Saturday, April 16, 2011

BERKURSUS DI KD PELANDOK, SEMBAWANG

Kursus ini dijalankan selama setahun (1975/76), sebelum kumpulan kami diperjawatkan ke kapal, untuk memegang jawatan tetap dan bukan sebagai pelatih lagi. KD Pelandok pada masa itu terletak di Sembawang, Singapura. Di sini terdapat, beberapa kursus yang dikendalikan untuk kedet dan rekrut (ada rekrut wanita juga pada masa itu). Pegawai Memerintahnya pada masa itu berpangkat Komander TLDM, dengan beberapa orang pegawai latihan dan jurulatih dari kalangan pegawai pangkat rendah.

Pembelajaran yang kami terima di sini masih sama cuma tahapnya adalah lebih tinggi dan lebih menjurus kepada bidang tugas yang akan kami hadapi semasa di kapal nanti. Oleh itu saya tidak lah akan memboringkan anda semua dengan cerita itu. Sebaliknya saya akan ceritakan serba sedikit cerita menarik di sebalik kehidupan seorang pegawai muda semasa berkursus di sini.


Di kem ini kami mempunyai bilik sendiri dan juga ada steward yang mengemaskan bilik dan menjaga makan di mes. Ini hanya dilakukan untuk pegawai sahaja tidak untuk kedet dan rekrut yang perlu melakukannya sendiri. Namun keadaan persikataran kem ini ada masanya, kami juga dihidangkan dengan satu bau yang biasanya datang semasa selepas hujan, jika angin tepat bertiup kearah kem dari ladang ternakan kerbau pendek yang terletak lebih kurang 200 meter sahaja dari kem itu. Terpaksa menyembur minyak wangi di dalam bilik pada masa itu. Rutin kami juga berbeza dengan kedet2 dan rekrut2 tersebut. Kami juga dibenarkan untuk keluar pada sebelah malam jika tidak bertugas, dan hanya perlu balik sebelum 2359 (tengah malam), tidak seperti kedet dan rekrut, yang hanya boleh keluar pada hujung minggu..

Sebagai pelatih di pusat ini, kami juga perlu bertugas mengikut giliran sebagai  pembantu Pegawai Bertugas Harian. Antara tugas harian yang dilakukan sepanjang masa bertugas, yang bermula dari jam 0800 hingga jam 0800 keesokkan harinya, ialah mengetuai acara  menaikkan bendera (colours, 0800  pagi) dan  menurunkan bendera (semasa matahari terbenam). Melakukan lawatan waktu malam untuk menentukan kebersihan tempat tinggal dan juga keselamatan tempat-tempat simpanan senjata dan keseluruhan kawasan kem.

Seperti yang saya beritahu terdapat lasykar wanita yang berkursus di sini. Walau bagaimana pun mereka dilayan sama seperti juga rekrut lelaki tanpa kecuali (bagi saya lah). Biasanya jika saya yang bertugas dan melakukan pemerikaan keberihan ke tempat kediaman mereka, kedatangan saya biasanya ditunggu dengan sedikit gementar, kerana saya sedikit pun tidak ada belasan kasihan jika terdapat walau sedikit kesalahan dilakukan. Malah denda sepertri "push-ups", ketuk ketampi, seperti rekrut lelaki lakukan akan terkena mereka juga. Rekrut wanita ini, semasa kami mula sampai, didapati mereka agak kurang menghormati kehadiran kami, tetapi setelah beberapa insiden “deraan” yang mereka terima atas kesalahan2 tertentu itu, kehadiran kami mula disedari dan mereka tidak lagi berani untuk banyak "songeh".

Salah seorang pegawai latihan kami pada masa itu ialah seorang pegawai yang sangat terkenal dengan sifat tegas dan sentiasa mengikut peraturannya. Namun dengan kumpulan kami, layanan beliau agak sedikit berbeza, hingga pernah beberapa kali mengikut kami keluar untuk berhibur ke bandar Johor Bahru. Pada suatu malam semasa keluar untuk makan2 di JB, dua pegawai latihan termauk beliau, telah mengikut kami. Kerana terlalu leka dengan keadaan di JB itu, kami terlupa yang waktu telah lewat dan tiada lagi kenderaan untuk balik ke Singapura. Kami akhirnya menapak laju di Causeway, menyeberang ke Woodlands. Di sana barulah ada kereta “sapu” untuk balik ke Sembawang. Pegawai ini akhirnya sampai ke puncak kerjayanya, dan telah bersara sebagai Panglima TLDM beberapa tahun lalu.

