Monday, June 11, 2007

ROKOK

Saya bukanlah pakar dalam hal ini dan tak layak untuk memberi nasihat, tetapi;

Ada pengalaman merokok dari umur 19 tahun.
Merokok sehingga 3 bungkus (20 batang) sehari.
Merokok berterusan selama 18 tahun sebelum mula usaha untuk berhenti.
Tiga kali gagal berhenti terus, walaupun pada satu masa sudah 2 tahun tidak merokok.
Akhirnya kini telah tidak merokok selama hampir 12 tahun. Saya boleh, anda pun tentu boleh.

Banyak faktor yang membuat saya berhenti merokok seperti;

Isteri yang sayangkan saya dan ingin saya sihat selalu. Banyak nasihat dan sindirannya.
Keyakinan yang rokok menjadikan saya kurang “bertenaga”, ada kebenarannya.
Sayang pada anak-anak yang masih kecil pada masa itu, dan tak mahu mereka berkongsi asapnya dengan saya. (Saya dah cuba, apa boleh buat, ada juga pengikut saya).
Harga rokok 5 pound (RM25) sebungkus (20 batang), (cubaan terakhir semasa berada di U.K, pada 1995 dan masih bertahan hingga hari ini),
Berkawan dengan mereka yang tidak merokok, dan bencikan rokok.

Cara berhenti merokok berlainan bagi setiap orang, dan ini mungkin sesuai untuk anda;

Buang semua barang dan aktiviti yang berkaitan dengan merokok;
Rokok yang masih ada buangkan terus, jangan tunggu habis baru berhenti.
Jauhkan diri dari perokok, terutama kawan perokok anda yang dahulu, kerana mereka akan lebih bermurah hati untuk menghulurkan rokok kepada anda.
Selepas makan cepat tinggalkan meja makan.
Minum air suam banyak-banyak.
Kurangkan minum air yang manis-manis kerana ia akan menimbulksan rasa ingin merokok.
Elakkan diri dari perasaan stress.
Elakkan diri dari berlepak-lepak di kedai mamak.
Fikirkan berapa banyak duit boleh di jimat jika tidak membeli rokok;
- kawin,
- beli rumah,
- pergi bercuti ,
- belajar lagi,
- bagi mak bapak,
- pergi umrah/haji
- beli kereta dan lain-lain lagi

(RM5 x 365hari x 20tahun = RM36500 = Satu Viva)

Yang penting kita kena ingat sendirilah. Memang betul tak hisap rokok pun mati. Tetapi, sekurang-kurangnya kita mati nanti, mulut takda bau rokok. Wallahua’lam.

Maaf nak tolong kempen sikit.

10 comments:

Mat Salo said...

Sdr. Zabs,

Terima Kasih kerana sudi menjengok di blog saya. Hal rokok ni saya pon rasa nak quit. Tapi keje obersea ni susah sebab beli duty free jadinya kantong celana tak berapa parah... false economy lah ni sebab tak factor-in perihal kesihatan. Missus dan anak2 pon lama dah mengomel. Thanks for the inspiration. Eh, amat gemar menbaca citer2 keindahan alam Malaysia. More please! Wasallam.

zabs said...

MS: TK juga kerana membalas kunjungan. Dulu masa hisap 2/3 bungkus sehari tu masa masih dalam TLDM. Sebungkus 50 sen je. Bagus juga dah berhenti sekarang. Kalau tidak 10 hinggit sehari untuk rokok je. Dah pencen tak mampulah. Akan cuba tulis ttg keindahan Malaysia ni, sebelum banyak yang tenggelam oleh banjir kilat.

alan zed said...

masih teringat lagi ayahanda cuba menyorok rokok di bawah seat pemandu... hehe... ;)

Apandi said...

Ni memang nak berenti pun tapi si MS tu bila jumpa asyik offer....

Bab yang payah sikit tu, nak elakkan diri dari stress. Yang lain tu boleh kawal. Pernah berenti setahun lepaih tu dok sambung balik sampai la ni.

MS, jom tengok, sapa boleh berenti dulu...

Manusia Pekasam- said...

Salam Pekasam,

TQVM no jengok blog Pekasam saya.

Rokok oh rokok!

Ketagihan saya nak isap rokok datang balik. Bila jumpa kawan, mintak dengan kawan tapi tak beli. Hahaha.

Ingat nak buat paip macam Gandalf dlm LOTR tu, batang paip panjang style Hobbit pun ya jugak.

Tah la, lama dah tak isap. Ada la dalam 8,9 tahun. La ni tatau pasai apa nak isap balik. Pengaruh kawan sekeliling kot.

Manusia Pekasam

ruby ahmad said...

Hi Zabs,

My late dad smoked. He always said he kept happy and smoking was his one and only vice and no one was going to stop him. No one did. He was fit throughout. When he left us, he was ill for three days (ya lah dah sampai masa Tuhan mengambil nya (miss him)).

Thanks so much for your visit to my blog the other day.

zabs said...

alan: Itu kali kedua berhenti dan ketagih semula, jadi hisap di opis dan dalam keratalah.

apandi: mulakan dengan hisap rokok tanpa dinyalakan.

pekasam man: kalau dah 8/9 tahun berhenti, bagai kata anak saya, "no hal lah" nak teruskan. Kalau nak ketagih juga semula, bak kata isteri saya, "sendiri mau ingatlah".

ruby ahmad: arwah bapa saya pun merokok/hisapp ipe juga sepanjang ingatan saya lah. Sihat walafiat sehingga akhir hayatnya. Cuma sesekali sakit pinggang. Pada umor 60 masih boleh menoreh getah lagi. Meninggal kemalangan motosikal bukan sakit pun. Sudah takdirNya. Al-Fatihah untuk beliau...

13may said...

salam,

agak susah bagi saya untuk menjauhkan diri dari kawan2 yg merokok....

kalau saya tak cari depa...depa yg datang cari saya...

btw, thanks untuk artikel...

oh ya! saya sekrg dlm proses mengurangkan bilangan rokok yg saya amik tiap2 hari....dari sekotak sehari kepada sekotak dua hari...

doakan saya berjaya:)

zabs said...

13May: InsyaAllah, semoga berjaya. Yang penting jaga kesihatan. Kita sendiri yang tahu bila perlu dan mahu berhenti.

Manusia Pekasam- said...

Salam Pekasam zabs,

Masalahnya bila nak merokoq balik ni nak kena pikiaq duit la, mesti banyak habih satgi kat rokok ni.