Friday, May 25, 2007

Kerja

Semasa menuntut di luar negara suatu masa dahulu, saya membawa bersama keluarga kerana tempuh dua tahun agak lama untuk bersendirian.

Di bandar tempat saya relajar itu terdapat juga beberapa orang relajar, dari Malaysia, yang juga membawa bersama keluarga2 mereka.

Kebanyakan pelajar terdiri dari kaum lelaki, walaupun ada beberapa orang relajar perempuan dan suami2 pula yang dibawa bersama.

Oleh kerana isteri2 atau suami2 yang tidak belajar ini, dahulunya bekerja di Malaysia, mereka memilih untuk bekerja sementara suami2 atau isteri2 mereka belajar. Ini mungkin kerana mereka bosan tinggal di rumah, ingin menambah pendapatan untuk mendapat pengalaman bekerja di luar negeri,

Sebagai contoh, isteri saya bekerja di sebuah kilang, menjahit pakaian untuk syarikat Marks & Spencer. Walaupun tiada pengalaman, beliau dapat melakukan tugas dengan baik. Begitu juga dengan yang lain, walau pun biasanya kerja-kerja tersebut (seperti juruwang, cleaner dan seumpamanya) tiada kaitan dengan kepakaran mereka. Terpaksa? Gaji yang tinggi? Nak isi masa terluang? Apa pun mereka gembira melakukannya.

Jika mereka berada di Malaysia, sanggupkah mereka melakukan kerja-kerja yang sama?

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada akhir 2006 terdapat 319,000 penganggur, atau 3% dari jumlah “total work force” kita yang seramai 10,727,000.

Satu kajian melalui pendaftaran siswazah menganggur oleh MTEN pada 2005 telah menarik hampir 70,000 siswazah untuk mendaftar. Dari soal selidik yang didapati, lebih 96% adalah bumiputra, 61% adalah dari keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1000 sebulan dan 80% pula perla membayar balik pinjaman pendidikan mereka.

Dari maklumat yang diperolehi, setakat Mac 2006, kita mempunyai seramai 1.5 juta pekerja asing yang sedang bekerja di sini (tidak termasuk yang masuk tanpa izin), dan majikan2 masih lagi memohon untuk mendapatkan pekerja dari luar negara. Ini bermakna di Malaysia, kita tidak kekurangan pekerjaan. Malah kita perlu mengimpot pekerja dari luar negara.

Pengangguran tidak seharusnys berlaku, melainkan mereka-mereka ini:

- Terlalu memilih kerja.
- Kelulusan yang tinggi tidak setaraf kerja yang ada.
- Keluarga mampu menanggung mereka.
- Sengaja suka menganggur.
- Tak mahu jadi pengampu majikan.
- Takut dapat majikan amalkan rasuah
- Takut dapat majikan amalkan kronisme.
- Takut dapat majikan kaki tidor.
- Takut dapat majikan cakap tak serupa bikin.
- Ada Sugar Daddy atau Sugar Mummy.
- Tak mahu bayar cukai pendapatan.

Dan macam-macam alasan lagilah………

Thursday, May 24, 2007

Gaji

Gaji atau upah untuk setiap pekerja perlu dibayar sebelum kering peluh mereka setelah selesai bekerja. Namun ini hanya sesuai bagi mereka yang bekerja bergaji hari.

Realitinya sekarang, ia tidak sesuai lagi, kerana purata pekerja hari ini, mendapat gaji secara bulanan.

Walaubagaiman pun, apa yang penting, pembayaran gaji adalah hak pekerja. Namun demikian, yang berhak menentukan jumlahnya, tidak semestinya pekerja tersebut.

Di dalam hal ini majikanlah yang biasanya berhak menentukannya dan menganggap pekerja tak ada pilihan melainkan menerima seadanya, jumlah yang difikirkan sesuai oleh majikan tersebut.

Majikan juga mempunyai anggapan seperti berikut:

- Majikan bermurah hati kerana mengambil mereka bekerja.

- Hanya majikan boleh menentukan jumlah gaji pekerja.

- Pekerja harus berterima kasih kerana dibayar gaji.

- Kenaikan gaji adalah hak majikan semata-mata .

- Majikan perlu dipuji atas sebarang kenaikan gaji.

- Majikan perlu disokong walaupun tindakan mereka tidak dipersetujui.

- Wang yang majikan belanjakan untuk tujuan lain tidak boleh dipersoalkan.

- Pekerja yang tidak puas hati dengan gajinya berdiam diri atau cari majikan lain.

- Pekerja perlu tingkatkan prestasi bila dah naik gaji.

Apa sebelum ni pekerja tak bekerja dengan baik ke?

