Monday, April 18, 2011

JAWATAN PERTAMA DAN KEPAKARAN HIDROGRAFI

 (Pangkat-pangkat Pegawai TLDM)

Di dalam TLDM, perkhimatannya dibahagikan kepada 3 cawangan, iaitu Kelasi, Bekalan & Urusetia dan Teknikal, dan di setiap cawangan ini, terdapat pula pengkhusuan kepada kepakaran2 yang tertentu. Di dalam cawangan Kelasi misalannya, terdapat pegawai yang pakar dalam bidang Persenjataan, Komunikasi, Panduarah, Peperangan Bawah Permukaan, Penyelam dan  banyak lagi. Hidrografi juga adalah salah satu kepakaran di dalam cawangan Kelasi. Pegawai yang akan dilantik sebagai Panglima TLDM juga adalah dari cawangan Kelasi, dan perjawatan di kapal juga lebih banyak diperuntukan kepada cawangan ini.  


 (Gambar Hiasan)
Di setiap kapal akan ada perjawatan Pegawai Memerintah (Commanding Officer atau CO) dan Pegawai Laksana (Executive Office atau XO), dan bergantung kepada jenis dan saiz kapal tersebut, akan ada tambahan perjawatan lain seperti Pegawai Panduarah, Pegawai Persenjataan, Pegawai Komunikasi, Pegawai Jurutera Marin, Pegawai Persenjataan Elektrik, Pegawai Bekalan dan lain-lain lagi.

 (Kapal Sedang berhimpit di Pulau Perak, tanpa jeti)

Jawatan pertama saya di kapal ialah sebagai Pegawai Laksana. Orang nombor dua di kapal selepas Pegawai Memerintah. Saya melapor ke kapal baru saya itu, KD BELADAU, pada awal 1976 dan mengambil alih tugas dari pemegang jawatan tersebut yang ditukarkan ke kapal lain. Pegawai Memerintah kapal ini adalah seorang yang telah agak senior, dan mempunyai kepakaran di bidang hidrografi dan telah memperkenalkan saya kepada bidang tersebut. Beliau juga telah lama di kapal itu dan menunggu masa sahaja untuk ditukarkan ke luar. KD Beladau beroperasi dari Tambatan Pengkalan Malaysia di Woodlands, Singapura pada masa itu.

(Tambatan Pangkalan Malaysia, di Woodlands, sekarang sudah menjadi tempat beriadah/memancing, setelah diambil-alih semula oleh kerajaan Singapura)

Pada masa itu cuma ada dua orang pegawai sahaja di kapal, oleh itu saya juga perlu melakukan tugas2 Pegawai Panduarah, Pegawai Persenjataan dan Pegawai Persuratan. Tugas ini dibantu sama oleh lasykar2 yang sudah banyak pengalaman menjalankan tanggungjawab tersebut. Di kapal juga ada disediakan kantin untuk kemudahan anak2 kapal membeli keperluan persendirian  ketika belayar, seperti rokok (duty free masa tu) minuman rengan (yang berat pun ada) dan makanan rengan serta serbuk pencuci dan seumpamanya. Pengurusan kantin ini adalah juga menjadi tanggungjawab Pegawai Laksana.


 (Gambar Hiasan, bot nelayan)

Seperti yang saya ceritakan pada entri terdahulu, tugas kapal2 ronda adalah untuk melakukan rondaan di Perairan Laut Wilayah Malaysia, dengan tujuan utama untuk mencegah aktiviti kelanunan (Anti Piracy Patrol),  di samping megawasi perairan kita dari diceroboh nelayan2 asing.  Di masa2 tertentu kapal juga melakukan latihan2 dari masa ke semasa untuk meningkatkan kesiapsiagaan kapal dan anggota-anggotnya, bagi menghadapi konflik apabila tiba masanya (tak pernah lah lagi). 

Semasa meronda di perairan Sabah pula, kapal perlu lebih berhati-hati kerana kegiatan lanun lebih banyak di sini. Bot-bot kumpit dari Filipina yang kerap datang ke Labuan untuk tujuan "barter trade" juga perlu diperiksa untuk menentukan mereka tidaki membawa senjata dan betul datang untuk berdagang. Pada suatu malam apabila memeriksa salah sebuah bot kumit ini, didapati mereka hanya membawa buah2an untuk dibawa ke Labuan. Kami akhirnya dihadiahkan sebakul besar buah mangga yang manis pada akhir pemeriksaan itu.

Satu lagi kejadian yang tidak boleh saya lupakan ialah semasa kapal masuk merapat di jeti operasi Sandakan. Pada malam itu anak-anak kapal telah dibenarkan oleh CO mengadakan majlis makan-makan di kapal. Majlis itu berakhir agak lambat dan ini membuatkan CO menjadi marah dan pada tengah malamnya telah mengarahkan pasukan bertugas mengadakan latihan kebakaran di kapal, yang biasa dilakukan semasa kapal merapat di jeti. Semasa kesibukan pasukan bertugas memasang hos dan lain lain kelengkapan untuk tugas memadam api ini, saya telah melihat dua individu yang bukan dari kapal saya. Apabila di dekati rupanya, mereka adalah dua orang Mak Nyah yang menyangkakan memang betul ada kebakaran, bertindak memberikan bantuan. Mereka sebenarnya telah datang ke kapal atas jemputan entah siapa, tetapi masih berada di kapal pada masa itu, walaupun sepatutnya semua jemputan telah pun balik. Mereka dengan cepat telah dibawa keluar dari kapal agar tidak diketahui oleh CO yang masih hangin pada masa itu.

