaikan yang baik sahaja, segala kekurangan (TERUTAMANYA) perlu di "highlight"kan juga.

pakpayne said...

pak zabs..

YB tu sedarjah dengan saya dari form remove to form five ....memang down to earth danbaik budi pekerti orangnya.

:-)

pakpayne.

Zabs said...

Pak Payne: Terima kasih kerana memberitahu. Namun saya juga telah mengetahuinya dari kawan Pak Payne (Ir. Bakhtiar Hussein).
Masih ingat dia ke? Saya ada juga berurusan dengan Ir. ini dalam beberapa urusan kerja. Nampaknya bekas pelajar2 STAR ini, memang baik budi pekerti orangnya. Alhamdulilah.