Monday, March 03, 2008

Kueh Keria Dari Seberang

Beberapa bulan yang lalu, anak saya telah membawa balik ke rumah satu dozen kueh seperti di gambar untuk di makan bersama. Beliau baru sahaja balik dari melawat-lawat ke satu pusat membeli belah yang baru dibuka di bandaraya ini.



Sambil itu beliau bercerita, bahawa dia terpaksa beratur sehingga satu jam, untuk dapat membeli kueh tersebut. Sungguh ramai peminat kueh ini sehingga orang beratur seperti untuk membeli tiket wayang "box office" pula.

Bagi saya kueh itu sama sahaja seperti kueh di sebelah tu, yang telah dipelbagaikan bentuk dan rasanya. Ia pula boleh dibeli dengan mudah dan tak perlu beratur panjang. Yang penting ia juga tidak baik untuk orang yang menghidap diabetes.

Walau bagaimana pun pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya telah berksempatan ke pusat membeli belah tersebut. Saya juga telah membuat tinjauan ke tempat kueh tersebut di jual. Dan betul seperti kata anak saya itu, memang ramai orang beratur untuk membelinya.

Saya bernasib baik pada pagi itu kerana cuma beratur 20 minit sahaja. Mungkin kerana baru jam 12 tengahhari dan masih belum ramai orang di pusat membeli belah tersebut.

29 comments:

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Wah sedap nampak kueh keria J.Cole dari Pavillion tu.

Lebih kurang sebulan yang lalu saya telah ke Pavillion bersama MrsTA dan Hafiz. Setelah ber-sms dgn blogger Puan Elviza, saya pun turut beratur lorong box-office J.Cole. memang lengoh sendi-sendi lutut apalagi dgn suasana aircond yg kuat membuat sendi lutut bagai di hiris sembilu.

Hampir 1/2 jam dapatlah beli setengah dozen kueh keria beraneka rupa dan rasa. Ada yg sedap ada yg tidak mengikut selera saya.
yang suka semasa beratur dapat lihat bagaimana mereka buat kueh keria tersebut.
Cuma saya terfikir, dgn line yg panjang dan org tak putus2, bila masa pekerja Muslim J.Cole berhenti utk solat asar dan maghrib? Mungkin burnt saja kot.

Zabs said...

Tokasid: Semoga mereka dapat menunaikan perintah Allah tersebut walau bagaimana sibuk pun(boleh bergiliran).
Tetapi, jika sudah tidak ada niat untuk bersolat, yang lepak2 di sekeliling pusat itu pun, tidak akan menunaikannnya. Wallahua'lam.

mohd azmir said...

dah bilang dah mmg panjang!!! :D

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Yes, its the in-thing now, the J.Co and Big Apple doughnuts. I had to once lined up for close to 45 minutes at J.Co before I could get to the counter.
The problem was people could not decided the toppings they wanted as there were many to choose from.
When it was my turn, I told the girl I wanted three dozens of various toppings.
And she got it together quite fast although she had to first overcome the shock at the quantity I want!

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Tuan.

Donut J Co itu ke?

Kalau donut itu memang ramai penggemarnya. Kena sanggup beratur berkilometer-kilometer kalau nak beli.

Zabs said...

Azmir: Okey, bukan tak percaya cakap anakanda. Tapi tak percaya orang begitu sukakan kepada makanan segera yang boleh memudaratkan je!
Teket balik sudah dapat ke?

Zabs said...

Fauziah: Ya begitulah kalau sudah tergoda.... Satu jam tunggu pun takpa.
Beli 3 dozen tu nak buat kenduri ke, atau nak lepas geram kerana kena tunggu lama sangat? Hehehe...

Zabs said...

BP@JP: Ya, itulah dia yang dicari -carinya. Cantik tiadaaa, manissss ada.....

Kak Teh said...

lama benar tak makan kueh keria asli.
tapi kalau krispy cream doughnut tu selalu jugalah. bahayalah - selalunya makan terlalu banyak!

Mak Su said...

Uncle - dahsat boto yo ponangan kuih keria tu yo.... dolu2 se teringat omak se kok buek kueh tu.. pergghhh, sodap.

Neeza Shahril said...

hmmm.. sanggup orang beratur lama cam tu ye. kalau dah dikatakan sedap.. tapi bagi neeza, kalau kena tunggu sampai 1/2 jam tu.. hmmm cabut je la.. heheheee

So'od said...

salam uncle..
uncle makan gak ke kueh keria tu?
bukan diet ke? heheh..

Zabs said...

Kak Teh: Makan sikit untuk hilang "kempunan" takpa kot. Jangan makan berlebihan. Ini termasuk semualah. Walau apapun dibuat, jika secara berlebihan, ada mudaratnya.

Zabs said...

Mak Su: Sodap macamano pun setakat dalam mulut yo. Dah masok dalam poghut, apo jadi ee? Kono keluarkan jugak, buek bajo yo buleh ee...

Zabs said...

