Friday, April 09, 2010

Karenah

Seorang kawan telah mendapat kontrak yang agak besar dari salah sebuah syarikat besar negara untuk membekalkan perkhidmatan dan peralatan yang diperlukan oleh syarikat itu untuk tempuh dua tahun bernilai lebih kurang 6j setahun. Satu jumlah yang agak besar bagi sebuah syarikat yang mempunyai modal berbayar sebanyak 500k sahaja.

Masalah bermula dengan beliau meminjam untuk mengadakan "bank guarantee BG" sebanyak 300k, sebelum kontrak ditandatangani. Apabila BG pun dipinjam, bermakna modal pusingan untuk operasi pun perlu juga pinjaman. Seperti korek lubang tutup lubang...jadinya. Kelewetan Syarikat Besar itu membayar khidmat yang diberikan juga tidak membantu keadaan.
Sekarang telah masuk tahun kedua, tapi masalah masih belum dapat di selesaikan...akan di sambungkah kontrak syarikat ini nanti?...wallahua'lam.

6 comments:

kak Erna said...

salam ZA..dah jumpa blog nya..lama dah tak tuliskan..
tutup lubang gali lobang..memang tak dapat selesaikan masalah kan...

Yunus Badawi said...

Salam Zabs.

Ini antara cabaran yg sering dihadapi oleh org yg nak berniaga. Itu sebab kadang2 kita tak berani nak ambil projek yg terlalu besar utk sykt kita.

Saya nak handle projek sejuta lebih pun dah tercungap2 huhuhu

Mak Su said...

sy khuatir dgn dunia perniagaan sbb masalah cenggini ler, sanggup mkn gaji... tapi tak tahu ler esok lusa

zino said...

ambik kontrak ikut kemampuan.. kalau terbengkalai ramai yg akan dapat susah..

kadang2 tu kesian juga.. nak dapat BG tu satu hal lah jugak.. nak dapatkan bond pun susah.. macam mana nak mula kerja kalau semua tak dapat di sediakan..

memer said...

Erna: Asyik ke fb je tu yang lupa nak update yang ini.

YB: Mungkin dia menjangkakan, kerja siap je boleh dapat bayaran. Tapi kalau setiap bayaran walau sekecil mana dibayar selepas 35-45 hari...modal yang besar diperlukan.

Mak Su: Berani buat berani tanggung lah dia nampaknya.

Zino: Masa nak ambil rasa mampu. Tetapi bila yang terjadi tidak seperti dijangkakan, tu yang jadi korek mengorek tu.

M Nordin said...

Salam Hj...

Inilah realiti kehidupan... banyak pengajaran nya... korek lubang tutup lubang itu cara perniagaan "kapitalis" ... semuanya diasaskan sistem riba... Tapi kita peniaga Islam semacam terperosok dalam putaran ganas ini... ada jalan keluar... saya pernah terkena bila cuba memberi pertolongan dengan rakan yg dah macam nak "nazak" i.e. semua subcontractor dia almost give-up kerana lambat membayar... disebabkan semua pinjaman dilaburkan dengan membeli tanah (yg masih terhutang juga)... Yang penting...

1. Berusahalah kebidang yg kita tahu/mahir.
2. Berjimat bila ada ... pastikan setiap retain earning akan digandakan...
3. Jangan terburu-buru...

Semoga kita sama sama belajar dari kesemua ini..