Friday, August 06, 2010

Telefon Selular/Bimbit/Gengam

Walau apa pun istilah yang diberikan, benda ini sangatlah menarik dan diminati ramai. Orang muda, orang yang tak berapa muda dan tidak ketinggalan kanak2 yang belum lagi tahu bercakap, sudah pandai menekan kekunci dan memanggil nekma atau atuknya menggunakan telefon bimbit emaknya.

Mengikut statistik bagi tahun 2009, terdapat lebih 29.623 juta pelanggan yang berdaftar (pasca bayar/prabayar) untuk penggunaan telefon selular di Malaysia. Ia melebihi dari jumlah penduduk yang ada pada masa itu yang hanya 28.46 juta. Lebih kurang 104 telefon bagi setiap 100 orang penduduk. Itu tidak termasuk telefon biasa yang di rumah dan pejabat.

Oleh kerana itu kita akan dapat melihat di mana sahaja umat manusia ini akan sentiasa melekat ditangannya telefon bimbit.

Ku pandang kiri....

Ku pandang kanan....

Akan ada saja telefon di tangan mereka.
Di dalam kereta sambil si suami memandu, si isteri akan ber'sms'. atau ber'f'b' Ada ketika pula si isteri tidak berbuat demikian, tetapi si suami yang memandu pula ber'sms' dan ber'fb' apabila tersangkut di dalam kesesakan.
Tiga orang kawan sambil berjalan, salah seorang asyik bercerita, tetapi tidak tahu samada didengar oleh kawan yang berdua itu atau tidak, kerana mereka asyik menekan telefon di tangan mereka.

Sepasang suami isteri memesan makanan, apabila makanan sampai, si suami yang kelaparan makan dengan berseleranya, apabila selesai mendapati isterinya masih belum menjamah makanan kerana asyik menjawab 'sms' di telefonnya.
Saya pula telah mula menggunakan telefon bimbit sejak tahun '86 bermula dengan satu jenama telefon yang agak berat, jika dilontar kepada anjing mungkin akan pengsan anjing tersebut. Sejak dari itu telah banyak juga tukar menukar telefon dan akhirnya yang masih dipakai selepas hampir dua tahun telefon jenis "RIBUT" ini.

Yang seronoknya telefon bimbit ini ialah kerana ia mempunyai fungsi kamera. Tanpanya tentu saya tak dapat ambil gambar di bawah ini....hahaha...

Apa-apa pun berhati2lah bila menggunakan telefon tu......

- Jangan bercakap terlalu lama hingga bil menjadi beratus2 dan dihentikan perkhidmatan.

- Jangan memandu sambil bercakap di telefon, sambil merokok dan melayan isteri bercakap lagi.

- Jangan bersms sambil menunggang motosikal melainkan anda berkepala batu.

- Lintas jalan dahulu baru jawab sms kawan tu. Tak mustahak pun. Paling tidak pun dia tanya dah makan belum.

- Notifikasi dari fb boleh dijawab bila sampai di R&R nanti.

- Meja makan untuk makan dan berborak2 dengan pasangan bukan untuk jawab sms dari kawan2.

- dan lagi dan lagi (sila sambung.......)



Monday, May 17, 2010

Solat

Diceritakan dalam kitab Makzan al-Wa’izhin, “Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah dan mengeluh mengenai kemiskinannya. Rasulullah berkata kepadanya, “Mungkin kamu tidak melaksanakan solat.” Lelaki itu membalas, “Wahai Rasulullah, saya melaksanakan solat lima waktu bersama tuan.”

Rasulullah berkata pula, “Mungkin di rumahmu ada orang yang tidak mengerjakan solat.” Lelaki itu menjawab, “Wahai Rasulullah, mereka semua mengerjakan solat. Saya tidak keluar rumah selagi saya belum memerintahkan mereka semua mengerjakan solat.”

Rasulullah berkata lagi, “Mungkin ada antara tetanggamu yang tidak melaksanakan solat.” Jawab lelaki itu, Wahai Rasulullah, semua tetangga saya melaksanakan solat.”

Kemudian Jibril a.s. datang, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, di suatu jalan, ada orang yang meninggal dunia dan semasa hidupnya, dia tidak bersolat. Kemudian seekor gagak mematuk tulang kecil dari mayat itu dan meletakkannya pada pohon yang terletak dekat dengan rumah lelaki itu. Katakan padanya supaya mengambil dan membuang tulang itu, supaya rezekinya menjadi mudah.”

Tuhanlah yang lebih mengetahui kelebihan segala sesuatu.

