Thursday, April 14, 2011

LATIHAN DI KAPAL TLDM

Setelah hampir setahun berada di luar negara (73/74), kami semua kembali ke Malaysia untuk meneruskan pembelajaran kami dalam ilmu kelautan dan ketenteraan di dalam TLDM pula,  di mana terletaknya tugas hakiki kami sebenarnya. Ia bukan lagi sekadar teori dari tentera laut negara asing yang mungkin tidak sesuai dengan persekitaran di sini. Kami sebenarnya perlu melapor ke Woodlands, Singapura, bukan di Lumut. Ini adalah kerana pada masa itu Pengkalan TLDM, masih berada di Woodland, sebelum ianya berpindah pada awal tahun 80an.


Latihan tahun kedua kami sebagai kedet ini, atau dipanggil “Midshipman”, dilakukan di atas kapal2 TLDM, yang dibahagikan kepada tiga jenis kapal, iaitu kapal friget (kapal induk untuk latihan), kapal ronda dan kapal penyapu ranjau. Kami dijadual berada selama 3/4 bulan di setiap kapal tersebut. Di kapal ronda kami hanya seorang diletakkan di setiap kapal, berdua semasa di kapal penyapu ranjau dan dikumpulkan dalam satu kumpulan semasa di kapal friget itu. Saya kurang pasti pula di kapal mana yang kami mula ditempatkan dahulu. Apapun saya akan tuliskan satu persatu mengikut ingatan saya.

Kapal pertama kami menjalani latihan ialah di kapal Friget KD Hang Tuah (yang lama). Di kapal ini juga terdapat pegawai2 kedet tahun pertama yang menjalani latihan mereka seperti mana seperti latihan kami di HMS Intrepid dulu. Keanggotaan kapal ini adalah lebih kurang 170 orang termasuk 15 pegawai. Pegawai Memerintahnya adalah seorang Kepten TLDM (setaraf Kolonel dalam Tentera Darat). 



Di Kapal ini, cara pembelajarannya adalah cukup teratur. Terdapat dua pegawai yang di tugaskan sebagai Cadet Training Officer. Di samping kumpulan kami juga ada satu kumpulan kedet, seperti saya sebutkan di atas. Pembelajaran secara di kelas dan praktikal diberikan dengan menitikberatkan kepada tugas sebagai pegawai di kapal, terutamanya subjek panduarah, persenjataan,  komunikasi, pengawasan bilik enjin dan seumpamanya.  Kehidupan di kapal ini agak selesa kerana, mempunyai ruang yang besar dan siap dengan bilik rehat, dewan makan dan bilik tidur (kabin). Terdapat pula kedet tahun pertama untuk “dibantu” atau memberi bantuan.

KD Hang Tuah banyak melakukan pelayaran ke merata pelabuhan di Malaysia termasuk satu pelayaran ke luar negara, tidaklah sejauh mana, cuma ke Sabang, sebuah pelabuhan di utara Sumatera. Di Malaysia pula, pelabuhan2 yang dilawati termasuklah, Labuan, Sandakan, Tawau dan Sibu. Pulau Pinang merupakan pelabuhan yang agak kerap disinggahi. Sebagai kapal latihan kapal ini juga kerap mengadakan rerepsi setiap kali masuk ke pelabuhan dan kedet serta midhipmanlah yang selalunya menjadi “mangsa” untuk mengatur dan mengurus para jemputan untuk datang ke kapal. Selepa 3 bulan kami telah bersedia  dari segi latihan untuk berpindah ke kapal seterusnya.

Kapal saya selepas itu ialah sebuah kapal ronda persisiran, KD Sri Terengganu (ex). Kapal ini mempunyai dua orang pegawai. Pegawai Memerintahnya berpangkat Leftenan TLDM (setaraf Kapten dalam Tentera Darat)  dan terdapat lebih kurang 20 orang anak2 kapal. Saya sebagai pegawai dalam latihan, diberi tugas sabagai Pegawai Panduarah. Tugas utama saya ialah menyediakan pelan untuk laluan kapal apabila akan belayar ke mana2. Di samping itu saya juga akan melakukan tugas2 yang perlu dan yang akan diarahkan dari masa ke semasa.

