Tuesday, June 19, 2007

Kesihatan

Sembilan puluh satu kilogram, adalah berat badan yang tertinggi yang pernah saya alami. Baru semalam saya menimbang berat saya, dan baru saya sedar yang berat badan saya semakin meningkat, dan pada kadar yang tidak saya jangkakan. Ini adalah sesuatu yang perlu untuk diambil perhatian, terutamanya pada umur yang semakin meningkat. Walaupun ada kawan yang berkata itu adalah “sign of prosperity”. Saya rasa ia ada satu anggapan yang sungguh tidak tepat dan mengelirukan.

Dahulu pada umur 30an, saya mahukan sedikit penambahan pada berat badan saya, yang hanya 72 kg. pada masa itu. Namun tidak ada perubahan sehinggalah saya berumur 40an. Pada masa itu saya masih di dalam perkhidmatan TLDM, dan masih aktif dan adalah juga bersenam dan jogging sesekali. Setiap dua tahun diperlukan pula membuat pemeriksaan kesihatan yang lengkap temasuk, ujian darah, X-ray dan ECG. Juga perlu pula lulus ujian kecergasan setiap tahun.

Setelah bersara awal dari perkhidmatan pada umur 47 tahun, pada tahun1999, dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan, saya mula tidak menghiraukan rutin tersebut. Amalan makan yang kurang baik juga menyumbang kepada bertambahnya berat badan saya. Isteri pula dah mula memperli, mengatakan badan saya dah semakin kembang. Tambahan pula sais seluar pun dah bertamabh menjadi 36 inci. BMI pula dah jadi 28 dari 24. Kalau masih di dalam perkhidmatan mungkin susah nak naik pangkat lagi.

Hakikatnya walau masih terasa sihat, tidak ada tekanan darah tinggi, kencing manis atau seumpamanya, tetapi kandungan kolestrol dalam darah agak tinggi dah perlu berhati-hati memilih makanan.

Menyedari hakikat ini, saya telah mula bersenam serba sedikit dan akan cuba memilih makanan yang hendak dimakan. (nafsu makan bertambak baik pula sekarang). Tetapi agak sukar untuk menolak dari memakan sedikit kek Hari Bapa yang dibelikan oleh isteri dan anak-anak semalam. Tak mengapa ke Doc. TA, makan kek ini? Sikit je…

14 comments:

Azlan Zed said...

takpe, sikit jer. rugi x balik awal pada hari itu. mesti best. maafkan anakanda. hehe.

ZABS said...

Sikit-sikit lah jadi gini. Tanggungjawab tu ada "priority" untuk pelaksanaannya."Priority" itu pula bertukar mengikut keadaan semasa. Anda yang menentukannya. Bagi anak lelaki tanggungjawab kepada Ibu/Bapa lebih dahulu dari isteri. Bagi anak perempuan pula tanggungjawab kepada suami, dahulukan dari kepada Ibu/Bapa.

pB said...

selamat hari bapa ..

sedap nyer kek tu ...

berapa keping zabs makan??

blackpurple @ jowopinter said...

Saya kalau kek cokelat memang pantang......pantang tolak!... :D

Saya paling berat pun dalam 65kg, kalau ikut tinggi saya dalam 170cm, kira ideallah rasanya kot. :D

Kena rajin amalkan sit up dan push up pagi dan petang bang... :)

ZABS said...

pb: Makan sekeping je, isteri dak jeling2.

bp: Memeng ideallah tu BMI 22.5. Dulu saya umur 20-30an, macam tu lah. Akan buat sit-up selalu, kerana memang baik. Kalau dak kurang saiz, boleh beli seluar baru kan?

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Lebih senang nak naik berat badan dari menurunkannya tapi kita masih nak ikut nafsu lebih-lebih lagi bila makanan dah terhidang depan mata.
Sabtu lepas kerana menyambut Hari Lahir kawan dengan Seafood Spaghetti dan Oreo Cheesecake yang teramat tinggi kandungan kolesterol dan lemaknya, minggu ni saya terpaksa mendera diri double time kat gym.
Kadang2, pi gym pun kerana nak maintain berat badan sekarang daripada naik, bukan untuk turunkan.

ZABS said...

fauziah: Mungkin sebab saya dah tua kot? "Metabolic rate" dah slowing down... Masa muda2 dulu saya takda pun jaga makan sangat. Tolak batu dengan kayu je kata orang tua2. Berat badan maintain je. Takpa, exercise selalu, kalau tak turun berat badan pun, boleh maintain sihat pun, Alhamdulillah.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Kalau tak ada penyakit lain seperti Kencing Manis,Darah tinggi, sakit jantung tak apa.Makan lah .Lagipun bukan tiap2 hari kita makan kek.

Memang kalau dulu2 active sports lepas tu kita tinggalkan...senang berat naik.Kalau yg dulu smokers pas tu stop juga senang naik sebab deria smell dan taste dah better so selera pun better.

Yang penting ada exercise yg regular( walking or slow jog seminggu 3 kali). Kurangkan yg terlalu berlemak( kalau kat melaka Asam Pedas tetel mana boleh tahan nafsu) atau terlalu berminyak. Make sure setiap hari ada makan sayuran and fruits. Cut down on carbonated drinks. InsyaALLAH boleh kawal.

(Breakfast jgn la tiap2 hari samada nasi lemak atau roti canai memanjang ya pak!)

ZABS said...

Doc: Terima kasih atas nasihat tu. Sesekali bolehlah juga pekena nasi lemak dan roti canai kan? Isteri orang Melaka tapi tak de pulak dia cakap ada Asam Pedas "tetel". Ini yang ada tambah santan ke? Noghoghi den pun ado Asam Podih juga, tapi Masak Lemak Cili Padi yang kena kurangkan, betul Doc.?

aNIe said...

Zabs...kak lady buat kunjungan balas ni...terima kasih kerana berkunjung ke blog kak lady...

Kalau dah berusia ni...memang nak menurunkan berat badan tu satu cabaran...macam2 kita lakukan...masih sukar...lebih2 lagi kalau makan bersama keluarga...tau2 dah 2 pinggan..heheeh

ZABS said...

kak lady: Terima kasih kerana datang dan mengomen. Setuju betul, kadang tu, tolong habiskan makanan anak yang dia tak boleh habiskan (ada anak umur 11 tahun yang order makan macam orang dewasa, tapi selalu makan tak habis).

ILA said...

OHO..91 KG??
nasib baik BRO beringat2 skrang.
Salam kenal:)

ZABS said...

ila: 91 dan semakin bertambah, akan dibendung sebelum parah, InsyaAllah.

cikdinz said...

jadilah mcm saya. buat aktiviti setiap minggu sampei berat badan turun jadi 58 kg.

dulu sampei 79 kg pon ada. rasa mcm seksa lak badan. mmg lah makan senang hati tapi badan yg terseksa...