Thursday, March 27, 2008

Pembedahan Di Hari Sabtu

Seperti yang dilaporkan oleh akbar-akbar hari ini, 19 hospital kerajaan, pada peringkat awal ini, akan memulakan operasi pembedahan elektif (bukan kritikal) pada hari Sabtu bagi memendekkan masa menunggu pesakit-pesakit.

Begitu juga dengan beberapa buah klinik kesihatan yang akan memanjangkan tempuh perkhidmatan selepas waktu pejabat, dari jam 5.30 petang hingga jam 9.30 malam. Dan tentunya ada imbuhan bagi mereka yang terlibat. Mungkin ini telah lama dinantikan oleh mereka.








Lebih-lebih lagi bagi para pesakit yang telah terlalu lama menunggu untuk mendapatkan rawatan pembedahan. Seperti dinyatakan, ada yang telah menunggu sehingga 6 bulan. Mungkin telah sembuh sendiri penyakit tersebut sementara menunggu dibedah.

Nampaknya ada juga kebaikannya apabila bertukar menteri baru, selepas setiap pilihanraya. Mereka tentunya akan memikirkan sesuatu impak yang boleh mereka buat pada permulaan ini. Dan diharap ia akan berterusan.

Juga diharapkan, janganlah pula pada hari Sabtu sahaja baru ada operasi pembedahan, kerana ada insentif $$$. Jika begitu jadinya, ia tidak akan menggurangkan masa menunggu yang cuba di pendekkan itu.

Syabas doktor2, misi2 dan semua pekerja kesihatan. Tak perlu buat kerja "locum" di klinik swasta dah pada hari Sabtu. Tokasid perlu kerja lebih masa selalulah nampaknya di kliniknya. Wallahualam.

Monday, March 24, 2008

Formula Satu (F1)

Beginilah gambar rajah litar lumba kereta yang terdapat di Sepang itu, yang baru semalam digunakan untuk perlumbaan F1 yang amat dibaggakan oleh PeeEm tu.

Katun di UM ini pula mewar-warkan betapa ramainya penonton kali ini (tetinggi sejak 1999). Saya tidak pernah lagi menonton perlumbaan ini secara "life", dan tidak juga menjadikannya satu keutamaan untuk ditonton melalui kaca tv. Cuma berminat melihat ketika permulaan dan akhirnya sahaja. Antara lap 2 hingga satu lap lagi untuk tammat perlumbaan itu agak membosankan.

Walau bagaimana pun salah seorang anak saya, telah pergi monontonnya dan duduk di tempat duduk berbumbung pulak. Tak tahulah saya berapa harga tiket untuk tempat itu . Ini adalah antara beberapa gambar yang diMMSkannya kepada saya.

Apabila ditanya, katanya tiket dapat percuma dari kawannya. Jadi saya merumuskan, tentulah ramai yang menonton percuma perlumbaan itu semalam dan tentulah jumlah tertinggi boleh dicapai, seperti yang dikatakan oleh katun di atas. Wallahua'lam.

Friday, March 21, 2008

Seloka Nasihat

Masa kecil susah nak makan
Bila dah besar semua ditelan
Bila dewasa terlebih makan
Mulalah penyakit menjadi teman
Dengan doktor tak mahu berkawan

Dulu dipanggil serangkai (bertiga)
Darah tinggi, jantung, kencing bergula
Kini sudah menjadi empat pula
Penyakit ginjal jadi temannya
Kalau dah dapat gawat kita

Semua penyakit dari makanan
Makan segera punya penangan
Pizza, KFC dan McD dilayan
Tek tarik dan roti canai sakan
Tak terfikir tentang kesihatan

Setiap hari ngadap komputer
Tak berpeluh, main "game" saja
Bila penyakit mula menyapa
Berat badan naik menggila
Bersenam dan diet mahu segera.

Kalaulah boleh diulang tayang
Mahu besenam malam dan siang
Makan yang baik bukan sebarang
Berhenti makan sebelum kenyang
Agar kulit sentiasa tegang

Tetapi kini belum terlewat
Badan baru sedikit berat
Penyakit yang ada boleh dirawat
Amalkan bersenam untuk sihat
Badan kita SENDIRI MAHU INGAT.

Monday, March 17, 2008

Tagged In A Bag

Saya telah ditag untuk memberitahu apa yang terdapat di dalam bag kerja saya oleh jejaka pinter ini. Walaupun maklumat ini adalah “sulit dan persendirian”, tetapi saya rasa tidaklah terlalu SULIT hingga tidak boleh didedahkan.

