Tuesday, April 12, 2011

KENANGAN DI KOTA LONDON


Kota London, adalah bandaraya pertama di luar Malaysia, yang telah terpaksa saya kunjungi dalam hidup saya. Saya katakan terpaksa kerana tanpa pergi ke London saya tidak akan boleh sampai ke Dartmouth untuk mengikuti kursus saya itu. Namun selepas itu, saya telah berpeluang untuk mengunjungi kota London beberapa kali lagi  juga untuk berkursus atau belajar.

London yang pertama kali dijejak ini, menjadikan kami seperti rusa masuk kampong agaknya, walaupun kami merasa biasa saja pada masa itu. Ia memang sesuatu yang agak sukar diterima, kerana pada masa itu “not everybody can fly” macam sekarang. Peluang untuk dapat belajar dan terbang ke luar negara, adalah seperti mimpi yang menjadi kenyataan, terutama kepada seorang anak kampong yang hanya berkelulusan OSC/MCE sahaja..

Seperti tuan2 sendiri akan terfikir, memang benar, sebagai pegawai kedet kami tidak akan mampu untuk tinggal atau datang bercuti ke London pada masa itu. Jangankan hendak tinggal di hotel, hendak duduk di rumah tumpangan “Bed and Breakfast “ pun tak mampu lagi. Namun itu tidak menjadi masalah rupanya (rezeki orang siapa yang tahukan?), kerana pihak kedutaan telah menanggung segala keperluan kami di sana, termasuk tempat tinggal dan makan minum kami.


Sepanjang masa dan setiap kali kami ke London kami akan tinggal di Hotel Vanberbilt, berhampiran Bayswater Station (begitu ingatan saya). Setiap hari pula, kami akan diberi duit makan sebanyak 3 pound, cukup untuk makan satu hari pada masa itu, tetapi bukanlah di restoren2. Untuk berjimat kami akan ke Malaysia Hall (yang lama) berhampiran stesen Marble Arch, selain dapat makan nasi, harga pun berpatutan. Berhampiran dengan stesen itu juga terdapat sebuat restoren Indonesia (Bali ke namanya) yang sering juga dikunjungi oleh orang2 Malayia.


Di London kami rasa amat mudah untuk ke sana ke mari kerana sistem pengangkutan awamnya yang amat baik, terutama sistem keretapi bawah tanah atau nama rengkasnya ”tube” sahaja. Dengan berbekalkan peta seperti di atas, kami boleh pergi ke merata termpat tanpa ragu-ragu. Bahkan hingga sekarang, saya masih ingat beberapa nama “line” yang terdapat dalam sistem “tube” itu. 


Salah satu tempat yang selalu kami kunjungi semasa di London ialah “Speaker’s Corner”. Stesen terdekat untuk sampai ke sana mungkin Marble Arch atau Hyde Park Corner. Di sini kita akan dapati ramai pemidato2 amatur berdiri di atas kerusi atau sesuatu yang tinggi untuk memberikan pendapat masing2 tentang berbagai perkara. Ada yang menghentam kerajaan atau sebaliknya, ada yang bercakap tentang alam sekitar, ada juga pelawat dari negara asing mengkritik negara mereka di sini. Ada satu ketika saya mendengar seorang pemidato kulit hitam yang beria-ia membangkitkan isu perkauman dan betapa beliau menyalahkan orang kulit putih yang tidak berlaku adil kepada mereka. Namun setelah selesai memberikan hujah2nya, kelihatan seorang wanita kulit putih yang cantik datang memeluknya dan mereka berlalu dari situ, dengan pandangan yang agak keliru, dari para pendengar beliau tadi.


Satu lagi kenangan yang tidak dapat saya dan seorang kawan lupakan ialah bagaimana kami telah dimanipulasi untuk bermain teka bola di bawah cawan (lihat gambar) dengan bertaruhkan wang (judilah tu kan?). Mula2 nampak senang sahaja meneka bola tersebut. Dia seolah2 memberi kami menang pada mulanya (tanpa kami dugakan), dengan pertaruhan yang kecil2 sahaja. Tetapi apabila pertaruhan meningkat, akhirnya habis semua wang kami dikaut olehnya. Rupa2nya pemain lain yang turut sama bermain bersama kami itu adalah rakan2nya juga. Ini dapat kami agakkan apabila selepas meninggalkan mereka, kami lihat mereka ketawa bersama2 dengan gembiranya. Mujurlah kami tidak membawa/ada duit yang banyak pada masa itu, tetapi jika tidak dihabiskan, boleh cukup untuk belanja makan selama seminggu. Astaghfirrullah.


Semasa pertama kali kami bercuti ke London, banyak jugalah tempat2 menarik yang kami kunjungi seperti Bunckingham Palace untuk melihat “changing of the guard”, Madame Tussauds yang terkenal dengan patung2 selebriti dari lilin tu, London Dungeon, Big Ben, Trafalgar Square dan sebagainya. Tetapi selepas beberapa kali ke London, tidaklah kami teruja sangat lagi untuk “sightseeing”, kecuali ke beberapa tempat menarik lain, yang kami cuba buat intaian sesekali, seperti ke SOHO,  kelab2 di waktu malam dan sebagainya….bukan apa, cuma naluri ingin tahu kami yang perlu diikuti untuk mengetahui apa yang berlaku di sana, sebenarnya. Di London ini juga walaupun pada awal 70an, telah ramai juga orang2 Malaysia berada di sana. Tetapi oleh kerana ramainya jumlah mereka, dan ada banyak persamaan pula dengan orang2 dari Thailand, Filipina, Brunei serta beberapa negara lain lagi, maka untuk mudah dikenali, sebut sahaja belacan kuat sikit, kalau ada yang memandang, sahlah dia orang Malaysia..kan?


