Monday, March 24, 2008

Formula Satu (F1)

Beginilah gambar rajah litar lumba kereta yang terdapat di Sepang itu, yang baru semalam digunakan untuk perlumbaan F1 yang amat dibaggakan oleh PeeEm tu.

Katun di UM ini pula mewar-warkan betapa ramainya penonton kali ini (tetinggi sejak 1999). Saya tidak pernah lagi menonton perlumbaan ini secara "life", dan tidak juga menjadikannya satu keutamaan untuk ditonton melalui kaca tv. Cuma berminat melihat ketika permulaan dan akhirnya sahaja. Antara lap 2 hingga satu lap lagi untuk tammat perlumbaan itu agak membosankan.

Walau bagaimana pun salah seorang anak saya, telah pergi monontonnya dan duduk di tempat duduk berbumbung pulak. Tak tahulah saya berapa harga tiket untuk tempat itu . Ini adalah antara beberapa gambar yang diMMSkannya kepada saya.

Apabila ditanya, katanya tiket dapat percuma dari kawannya. Jadi saya merumuskan, tentulah ramai yang menonton percuma perlumbaan itu semalam dan tentulah jumlah tertinggi boleh dicapai, seperti yang dikatakan oleh katun di atas. Wallahua'lam.

20 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Unfortunately, I don’t feel that the crowd was as big as before. I’ve gone to the races every year with the exception of 2006. This year’s race is the 10th to be held at Sepang, meaning its 10th anniversary, but it was like any other race.
And every year, I’ve gotten free grandstand tickets from corporate sponsors with the exception of one year where I get to watch the race from the Paddock Club but tickets can also be bought at a discount.
It wasn’t as exciting as previous races. I do think they need to so something spectacular next year to pull in the crowd.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Saya tidak menjadikan perlumbaan F1ini sebagi kegilaan saya. Kalau perlumbaan GT Japan, ya.

F1, saya suka di permulaannya. :D

Zabs said...

Fauziah: Itu yang saya musykil tu. Kartun diorang pun nak putar belit fakta. Nak "justifies" belanja duit banyak anjur F1 dapat sambutan, pelancong datang berduyun dan sebagainya.
Kalau hanya dapat kerugian untuk anjur F1 ini, berhentilah buat, duit ada banyak kegunaan lain.

BP@JP: GT ini mungkin kita ada potensi untuk maju, all oput lah untuk ini. Tambahan kita dah cuba F1 tak kemana pun. Petronas saja2 nak kayakan orang luar ke?

Neeza Shahril said...

Neeza suka F1 - dulu la masa kat Malaysia. tapi tak pernah lagi tengok live. Tengok live kat tv ada la.. hehehe.. Dulu minat sangat Schumacher, M. Sekarang dia dah takde, tak best la... hehee.. ye la tuh.. alasan sebenarnya. Yang iye nya, sekarang ni sibuk blog hopping aje... heheheehhh..

Zabs said...

Neeza: Saya terkejut jugalah bila anak saya tu, beritahu dia nak pergi tengok F1 itu pada mulanya. Harga tiketnya mungkin beratus, satu pembaziranlah kan, tambahana dia masih belajar di UKM, dan takda pulak minta elaun tambahan. Hehehhe....
Rupanya ada tiket percuma untuk memenuhkan tempat2 duduk yang lenggang agaknya!!!!!

Neeza Shahril said...

Bagi neeza la kan.. neeza la, orang lain neeza tak tahu... mungkin minat berbeza.. daripada neeza spend beratus untuk tengok F1, baik neeza bawak family pergi makan seafood.. hehehee.. kenyang dah sedapppp.. kihkihkihhh..

Zabs said...

Neeza: Bukan anda saja, tetapi ramai lagi yang akan berfikir seribu kali untuk beli tiket menyaksikan perlumbaan yang memekakkan telinga itu.
Boleh ke pasar beli ikan dan sayur untuk seminggu tu. Lainlah yana dapat tiket percuma, tapi esoknya kena berjumpa doktor untuk dapatkan ubat sakit telinga pulak..Hehhehe....

pB said...

Masa tengok berita mlm tu ,
pB ada gak tanya aBear

'apa yang sonok sgt tengok F1 ni , bising ...'

Abe Jenal nak tahu dia jawab apa ...

