Friday, June 29, 2007

Kolestrol Jahat

Semalam saya mendapat keputusan hasil ujian darah lengkap (lebih 40 jenis), yang telah saya buat beberapa hari yang lalu. Pada amnya semua nampak ok, kecuali kandongan kolestrol yang agak tinggi dalam darah. Total kolestrol 6.6 mmol/l (HDL (kolestrol baik) - 1.2 mmol/l (ok), LDL (kolestrol jahat) - 4.8 mmol/l. (tinggi). Kata doktor, ia berada pada tahap tinggi dan perlu mula makan ubat dan kurangkan makan macam2 lah terutamanya yang berlemak .

Memang sudah dijangkakan kerana pada tahun lepas, dengan doktor yang lain, juga telah diberitahu supaya kurangkan semua makanan yang berkaitan dengan penambahna kolestrol ini, dan juga mula makan ubat. Tapi saya hanya makan ubat selama sebulan sahaja dan berhenti dan tidak menemui doktor itu lagi. Saya rasa doktor itu yang lebih perlu diet dari saya (tapi dia tentu tahu apa yang baik untuk diakan, sebab dia doktor).

Doktor yang ini saya rasa dia tak perlu diet lagi, dan mungkin saya boleh dengar nasihat dia. Katanya, risiko utama, kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah ini, ia boleh menyebabkan serangan penyakit jantung. Itu saya dah tahu dah, mem kat rumah pun dah banyak kali cakap. So, kenalah mula makan ubat semula dan berazam untuk tidak berpantang... ya pantang jumpa, makanlah maksud saya.

Semua makanan-makanan ini terpaksalah dikeluar dari diet nampaknya.....




Dan kena selalu buat latihan. Mungkin boleh bermula dengan turun naik tangga pejabat setiap jam.....takdo kojo apo?

Wednesday, June 27, 2007

Mersing


Mersing seperti di peta di bawah, terletak di kuala Sungai Mersing, di pantai timur negeri Johor. “Gateway to 40 beautiful islands”.

Begitulah bangganya Mersing cuba di war-warkan kepentingannya. Bandar mersing ini asalnya adalah sebuah Bandar nelayan yang sunyi, dan sehingga kini masih terdapat banyak lagi bot-bot nelayan di dalam sungai tertsebut.


Ini adalah pertama kali saya sampai ke bandar ini. Ada beberapa buah hotel di sini seperti Seri Malaysia dan . Tetapi kami telah tinggal disebuah hotel baru, Hotel Havanita, yang mempunyai lebih kurang 40 bilik. Selesa dan luas hampir dengan tempat yang kami nak lawati.

Tujuan kami ke Mersing adalah untuk melihat kawasan di kuala sungai tersebut yang mungkin akan dibangunkan oleh pemaju dan kami perlu membuat pengukuran dan cadangan untuk menebusguna tanah di muara sungai tersebut.


Kami tiba hampir jam 6 petang, setelah check-in, dan di dalam hujan yang renyai-renyai kami telah pergi melihat tempat yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati dan mendapat sedikit maklumat dari mamat-mamat melepak dihujung tanjung tersebut, kami balik semula ke hotel dan membuat keputusan untuk melakukan tinjauan lagi keesokkan harinya.
Matahari mula menghilangkan diri.


Matahari dah mula menampakkan dirinya

Keesokannya kami melawat-lawat lagi kawasan muara sungai tersebut dan berpuas hati dengan apa yang kami lihat dan akan membuat cadangan yang diperlukan.

Kami juga telah dibawa melihat kuari di mana batu-batan dan kemungkinan pasir untuk tujuan tebusguna itu akan diambil. Namun demikian sumber utama untuk kerja tebusguna ini adalah pasir dari laut yang berhampiran.
Kolam ini asalnya ialah sebuah bukit setinggi bangunan 7 tingkat.


Jika projek ini berjalan maka Mersing sebagai sebuah bandar penghubung kepada pulau-pulau pesisir pantai yang banyak itu akan mengalami sedikit gangguan dan berkemungkinan aktiviti pelancongan akan menjadi berkurangan.
Mersing pula akan menjadi seperti bandar-bandar yang mempunyai kawasan ditebusguna seperti.....
Melaka....


Pulau Pinang... dan


Tentunya Singapura, yang telah menebusguna laut sesuka hati mereka....

Gambar gambar dari Google ini telah diambil beberapa tahun lalu dan mungkin kawasan ditebusguna adalah lebih luas lagi (kawasan berwarna putih di dalam laut).

