Friday, April 25, 2008

Kewangan Selepas Bersara

Saya tertarik untuk menulis tentang perkara ini selepas membaca satu artikel di dalam majalah sisipan kepada NST, bertajuk YOURMONEY. Walau pun sebelum ini saya ada membaca tentang kewangan selepas bersara di buku2 dan majalah2 yang lain, tetapi kali ini saya merasa terpanggil untuk menulis tentangnya. Mungkin kerana saya sendiri kini telah mencapai umur persaraan, tetapi masih perlu bekerja.

Dalam keadaan sekarang, di mana jangka hayat seseorang itu telah meningkat, seorang pesara berkemungkinan akan meneruskan kehidupannya sehingga 20 tahun atau lebih selepas bersara. InsyAllah dengan izinNya. Saya percaya akan kemungkinan ini kerana mempunyai seorang bapa saudara yang masih sihat, berumur 77 tahun sekarang.

Untuk meneruskan kehidupan kita perlu wang untuk bebelanja. Jika sebulan kita memerlukan RM2,000, untuk hidup sederhana di kota KL ini, bermakna kita perlukan RM24,000 setahun atau RM480,000 (hampir 1/2 juta) untuk jangkamasa 20 tahun itu. Ini adalah penilaian mata wang sekarang dan jika inflasi diambilkira, mungkin kita memerlukan lebih dari RM700,000. Kita juga memerlukan sekitar RM100,000 dalam tempuh tersebut, jika mahu penjagaan kesihatan yang baik, dari hospital swasta.

Jumlah itu juga tidak termasuk perbelanjaan untuk pendidikan anak2 yang mungkin masih belum menamatkan pengajian mereka. Perbelanjaan untuk mengadakan kenduri untuk majlis perkahwinan anak2 juga perlu disediakan.

Berapakah jumlah sebenarnya yang kita perlukan untuk mengekalkan cara hidup kita sekarang? Mengikut pakar2 kewangan, kita perlukan antara 60 ke 85% dari pendapatan kasar kita sekarang. Lagi tinggi pendapatan kita, lagi besar peratus yang kita akan perlukan.

Kebanyakan pekerja di negara kita mempunyai simpanan di dalam KWSP, dan mengikut KWSP, purata, penyimpan mempunyai simpanan kurang dari RM120,000 sebelum bersara. Ini hanya cukup untuk perbelanjaan sebanyak RM500/sebulan untuk tempuh 20 tahun. Jumlah itu adalah di bawah paras kemiskinan.

Untuk tidak berada di bawah paras kemiskinan itu, seseorang pekerja tidak boleh bergantung kepada simpanan di dalam KWSP semata-mata. Mereka perlu kepada pelan tindakan yang baik untuk menabung, dan perlu dimulakan semasa muda lagi. Bila dah bersara seperti saya sudah terlambat agaknya.

Bagi yang berpencen pula, mereka cuma akan mendapat 50% dari gaji pokok terakhir mereka, dan ini masih rendah dari yang diperlukan untuk menampung kehidupan di usia emas itu. Walau bagaimana pun mereka boleh mendapat rawatan kesihatan percuma dari hospital2 kerajaan. Wallahua'lam.

26 comments:

pB said...

Jom , kita pakat melabur dalam unit amanah ....

ZABS said...

pB: Satu usaha yang amat digalakkan. Tapi seperti kata Puan Hajjah Rohani, pilihlah yang mengikut cara Islamik. InsyaAllah berkat.

KAMATO said...

satu peringatan yang amat baik

Unknown said...

bekal masa depan, anak2 salah satu harapan ibu bapa. dalam masyarakat kita dan berpandukan ajaran ugama kita, eloklah anak2 juga mengetahui tanggung jawap terhapa ibu bapa di wantu mereka meningkat usia.

bekal masa depan berupa harta - tidak etrjangkau untuk kita membekalkan. Sesungguhnya kita tidak mengetahui...berapa kah yg kita perlu.

pp

Neeza Shahril said...

duit EPF dapat dalam amaun yang besar. Ramai yang dapat duit, beli macam2 dan lupa bahawa duit itu adalah kegunaan hari hari tua.. bukannya untuk bermewah...