Tugas kapal ini ialah menjalankan rondaan di Perairan Laut Wilayah kita termasuk ke Sabah dan Sarawak. Pada mulanya agak teruja dengan tugas yang bakal dilakukan. Seperti dijangkakan, Latihan yang dijalankan semakin menarik dan saya telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kapal dan di laut. Sepanjang penugasan di kapal ini, tiada insiden menarik berlaku semasa saya di kapal kecuali beberapa kali kapal telah dapat menahan bot2 nelayan dari negara Thailand yang menangkap ikan secara haram di perairan kita. Apabila dapat ditangkap mereka biasanya diserahkan kepada pihak polis untuk diambil tindakan. Kapal kami ini pernah memasuk dan beristirehat di dalam Sungai Golok untuk mengelak dari cuaca ribut di perairan Kelantan pada masa itu.

Kapal ronda biasanya tidak membawa bekalan air dan makanan yang banyak memandangkan kurangnya tempat untuk berbuat demikian. Bagi mengatasi masalah air, kapal akan mencatu bekalan air apabila berada di laut. Air hanya akan dibuka pada masa2 tertentu untuk membersih diri dan menggosok gigi sahaja. Tidak dibenarkan mandi kecuali apabila akan masuk ke pelabuhan dan air akan dapat di isi semula. Untuk makanan pula kapal akan membawa bekalan siap sedia (packed ration) dan mee segera. Catuan basah yang di bawa hanya boleh bertahan selama seminggu sahaja kerana peti ejuk yang kecil. Kapal akan perlu masuk ke pelabuhan untuk mengambil catuan kering dan membeli catuan basah. Sesekali kapal akan menahan bot2 nelayan untuk membeli ikan2 untuk  di masak. Ada kalanya kita bertukar2 beras  dan gula untuk ikan2 mereka itu.

Selepa empat bulan saya dikehgendaki melapur ke kapal penyapu ranjau (minesweeper). Kapal ini, KD Kinabalu, yang lebih besar sedikti saiznya dan mempunyai lebih ramai pegawai dan anak2 kapal bertugas di dalamnya. Semua sekali lebih kurang 40 orang termasuk 5 pegawai (Pegawai Memerintahnya, Leftenan Komander (setaraf Mejar dalam Tentera Darat). Kapal ini juga ditugaskan untuk rondaan di Perairan Laut Wilayah kita tetapi semasa cuaca kurang sesuai untuk kapal ronda berada di laut. Di samping itu kapal ini juga sering mengadakan latih2an penyapuan ranjau dari masa ke semasa. Di kapal ini saya di beri tugas sebagai Pegawai Persenjataan merangkap Pegawai Persuratan. Latihan di kapal ini juga berjalan dengan baik dan memuaskan.

(Gambar dari internet: Pantai Pulau Perhentian yuang bersih)
Semasa di kapal ini juga, saya teringat buat pertama kalinya kapal berlabuh di antara dua pulau, ia-itu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar untuk beristirehat. Pasukan bolasepak kapal telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan tim bolsepak pulau tersebut. Pada malamnya pula diadakan BBQ untuk berkenalan dengan penduduk tempatan. Kambing untuk BBQ itui adalah pertukaran dengan beras dan barang2 kering dari kapal yang tidak habis digunakan. Pada masa itu belum lagi ada resort2 seperti yang ada sekarang. Latihan di nkapal ini juga menarik dan  empat bulan berakhir dengan pantasnya.

Temuduga untuk kenaikan ke pangkat Lt Muda TLDM, yang dipanggil “Midshipman’s Board” diadakan pada setiap akhir tahun kedua latihan pegawai kedet. Selepas latihan di kapal2, kami di tukarkan ke KD Pelanduk, di Bah Soon Pah Road, Sembawang untuk persiapan menghadapi temuduga tersebut. Kejayaan dalam temuduga ini adalah penentu keapada masa depan kami diu dalam TLDM. Ia merupakan temuduga secara lisan terus dengan Lembaga Temuduga yang terdiri dari Pegawai2 Kanan yang terpilih untuk menilai bukan sahaja pengetahuan kami dalam profesion ketenteraan (Tentera Laut dan Angkatan Tentera keseluruhannya) tetapi juga kewibawaan sebagai seorang pegawai. Ujian terakhir ini akhirnya dapat dilalui dengan baik dan kami semua mendapat watikah dan ditauliahkan sebagai Lt Muda TLDM…namun latihan tidak berakhir di sini, satu tahun lagi kursus menanti selepas itu, di KD Pelandok itu juga selama 1 tahun…..itu untuk entri berikutnya.

  

18 comments:

pB said...

banyak cerita yang pB terlepas nie ...


kena siapkan kerja dulu ..

nanti jab lagi pB sambung baca

ZABS said...

Silakan pB...beri komen untuk perbaiki kalau boleh. TQ.