Selain dari itu Malaysia Hall adalah tempat yang sering di singgahi untuk makan nasi yang jarang di temui semasa di kolej. Kali terakhir saya berada di London, pada 1997, ia masih di tempat lama berhampiran Marble Arch itu, tetapi sejak beberapa tahun lalu, Malaysia Hall telah pun berpindah ke kawasan berhambiran Bayswater pula, lagi mudah untuk dikunjungi. Begitulah London yang saya ingat dahulu. Kalau ada orang bertanya tak sesat ke kalau berjalan di London, saya akan kata, “Kalau Ghombau den tak sosek, apo laii kek London, kacang yolah”....hahaha. Jumpa lagi di lain entri. Salam.

Nota: Semua gambar adalah ihsan dari internet sahaja. TK.

17 comments:

aNIe said...

Salam Pak Zabs... lama tak membaca entry Pak Zabs... sebab bercuti ke Langkawi... saya ke Langkawi rupanya Pak Zabs dah sampai London...hehehe

Seronok membaca pengalaman di kota London tu... saya cuma dpt membaca dan dulu selalu mendengar cerita dari kak Long pengalamannya belajar di sana...

Riz Ardy said...

Salam abg...
Malaysia Hall dah berpindah ke Bayswater dah agak lama. Dan kedai2 Indonesia tu dah tak bnyk yang ada. Kebanyakannya kedai2 Cina Muslim. Tapi kami lebih gemar makan di cafe Malaysia Hall, sbb dah amat kenal dengan owner cafenya. Harga meal, masih sama dengan dulu, iaitu 3pound, tp untuk sekali makan..hehe. 1 lauk dan 1 sayur.
Speaker's Corner dah takada, ada pergi petang tu, tapi mmg dah tak ada, mungkin hari Ahad. Cuma ada perhimpunan secara aman oleh rakyat Iraq (kalau tak salah, tak perasan pulak bendera dia)...
Sama juga ngan abg, kalau campak kat tengah2 kota London, insyaallah takkan sesat... hehe. Dah macam balik kampung. Cuma masih tak dapat cakap macam diorang cakap....
TQ...hehe

Suria Klang said...

Jeles gitu.........jalan2 sampai ke London...entah bila saya akan ke sana lagi........huhu.......

Jom Pak Zabs kita backpack gi London? Takkan sesatnya kan???? Kita ajak le kengkawan lain yang rasa London tu cam kampung halaman dia je...hehehe

ZABS said...

Anie: Langkawi pun menarik juga, saya ada cerita jugak kat sana sebelum LKV jadi dury free port...
Kami buat kerja ukur di sana. Nasib orang kampong dapat gi London, nak buat macam mana. Syukurlahkan?

Riz: Terima kasih kerana info tambahan itu. Org dsh jemu nak berpidato dah kot?

Suria: Kita minta org tu belanja tambanglah. Dia asyik cakap balik kampong, tapi tak ajak ikut pun...haha. AA pun ada...InsyaAllah ada rezeki tu. Nak backpack takut patah pinggang yang dah lama ni...huhuhu.

Riz Ardy said...

kang belanja tiket betul betul kang..... haha
Pertengahan bulan 5, ke London lagi... tak ke namanya balik kg? hehe. NAk ikut ke? Kalau nak boleh saya booking sekarang... takyah le duk backpackers, duk lah hotel 5*... trade in ngan ikan patin....hehe

ZABS said...

Riz...boleh mula mancing ikan Patin lah dari sekarang. Dapat 50 ekor boleh cukup duit tambang tu kot?..haha...TQ but no TQ, kalau ada duit pergi Umrah lagi baik kan?

Azlan Zed said...

London was fun.

Bilo kito nak poie laie?

Kih Kih Kih !

ZABS said...

Alan; Kalau dah beli tiket baru boleh cerita.

Cik Pah said...

salam kenal .

even tiket air asia murah pun cik pah masih tak mampu lagi mau ke sana ..huhuhu.. insyaalah.. lagi 2/3 tahun maybe jejak jugak kesana

ZABS said...

Cik Pah: Terima kasih kerana udi singgah ke sini. Kalau niat hendak di London tu akan termakbul juga nanti. InsyaAllah.

Neeza Shahril said...

baru je pergi last year.. Rasa tak puas sebab banyak tempat tak pergi. Dengan anak kecil.. hmmmm... lebih kepada singgah2 aje.. ;)

ZABS said...

Salam Neeza,

Dah dekat tu bolehlah selalu pergi, shopping2...hahaha.

Qashmere said...

Seronok baca cerita tentang pengalaman di London

Unknown said...

Salam perkenalan......Saya br dpt offer bekerja di Eastern Airlines berpusat di London.Tu yg tgh survey2 ni dr segi tmpt tggl, tmpt makan dan cara kehidupan muslim disana.Diharap dpt membantu memberi info bg yg berpengalaman. Terima kasih.

Unknown said...

Assalamualaikum.. Sy dpt offer keje kt sana.. Hotel management. Xsabar rasanya nak pegi berhijrah. Nk cari pengalamam... Hehhehe. Doakan sy ye..

Unknown said...

Assalamualaikum.. Sy dpt offer keje kt sana.. Hotel management. Xsabar rasanya nak pegi berhijrah. Nk cari pengalamam... Hehhehe. Doakan sy ye..

Unknown said...

Assalamualaikum.. Sy dpt offer keje kt sana.. Hotel management. Xsabar rasanya nak pegi berhijrah. Nk cari pengalamam... Hehhehe. Doakan sy ye..