'sama lah dengan blog tu , apa yg sonok sgt dgn blogging tu ...'

kah kah kah

berdesing telinga kejab ....

zino said...

semalam ada sorang kawan komen.. dia pernah pegi menonton F1 tu di sepang , duduk grand stand..dia kata.. menyesal pegi sana.. kereta lalu berdesup desup.. dengan bingit nya.. tak tau sape dulu sape kemudian.. hehe

dia prefer nonton di TV je.. zino memang tak pernah ke sana lagi dan tak berhajat nak pegi pun..

Zabs said...

pB: Setiap orang ada minatnya. Cuma apa yang penting, manfaat yangkita dapat dari kesukaan kita tu.
Seperti orang hisap rokok, belanja wang dan ada kemungkinan dapat sakit yang kronik. Orang beli buku agama dan baca, belanja duit dan beroleh ilmu yang baik untuk diamalkan.
Berblogging, berkongsi pengalaman dan ada juga ilmu yang mungkin berguna untuk kebaikan bersama. F1, saya belum nampak apa kebaikan darinya lagi.. Hehheehee...

Zino: Seratus peratus bersetuju dengan anda. Menonton di TV lebih selesa, dapat mengetahui kseluruhan prlumbaan, tidak bersesak2, hiruk pikuk, panas gila dan jem lagi semasa pergi/balik dan buekhabih duik bogheh yo...Hahaha...

NBK466 said...

Den pun dpt tiket FREE gak..he.he.he..

Neeza Shahril said...

Itu la yang neeza rasa. Pernah masa kecil, ayah bawak pergi tengok car racing kat KL - remote control cara rasanya sebab kete tu nampak kecil aje.. tu dah memekakkan telinga..

ini pulak kereta besar.. lagi lah bingit. silap silap keluar dari circuit tu, pekak terus.. lagi haruu... tapi yana dapat tiket free okay la.. cuma kena pergi jumpa doctor tu, tak best la.. semoga telinga yana cepat sembuh..

lepas ni tengok tv je la yana.. macam kak neeza ni.. kalau rasa kuat sangat, boleh slow kan volume.. tapi kalau kat situ, takkan nak cakap kat dia.. boleh bawak kete slow sikit tak? tak boleeehhhhh.... hehehee..

Mak Su said...

adakah patut saya buat kesimpulan bahawa ia tak gah?

Kak Lady said...

Salam Zabs...wow!! wow!! dapat tgk F!...bestnya...

Kak lady dulu minat F1...minat masa Michael Schumacher ade...sanggup berjaga tgk TV setiap kali ada race...tapi sekarang dah tak tgk lagi...sebab schumi dah takde...yang tinggal sekarang Kimi aje yang kak lady minat...hehehe

Zabs said...

NBK: Setelah sepuluh tahun F1 di sini, saya tak pernah tengok pun. Mungkin sebab belum dapat tiket free kot?

Neeza: Komen hal yang sama tapi mungkin untuk blog orang lain kot? Yana tu siapa?

Mak Su: Boleh lah dianggap begitu..

Kak Lady: Anak saya yang dapat tiket free. Saya belum ada yang nak bagi fee lagi. Huhuhu...

muadzlife said...

biasalah propaganda le tuu :)

Neeza Shahril said...

hahaha!!! memula neeza gelak. tapi bila neeza check balik, neeza tak salah.. *suka je* neeza baca comment Pak Zabs yang sebelum ni.. neeza ada baca pasal yana. Ingatkan kan anak Pak Zabs. Heran gak tetiba keluar pasal Yana. Rupanya yana = yang. kihkihkihhh... hehehee...

Zabs said...

Neeza: Maaflah, tak check pulak apa yang di tulis. Tu yang jadi confusion tu. Saya yang mulakan dulu tentang "yana" tu rupanya. Betul sangkaan Neeza, yana = yang, sebenarnya.

Neeza Shahril said...

Tahu tak, neeza dok gelak pasal ni sampai dalam toilet dok gosok gigi pun tergelak lagi... kelakar sangat rasa bila pak zabs tanya "yana tu siapa?" ni pun dok gelak lagi.. sorry la ye pak zabs.. neeza ni level sense of humor tinggi sangat. Orang rasa tak kelakar, pada neeza kelakar.. hehehe.. (ni dah keluar topic habis dah ni :))

Helena said...

helena tak minat sangat F1. Cuba nak minatkan diri, tapi tak kesampaian.... hehe