ZABS said...

Kamato: Peringatan untuk anak-anak saya sebenarnya.
Kita perlu kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat.
Walaupun sedikit, yang baik itu bagus kalau dapat dipanjang2kan.

ZABS said...

Pak Payne: Jika kita telah selalu berpesan2 kepada mereka sejak dari kecil, InsyaAllah, anak-anak akan menjaga kita apabila mereka dewasa.
Namun untuk masa tua kita, lebih baik kita yang buat persiapan, biar untuk dunia mahupun akhirat. Sungguhpun kita tidak akan dapat menjangkau keperluan masa tua kita, tetapi seperti selalu diberitahu "if you fail to plan then you are planing to fail". Wallahua'lam
Juga jika anak2 dapat menjaga kita apabila kita telah tua, ia satu bonus. Jika tidak pula, kita tidak merasa kecewa sangat. Itu pendapat saya.

ZABS said...

Neeza: Itu yang perlu diubah. Lainlah kalau dah ada saham yang banyak dan harta bertimbun. Tetapi jangan terlalu boros dan tidak juga terlalu kikir....

ummu asiah said...

Assalamu'alaikum,
Berkenalan dari blog Pak Payne.

Memang amat bagus sering diingatkan tentang perancangan kewangan. Kalau dpt expose anak2 kita dari peringkat awal lagi bagus agar tak buat kesilapan dgn berbelanja tanpa memikirkan masa depan. kalau dah mula berhutang akan terus berhutang, hati pun jadi susah. Now pun nak berhutang semua jadi mudah, tu yang ramai terperangkap.

Saya tumpang kongsikan dgn buku baru tulisan HAMDY..Rancang Hidup Rancang Wang atau boleh ke http://www.rancanghidup.blogspot.com/. Mungkin berguna utk anak2 kita.

en_me said...

iye 3x.. bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..

ZABS said...

Ummu Asiah: Salam kenal. Terima kasih atas info itu. akan kunjungi nanti.

En_me: Selamat datang. Setuju dengan bidaln orang tua2 tu.

jaflam said...

Salam Zabs,
Memang betul kita setiap tahun buat perancangan yang baik untuk syarikat tapi tidak untuk diri sendiri.

Kita perlu cermat dalam kemewahan dan menyimpan semasa berada. Sederhana dalam kehidupan InshaAllah selamat dunia dan akhirat.

Lee said...

Hi Zabs, I withdrew my EPF a long time ago upon presenting my one way air ticket and Visa.
Whats the interest like now?
Incidentally, here in Canada everyone gets a Canada old age pension upon reaching 65.
Thus plus your office pension, you have two pensions, kalu ta'chukup, boleh minta 'suppliment' and get abit more.
I guess you lama lagi sebelum dapat pension? Ha ha, Lee.

ZABS said...

DJ: Betul seperti kata tuan itu. Kita hanya merancang untuk orang lain tetapi mahukan yang terbaik untuk diri kita. Bukan kah itu tidak selari?
Lima perkara yang selalu kita diingat. Antaranya, senang sebelum susah dan muda sebelum tua. Jika diperguna sepenuhnya, InsyaAllah senang dunia akhirat..

ZABS said...

Lee: I got my pension when I opted for an early retirement at age 47, and start a small business. I got a gratuity also from that service, but only about 80k.
I got a small saving also from the EPF, from previous employment before joining the seervice. It was also withdrew when I reach 55 in Dec 2006.
We got don't get supplemented if the pension is not enough. We have to make it enough or work some more like me. Hahaaa....

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Alhamdulillah satu peringatan yang bernas dan baik terutama kepada golongan anak2 yang bekerja sendiri.

beberapa minggu lalu ketika bertemu pak idrus kami berdua ada berbincang topik tersebut.Pak Idrus mengingatkan saya kerana saya bekerja sendiri.