Pada masa tersebut, kumpulan kedet yang bersama kami di KD Pelandok, agak ramai jumlahnya dan kami turut terlibat dengan latihan mereka dengan setiap orang dipilih menjadi “sea daddy” kepada beberapa orang dari mereka. Sistem “sea-daddy” ini adalah untuk memberi kami peluang megenali kedet2 di bawah bimbingan kami dan membantu mereka untuk menghadapi latihan dengan baik. Ini adalah juga sebagai pendedahan kepada sistem yang di panggil “divisional duties”, di mana setiap pegawai di kapal atau di mana sahaja mereka bertugas akan mempunyai anggota lain-lain pangkat di bawah pengawasan mereka. Mereka akan bertanggungjawab kepada pegawai memerintah, dari segi kebajikan, latihan dan disiplin mereka. Salah seorang dari kedet ini, sekarang sedang memegang jawatan Panglima TLDM.


Di kem ini juga kami semua agak aktif bersukan seperti sepak takraw, bolasepak, volley ball dan sebagainya dan pada masa ini jugalah buat pertama kali dan terakhir saya mencuba bermain rugby. Saya dipilih secara rela-paksa untuk menganggotai tim rugby pasukan pegawai, untuk melawan tim pegawai tentera laut dari New Zealand, yang singgah untuk lawatan ke Singapura. Semesti pasukan kami telah kalah, Saya seperti seekor pelanduk ditengah2, dua gajah yang menghimpit apabila cuba membawa lari bola yang di lontar kepada saya.Serek dan tidak mahu mengulangi lagi pengalaman itu.

 
Pekan terdekat di sini ialah Chong Pang, yang kelihatannya seperti pekan koboi sahaja pada masa itu. Tetapi terpaksa menjadi tempat untuk melepaskan kebosanan di pusat latihan itu. Walaupun kecil tempat ini cukup serba serbinya, dan terdapat pula sebuah gerai mamak yang menjual sup (terbaik) pada masa itu, dan menjadi tumpuan ramai. Chong Pang turut menjadi sebahagian kehidupan kami pada masa itu. Akhirnya latihan ini berakhir dengan sempurna juga, kini tiba masa untuk kami diperjawatkan ke kapal pertama kami pula. Saya telah mendapat arahan untuk melapor ke kapal pertama saya, iaitu sebuah kapal ronda, KD Beladau...cerita nya pada entri akan datang.

ps: Sebahagian gambar itu ihsan dari internet.

14 comments:

PakMail said...

Pak Zabs,

Untuk kali yang pertama saya menghayati bau seperti itu. Namun, selama 10 minggu saya berada di sana telah menjadi lali di buatnya.

silversarina said...

salam, seronok baca kisah Zabs , tak sangka TLDM daha da wanita sejak lama dah ,ingat baru lagi . Sea-daddy ..sib baik tak sudgr daddy ..heheheh .

Zabs said...

Pak Mail,

Tahun bila berada di sana? Cerita saya mungkin kurang menarik tamna gambar2 kan...masa tu tak minat berfoto lagi...haha.

Zabs said...

SS, mulanya rekrut sahaj, kemudian ada pulapegawai wanita pula dan mulakan banyaklah kerenah yang timbul pula...huhu.

kak Erna said...

Seronok kan bila kita dapat mengingati kisah lama..kenangan yang tak mungkin dilupakan..

PakMail said...

Pak Zabs,

Saya berada di sana pada 1hb Julai sehingga akhir bulan Sept 1977 selama lebih kurang 10 minggu.

Banyak kenangan di sana.

Zabs said...

Erna,

Tanpa kenangan manusia itu tiada apa-apa lagi yang ada.

hanafi said...

Pak Zabs, tahun 76 saya jugak d sana, CO masa tu Lt. Kol. bracket L Wak Daud, pegawai latehan yang terkenal dengan sifat tegas dan selalu ikut peraturan, dengar cerita, isteri dia jugak lari ikut budak AB

Riz Ardy said...

Salam abg...tengah sedap baca cerita ni, tiba tiba dengar suara Jamal.... teringat, bila pulak saya buka video Jamal.... rupanya ada kat blog ni....hehe kelas gitu...

Zabs said...

Salam Hanafi,

Memang benar anda telah berada di sana. Tetapi Wak Daud tu, CO KD Malaya. CO KD Pelandok ialah Kdr Khoo Tee Chuan.
Tentang komen satu lagi tu, dah jodoh tak panjang, dan ada jodoh dgn orang lain yang nak jadi Puan Sri. Wallahua'lam.

Zabs said...

Salam Riz,
Untuk bagi org relaks sikit baca cerita di sini...haha.

Neeza Shahril said...

MasyaAllah! salute betul Pak Zabs masih ingat kisah almost 37 tahun dulu... cerita2 ni lah yang cucu2 nak dengar nanti..

Zabs said...

Neeza,
Banyak lagi nak di ceritakan tetapi, nak menaipnya jenuh tangan...haha. So, compressed version je lah.

sharifah rosidah said...

salam Pak Zabs, saya ingin bertanya adakah Pak Zab kenal dengan Major Amat Samat kalau tak silap dia dulu bersama KD Hang Tuah, beliau adalah Abang Ipar saya tapi kalau tak silap dia bersara awal dalam tahun 1975.