Monday, December 29, 2008

Menjejak Kasih

Saya mengakhiri tahun 1429H dengan menghadiri satu perhimpunan keluarga sebelah isteri, yang diadakan di Seremban pada 28hb.

Perhimpunan Jejak Kasih Warigh Menuang ini, yang mana telah dimula pencariannya sejak lebih 1 tahun 6 bulan yang lalu kini telah menjadi kenyataan.

Meneliti Carta Salasilah keturunan yang telah disediakan. Salasilah keluarga meliputi ke generasi yang ke6.

Bukan yang tua sahaja berminat untuk melihat salasilah keturunan mereka...

Yang muda juga tidak melepas peluang untuk mengetahui asal usul keturunan mereka.

Yang Berbahagia Dato' Mohammad bin Hussein, antara orang kuat yang banyak berusaha untuk menjadikan majlis itu satu realiti. Yang duduk di hadapan itu, antara dari keturunan ke dua dan ketiga yang masih ada lagi.

Antara ahli keluarga yang hadir.

Tidak lengkap jika majlis itu tidak diserikan dengan acara cabutan bertuah. Antara warigh tertua yang diberi penghormatan untuk mencabut nombor bertuah pada hari itu.

Pemenang tentunya bergembira dengan hadiah yang diterima. Hadiah2 tersebut adalah sumbangan dari keluarga yang hadir pada hari itu.

Dan tentunya satu lagi kemestian, sessi bergambar beramai2. Pada anggaran saya mungkin, terdapat lebih 300 orang yang hadir pada hari itu. Jumlah resmi mungkin kena tunggu apabila AJK Keluarga Menuang ini mengadakan mesyuarat "Post-Mortem" mereka nanti. InsyaAllah.

Friday, December 26, 2008

Kota Kinabalu

Pada hujung tahun ini banyak pula tempat yang dikunjungi termasuklah KK.

Berikut beberapa gambar menarik (pada anggapan saya je) yang sempat diambil semasa di sana dari 16hb hingga 19hb yang lalu.

Lapangan Terbang baru KK (masih belum siap sepenuhnya).

Mencuba jambatan gantung di Taman Budaya Sabah.

Beberapa rumah tradisi orang Sabah.

Lampu "gasoline" tetapi "bermenthol baru".

Pemandangan dalam rumah panjang orang Sabah.

Nelayan bersedia untuk ke laut.

Di luar pasar Filipino.

Nyaman meminum air kelapa apabila kepanasan.

Masjid Negeri Sabah.

Betul ke bangunan ini kelihatan sedikit condong???

Saje je ambil gambar ni.

"HARI INI DI TAHUN HADAPAN JIKA BERKHIDMAT DI DALAM KERAJAAN, SAYA AKAN BERSARA WAJIB. ALHAMDULILLAH SEMOGA SAYA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK, KEKAL DI DALAM ISLAM DAN BERIMAN. INSYAALLAH".

(Updated)


Wednesday, December 24, 2008

Dah 30 Tahun

Hari ini 30 tahun yang lalu,

Gambar ini,

Dan yang ini, diambil sebagai kenangan, dan kini masih menjadi antara gambar terbaik yang berada di dalam simpanan.

Gambar ini diambil lebih 7 tahun yang lalu,

Gambar ini pula diambil 8 bulan yang lalu,

Dan yang ini baru diambil 2 hari lalu, juga akan menjadi koleksi terbaik. Tidak kira bila gambar2 tersebut diambil atau akan diambil, selagi ia diambil bersama isteri tersayang, ia akan tetap menjadi koleksi terbaik.

"SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-30 BUAT ISTERI TERSAYANG"

Friday, December 19, 2008

Lobang Jepang

Satu lagi tempat menarik dikunjungi semasa di Bukittinggi ialah "Lobang Jepun".

Sebelum memasuki lobang ini, terlebih dahulu kami telah melalui tugu ini yang didirikan untuk mengenang kembali zaman penjajahan Jepun itu. Jelas salah satu dari patung ini menunjuk ke arah lokasi Lobang Jepang tersebut.

Lobang ini telah mula dibina oleh tentera Jepun pada tahun 1942, dengan menggunakan buruh paksa yang diambil dari daerah2 luar dari Bukittinggi. Ia berhenti sebelum sempat disiapkan keseluruhannya pada tahun 1945, apabila pihak Jepun menyerah kalah, satelah dua bandar utamanya dibom oleh pihak bersekutu.

Ia dibina lebih kurang 45m ke dalam bumi.

Ia juga mempunyai kepanjangan lebih kurang 1.6 km (Wallahua'lam).


Terdapat berbagai "bilik" tertentu yang dibina khas di dalam lobang ini, seperti bilik senjata (yang paling banyak), bilik mesyuarat dan tentunya penjara seperti gambar di atas.

Penjara yang sempit ini menempatkan kesemua buruh paksa yang ramai jumlahnya itu. Mereka tidak ditemui lagi walaupun setelah pihak Jepun menyerah kalah dan lobang tersebut dihenti pembinaanya.

Beginilah keadaan asal lobang tersebut.

Ia kelihatan begini kerana telah disapukan sedikit konkrit agaknya untuk menguatkan lagi strukturnya.

