Thursday, June 14, 2007

Tuan Rumah

Disini saya bukanlah nak buat review buku, tetapi apabila membaca buku tersebut, saya teringatkan kepada semua tuan-tuan rumah yang telah saya kayakan semasa saya menyewa rumah-rumah mereka. Mungkin tak ada yang telah menjadi jutawan seperti En. Azizi Ali ini, tetapi jika dikumpulkan wang sewaan purata RM500 sebulan di bank yang memberi pulangan (riba) 10 % setahun, selama 14 tahun menyewa (termasuk dua tahun diluar negara), ia akan berjumlah RM84,614.30. Banyak juga kan...

Kata orang tua-tua tujuh kali pindah papa. Tetapi saya telah berpindah lebih itu, dan menyewa lebih dari 12 rumah (termasuk 3 semasa di Wales) (InsyaAllah tidak terjadi begitu). Saya membeli rumah di Kuala Lumpur pada 1990 dan tinggal di sana sehingga sekarang. (Saya juga pernah membeli sebuah rumah di Air Tawar, semasa berkhidmat di Lumut, tetapi tidak tinggal di rumah tersebut sehingga saya menjualnya semula). Rumah yang kami sewa termasuklah di atas rumah kedai, rumah teres setingkat dan dua tingkat, rumah banglo setingkat, rumah murah, dan rumah berkembar. Paling singkat kami menyewa ialah tiga bulan dan paling lama 5 tahun.

Di sini saya hanya ingin ceritakan serba sedikit beberapa tabiat tuan rumah yang saya temui, yang mana mungkin boleh menjadikan tuan rumah itu jutawan atau sebaliknya (anda boleh buat andaian sendiri):

- Tuan Rumah (TR) mintak tambahan 50 sen kerana bayaran dibuat dengan cek, kerana nak “cover bank charges”, walaupun sewa rumah RM750 sebulan.
- TR beritahu kalau ada apa-apa kerosakan, baiki sendiri dan jangan tolak duit sewa rumah.
- TR beritahu, supaya baiki kerosakan yang anda fikirkan perlu dan tolak dari sewa rumah sambil menambah kalau tak cukup beritau saya.
- TR tak pernah datang tengok rumah dan jumpa anda. Anda hanya bayar sewa dengan masukkan duit dalam akaunnya.
- TR datang lawat/siasat/tengok rumah setiap hujung bulan dan beri arahan cara nak jaga rumah dari masa ke masa.
- TR tak nak tahu masalah anda, terutamana, bila anda beritahu gaji lambat dapat bulan tu.
- TR naikkan sewa sebab anda dapat kenaikkan gaji.
- Anda perlu dapatkan kebenaran untuk ambil buah2an yang ada dalam kawasan rumah sewa anda kerana TR yang tanam katanya.
- TR minta pindah segera walaupun ada perjanjian beri notis dua bulan, sebab bayar deposit dua bulan, kerana anak masuk rumah kerana baru kahwin.
- TR larang anak-anak buat bising kerana, mereka tinggal disebelah rumah.

Mungkin ini tidaklah teruk sangat. Tetapi begitulah asam garam hidup ini dan ini belum lagi ragam jiran tetangga yang berbagai pula. Tetapi itu mungkin pada penulisan yang lain pula.

12 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Saya tak pernah menyewa jadi tak ada kerenah dgn tuan rumah.Saya amat lama tinggal di asrama dan selepas berkahwin tinggal sama mertua dan akhirnya rumah sendiri.
Tapi mak saya di kampong ada juga buat rumah sewa di Taiping dan mak mertua ada rumah sewa di Grik.

Memang macam2 kerenah TR dan juga penyewa yg saya dengar.
Mak saya pernah tak sewakan rumah( kat belakang rumah mak) selama 2 tahun kerana tak tahan perangai penyewa2 yg dulu.
Ada yg balik tengah2 malam dan pasang HiFi atau TV kuat2 samapi 2-3 pagi.Esoknya jiran lain komplen kat mak suruh nasihatkan tenant.
Ada pulak yg tak kisah anak dara bawa balik jantan waktu dinihari dan dok merempit di lorong kg kami tu. Yg jenis ni selalunya mak akan suruh pindah immediately.
Ada yg buat kerja menurun dan memawang di rumah sewaan. Itu tahan 5 bulan pas tu mak suruh pindah.
Memang mak sbg TR agak cerewet.Dia tak kisah orang bayar sewa lambat( ada yg cabut lari tinggalkan perkakas rumah( masih ada TV dan fridge sejak setahun lalu) tapi penyewa mestilah yg buat tak senonoh atau hingga ganggu jiran lain.

ZABS said...