Thursday, May 17, 2007

Takdir

Anda terlewat bangun pagi kerana jam loceng tidak berbunyi dan terpaksa memandu sendiri ke tempat kerja. Sampai di pejabat, anda diberitahu, kawan yang selalu tumpangkan anda itu telah terlibat dengan kemalangan ngeri dan kini dirawat di wad kecemasan.

Seorang pekerja di bangunan World Trade Centre, lewat ke pejabatnya pada 11 September 2004, kerana menghantar anaknya mendaftar untuk hari pertama di tadika. Apabila sampai dia mendapati bangunan tersebut runtuh dilanggar kapal terbang.

Seorang lagi pekerja di bangunan tersebut, singgah di kedai untuk membeli donut, kerana giliran beliau untuk membawa donut ke pejabat pada hari itu.

Mereka semua ini dan banyak contoh-contoh yang lain, masih hidup kerana telah ditakdirkan terlibat dengan perkara kecil tersebut.

Oleh itu jika di masa hadapan kita terperangkap di dalam pesta lampu berek, terlewat kerana anak menanggis tidak mahu ke tadika, baju terkena kuah dan terpaksa ditukar dan terlewat untuk temu janji dan seumpamanya, janganlah merasa ternganggu. Ianya telah di takdirkan begitu. Allah maha mengetahui apa yang akan berlaku.

Mungkin sesuatu yang berlaku itu, tidak kita sukai, tetapi ia baik untuk kita, dan mungkin pula sesuatu itu, kita mahu ia berlaku, tetapi ia tidak baik untuk kita.

Monday, May 14, 2007

Hutang2

Ada banyak sebab kenapa orang berhutang.

Ada orang berhutang kerana nak beli rumah dan seumpamanya

Ada yang berhutang kerana nak menyambung pelajaran.

Ada pula kerana nak membesarkan perniagaan.

Dan tak kurang pula kerana nak bermegah-megah dengan kemewahan.

Mereka berhutang pula dengan niat yang berbeza.

Ada yang berhutang dengan niat akan membayar semula.

Ada yang akan membayar apabila sudah diminta.

Ada yang langsung tak berniat nak bayar semula.

Ada juga yang buat-buat lupa.

Tapi yang teruknya, pemberi hutang menjadi musuh mereka.

Tapi mereka perlu ingat, walau apa pun niat mereka, mesti ada keazaman untuk selesaikan hutang, hutang perlu dibayar, hutang budi dibawa mati, hutang wang bayar sebelum mati.

Bagi yang hutang dengan PTPTN tu bayarlah cepat, saya masih ada anak-anak yang perlu pinjaman untuk belajar.Kalau hutang PTPTN anda tak dibayar, macamana dengan mereka? dan jutaan lagi pelajar kita!

Monday, May 07, 2007

Masa Berlalu



Telah hampir 4 bulan tidak menulis di blog ini, tetapi tidak pun terasa lamanya. Namun demikian, dalam masa tersebut banyak perkara telah berlaku. Ini termasuklah pertunangan 2 anak saudara, perkahwinan 3 anak saudara dan perkahwinan anak perempuqan yang pertama, serta lebih dari 10 perkahwinan anak kawan dan sahabat handai. Juga telah kembali bercuti anak yang belajar di NZ selama 3 minggu untuk bersama-sama meraikan perkahwinan kakaknya. Kini dia sudah pun balik semula ke Christchurch. (Selamat belajar semula, semoga beroleh kejayaan cemerlang didoakan).

Sungguh penantian itu sesuatu yang mebosankan, terutama jika masa terluang yang hendak dihabiskan. Tetapi jika kita ada sesuatu yang sedang dan hendak dilakukan, masa akan berlalu dengan begitu cepat tanpa disedari. Begitulah agaknya bagi anggota-anggota perkhidmatan awam yang menunggu tarikh 22hb Mei ini, untuk berita baik kenaikan gaji yang diharap2kan, setelah tiada pengumuman dari Pak Lah pada sambutan hari pekerja yang lepas. Namun demikian, jika ianya tidak juga berlaku, tidak pula bermakna anggota perkhidmatan awan tidak akan bekerja dengan lebih baik lagi kerana, kerja itu adalah amanah, yang perlu dilaksanakan. Jika tidak didunia, diakhirat pasti mendapat balasan setimpal, itu bagi yang bekerja dengan ikhlaslah.

Bercakap tentang masa juga, sebenarnya rakyat Malaysia, sememang tidak tahu menghargai masa. Mereka suka bertangguh-tangguh dan suka melakukan sesuatu pada saat-saat akhir. Contoh paling baik ialah pemulangan borang Cukai Pendapatan. Jika tarikh akhir tersebut ditukar ke 31 Mei pun, akan ada juga orang yang akan menunggu 31 Mei untuk menghantar borang mereka.