Monday, April 12, 2010

Perlu kah?

Beberapa minggu yang lalu saya telah ke pejabat seorang kenalan untuk berbincang tentang satu projek (kini ia tinggal rancangan saja) yang saya rasa perlu bekerjasama dengan syarikat beliau.

Semasa berbincang, rakan itu, yang mungkin ingin menunjukkan betapa beliau berminat dan perlunya untuk mendapatkan projek tersebut, telah bercerita tentang segala kepayahan syarikat tersebut (termasuk kelewatan membayar gaji pekerja dan sebagainya). Saya merasa agak kurang selesa mendengar permasalahan mereka itu, tambahan pula kongsi beliau adalah kenalan lama dan agak rapat hubungan dengan saya. Tentu dia merasa sedikit malu atas pendedahan tersebut.

Moralnya di sini ialah, ada ketikanya, kita tidak perlu berlebih2an dalam bercerita tentang kesusahan kita kepada orang lain;

- orang yang mendengar itu mungkin tidak berminat untuk tahu.

- orang yang mendengar itu mungkin hilang kepercayaan.

- orang yang diceritakan itu mungkin tidak mahu ia diceritakan.

- cerita itu tidak menambah nilai apa-apa.

Jika tidak ada yang baik untuk diperkatakan, lebih baik berdiam sahaja. Wallahua'lam.

2 comments:

M Nordin said...

Hj...

Salam... dalam teori pengurusan modern... perluahan cerita kesusahan seolah olah macam "black mailing"... proses untuk meraih simpati.

Saya juga pernah juga mendengar cerita sorang pengusaha dalam keadaan kepayahan sebelum terpaksa menutup perusahaannya menjualkan semua pemilikan hasil (termasuk kereta mewah dan banglonya) dari perniagaan tersebut untuk membayar pampasan pekerja mereka. Pengusaha tersebut sekarang bermula semula dari bawah... olehkerana perihatinnya terhadap pekerja pekerja mereka dulu... sekarang beliau dibantu dengan ikhlas oleh ex-pekerja pekerja beliau dulu...

Moralnya... kita selalu mengatakan sumber tenaga manusia adalah penting... tapi bila ada konflik ... unsur inilah yang selalu di "sisihkan"....


Betul kata haji... kalau tak perlu cakap lebih baik berdiam... berdiam

Wassallam.

Zabs said...

MNordin: TQ...Tuan tidak berblogging lagi ke?