Wlkslm Doc, Saya pun ada pengalaman sewakan rumah dua tahun semasa pi belajar. Melalui agen pula tu. Nak jadi cerita, dia bayar deposit dua bulan, dan terus tak bayar2 lagi. sepatutnya dia masukkan duit dalam akaun saya dan terus diguna bayar pinjaman bank yang sama. Apabila bank tuntut bayaran dah tiga bulan tak bayar baru tahu, penyewa sudah ponting buat bayaran.
Nasib baik ada abang ipar tolong selesaikan. Penyewa tu tak mahu pindah, saya suruh kawan dalam tentera bawa lori 3 ton ke rumah tu, nak angkut barang2 dia keluar kalau dia degil. Akhirnya dia pindah dalam tapi kat taman tu juga, dan hal yang sama berlaku kepada tuan rumah baru tu. Mungkin modus operandi dia macam tu, bayar dua bulan duduk 5 bulan setiap rumah..

blackpurple @ jowopinter said...

Ingatkan tersalah masuk blog tadi. :)

Pernah juga beberapa kali berpindah rumah terutama selepas bergraduat dulu. Biasalah karenah tuan rumah yang berbagai. Tuan rumah yang terakhir yang paling saya suka. Tak pernah komplen apa. Sampaikan pernah lewat tiga bulan sewa pun tak kejar. Tak ambil tahu langsung. Dah terlalu banyak duit agaknya dia. Kebetulan pula dia salah seorang arkitek yang membangunkan kawasan perumahan itu.

Teringain pula kalau dapat memiliki beberapa unit rumah di kawasan institusi pengajian tinggi. Satu pelaburan yang menguntungkan rasanya. Memang tidak rugi. [Jangan pula melabur di tempat jin bertendang seperti Bkt Beruntng itu :D]

ZABS said...

bp: Nak cuba template lain pulak. Bagus kalau ada perancangan begitu. Tentang beli rumah di tempat jin bertendang tu, memang betul, merugikan. Seperti yang saya alami, apabila membeli rumah di Air Tawar, Perak. Beli 75k jual 65k selepas 15 tahun. Nasib baik juga ada orang nak beli, walaupun harga rendah, jual juga tak mahu terus kerugian. Sewa dapat RM200 sebulan, bayaran pinjaman RM475. Jika beli di persekitaran KL, jamin tak rugi (harga meningkat), dan sewa pun tinggi.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Terimakasih kerana melawat dan meletakkan komen di blog saya.
Topik "Tuan Rumah" amat menarik sekali.
Ada tuanrumah yang tak kisah sangat asalkan kita menjaga rumah dia dengan baik.
Tapi masalah saya bukan dengan tuanrumah tapi Mak saya yang elalu merungut sebab saya jarang di rumah. Kerana tuntutan kerja, saya banyak menghabiskan masa di pejabat.
Suatu ketika dahulu, dia pernah mencadangkan saya "sewa tapak" di pejabat, bawa tilam dengan bantal. "Tak payah susah-susah nak balik," kata dia.
Sebenarnya, dah ada sleeping bag di ofis, untuk kegunaan kecemasan (bila KL banjir dan tak dapat balik ke rumah!)

ZABS said...

Fauziah: Kerja, kerja jangan tak kerja. Tapi saya pun seperti mak anda juga, selalu ingatkan anak-anak jangan balik lewat, buat rumah macam tempat singahan saje. Risau, kerana kita tahu keadaan di KL ni, walaupun anak dah besar panjang. Bila anda dah jadi emak nanti baru boleh faham.

NBK466 said...

Banyak bebenor pindah rumah... patut ler macam2 perangai TR yg dijumpai...duniaaa...duniaa..

ZABS said...

nbk: Begitulah kalau dah menyewa. Kena ikut kehendak tuan rumahlah. Juga keperluan kerja yang terpaksa berpindah-pindah. Dah ada rumah sendiri pun kena menyewa juga ditempat baru. Nak beli rumah di setiap tempat berpindah, tak mampu den doh.

Azlan Zed said...

hurm, teringat penyewa yg menyewa di rumah kita dulu. dah kena gertak baru hendak bayar sewa, setelah 3 bulan pula tue. hehe. macam2 hal !

13may said...

salam...

saya pun dah byk kali berpindah umah....

tapi yg paling saya ingat...kena halau ngan bank, bukan ngan tuan umah...sebab bank nak lelong umah tuh...tuan umah dah lesap..saya tak penah jumpa dia..just bank-in duit sewa...number tepon pun tuan umah tu tak kasi....

kelam kabut saya pindah...hahha

tokasid said...

Salam Pak zabs:

Ni topik lain> Nak tanya about Frasers Hill.
Masa pergi tu musim hujan ke? Masih banyak lanslide ke?
Is it worth kalau pergi just over the weekend? Kemudaham makan?

Cadang2 nak pergi the next weekend. kalau tak ke sana maybe Genting kot. Jazakallah.

ZABS said...

Selamat sejahtera buat Doc.
Saya pergi last cuti sekolah. Hujan renyai2 lah sikit first day tu. Second day panas sampai ke petang. Saya pergi 2D1N je. Land slide sebenar tak de, cuma kesan2 lama yang ada. Tapi ditutup dengan canvas biru. Walaupun jalan tak luas dan curam juga, tapi InsyaAllah masih selamat untuk di lalui. Ada juga sedikit stretch jalan yang luas. Selamat mendaki Bukit Fraser. Salam.