Selang beberapa bulan saya di kapal, CO telah ditukar ke luar untuk berkursus lagi ke UK, lanjutan kepada kursus asas hidrografi yang telah diikutinya. Tempatnya diambil alih oleh CO baru yang lebih muda. Enam bulan pertama di kapal itu saya masih dapat laluinya dengan baik, walaupun melalui segala rutin yang serupa sahaja saban hari. Tetapi apabila ia berterusan seperti tidak ada penghujungnya, membuatkan saya terfikir untuk memohon bertukar kepakaran ke bidang hidrografi. Ini adalah kerana saya melihat akan prospek untuk dapat selalu berkursus ke luar negara, seperti yang banyak kali telah saya dengar dari CO saya sebelum ini.

Seorang lagi pegawai, iaitu XO saya semasa di KD Sri Terengganu (semasa saya menjalani latihan Midshipman dulu), dan beberapa orang kawan lagi telah juga menghadiri kursus ini dan kini telah menjadi juruukur hidrografi. Mereka semua dilihat berpuas hati berada di kapal hidrografi dan menasihatkan saya untuk memohon sama.  Setelah difikirkan dengan sebaiknya saya telah memohon untuk mengikuti kursus di bidang hidrografi ini.

Berita gembira yang saya telah terpilih unbtuk mengikuti kursus ini diterima semasa kapal saya berada di Labuan. Pengganti saya juga telah diarah untuk mengambil  alih tugas dari saya di Labuan. Kapal pula telah dirancang untuk belayar ke Tawau pada masa itu, dan saya perlu belayar bersama kapal ke Tawau sambil melakukan tugas serah tugas dalam perjalanan. Semua urusan serah tugas selesai sebelum kapal sampai di Tawau. Satu kejadian buruk berlaku semasa tugasan terakhir saya di anjungan pada sebelah pagi (4-8 pagi).  Mungkin ini menjadi kenangan terakhir anak-anak kepada tugas saya di kapal itu. Kapal yang pada masa itu hampir sampai ke Pelabuhan Tawau, telah terlanggar satu objek besar yang separa tenggelam, yang menyebabkan kipas (propeller) sebelah kanan telah rosak teruk. Kapal kemudiannya terpaksa masuk ke pelabuhan dengan satu engine sahaja. Saya tidak sempat untuk melihat pembaikan yang perlu dilakukan ke atas kapal tersebut, kerana saya perlu balik awal ke Woodlands dan tugas ini di ambil-alih oleh pengganti saya.

 (Kapal Ronda ini belum ada lagi pada masa itu)

Saya seterusnya menumpang sebuah lagi kapal ronda laju, untuk belayar balik ke Woodlangds dan melapor diri ke KD Perantau, sebuah kapal ukur hidrografi.  Saya ditumpangkan sementara ke kapal ini, untuk menilai kemampuan saya sebelum dihantar berkursus. Setelah menjalani ujian itu dengan jayanya, saya telah dihantar untuk mengikuti Kursus Asas Hidrografi di UK selama 3 bulan, dan ini menandakan bermulanya kareer saya di bidang higrografi. Pada entri akan datang saya akan menulis tentang beberapa kursus hidrografi yang saya telah hadiri sepanjang kareer saya di dalam TLDM. InsyaAllah.

12 comments:

Suria Kelang said...

best best best..........Pak Zabs Bessssttttttttttt!

Accia said...

Alhamdulillah Pak Zabs, saya dapat ilmu yang lain sikit hari ni. Kebetulan kawan anak saya ke temuduga untuk Diploma in Nautical Studies hari ni di Melaka.

PakMail said...

Sebut KD Perantau, teringat saya ketika bertugas hampir 2 tahun di bawah CO Lt Kdr Rasip dan Lr Kdr Husaini.

Zabs said...

Suria: TQ...tapi nak tahu juga tang mana besssttttttnya tu...haha.

Accia: Dia belajar di Alam ke? Setahu saya ia mungkin ada persamaan tapi banyak juga yang tak serupa dengan apa yang kami belajar di Akademi Tentera Laut...hahaha.

Pak Mail: aya bersama Lt Kdr Raja Mahendra masa itu. Pak Rasip dan Wak Hussaini, kami bersama semasa di KD Mutiara.

alan zed said...

kalu kat sini, belayar satu engine itu adalah kebiasaan... kih kih kih !
#sadbuttrue

Al-Manar said...

Adakah pembahagian ini sama dengan negara negara luar, umpamanya UK dari mana kita banyak mewarisi kepakaran dalam bidang bidang tertentu?

Zabs said...

Aran: Belayar satu engine mungkin untuk penjimatan minyak. Lagi pun untuk kerja pengorekan kelajuan tidak dipentingkan. Survey kedalaman, penting!!!!

Zabs said...

Salam Tuan,
Amat bersamaan sekali dengan pembahagian di UK. Malah dulu2 kebanyakan kursus2 kepakaran ini dilakukan di sana. Kini KD Pelandok di Lumut, ada menyediakan kebanyakan kursus2 yang diperlukan.

Zabs said...

Sambungan kepada Tuan (Almanar). Tanggungjawab pengukuran hidrografi perairan negara juga amat mirp kepada apa yang berlaku di UK. Ianya diletakkan di bawah tanggungjawab Tentera Laut. Di negara lain eperti Amerika, Canada dan seumpamanya, tugas ini dilakukan oleh satu badan lain yang tidak ada kaitan dengan Tentera Laut.

Riz Ardy said...

X.O tu kalau di regukan ngan V.S.O.P, guane pulok jadinya ya...
Ish!!! Ada juga kah yang berminat ngan mak nyah kat dalam kapal tu...hehe..

Zabs said...

Salam Riz,
Ko lah jadinya...huhuhu.
Zaman jahil agama masa tu, tulah Dia tunjukkan tu!

sahizeran fauzie said...

salam zabs..nk tnye macam mana nk mntk jd jurukur hidrografi ?tuk diploma ?