Untuk makluman juga, saya telah pernah menjawab tag yang hampir sama seperti di sini.

Ada beberapa bag yang saya sering gunakan untuk ke pejabat dan akan mengalihkan isi2nya mengikut keperluan pada masa2 tetentu itu.

Tetapi bag yang saya selalu gunakan ialah bag ini, yang asalnya untuk mengisi komputer riba saya. Atas sebab2 keselamatan komputer tersebut, saya lebih suka meninggalkannya di pejabat dan mengunakan bagnya untuk mengisi benda-benda lain yang saya perlukan seperti gambar di bawah.

Sebenarnya saya tidak ada banyak barang untuk di bawa kesana kemari apabila sudah tua ni, takut terkehel bahu kalau berat sangat. Satu lagi barang yang tiada di gambar itu ialah kamera digital di sebelah. Sejak ada blog sendiri, sudah rajin pula mengambil gambar untuk bahan tulisan.

Harap Bp@JP berpuas hati. Tidak mahu mengetag sesiapa tetapi dipersilakan jika mahu membuka rahsia bag anda itu.

Thursday, March 13, 2008

Adakah Ginjal Anda Ok?

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa hari ini (13 Mach) adalah Hari Ginjal (Buah Pinggang) Sedunia dan di sambut di seluruh dunia oleh pengamal2 perubatan yang mengkhusus kepada organ dalaman ini.Saya juga tidak tahu akan adanya sambutan ini sehinggalah dimotivasi oleh isteri untuk menyertai satu forum awam berhubung ginjal ini, yang diadakan di HKL.

Sambutan itu telah dirasmikan oleh Pengarah HKL (Yang berbaju Hijau itiu)

Siap ada potong kek lagi.

Selain ceramah umum tentang fungsi ginjal dan penyakit yang berkaitan dengannya, seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi, pameran berhubung ginjal dan pemakanan sihat juga turut diadakan.
Pengunjung juga dapat membuat pemeriksan tentang kesihatan ginjal mereka dengan menguji air kencing dan darah yang dilakukan dengan mudah oleh para petugas di lobi hospital di mana pameran itu diadakan.
Borang pemeriksaan saya.

Saya juga telah mengambil kesempatan melakuakn pemeriksaan tersebut. Dari pemriksaan tersebut, Alhamdulillah, ginjal saya bole bertahan lagi. Tetapi seperti yang saya jangkakan, sya perl turunkan lagi berat badan dan mendapat nasihat dari pakar pemakanan yang ada di sana.

Ada tiga J, yang perlu saya ambil perhatian:

1. Jadual makan yang tetap, seperti makan malam sekurang2nya 4 jam sebelum waktu tidor.
2. Jenis makan yang saya makan perlulah mengikut diet yangtertntu, seperti mengurangkan makanan bergoeng, lemak dan sebagainya.
3. Jumlah kalori dalam makanan juga perlu dikurangkan.

Di samping itu saya perlu bersenam sekurang2nya 3 kali seminggu selama 30-40 minit setiap kali. Semoga saya boleh buat saranan2 dari Puan Pakar itu.

(Chef Wan pun ada datang untuk buat demontrasi masakan, tetapi saya tidak sempat ambi gambarnya kerana perlu balik ke pejabat. Isteri saya mungkin ada gambarnya kerana mengikuti sesi itu sampai ke petang. Saya akan "update" jika ada gambarnya).

Updated:

Pesakit buah pinggang meningkat

KUALA LUMPUR 13 Mac - Seramai 15,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad.

"Sehingga kini, sebanyak 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup," katanya pada sidang akhbar selepas Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain merasmikan Hari Ginjal Sedunia di sini hari ini.

Dr. Ghazali berkata, kebanyakan kes kegagalan ginjal berpunca daripada penyakit diabetes.

Beliau menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengelak terkena penyakit diabetes, gout atau tekanan darah tinggi yang berkait rapat dengan penyakit buah pinggang. (Sumber dari Bernama)

Tuesday, March 11, 2008

Ada Kebaikannya Ke?

Menurut seorang Ustaz yang saya kenali, katanya ada sekurang2nya dua kebaikan pada orang yang merokok;

Pertama: Pencuri takut masuk rumah orang yang merokok.

Kedua: Orang merokok tak nampak tua.

Betul ke? Saya percaya... anda bagaimana?

Maaf jika ada yang tersinggung, tambahan pula selepas apa yang telah berlaku. Maafkanlah.......


Update:

Sila lihat komen (ke4) untuk mengetahui kenapa Ustaz kata begitu.

