Friday, May 25, 2007

Kerja

Semasa menuntut di luar negara suatu masa dahulu, saya membawa bersama keluarga kerana tempuh dua tahun agak lama untuk bersendirian.

Di bandar tempat saya relajar itu terdapat juga beberapa orang relajar, dari Malaysia, yang juga membawa bersama keluarga2 mereka.

Kebanyakan pelajar terdiri dari kaum lelaki, walaupun ada beberapa orang relajar perempuan dan suami2 pula yang dibawa bersama.

Oleh kerana isteri2 atau suami2 yang tidak belajar ini, dahulunya bekerja di Malaysia, mereka memilih untuk bekerja sementara suami2 atau isteri2 mereka belajar. Ini mungkin kerana mereka bosan tinggal di rumah, ingin menambah pendapatan untuk mendapat pengalaman bekerja di luar negeri,

Sebagai contoh, isteri saya bekerja di sebuah kilang, menjahit pakaian untuk syarikat Marks & Spencer. Walaupun tiada pengalaman, beliau dapat melakukan tugas dengan baik. Begitu juga dengan yang lain, walau pun biasanya kerja-kerja tersebut (seperti juruwang, cleaner dan seumpamanya) tiada kaitan dengan kepakaran mereka. Terpaksa? Gaji yang tinggi? Nak isi masa terluang? Apa pun mereka gembira melakukannya.

Jika mereka berada di Malaysia, sanggupkah mereka melakukan kerja-kerja yang sama?

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada akhir 2006 terdapat 319,000 penganggur, atau 3% dari jumlah “total work force” kita yang seramai 10,727,000.

Satu kajian melalui pendaftaran siswazah menganggur oleh MTEN pada 2005 telah menarik hampir 70,000 siswazah untuk mendaftar. Dari soal selidik yang didapati, lebih 96% adalah bumiputra, 61% adalah dari keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1000 sebulan dan 80% pula perla membayar balik pinjaman pendidikan mereka.

Dari maklumat yang diperolehi, setakat Mac 2006, kita mempunyai seramai 1.5 juta pekerja asing yang sedang bekerja di sini (tidak termasuk yang masuk tanpa izin), dan majikan2 masih lagi memohon untuk mendapatkan pekerja dari luar negara. Ini bermakna di Malaysia, kita tidak kekurangan pekerjaan. Malah kita perlu mengimpot pekerja dari luar negara.

Pengangguran tidak seharusnys berlaku, melainkan mereka-mereka ini:

- Terlalu memilih kerja.
- Kelulusan yang tinggi tidak setaraf kerja yang ada.
- Keluarga mampu menanggung mereka.
- Sengaja suka menganggur.
- Tak mahu jadi pengampu majikan.
- Takut dapat majikan amalkan rasuah
- Takut dapat majikan amalkan kronisme.
- Takut dapat majikan kaki tidor.
- Takut dapat majikan cakap tak serupa bikin.
- Ada Sugar Daddy atau Sugar Mummy.
- Tak mahu bayar cukai pendapatan.

Dan macam-macam alasan lagilah………

11 comments:

blackpurple said...

Dan biasanya pengangguran ini dikaitkan dengan bangsa kita. Di mana yang silap agaknya?

Attitude?, mentality?

zabs said...

BP: Semoga kita dapat merubah bangsa kita dari bangsa yang suka kepada keseronokan, berhiburan, melepak dan semua yang seangkatan dengannya. Ia harus bermula dari keluarga kita sendiri.

zewt said...

saya ada satu teori... saudara perasan berapa ramai pekerja-pekerja sekarang yang kerja overtime? hampir semua pekerja, terutamanya para professional yang selalu kerja hingga lewat malam... tak pernahkah mereka pikir bahawa kerana inilah... banyak orang yang mengangur?

jika semua pekerja sayangkan diri sendiri... tidak kerja OT hingga lewat malam... majikan akan terpaksa mengambil pekerja baru and kadar penanggur akan berkurangan.

bagaimana?

zabs said...

zewt: Seperti yang saya tulis, ada
banyak kerja di Malaysia ni. Para profesional yang bekerja lebih masa pula takda bayaran overtime, kerana gaji mereka dah tinggi dan tak layak tuntut overtime.

Setuju agar pekerja jangan terlalu banyak buat overtime. Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi. Banyak masa boleh siapkan kerja tu di lain masa.

Jika kita selalu terpaksa buat kerja overtime, mungkin kita tidak cekap atau kita buat kerja yang melebihi kemampuan kita.

Jika tidak cekap, baiki kemampuan diri. Jika kerja banyak pula, cadangkan kepada majikan mengambil pekerja tambahan.

alan zed said...

adinda hariz di rumah menganggur juga... tidak salah jika dia belajar mencari duit hasil titik peluh sendiri... walaupun untuk sebulan dua... apa pendapat ayahanda..?

zabs said...