Pelukah kita berbuat begitu?

Seri Mersing Lagulah Melayu.....

Tagged For Charity

This is my first time being tagged, and in English lah pulak. Oleh kerana untuk tujuan kebajikan maka saya menyudikan diri dan berharap tuan2 dan puan yang akan saya tag, seperti di bawah, meneruskannya pula. Sila lawat disini untuk "the rules of this tag". Oleh kerana ia adalah untuk tujuan kebajikan, pelayar2 blog lain, yang tidak tertag, boleh juga turut serta.
If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many bloggers as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged. And to include this message, "By doing this meme you are contributing rm127 to the Darul Izzah Orphanage".

1. A person is only as good as how he wants it to be.
2. Friendship is always a two way things, a give and take.
3. To love is to have a complete trust of your partner.
4. Money makes me wish that everybody shall have an equal opportunity to have them.
5. I miss the time when my children were growing up.
6. My way of saying I care is by doing everything possible for the happiness of avery one I love.
7. I try to spread love and happiness by practicing it myself.
8. Pick the flowers when you’re sure that it will not bring you any harm.
9. To love someone is to accept him/her in total.
10. Beauty is seen as an advantage to some and disadvantage to few others.
12. When I was twenty one, I remember it as a turning point to new destination.
13. I am most happy when I am on my own doing what I like best.
14. Nothing makes me happier than to see my family lives in harmony.
15. If I can change one thing, I will change the time I spent with my children whilst growing up.
16. If smiles were abundant then I wish that every body should be sharing them.
17. Wouldn't it be nice if we could love others, as much as we love ourselves.
19. Money is not everything but it is something that can help you to get some of the everything.
20. The most touching moment I have experienced is when my daughter hugs me after I performed the “Akad Nikah” for her.
22. When I am happy, I would like to share it with the people I love.
24. The best thing I did yesterday was to make someone happy by forgiving him for being late for an appointment with me, and allowing to come and see me again today.
25. If I ever write a book, I will give it this title, "The Biography Of A Retired Droggy – From A Kampong Boy To A Gentlemen".
26. One thing I must do before I die is to have a legacy of my own.

I hereby tag tokasid, blackpurple and mak su.

Monday, June 25, 2007

Arah Kiblat (Ka'abah)

(Gambar dari Wikipedia)

Pada kebiasaannya, apabila tiba waktu sembahyang, kita tidak perlu risau pun tentang arah kiblat. Kita selalunya telah tahu di mana arah tersebut, tak kira di mana kita berada walaupun di hotel-hotel, kerana telah ada petunjuk arahnya (Ini di Malaysia). Malahan di rumah-rumah pun, kita dengan sendirinya telah membuat pengiraan arahnya, melainkan rumah tersebut tiada penghuni atau penghuninya belum tahu sembahyang lagi.

Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing. Semakan ini perlu dibuat kerana mungkin terdapat kesilapan yang tidak disengajakan semasa awal penentuannya .

Terdapat satu cara untuk menentukan ketepatan arah kiblat tersebut. Ia dilakukan ketika istiwa utama matahari atau Istiwa A'zam di Ka'bah. Ia merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah). Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, iaitu pada bulan Mei dan Jul. Istiwa Mei telah pun berlaku dan istiwa julai akan berlaku pada 16 Julai ini jam 5.28 petang. Pada tarikh dan masa tersebut, nilai sudut istiwa matahari, akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak. Dengan kata lain, matahari akan berada tepat di atas Kaa’bah. Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek yang berdiri tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
CARA-CARA MEMBUAT SEMAKAN

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak tali yang diikat pemberat di hujung tiang berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.
5. Oleh kerana fenomena ini berlaku pada sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah hujung bayang yang menghadap ke arah barat.
Selamat membuat semakan yang membuat penbetulan jika perlu.


Sila semak disini dan disini untuk makluman lanjut. Rajah-rajah diambil dari laman2 web tersebut.

Thursday, June 21, 2007

Parking

Anda telah datang awal ke pejabat pada hari itu, dan meletakkan kereta di tempat letak kereta di hadapan pejabat anda. Anda naik ke pejabat dan membuat persiapan untuk satu mesyuarat di sebuah pejabat yang terletak di pinggir Kuala Lumpur dan tidak mahu lewat ke sana.