Neeza: Lain orang lain kesabarannya. Ada yang boleh beratur 1/2 jam untuk tunggu makanan, tapi nak tunggu satu dua minit untuk lampu isyarat bertukar hijau, tak sabar pula...
Tak tahu apa keutamaan mereka. Selepas makan kenyang2 kena langgar lori kat simpang jalan... Wallahua'lam.

Zabs said...

So'od: Bila ada anak kecil (11 tahun) bila dah pencen ni, sesekali kena ikut selera dia juga.
Diet uncle sederhana je, takdelah "strict" sangat.
Terima kasih kerana mengingatkan.

Neeza Shahril said...

heheheee.. sabar je lah orang cam tu kan. kat sini pun gitu. lampu belum tukar hijau, dia dah honk bagai nak rak kat belakang. tu tak campur yang cilok dari belakang, lepas tu letak kereta 10 meter depan lampu isyarat. tak sabar langsung... lepas tu, bila kereta dari belah sana datang, dessyuumm!! accident la.. apa lagi... sekarang polis sini tunggu dalam kereta kat depan lampu isyarat tu sendiri.. baru takde yang lebih dari lampu sebab takut kena saman, sini, kalau kesalahan lalu lintas, wajib duduk lokap 1 malam... heheheeee.. (sorry pak zabs, neeza lencong dari topic kuih keria)

Zabs said...

Neeza: Saya cukup "hangin" dengan pemandu2 begini. Tetapi cuma boleh perhati sajelah nak tangkap takda kuasa. Saya ada juga tulis tentang perkara itu di sini
http://zainulabs.blogspot.com/2007/12/halangan.html dan di sini, http://zainulabs.blogspot.com/2008/01/
prihatinkah-kita.html

zaitgha said...

kalau saya, sebelang donut nih and sebelah kuih keria, saya gi kat keria la.....i local kuih tapi tak pandai buat....mat salleh nyer pandai buat tapi tak suka makan he he....

bila la dapat melawat gedung beli belah canggih ni ek?

Selamat mengundi Pak Zab....

Neeza Shahril said...

neeza dah baca kedua dua entry tu. nak comment kat situ, dah tak valid kot. neeza comment sini lah ye.

Ada yang geram, ada yang sedih, ada yang kelakar... cerita yang geram dan kelakar.. perempuan yang bawak anak 2 orang tanpa suami tu. Neeza pun pernah nampak macam tu. Perempuan tu mengandung, dokong anak dan sorang anak lagi dipimpin. Geram aje rasa kat suami dia tu. Pandai buat anak aje tapi keselamatan anak isteri tak kisah pun.

Yang kelakar mengenai entry Pak zabs tu, lamanya suami dia kerja outstation ye... outstation ke tido kat rumah hehehee....

zino said...

sedap macam mana tu ya.. nak juga rasa.. hehe

Zabs said...

Zai: Di rumah saya pun, tak ramai peminat kueh tradsisi ni. Yang lain lebih suka keuh moden je.
Kalau ikutkan, bagi sayalah takda "specialnya" gedung baru tu, cuma mungkin sebab ada satu "outlet" yang di punyai oleh the "SIL" (tak tau pulak yang mana satu).
Selamat mengundi kepada anda juga. Piliha yang terang2 tapi tidak temberang...

Zabs said...

Neeza: Kita kena selalu berbaik sangka.. Tak gitu?

Zabs said...

Zino: Tak rasa pun tak rugi agaknya.
Seperti saya komen pada Mak Su
"Sodap macamano pun setakat dalam mulut yo. Dah masok dalam poghut, apo jadi ee? Kono keluarkan jugak, buek bajo yo buleh ee..."

pB said...

Salam Abe Jenal ..


huish.. ramainyer yg beratur.

rasanya baik depa tu buat mcm sistem kat bank.
ambik number.
barulah para pembeli , tak perlu berdiri...

Zabs said...

pB: Satu cadangan yang baik. Tapi depa kena keluar modal lagi. Orang meniaga untuk nak lebih modal nak kurang.
Yang berdiri ramai2 tu boleh tolong promo bzness diorang.
Bila orang tengok ramai orng beratur, mereka tentu akan fikir, makanannya tentu sedap dan akan ikut beratur sama... agaknye lah.....

zaitgha said...

Pak Zabs,
minta maaf Bahasa saya tunggang langgang, nak kata sebelah jadi sembelang, nak kata suka local kuih hilang terus word tuh ha ha ha...tapi malu nak kata i sound funny talking in Malay he he...i cakap ok jer tapi bab tulis nih yg mujur tak selekoh maut masa SRP dan SPM dulu ha ha ha

saya mengundi kawasan Wangsa Maju, looking forward for this Saturday....

Zabs said...

Zai: Takpa. Saya pun bukan pakar bahasa, tapi faham apa yang anda maksudkan.
Tapi kekadang, ada orang tu, faham apa yang orang cakap tapi buat tak faham dan buat2 tido jee....
Tekadkan pilihan anda, tak perlu timbang2 lagi...

Neeza Shahril said...

sangka baik? hehehe.. betul betul.. hehehe