Alanzed: Apabila dia dah tahu susahnya tidak berduit, kesedaran akan tiba dan dia akan berusaha kuat untuk bekerja setelah "grad", seperti mana dialami sesetengah orang (betul?).

13may said...

salam,

dunia sekrg makin mencabar...ekonomi serta teknologi semakin pesat melonjak dan maju...

oleh itu, kita memerlukan seseorang yg betul betul berkemahiran serta berdisiplin...

Rata rata golongan yg baru graduate susah nak dapat keja.
Alasan mereka kerana tak dapat keja, rata rata menyatakan majikan memerlukan org yg berpengalaman....

Okeh...jika tidak diberi peluang, camna nak dapat pengalaman kan???
Ini jawapan yg biasa kita dengar....

Suatu masa dulu saya penah sembang ngan kawan saya...yg selalu hire org baru nih....

dia ni suka hire fresh graduate...senang nak ajar katanya...tapi kebykkan dia hire non-malay

tetapi dia kata kebykkan org kita susah nak dapat keja...sebab knowledge tak strong...
even result exam sikit punya hebat...tapi bila interview...even basic knowledge pun depa takleh nak jawab....

so, dia cakap...no choice...
terpaksa hire non-malay yg lebih capability...dan mempunyai potensi untuk maju dan belajar....


so, persoalan di sini:

Apa yg depa belajar kat university dulu????
Adakah belajar untuk menimba ilmu....
atau sekadar belajar untuk lulus...dan kemudian bongkak dgn ijazah yg diperolehi...

hmmmm...alahaiiii.....

saya kadang2 takut hendak rekomen kawan2 saya kerja di tempat saya....
sebab saya mengenali mereka dan tahu sikap mereka...

sori jika tersinggung...
ni sekadar pendapat....sebenarnya saya suka ngan topik nih.

salam:)

Sunan_Jati said...

wah topic yang menarik....

zabs said...

13may: Anda berhak untuk membuat tanggapan begitu, kerana ada kebenarannya. Majikan juga perlu menjaga kepentingan mereka. Yang penting kita perbaiki diri sendiri dan jadi pekerja atau majikan yang terbaik. Kita tidak boleh merubah orang lain, jika mereka sendiri tidak mahu berubah.

sunan jati: Selamat datang.

UmmuSarah said...

Insya Allah, saya yakin pensyarah2 di universiti telah usaha sedaya upaya utk menyampaikan ilmu spt yg ditugaskan.
Namun, kebanyakan siswa/siswi, apabila tamat pengajian mempunyai expectation yg tiggi utk "benefits dan renumeration" yg harus mrk terima. Ramai dari mrk yg tidak ada keingingan utk belakjar kerja dr bawah. Pada pendapat mrk, ijazah yg mrk genggam mewajibkan mrk mendapat pekerjaan di jawatan2 yg setaraf dgn degree yg mrk capai.
Mungkin ibu-bapa & masyarakat harus kurang menekankan kpd anak2 bahawa pelajaran/ijazah = jawatan tinggi = gaji lumayan = hidup mewah. Sbg umat Islam, kita harus ingat bahawa ilmu yg kita cari adalah dgn niat utk dpt keredhaan Allah dan bukanlah semata2 utk mencari kehidupan mewah di dunia yg fana' ini.

tokasid said...

Salam pak Zabs:

Mungkin anak2 muda malu untuk melakukan kerja2 yg 'kasar'. SPM leavers pun ramai yg malu nak buat kerja buruh kontrak sedangkan bayaran lebih lumayan dari kerja kilang.
Di Jebatville kerja kilang lebih glamour: tempat aircond, ada ramai awek-awek utk di ngorati. Boleh buat geng utk melepak,futsal atau merempit. Ada uniform. kalau buruh kontrak mana ada ini semua cuma bayaran lebih lumayan.

Tapi malang makin banyak kilang elektronik yg mula berhijrah ke Batam,Thailand dan China. So ramai pengganggur yg berhutang rumah dan kereta dgn bank.

Budak2 yg keluar kolej dan U pun dah mula kerja kilang.Jadi operator. kelulusan sebenar tidak di beritahu takut tak dapat kerja.

Dan yg masih menjadi "pemetik anggur" pun ramai samada SPM atau kolej leavers. Mak bapak tanggung semua. Mereka kira nak enjoy saja.Tak tau malu makpak keluar pagi2 menoreh getah atau ke kilang.

Saya rasa semuanya jatuh pada sikap individu dan masyarakat sekeliling yg membuat ramai Melayu jadi begini.
Wallahu'alam.