Wednesday, April 27, 2011

KENANGAN BERSAMA KD PERANTAU (1)

KD Perantau dan KD Mutiara adalah dua kapal TLDM yang dikhaskan untuk tugas2 pengukuran hidrografi. Kapal ini juga dicat dengan warna putih untuk membezakannya dari kapal TLDM yang lain yang berwarna kelabu (grey). KD Perantau yang ada sekarang adalah KD Perantau yang baru dan telah dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih mengikut keadaan semasa. Namun KD Perantau yang di dalam kenangan saya ialah yang lama. Bekas sebuah kapal penyapu ranjau yang dihadiahkan kepada TLDM oleh kerajaan British, dan ditukarkan fungsinya kepada kapal ukur hidrografi.

Untuk gambar dan sedikit cerita lain berkaitan KD Perantau tuan-tuan boleh melawat ke blog berikut.... http://utuhpaloi.com/cerita-kd-perantau-dan-ftb/

Khidmat saya di kapal ini tidaklah lama sangat, lebih kurang setahun agaknya (1976/77). Bermula dengan saya ditumpangkan ke kapal ini untuk penilaian sebelum dihantar berkursus. Kemudiannya saya ditugaskan semula ke kapal ini sekembali dari kursus tersebut, sebelum bertukar pula ke KD Sri Langkawi yang telah saya ceritakan sebelum ini. Seperti yang telah diketahui ramai, kapal ini adalah kapal ukur, maka mengukur sahajalah kerjanya. Pengukuran yang saya masih ingat yang saya telah terlibat dengan kapal ini ialah penmgukuran di perairan Langkawi dan Melaka.


Pengukuran di Langkawi membawa sedikit kenangan yang agak menarik dan mungkin tidak akan saya lupakan. Pulau Langkawi pada masa itu masih sunyi dan tidak semeriah sekaraang. Kapal tiba di sana pada sebelah petang setelah beberapa hari dalam perjalanan darei Woodlands, Singapura, untuk melakukan pengukuruan selama lebih kurang dua minggu. di perairan tersebut. Kapal tiba dan bersauh di Pelabuhan Kuah. Pada malamnya pegawai2 kapal telah mengadakan BBQ di pantai tanpa memikirkan sensitiviti penduduk di sana yang mungkin akan mengganggu keharmonian mereka di pulau yang aman itu. Pada masa itu terdapat sebuah klinik desa di sana, dan ada pula yang berani untuk menjemput jururawat bertugas untuk makan2 bersama, namun semestinya pelawaan itu telah ditolak dengan bai k oleh mereka. BBQ itu walau bagaiman pun berakhir agak lewat juga.

Pada esoknya kami sudah perlu memulakan tugas pengukuran, dan salah satu tugas ialah untuk menyediakan satu kawasana untuk memasang stesen pemancar untuk alat pengukuran. Ia perlu dipasang di tempat yang tinggi untuk mendapat jarak yang lebih baik (pada masa itu, GPS belum digunakan lagi unhtuk kerja2 pengukuran). Pulau Tiloi yang terletak agak terluar sedikit dan mempunyai ketinggian yang baik dipilih untuk tujuan tersebut. Oleh kerana pulau itu agak tinggi dan berhutan, ia perlu diterangkan agar pancaran dari alat ukur boleh di terima dengan baik oleh bot-bot yang akan menjalankan kerja2 ukur nanti.

Tiga belas orang anggota termasuk beberapa orang pegawai telah ditugaskan untuk kerja2 tersebut termasuk membawa bersama chain saw untuk menebang pokok jika perlu. Kami terpaksa mencari kawasan yang paling tinggi di pulau itu, untuk dijadikan tapak stesen pemancar kami. Kami mengambil masa agak lama juga untuk sampai ke puncak pulau tersebut dan mula membuat pembersihan termasuk menebang beberapa pokok besar yang terdapat di kawasan yang di pilih itu.


Memang nasib tidak menyebelahi kami pada hari itu, kerana pada salah satu pokok yang kami tebang itu, terdapat sarang lebah (bukan tebuan tanah agaknya, kerana kalau tebuan mungkin ada yang dah jadi arwah hari itu).Ia tidak di ketahui adanya kerana ketekunan kami membersihkan kawasan tersebut. Tanpa "amaran", kami diserang, dan kami lari lintang pukang menyelamatkan diri masing2 sambil menjerit memberi tahu antara satu sama lain akan adanya lebah di kawasan itu. Dalam masa yang agak singkat kesemua 13 orang kami meluru menuruni pulau itu dan terus terjun ke laut. Memang pantas, mungkin jauh lebih pantas dari pelari 100 meter agaknya.
Apabila semua kembali tenang, ketua kumpulan mula mengira anggota yang ada dan mendapati cuma ada 11 orang sahaja, bermakna dua lagi telah hilang. Apabila dikenalpasti, yang hilang itu, kami pun mula memanggil2 nama mereka. Setelah beberapa lama dipanggil barulah terdengar suara mereka berdua sayup2 dari belakang pulau tersebut. Kami merasa hairan juga kenapa mereka berdua boleh berada di bahagian lain pula. Mereka pun dipanggil untuk datang ketempat kami kerana bot pun berada di situ. Oleh kerana pulau itu tidaklah besar mana, maka sebentar kemudian mereka sampai ke tempat kami berkumpul.

Apa yang terjadi ialah mereka telah turun ke sebelah belakang pulau kerana pada masa itu mereka berada jauh dari kami. Apabila mendengar jeritan ada serangan lebah, mereka terus turun mengikut jalan yang terdekat. Tetapi malang bagi salah seorang dari mereka, dia telah banyak terpijak dan juga terpegang landak laut (seperti di gambar) yang banyak terdapat di bahagian laut tempat mereka turun itu. Walau pun kami semua ada juga terkena durinya di kawasan kami itu, tetapi kawan yang ini telah terkena lebih banyak dan perlu di hantar ke hospital selepas itu. Dia juga terpaksa ditahan semalaman di wad untuk pemerhatian, takut bisanya merebak. Dapatlah juga dia berbual2 dengan jururawat yang bertugas di situ (dia jugalah orangnya yang mengajak jururawat2 itu untuk datang makan2 semasa BBQ itu).

Esoknya dengan bantuan beberapa orang dari Pulau Langkawi, satu pasukan lain telah ke Pulau Tiloi itu untuk melihat keadaannya dan untuk mengambil  peralatan yang tertinggal semasa kami lari turun ke laut. Alhamdulillah, tidak ada lagi lebah dan semua peralatan di jumpai semula. Malahan tempat itu terus dijadikan tempat untuk memasang pemancar alat pengukuran itu. Pengukuran ini akhirnya dapat dilaksanakan dengan baik.

Sehingga di sini dahulu untuk kali ini. Ada beberapa lagi kenangan menarik yang akan disambung pada entri akan datang. InsyaAllah.

ps: Gambar2 dari internet.

5 comments:

Firdaus said...

Salam Pak Zabs..
Kalau kena sengatan lebah tu, boleh bengkak,berdenyut-denyut dan rasa nak demam

Zabs said...

Betul tu Firdaus. Tetapi cucukan duri landak laut tu lagi bisa agaknya, sampaikan terlupa sengatan lebih2 tu. Nasib bukan tebuan tanah...

Riz Ardy said...

hasrat dia untuk bersama nurse tu tercapat juga akhirnya.... haha. Tulah, gatai sangat...

Zabs said...

Riz... dia pulak yang kena inject, dgn nurse tu.

akew_gadis said...

uish,, bahaya jugak ye,, even xberperang....