Setelah semua persiapan selesai anda turun ke tempat letak kereta dan mendapati kereta anda tidak boleh keluar dari situ kerana ada kereta yang menghalang (double parking). Anda tidak ada pilihan, terpaksa membunyikan hon kereta anda untuk menarik perhatian pemandunya. Setelah telinga anda berdesing selama 15 minit, dengan bunyi hon tersebut, barulah turun seorang Hamba Allah dengan muka selambanya, tanpa minta maaf, mengalihkan keratanya dan anda berlalu dari situ.

Anda terlambat sampai ke tempat mesyuarat kerana ada kesesakan lalu-lintas pula di MMR2, dan berkali-kali meminta maaf. Mulai dari itu anda merasa fobia untuk parking di hadapan pejabat anda, walaupun pada ketikanya, apabila anda sampai awal ke pejabat, masih ada tempat kosong di situ.

Kenapa perlu “double parking” begini….



Jika tempat letak kereta yang luas ini, cuma 50m sahaja di belakang pejabat kita.


Kenapa hanya mementingkan diri sendiri sahaja?

Tuesday, June 19, 2007

Kesihatan

Sembilan puluh satu kilogram, adalah berat badan yang tertinggi yang pernah saya alami. Baru semalam saya menimbang berat saya, dan baru saya sedar yang berat badan saya semakin meningkat, dan pada kadar yang tidak saya jangkakan. Ini adalah sesuatu yang perlu untuk diambil perhatian, terutamanya pada umur yang semakin meningkat. Walaupun ada kawan yang berkata itu adalah “sign of prosperity”. Saya rasa ia ada satu anggapan yang sungguh tidak tepat dan mengelirukan.

Dahulu pada umur 30an, saya mahukan sedikit penambahan pada berat badan saya, yang hanya 72 kg. pada masa itu. Namun tidak ada perubahan sehinggalah saya berumur 40an. Pada masa itu saya masih di dalam perkhidmatan TLDM, dan masih aktif dan adalah juga bersenam dan jogging sesekali. Setiap dua tahun diperlukan pula membuat pemeriksaan kesihatan yang lengkap temasuk, ujian darah, X-ray dan ECG. Juga perlu pula lulus ujian kecergasan setiap tahun.

Setelah bersara awal dari perkhidmatan pada umur 47 tahun, pada tahun1999, dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan, saya mula tidak menghiraukan rutin tersebut. Amalan makan yang kurang baik juga menyumbang kepada bertambahnya berat badan saya. Isteri pula dah mula memperli, mengatakan badan saya dah semakin kembang. Tambahan pula sais seluar pun dah bertamabh menjadi 36 inci. BMI pula dah jadi 28 dari 24. Kalau masih di dalam perkhidmatan mungkin susah nak naik pangkat lagi.

Hakikatnya walau masih terasa sihat, tidak ada tekanan darah tinggi, kencing manis atau seumpamanya, tetapi kandungan kolestrol dalam darah agak tinggi dah perlu berhati-hati memilih makanan.

Menyedari hakikat ini, saya telah mula bersenam serba sedikit dan akan cuba memilih makanan yang hendak dimakan. (nafsu makan bertambak baik pula sekarang). Tetapi agak sukar untuk menolak dari memakan sedikit kek Hari Bapa yang dibelikan oleh isteri dan anak-anak semalam. Tak mengapa ke Doc. TA, makan kek ini? Sikit je…

Thursday, June 14, 2007

Tuan Rumah

Disini saya bukanlah nak buat review buku, tetapi apabila membaca buku tersebut, saya teringatkan kepada semua tuan-tuan rumah yang telah saya kayakan semasa saya menyewa rumah-rumah mereka. Mungkin tak ada yang telah menjadi jutawan seperti En. Azizi Ali ini, tetapi jika dikumpulkan wang sewaan purata RM500 sebulan di bank yang memberi pulangan (riba) 10 % setahun, selama 14 tahun menyewa (termasuk dua tahun diluar negara), ia akan berjumlah RM84,614.30. Banyak juga kan...

Kata orang tua-tua tujuh kali pindah papa. Tetapi saya telah berpindah lebih itu, dan menyewa lebih dari 12 rumah (termasuk 3 semasa di Wales) (InsyaAllah tidak terjadi begitu). Saya membeli rumah di Kuala Lumpur pada 1990 dan tinggal di sana sehingga sekarang. (Saya juga pernah membeli sebuah rumah di Air Tawar, semasa berkhidmat di Lumut, tetapi tidak tinggal di rumah tersebut sehingga saya menjualnya semula). Rumah yang kami sewa termasuklah di atas rumah kedai, rumah teres setingkat dan dua tingkat, rumah banglo setingkat, rumah murah, dan rumah berkembar. Paling singkat kami menyewa ialah tiga bulan dan paling lama 5 tahun.