Monday, May 10, 2010

Mengisi Masa Terluang

Saya mula menulis di blog sejak awal tahun 2006. Ini berikutan pada masa itu kurang kerja yang hendak dibuat dan ingin mengisi masa lapang yang ada semasa di pejabat. Ada juga ketika telah berhenti seketika menulis di blog, tetapi telah menyambung semula selepas itu.

Saya kemudian menyambung menulis di fb pula, walau pun ada ketikanya banyak kerja ( jadi ianya bukan lagi untuk mengisi masa lapang). Ada kalanya menjadi satu obsesi pula untuk masuk ke fb ini. Tetapi saya tidak pula menyalahkan fb, kerana kita yang seharusnya merancang masa kita dengannya....hehe (salah sendirilah kalau dah jadi begitu, tak gitu??)

Jadi untuk tidak lagi terjadi demikian saya telah deactivate buat sementara akaun fb saya..(dan jika tak terasa sakit apa2...ia akan terus begitu. Saya hanya akan membukanya semula apabila terasa ketagih untuk mengupdate....(hahaha...).

Ada pro dan konnya apabila saya berfb ini, dan mereka yang terlibat pun tentu lebih maklum, jadi kita pandai2lah menggunakanya.... Mungkin artikel oleh Ustaz ini baik untuk direnungkan:

http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Saya kini bercadang untuk menilis di blog sahaja buat seketika, itu pun jika tidak mengambil banyak dari masa saya. Dah pencen ni, masa dah tinggal sedikit je untuk digunakan, jadi lebih baik buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga..betulkan? Salam.

Monday, April 12, 2010

Perlu kah?

Beberapa minggu yang lalu saya telah ke pejabat seorang kenalan untuk berbincang tentang satu projek (kini ia tinggal rancangan saja) yang saya rasa perlu bekerjasama dengan syarikat beliau.

Semasa berbincang, rakan itu, yang mungkin ingin menunjukkan betapa beliau berminat dan perlunya untuk mendapatkan projek tersebut, telah bercerita tentang segala kepayahan syarikat tersebut (termasuk kelewatan membayar gaji pekerja dan sebagainya). Saya merasa agak kurang selesa mendengar permasalahan mereka itu, tambahan pula kongsi beliau adalah kenalan lama dan agak rapat hubungan dengan saya. Tentu dia merasa sedikit malu atas pendedahan tersebut.

Moralnya di sini ialah, ada ketikanya, kita tidak perlu berlebih2an dalam bercerita tentang kesusahan kita kepada orang lain;

- orang yang mendengar itu mungkin tidak berminat untuk tahu.

- orang yang mendengar itu mungkin hilang kepercayaan.

- orang yang diceritakan itu mungkin tidak mahu ia diceritakan.

- cerita itu tidak menambah nilai apa-apa.

Jika tidak ada yang baik untuk diperkatakan, lebih baik berdiam sahaja. Wallahua'lam.

Friday, April 09, 2010

Karenah

Seorang kawan telah mendapat kontrak yang agak besar dari salah sebuah syarikat besar negara untuk membekalkan perkhidmatan dan peralatan yang diperlukan oleh syarikat itu untuk tempuh dua tahun bernilai lebih kurang 6j setahun. Satu jumlah yang agak besar bagi sebuah syarikat yang mempunyai modal berbayar sebanyak 500k sahaja.

Masalah bermula dengan beliau meminjam untuk mengadakan "bank guarantee BG" sebanyak 300k, sebelum kontrak ditandatangani. Apabila BG pun dipinjam, bermakna modal pusingan untuk operasi pun perlu juga pinjaman. Seperti korek lubang tutup lubang...jadinya. Kelewetan Syarikat Besar itu membayar khidmat yang diberikan juga tidak membantu keadaan.
Sekarang telah masuk tahun kedua, tapi masalah masih belum dapat di selesaikan...akan di sambungkah kontrak syarikat ini nanti?...wallahua'lam.

Wednesday, April 07, 2010

Menjengok Tempat Lama...

Lama tak menulis di sini. Asyik berfb hingga terlupa pula mengupdatekan laman yang telah dimulakan sejak beberapa tahun lalu. Mungkin takda siapa pun yang singgah lagi kerana telah lama tidak ada perkara baru yang di tuliskan.

Tetapi sejak kebelakangan ini mula minat untuk mengupdatekannya semula, untuk menulis serba sedikit perjalanan dan putaran kehidupan yang dilalui sekarang dan juga bagi mengenang kembali perkara2 yang lalu. InsyaAllah jika berkelapangan akan adalah yang akan di tulis nanti..... InsyaAllah.