Monday, December 15, 2008

Rumah Gadang

Tidak lengkap lawatan ke Padang ini jika tidak melawat ke Pusat Kebudayaan Minangkabau, yang terletak di Padang Panjang ini.

Disini kami diberi penerangan tentang adat perpatih dan kebudayaan orang Minang.

Rumah Gadang (besar) atau rumah keluarga orang Minang misalnya, didiami oleh ramai keluarga dari satu suku, dengan setiap keluarga diperuntuk satu bilik sahaja.

Anak laki-laki yang berumur 10 tahun ke atas, tidak tidur di rumah, sebaliknya tidur di Masjid, untuk belajar Agama, dan lain2 persediaan untuk merantau (mereka digalakkan merantau untuk menimba pengalaman).

Saya juga baru tahu bahawa, jika orang luar yang ingin berkahwin dengan gadis Minang tidak perlu masuk "suku". Tetapi jika lelaki Minang yang ingin berkahwin dengan gadis selain gadis Minang, maka gadis itu yang perlu masuk "suku", kerana anak-anak akan mengikut "suku" ibunya.

Di hadapan Rumah Gadang, biasanya ada beberapa rumah kecil seperti ini, untuk tempat menyimpan padi. Biasanya, satu bagi menyimpan padi untuk makanan darian keluarga, satu untuk kegunaan semasa kenduri-kendara, satu untuk membantu orang miskin dan sebagainya.

Justify Full
Orang Minang kaya dengan tadisi, termasuk pakaian yang berbagai untuk majlis perkahwinan misalnya. Oleh kerana Maknya malu nak mencuba baju serupa ini, maka si anak terpaksalah jadi modelnya.

Tetapi pengantin lama ini tidak sabar untuk mencuba dan bergaya dengannya. Mungkin dahulu tidak berpeluang memakai pakaian pengantin seperti ini.

15 comments:

Unknown said...

zabs :-)

thanks for sharing..

begitu rupa nya, cerita pasal 'suku'. saya dulu pun ingat kena masuk suku....hehehe

aha, now i know the purpose of those little minang pondoks....sungguh teratur ye kehidupan mereka...

hehehe, suka tgk gambar2 model2 berpakaian tradisi itu.

Pp

Unknown said...

kaya betul orang minang dengan budaya yang tersendiri :)

Neeza Shahril said...

bagusnya ada tempat khas untuk tujuan berlainan menyimpan padi. Takdelah bercampur aduk kan.. dan comel pulak tu tempat simpan padi hehee..

dan.. comel jugak pengantin2 veteran tu heheheee...

ZABS said...

Pp: Lil suku apa ye? Saya suku Biduanda, suku sakat jauh kepada yg jadi Datuk Undang di Rembau tu. Hehe..

ZABS said...

Akmal: Khta kaya juga. Cuma tidak dibanggakan seperti seharusnya.

ZABS said...

Neeza. Mereka masih aktif membuat bendang berterusan sepanjang tahun. Air sentiasa ada utk tanam padi. 25,000 rupiah utk memakai baju2 tu..

blackpurple @ jowopinter said...

Rumah Minang ini memang terlalu unik. Outstanding reka bentuk dan kesenian seni binanya. :)

DeeN said...

Teruja sangat tengok bumbung rumah diorang. Unik.

Yunus Badawi said...

Bagus jugak lelaki yg dewasa kena tidur kat masjid. Makmurlah masjid di sana agaknya?

ZABS said...

BP: Setuju, memang menarik. Ia juga satu simbol kebanggaan bagi mereka.

Kerp (Ph.D) said...

aiseh, banyak posting medan saya miss. tapi takpe, dah buat catch up pon. saya paling tertarik dengan gambar di Kelok 34 tu. itulah keindahan alam at its finest!

Pak Zab, makan nasik kat sana camna? daging dinding mesti power kat sana...hehe...

Sastri said...

salam uncle...

rumah gadang macam tu rupanya...

masuk suku tu macam mana ye?

ZABS said...

DeeN: Kalau nak tengok rumah macam tu di Negeri Sembilan ada juga beberapa buah yang bebentuk begitu.

YB: Mungkin begitulah agaknya. tapi saya tidak berkesempatan berjemaah di Masjid Mereka...hukuhuk.

Bergen: Begitulah adanya.

ZABS said...

Kerp: Ada satu lagi posting tentang lawatan ke seberang tu. Lepas itu akan cerita yang lain pulak. Saya pun baru balik dari KK hari ini.

Kami makan Nasi Padang setiap hari. DEaging dinding? Tak tahu pula ada lauk begitu. Goreng daging salai adalah..

ZABS said...

Sas: Gadang tu orang negeri kata godang. Bahasa bakunya besar. Mereka duduk ramai2 satu rumah, kenalah buat rumah besar. Satu bilik untuk satu keluarga.

Jika berminat tentang orang Minang ni sila lihat laman web berikut >
http://blogminangkabau.wordpress.com/category/pemimpin/