Di sini saya hanya ingin ceritakan serba sedikit beberapa tabiat tuan rumah yang saya temui, yang mana mungkin boleh menjadikan tuan rumah itu jutawan atau sebaliknya (anda boleh buat andaian sendiri):

- Tuan Rumah (TR) mintak tambahan 50 sen kerana bayaran dibuat dengan cek, kerana nak “cover bank charges”, walaupun sewa rumah RM750 sebulan.
- TR beritahu kalau ada apa-apa kerosakan, baiki sendiri dan jangan tolak duit sewa rumah.
- TR beritahu, supaya baiki kerosakan yang anda fikirkan perlu dan tolak dari sewa rumah sambil menambah kalau tak cukup beritau saya.
- TR tak pernah datang tengok rumah dan jumpa anda. Anda hanya bayar sewa dengan masukkan duit dalam akaunnya.
- TR datang lawat/siasat/tengok rumah setiap hujung bulan dan beri arahan cara nak jaga rumah dari masa ke masa.
- TR tak nak tahu masalah anda, terutamana, bila anda beritahu gaji lambat dapat bulan tu.
- TR naikkan sewa sebab anda dapat kenaikkan gaji.
- Anda perlu dapatkan kebenaran untuk ambil buah2an yang ada dalam kawasan rumah sewa anda kerana TR yang tanam katanya.
- TR minta pindah segera walaupun ada perjanjian beri notis dua bulan, sebab bayar deposit dua bulan, kerana anak masuk rumah kerana baru kahwin.
- TR larang anak-anak buat bising kerana, mereka tinggal disebelah rumah.

Mungkin ini tidaklah teruk sangat. Tetapi begitulah asam garam hidup ini dan ini belum lagi ragam jiran tetangga yang berbagai pula. Tetapi itu mungkin pada penulisan yang lain pula.

Monday, June 11, 2007

ROKOK

Saya bukanlah pakar dalam hal ini dan tak layak untuk memberi nasihat, tetapi;

Ada pengalaman merokok dari umur 19 tahun.
Merokok sehingga 3 bungkus (20 batang) sehari.
Merokok berterusan selama 18 tahun sebelum mula usaha untuk berhenti.
Tiga kali gagal berhenti terus, walaupun pada satu masa sudah 2 tahun tidak merokok.
Akhirnya kini telah tidak merokok selama hampir 12 tahun. Saya boleh, anda pun tentu boleh.

Banyak faktor yang membuat saya berhenti merokok seperti;

Isteri yang sayangkan saya dan ingin saya sihat selalu. Banyak nasihat dan sindirannya.
Keyakinan yang rokok menjadikan saya kurang “bertenaga”, ada kebenarannya.
Sayang pada anak-anak yang masih kecil pada masa itu, dan tak mahu mereka berkongsi asapnya dengan saya. (Saya dah cuba, apa boleh buat, ada juga pengikut saya).
Harga rokok 5 pound (RM25) sebungkus (20 batang), (cubaan terakhir semasa berada di U.K, pada 1995 dan masih bertahan hingga hari ini),
Berkawan dengan mereka yang tidak merokok, dan bencikan rokok.

Cara berhenti merokok berlainan bagi setiap orang, dan ini mungkin sesuai untuk anda;

Buang semua barang dan aktiviti yang berkaitan dengan merokok;
Rokok yang masih ada buangkan terus, jangan tunggu habis baru berhenti.
Jauhkan diri dari perokok, terutama kawan perokok anda yang dahulu, kerana mereka akan lebih bermurah hati untuk menghulurkan rokok kepada anda.
Selepas makan cepat tinggalkan meja makan.
Minum air suam banyak-banyak.
Kurangkan minum air yang manis-manis kerana ia akan menimbulksan rasa ingin merokok.
Elakkan diri dari perasaan stress.
Elakkan diri dari berlepak-lepak di kedai mamak.
Fikirkan berapa banyak duit boleh di jimat jika tidak membeli rokok;
- kawin,
- beli rumah,
- pergi bercuti ,
- belajar lagi,
- bagi mak bapak,
- pergi umrah/haji
- beli kereta dan lain-lain lagi

(RM5 x 365hari x 20tahun = RM36500 = Satu Viva)

Yang penting kita kena ingat sendirilah. Memang betul tak hisap rokok pun mati. Tetapi, sekurang-kurangnya kita mati nanti, mulut takda bau rokok. Wallahua’lam.