Keletihan setelah keluar dari lobang tersebut.

Monday, December 15, 2008

Rumah Gadang

Tidak lengkap lawatan ke Padang ini jika tidak melawat ke Pusat Kebudayaan Minangkabau, yang terletak di Padang Panjang ini.

Disini kami diberi penerangan tentang adat perpatih dan kebudayaan orang Minang.

Rumah Gadang (besar) atau rumah keluarga orang Minang misalnya, didiami oleh ramai keluarga dari satu suku, dengan setiap keluarga diperuntuk satu bilik sahaja.

Anak laki-laki yang berumur 10 tahun ke atas, tidak tidur di rumah, sebaliknya tidur di Masjid, untuk belajar Agama, dan lain2 persediaan untuk merantau (mereka digalakkan merantau untuk menimba pengalaman).

Saya juga baru tahu bahawa, jika orang luar yang ingin berkahwin dengan gadis Minang tidak perlu masuk "suku". Tetapi jika lelaki Minang yang ingin berkahwin dengan gadis selain gadis Minang, maka gadis itu yang perlu masuk "suku", kerana anak-anak akan mengikut "suku" ibunya.

Di hadapan Rumah Gadang, biasanya ada beberapa rumah kecil seperti ini, untuk tempat menyimpan padi. Biasanya, satu bagi menyimpan padi untuk makanan darian keluarga, satu untuk kegunaan semasa kenduri-kendara, satu untuk membantu orang miskin dan sebagainya.

Justify Full
Orang Minang kaya dengan tadisi, termasuk pakaian yang berbagai untuk majlis perkahwinan misalnya. Oleh kerana Maknya malu nak mencuba baju serupa ini, maka si anak terpaksalah jadi modelnya.

Tetapi pengantin lama ini tidak sabar untuk mencuba dan bergaya dengannya. Mungkin dahulu tidak berpeluang memakai pakaian pengantin seperti ini.

Friday, December 12, 2008

Istana Pagaruyung

Satu lagi tempat yang kami dibawa melawat semasa di Padang ialah, Batusangkar, di Kabupaten Tanah Datar Sumatra Barat, di mana terletaknya Istana Pagaruyung, tempat bersemayam Daulat Yang Dipertuan Raja Pagaruyung pada masa tersebut.

(Gambar dari internet)
Walaubagamana pun Istana tersebut yang juga di panggil Istana Basa, telah terbakar beberapa kali. Dan kini dalam pembinaan semula.

Tahap pembinaan semula semasa lawatan kami itu, yang sempat diambil gambarnya.

Sebagai ganti untuk tempat tinggal, Tuan Gatih Pagaruyung, telah dibina Istano Silinduang Bulan ini, yang dirasmikan pada 23 Disember 1980.

Mengikut ceritanya, sejak dirasmikan, tabuan seperti di gambar, sentiasa membuat sarang di Istana tersebut.

Sarangnya pernah dipindahkan ke tempat lain di Istana itu juga, kerana pada masa itu sarang tersebut terletak terlalu hampir dengan pintu masuk utama Istana tersebut. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan pengunjung yang ingin memasuki Istana tersebut.

Di istana itu juga ada disimpan alat-alat kebesaran kerajaan Pagaruyung..

Satu yang menarik perhatian saya, yang terdapat berhampian dengan Istana tersebut, ialah pokok kelapa ini, yang begitu unik sekali bentuknya. Seperti lok sebilah keris pula nampaknya.

Istano Silinduang Bulan di lihat dari sisinya.

Wednesday, December 10, 2008

Rumah Buya Hamka

Salah satu tempat menarik yang kami kunjungi semasa percutian ke Padang/Bukittingi iyang lalu ialah rumah kelahiran Prof. Dr. Hamka, yang terletak berhampiran Tasik Maninjau.

Tasik tersebut adalah kedua terbesar di pulau Sumatera ini, tetapi mempunyai kedalaman lebih kurang 450m. Tasik2 lain hanya mencapai kedalaman tidak melebihi 200m sahaja.

Namun demikian untuk sampai ke pinggiran tasik tersebut, bas kami perlu menurun bukit, sambil melalui 44 kelok (selekoh tajam). Keloknya lebih tajam dari yang terdapat di Bukit Putus (Jalan Seremban/Kuala Pilah). Boleh pening dibuatnya.

Pemandangan menarik, diambil semasa bas berhenti sebentar di Kelok 34, sebelum meneruskan perjalanan.

Semasa melawat museum tersebut kami diberi sedikit taklimat (juga tazkirah) oleh anak saudara Buya Hamka (wajahnya juga ada mirip Buya Hamka), tentang riwayat hidup dan hasil kerja beliau.

Walau pun begitu, sebagai mana yang diberitahu, terdapat banyak lagi judul buku hasil penulisan beliau yang masih belum di terbitkan.

Kami juga difahamkan, bahawa buku2 beliau lebih banyak dicetak di Malaysia dan Singapura.

Masjid yang terdapat di tepian Tasik Maninjau itu. Rumah Buya Hamka agak jauh ke hadapan lagi dari Masjid tersebut.

ps: Papan tanda ini di pasang di hadapan Museum tersebut. Renung-renungkan dan selamat beramal.