33dda said...

Salam,

Berapa lama sebenarnye kursus untuk jadi pegawai TLDM?

ZABS said...

Salam 33dda,

Tiga tahun keselurhannya tapi berperingkat2. (Kedet, Midshipman dan Leftenan Muda) Selepas itu ada lagi beberapa kursus kepakaran yang akan dihadiri dari masa ke semaa mmengikut keperluan.

Riz Ardy said...

Salam abg,
1- gambar budak pompuan dalam gambar pertama tu siapa? Masa tu dilautan atau Pelabuhan?
2- Kapal Penyapu Rayau - kenapa teruk sangat bunyinya? hehe. Ada makna lain kah?
3- Gambar last sekali tu, kepit Dunhill kan? hehe

aNIe said...

Salam Pak Zabs... terlalu banyak pengalaman yang Pak Zabs tuliskan di sini hingga anie rasa kursus utk pegawai TLDM ni terlalu lama...hehehe

Pernah menaiki kapal KD Tuah yang berlabuh di jeti Tanjung Bruas di Tanjung Kling Melaka dahulu...masa tu mereka mengadakan hari lawatan/terbuka untuk orang awam... bawak anak2 pergi tengok... sungguh teruja masa tu nak suruh anak bujang tu sorang menjadi anggota TLDM...

Masa menaiki kapal tu...ada sorang pegawai yang memberi penerangan kepada kami tentang KD Tuah...menurut katanya selain KD Tuah ada jugak KD Jebat... tapi ntah kenapa... KD Jebat dan KD Tuah tidak boleh berdekatan pasti ada masalah... maka KD Jebat di hantar ke tempat lain.. tak taulah betul ke idak cerita tu...hehehe

ZABS said...

Riz: Itu semasa kapal mengadakan pelayarean untuk keluarga , dilaut tu. Anak kawan bercermin mata hitam tu.
Ranjau bukan rayau Riz. Ranjau tu macam halangan seperti periuk api atau bahan letupan yang di pasang untuk menghalang kapal melalui sesuatu kawasan tu.

ZABS said...

Salam Anie,

Biasalah kursus dalam tentera ini, memang packed, tapi kalau dah minat rasa sekejap je.

KD Hang Tuah yang dilawat tu yang baru kot. Yang lama, kapal latihan saya tu dilucutkan tauliah pada tahun 1977.

Lain dengan iteri saya, sorang pun anak saya tidak digalakkan mauk tentera. Walaupun bapanya seorang pegawai TLDM. Abang ipar saya pula bekas Panglima TLDM dan juga Panglima Angkatan Tentera beberapa tahun lalu.

MA said...

Menarik.. Family saya tak ada masuk tentera, baik darat laut tapi udara ada sorang sedara tapi dah pencen.

Anak-anak pun too "lembik" for tentera...Hahaha..ikutkan I, I galakkan depa masuk army. Tapi tak der yang berminat..

ZABS said...

MA: Minat ni tak boleh nak paksa kan MA. Namun "lembik" pun bukan penghalang. Ada ramai yang nampak mcm tu bila join, tapi elepas beberapa bulan, hilang "lembik"nya. Apa pun pilihan sekarang lebih byk, tentera dan poli mungkin pilihan terakhir.

silversarina said...

Baru sempat nak start baca,,selalu tengok tajuk entry aje ..I tabik spring kat Zabs kerana punya pengalaman dalam bidang tentera laut ini ..lama juga ambik masda untuk lepas training dan tapisan yang ketat sebelum jadi pegawai ...memang kuat semangat .

ZABS said...

Terima kasih Sarina,
Nak masuk universiti dulu, form six pun tak lepas. Malas belajar separuh jalan je. Masuk tentera lagi banyak belajar dan kursus yang nak dihadiri rupanya.
Nanti saya akan cerita tentang semua kursus yang saya dah buat termasuk dapat peluang belajar kat U juga. Dah tua2 belajar, semput jugak sekejap...haha.

Unknown said...

Salam, kalau laskar muda tldm nak naik pangkat jadi pegawai tldm boleh ke ?

redlegendz said...

Tldm Ni cuti dy mcm mna utk pegawai?

Unknown said...

Salam..
Boleh ke kalau org tak cukup tinggi n berkaca mata nak masuk tldm selepas degree?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam, bolehkah berkahwin semasa masih dlm latihan 3 tahun tersebut?

Fahmi said...

Teringin nak masuk tentera.. doakan saya dapat Lepas saringan utk pegawai kadet hujung tahun ni.