Maaf nak tolong kempen sikit.

Friday, June 08, 2007

Bukit Fraser

Kali pertama saya ke Bukit Fraser ialah pada Dis 1988. Setelah lebih 18 tahun saya teruja untuk kesana semula membawa anak bungsu yang baru berumur 10 tahun, semasa cuti sekolah. Setelah berusaha untuk membuat tempahan tempat penginapan melalui internet, dan gagal, akhirnya saya mendapatkan nombor telifon salah satu resort di sana dan menalifon sendiri. Walaupun lagi tiga hari tarikh hendak kesana, Alhamdulillah kami berjaya mendapat tempat penginapan.

Perjalanan sejauh 100km ke sana tidak menghadapi sebarang masalah, kecuali masa yang di ambil agak panjang. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi dan tiba ke resort tersebut pada jam 1.30 tengah hari. Ini adalah kerana keadaan jalan dari Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser adalah kurang darui memuaskan. Kebanyakan jalannya telah terlalu lama tidak diselenggara dan berliku-liuku, juga terdapat banyak kawasan yang mengalami tanah runtuh, tetapi tidaklah sampai menghalang perjalanan.

Walaubagaimanapun hari wasioh awal, kami tidak pergi ke mana-mana setelah check-in di resor, kerana keadaan cuaca yang kurang baik pada petang itu.

Esoknya setelah bersarapan kami memulakan explorasi dengan melawat tempat-tempat yang menarik seperti, Horse Riding, Archery Jeriau Waterfall dan Allen's Water. Kami juga melawat Strawberry Farm dan Istana Pelangi yang tidak di buka lagi.





Anak kecil kami yang pada mulanya tidak mahu menunggang kuda, tetapi setelah habis satu pusingan mahu ditambah lagi.
Di Allen's Water, terpaksalah pula melayan si kecil yang mahu berboating. Kena tunjuk kepakaranlah pulak.
Pada keseluruhannya Bukit Fraser ini masih lagi ramai pengunjung tetapi tempat ini telah menampakkan keuzurannya. Beberapa gambar di bawah adalah petanda kepada kurangnya penyelenggaran terhadap infrastruktur di sini.
Papan tanda pun sudah tidak terjaga, bagaimana persekitarannya lagi.

Lorong pejalan kaki menuju ke Jeriau Waterfall, rosak, kerana telah dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Seperti kata isteri saya, sungai di Bukit Belacan Ampang pun lebih bersih dari di sini.

Ini adalah pemandangan menuju ke (bekas) Fraser's Golf & Country Club, terletak berhampiran jalan masuk ke Jeriau Waterfall (6km dari Pusat Bandar). Golf Course yang baru ada terdapat berhampiran dengan Pusat Bandar.
Mungkin ini adalah kali terakhir kami akan ke sini lagi, terdapat banyak tempat peranginan lain yang lebih memberi untuk dikunjungan dan mampu pula memberi kepuasan yang lebih. Genting Highlands, agaknya telah mencuri tumpuan pengunjung untuk ke sana.

Thursday, June 07, 2007

SMART ke?


Peta dari “www.smarttunnel.com.my”

“Hujan lebat yang agak luar biasa (453mm) jika dibandingkan pada kadar normal (100mm) yang turun pada lewat petang Ahad 3 Jun telah mengakibatkan kejadian banjir kilat di ibu kota termasuk di Jalan Tun Razak. Underpass Jalan Tun Razak yang berada kira-kira 100 meter dari terowong SMART telah ditenggelami air. Pada jam 6.45 petang, keadaan trafik di Jalan Tun Razak mula sesak, mengakibatkan kenderaan bergerak perlahan di dalam terowong SMART.”
Ini adalah jawapan yang diberikan oleh pihak pengurusan SMART, apabila ada pemandu yang memberi komen bahawa terowong SMART tidak dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Razak.

Pihak tersebut juga “memaklumkan bahawa buat masa ini cuma Lebuh Raya SMART sahaja yang telah mula beroperasi. Terowong banjir akan diserahkan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada bulan Julai 2007. Pengurusan dan operasi terowong banjir ini akan berada di bawah bidang kuasa JPS.”Kita berharap semoga apabila telah beroperasi sepenuhnya nanti, Terowong Smart ini akan mampu mengotakan apa yang telah banyak diperkatakan tentang kemampuannya itu. Jangan wal hasil balik asal sudah.......