Thursday, June 21, 2007

Parking

Anda telah datang awal ke pejabat pada hari itu, dan meletakkan kereta di tempat letak kereta di hadapan pejabat anda. Anda naik ke pejabat dan membuat persiapan untuk satu mesyuarat di sebuah pejabat yang terletak di pinggir Kuala Lumpur dan tidak mahu lewat ke sana.

Setelah semua persiapan selesai anda turun ke tempat letak kereta dan mendapati kereta anda tidak boleh keluar dari situ kerana ada kereta yang menghalang (double parking). Anda tidak ada pilihan, terpaksa membunyikan hon kereta anda untuk menarik perhatian pemandunya. Setelah telinga anda berdesing selama 15 minit, dengan bunyi hon tersebut, barulah turun seorang Hamba Allah dengan muka selambanya, tanpa minta maaf, mengalihkan keratanya dan anda berlalu dari situ.

Anda terlambat sampai ke tempat mesyuarat kerana ada kesesakan lalu-lintas pula di MMR2, dan berkali-kali meminta maaf. Mulai dari itu anda merasa fobia untuk parking di hadapan pejabat anda, walaupun pada ketikanya, apabila anda sampai awal ke pejabat, masih ada tempat kosong di situ.

Kenapa perlu “double parking” begini….



Jika tempat letak kereta yang luas ini, cuma 50m sahaja di belakang pejabat kita.


Kenapa hanya mementingkan diri sendiri sahaja?

15 comments:

blackpurple said...

Itulah antara sikap pemandu Malaysia yang tipikal. Bebalisme juga kalau begitu namanya. Tak memikirkan orang lain. Pernah kena juga beberapa kali. Menyusahkan!

MRR2 itu memang menyeksakan, terutama di susur Tmn Maluri itu. Memang tak boleh nak buat apa...

alan zed said...

hurm, anakanda selalu parking di belakang, jalan 50m adalah satu senaman yang sihat. tidak pernah double parking; melainkan waktu kecemasan. hehe. :)

zabs said...

bp: Kalau boleh tukar jadi "Hulk" mahu angkat kereta tu letak atas pavement, atau hantar dalamopis diorang.
Dulu kalau ke Sg. Buluh ikut MRR2 lagi jem. Skrg dah siap jalan baru, cukup selesa perjalanan ke sana. Susur Tmn Maluri tu sampai bila pun gitulah nampaknya.

alan: kecemasan anda mencemaskan orang lain.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I don't drive, don't own a car (I know, I know, I'm a rare breed especially here in KL) but kalau saya memandu dan punyai kereta, rasa-rasanya saya akan buat perkara yang sama.
Tidak semua pemandu seperti ini dan rasanya perkara ini tidak hanya berlaku di sini tapi di luar negara juga.
Its not a Malaysian thing, its a driver's thing.

Pa'chik said...

itu memang sikap orang kita...
peduli hapa orang lain

ILA said...

fuhhh...pernah terkena juga
tpi oley kerna pompuan, x manis lakk..nak idupkan hon..hehekkk
so duk ajer dlm keta..sambil idupkan air cond..istigfar byak2..walau dah t'lewat masa..
ishhh..hrap sangat, sekali jerkk..jgn berulang lagi:D

tokasid said...

Salam pak zabs:

Yes, I was faced in the same situation before.Several times.
Masa tu rasa tak cari pemandu, heret dia ke kereta dia, suruh dia masuk parking space lepas saya dapat keluar dan kemudian nak double parking macam dia buat kat kereta kita tadi for the whole day! Itu yang saya rasa bila kena tersepit oleh pemandu tak berhati perut. selalu terkena bila ada urusan perbankkan.

Kalau nak double parking pun pastikan ada pemandu yg tunggu yg boleh alih kereta bila kita nak keluar. Kadang2 tu pemandu masuk bank dan tinggalkan budak kecik kat kerusi penumpang masa dia double park. Cuba kalau sapa2 wak lari budak kecik tu?

Dari insiden2 double parking secara tak langsung kita tahu, nilai2 budi bahasa dan adab semakin menipis.
its actually sad knowing this.

NBK466 said...

Isk...dah orh sediakan tempat parking cantik2...nak gak double park... Nanti tergesel body kete, side mirror pecah...bising pulak..

13may said...

salam PakZabs...

Saya selalu gak buat double parking, tapi selalunya saya make sure ada kawan dlm keta...yg buleh ubah keta kita kiranya ada keta yg nak keluar.

Kalau saya drive sorang, saya akan carik parking sampai jumpa...

kesian kat orang:)

zabs said...

fauziah: Di KL ni kalau public transport bagus, ramai yang tak nak pakai kereta agaknya.
Driver kat Malaysia ada lebih sikitlah...

pa'cik: muka pun dah ramai orang cuba nak ubah, takkan perangai tak boleh kot?

ila: sabar tu separuh dari Iman.

TA: Setuju dengan apa Doc. kata tu. Kena tambah kurikulum sopan santun sebagai pemandu, semasa belajar memandu, dan dimestikan lulus 100% subjek tu.

nbk: Kalau jadi macam tu, mereka tetap akan salahkan orang lain juga. Apo nak buek... Park lah tompaek lain yang orang tak boleh nak "double park"kan kita.

may: Orang muda macam tulah yang saya suka. Selalu fikirkan kepentingan orang lain dahulu.

So'od said...

malaysians are getting more and more kiasu :)

Kak Lady said...

kak lady kalau nak double parking pun kalau urusan itu sekjp aje dan mesti tinggalkan anak2 dlm kereta supaya diorang boleh call kalau2 ada org nak kluar...tapi selalu memastikan juga bahawa kita tak menyusahkan org lain...

zabs said...

Doc. Am: Semogta kita tidak berkiasu sama.

kak lady: Buat baik kepada sesama insan, sebagaimana kita mahu orang lain berbuat baik kepada kita.

ruby ahmad said...

Hello Zabs,

Saya amat hairan dengan sikap manusia sekarang. There is no more common sense! Buat apa2 sesuka hati. Saya pernah kena tunggu 20 minit sebab sasaorang parked behing my car..yes, sesuka hati. Dia muncul tanpa saying sorry. So rude kan?

zabs said...

Ruby: Yes, and the same person will cry foul, if somebody parked behind his car.