Saturday, March 08, 2008

Tanggungjawab Kita

Saya telah menjalankan tugas saya seawal jam 9 pagi lagi. Sekarang saya boleh berehat sambil menunggu keputusan PRU 12 ini nanti. Anda bagaimana?

Saya hanya berjalan kaki sahaja ke tempat mengundi.
Kali ini tempat mengundi cuma 150m sahaja dari rumah.

Walaupun begitu masih ramai yang datang dengan kereta dan motosikal.

Salah sebuah kereta yang diguna untuk pengangkutan ke tempat mengundi.

Salah satu poster yang ditemui sebelum sampai di tempat mengundi....

Menyemak nama dan saluran mengundi.

Saluran mengundi saya agak panjang, tetapi tak sampai 20 minit sudah selesai.

Amaran dari SPR.

Bertemu kawan lama agaknya selepas membuang undi.

Gembira setelah menjaalnkan tanggungjawab.

SELAMAT MENGUNDI................

Wednesday, March 05, 2008

Ruang (Tak) Legar

Patut ke ia dipanggil ruang legar kalau setiap masa ada sahaja "booth" dibuka di sana untuk peniaga2 menjalankan perniagaan?

Mungkin ruangan yang agak luas itu, pada asalnya disediakan untuk tujuan promosi, untuk pertunjukan pentas dan sebagainya. Tetapi pada kebanyakan masa yang lain adalah untuk pengunjung bersantai bersama keluarga ketika membeli belah di sana.

Tetapi jika ia telah terus menerus mempunyai penghuni, maka tidaklah lagi ia menepati kehendak untuk menjadi ruang legar kepada pengunjung yang berkunjung ke tempat tersebut.

Ini adalah ruang legar di stesyen KL S**tral. Sentiasa sahaja ada para peniaga yang berniaga disini. Ia turut menyumbang untuk menyempitkan lagi ruangan bagi penumpang yang semakin ramai menggunakan tempat tersebut.


Ini pula di K'Poh, W**gsa M*joo. Begitu juga keadaannya di sini. Tidak cukup dengan ruang niaga yang telah disediakan khas unuk tujuan tersbut, ruang legar untuk pelanggan bersantai pun penuh sesak dengan peniaga lain pula. Ia bukan untuk sementara lagi, tetapi sudah boleh dianggap kawasan "kekal" bagi mereka berniaga.

Dan ini di JJ Alp** A*g*e. Tempat ini kekadang tu ada juga digunakan untuk pertunjukan pentas dan seumpammanya. Tetapi kebanyakan nya untuk promosi jualan murah.




Walau apa pun keperluan pelanggan, keperluan untuk membuat untung adalah lebih diutamakan oleh mereka.

Begitu jugalah bagi para pemimpin agaknya. Walaupun telah berjanji, bahwa mereka akan memberi kesejahteraan kepada rakyat jika terpilih, tetapi apabila telah dapat apa yang dihajat, apabila ada peluang untuk keuntungan peribadi, kesejahteran rakyat ditolak kebelakang dahulu. Wallahua'lam

OLEH ITU BERHATI-HATILAH BILA MENGUNDI PADA 8HB NANTI.

Monday, March 03, 2008

Kueh Keria Dari Seberang

Beberapa bulan yang lalu, anak saya telah membawa balik ke rumah satu dozen kueh seperti di gambar untuk di makan bersama. Beliau baru sahaja balik dari melawat-lawat ke satu pusat membeli belah yang baru dibuka di bandaraya ini.



Sambil itu beliau bercerita, bahawa dia terpaksa beratur sehingga satu jam, untuk dapat membeli kueh tersebut. Sungguh ramai peminat kueh ini sehingga orang beratur seperti untuk membeli tiket wayang "box office" pula.

Bagi saya kueh itu sama sahaja seperti kueh di sebelah tu, yang telah dipelbagaikan bentuk dan rasanya. Ia pula boleh dibeli dengan mudah dan tak perlu beratur panjang. Yang penting ia juga tidak baik untuk orang yang menghidap diabetes.

Walau bagaimana pun pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya telah berksempatan ke pusat membeli belah tersebut. Saya juga telah membuat tinjauan ke tempat kueh tersebut di jual. Dan betul seperti kata anak saya itu, memang ramai orang beratur untuk membelinya.

Saya bernasib baik pada pagi itu kerana cuma beratur 20 minit sahaja. Mungkin kerana baru jam 12 tengahhari dan masih belum ramai orang di pusat membeli belah tersebut.