Thursday, May 17, 2007

Takdir

Anda terlewat bangun pagi kerana jam loceng tidak berbunyi dan terpaksa memandu sendiri ke tempat kerja. Sampai di pejabat, anda diberitahu, kawan yang selalu tumpangkan anda itu telah terlibat dengan kemalangan ngeri dan kini dirawat di wad kecemasan.

Seorang pekerja di bangunan World Trade Centre, lewat ke pejabatnya pada 11 September 2004, kerana menghantar anaknya mendaftar untuk hari pertama di tadika. Apabila sampai dia mendapati bangunan tersebut runtuh dilanggar kapal terbang.

Seorang lagi pekerja di bangunan tersebut, singgah di kedai untuk membeli donut, kerana giliran beliau untuk membawa donut ke pejabat pada hari itu.

Mereka semua ini dan banyak contoh-contoh yang lain, masih hidup kerana telah ditakdirkan terlibat dengan perkara kecil tersebut.

Oleh itu jika di masa hadapan kita terperangkap di dalam pesta lampu berek, terlewat kerana anak menanggis tidak mahu ke tadika, baju terkena kuah dan terpaksa ditukar dan terlewat untuk temu janji dan seumpamanya, janganlah merasa ternganggu. Ianya telah di takdirkan begitu. Allah maha mengetahui apa yang akan berlaku.

Mungkin sesuatu yang berlaku itu, tidak kita sukai, tetapi ia baik untuk kita, dan mungkin pula sesuatu itu, kita mahu ia berlaku, tetapi ia tidak baik untuk kita.

4 comments:

blackpurple said...

Ya, takdir yang telah tertulis. Sebab itu kena belajar berfikiran positif terhadap setiap perkara negatif yang berlaku. Pasti ada hikmahnya.

zabs said...

betul tu purp,tetapi Hikmah itu mungkin tidak kita sangkakan. Yang penting redha dengan apa yang ditakdirkan.

Kata Tak Nak said...

Jatuh kapalterbang 33000 metre masih buleh survive (czech stewardess)jatuh di bilik air ramai yang mati. Thats fate. If its not to be then its not to be.

zabs said...

Betul Chegu, ini nak tunjuk Allah tu maha kuasa. Jadi dan jadilah ia.