Monday, June 25, 2007

Arah Kiblat (Ka'abah)

(Gambar dari Wikipedia)

Pada kebiasaannya, apabila tiba waktu sembahyang, kita tidak perlu risau pun tentang arah kiblat. Kita selalunya telah tahu di mana arah tersebut, tak kira di mana kita berada walaupun di hotel-hotel, kerana telah ada petunjuk arahnya (Ini di Malaysia). Malahan di rumah-rumah pun, kita dengan sendirinya telah membuat pengiraan arahnya, melainkan rumah tersebut tiada penghuni atau penghuninya belum tahu sembahyang lagi.

Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing. Semakan ini perlu dibuat kerana mungkin terdapat kesilapan yang tidak disengajakan semasa awal penentuannya .

Terdapat satu cara untuk menentukan ketepatan arah kiblat tersebut. Ia dilakukan ketika istiwa utama matahari atau Istiwa A'zam di Ka'bah. Ia merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah). Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, iaitu pada bulan Mei dan Jul. Istiwa Mei telah pun berlaku dan istiwa julai akan berlaku pada 16 Julai ini jam 5.28 petang. Pada tarikh dan masa tersebut, nilai sudut istiwa matahari, akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak. Dengan kata lain, matahari akan berada tepat di atas Kaa’bah. Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek yang berdiri tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
CARA-CARA MEMBUAT SEMAKAN

1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak tali yang diikat pemberat di hujung tiang berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.
5. Oleh kerana fenomena ini berlaku pada sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah hujung bayang yang menghadap ke arah barat.
Selamat membuat semakan yang membuat penbetulan jika perlu.


Sila semak disini dan disini untuk makluman lanjut. Rajah-rajah diambil dari laman2 web tersebut.

14 comments:

Mak Su said...

Assalamualaikum, salam kenal... bagus maklumat yang dikongsi ni.

NBK466 said...

Thanks for the info Zabs... Kacak jugak kartun yg bermasai tuh..he..he..he..

so'od said...

thanks.. akan disemak nanti.. harap2 ada reminder on that day dari uncle.. sebab selalu lupa.. heheh..

ZABS said...

mak su: Terima kasih kerana datang berkunjung. Harap maklumat dapat membantu.

nbk466: Sama-sama. Kalau katun dah kacak (katun orang Terengganu tu) orang sebenarnya tentu lagi kacak kot?

Doc. Am: InsyaAlllah, kita ingat mengingati. Harap cuaca baik pada petang tu, kerana pada Mei lepas tak dapat buat semakan, kerana hujan dan berawan.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Jazakallah atas info ini.Julai 16 will be on Monday. Kalau musim hujan dah henti InsyaALLAH senang nak semak arah kiblat nanti. Kalau boleh on the 14th atau 15th pak zabz remind semula. Macam so'od kata...sebab selalu lupa.

Thanx bro.

Pa'chik said...

terima kasih zab..

selalu je lupa nak ngecheck...

enchik O'od, boh dalam reminder telipon la...

Azlan Zed said...

hurm, teringat masa 1st time nampak kaabah di depan mata. terasa diri kecil dan lemah. kita hamba yang hina. oh.

blackpurple @ jowopinter said...

Konservatif tapi menarik..

Memang tak pernah nak cuba cara itu. Harapkan kompas saja...Kalau kompas salah, salahlah jadinya.. :D

ZABS said...

Doc. TA: InsyaAllah akan buat N3 untuk ingatkan.

pa'cik: Saya tolong menyampaikan.

alanzed: Semoga kita sentiasa menginsafi diri.

ZABS said...

bp: Itu cara terbaik. Kompas tu magnetik, kalau dalam rumah ada banyak barangan besi akan efek arah Utara/Selatan kompas tersebut dan sekaligus arah Ka'abah. Kompas magnetik juga perlu dibuat pembetulan "Variation" dan "Deviation" mengikut kedudukan sesuatu tempat itu. Sila rujuk di http://www.auxetrain.org/magnetic.htm

Unknown said...

Zabs, you,ve been tagged. It's for charity. Please visit my blog.

Mat Salo said...

Salaam Pak Zabs..

Just the other day my rig (a floater) arrived at another spot in the vast Mahakam Delta to commence rig-up so I could drill a new well...

As usual, my cramped room only allows "one position" to perform the sholat. So kiblat is whereever I can "fit" the sejadah.

God have Mercy on me...

Thanks for the info, Pak.

drzab said...

salam to pak zabs,
hampir terlepas...waktu itu. mujur masuk website ini tepat pada masanya.

Anonymous said...

...oh ye kew camtue...
...hemmm...bagoz gak...time kaseh byk2...