Saya merasakan rakyat Malaysia ramai yang tidak faham(terutama org Melayu) tentang perlunya merancang kewangan utk hari tua.saya juga termasuk dalam golongan ini suatu masa dulu. Apa yg kita simpan sekarang mungkin tidak mencukupi dalam 10-15 tahun akan datang tetapi adalah lebih baik dari tiada langsung..

Mungkin mentaliti tiada merancang kerana dulu ramai org Melayu adalah gomen servant yang berpencen kot.

ZABS said...

Doc.: Begitulah tujuan saya, kerana tiga anak saya yang telah bekerja, semuanya bekerja dengan swasta dan tidak berpencen. Hanya ada simpanan dalam KWSP.
Jika mereka dapat menyimpan tambahan RM100/sebulan di dalam TH, dan mendapat pulangan 5% setahun, selepas 25 tahun, simpanan tersebut akan menjadi lebih 60k. Wallahua'lam

Helena said...

terimakasih dgn peringatan.

Helena ni bila pikir2 balik.... sememangnya banyak membazir in my first 7years of marriage..... beli barang2 yang tak perlu...... pulangan2 dari saham pun lebih belanja dari menyimpan....

Masa tu mmg kurang prihatin dalam bab menyimpan tu.... kesal jugak rasanya.....

May 1st ni would be my 15th anniversary.... mm... tak cukup isi lagi kantung untuk bersara.... *sigh* (beruntung pulak sapa keje gomen kan)

ZABS said...

Helena: Semuanya masih belum terlambat. Jika anda menyimpan RM500/sebulan di dalam TH (tanpa dikeluarkan), dan mendapat pulangan 5% setahun, selepas 15 tahun, simpanan tersebut akan menjadi lebih RM135,000. InsyaAlah.

zino said...

itu lah terfikir jugak...

ZABS said...

Zino; Fikir dan lakukan. Dulu masa kita muda2 takda orang nak ingat2kan. Sekarang semua dah tahu konsep "pay yourself first", kemudian baru bayar orang lain. Masih belum terlambat untuk mulakan bagi anak-anak kita...
InsyaAllah.

Unknown said...

Hello Zabs,

Banyak idea2 yang bernas di beri oleh para2 blogger di sini menyambut your good entry ni.

I terus teringat masa saya pergi ke salon rambut nak get a hair cut, the stylist ni dah travelled and worked in many countries. Dia cakap dia berkerja keras untuk menyara hidup.

Dia philisophised that 'Money is not everything'. Saya terasa hebat juga dia ni, ada pendirian yang teguh.

Lepas tu dia kata, 'But money is THE ONLY thing!'

Saya ketawa tak terhingga! Rasa nya betul juga kadang?

What say you Zabs?

ZABS said...

Ruby: Benar seperti yang dikatakan oleh pendandan you itu. Cuma yang berbeza cara penggunaan wang.
Boros belanja susah kemudiannya. Kikir sangat tak bawa kemana. Dermawan pula disayangi semua. Bersederhana hidup bahagia.
Ada harta boleh berzakat.
Keluarga ceria hidup berkat.
Tunai Haji Rukun Ke5.
Sesekali melancong ke China,
Eropah juga boleh diteroka.
Salam ceria untuk anda dan keluarga.

mlb18 said...

BIMB UT Al Munsif winner of EDGE Lipper 2009 for mix fund, saper kata kita tak boleh lawan big player kt market? now its time to invest kan... trueelle18@hotmail.com

Kisah Mama Mencari Peluang Kerjaya dari Rumah said...

sediakan kewangan selepas bersara dengan sertai bisnes online

http://pencenbergaya.weebly.com

Unknown said...

Persediaan aku sebelum pencen ialah mengusahakan tanah dan belajar kemahiran menjahit pelbagai walaupun aku kakitangan kerajaan yang mendapat pencen. Kita perlu kreatif mencari idea menambah pendapatan, barulah hidup tak boring.