Friday, December 19, 2008

Lobang Jepang

Satu lagi tempat menarik dikunjungi semasa di Bukittinggi ialah "Lobang Jepun".

Sebelum memasuki lobang ini, terlebih dahulu kami telah melalui tugu ini yang didirikan untuk mengenang kembali zaman penjajahan Jepun itu. Jelas salah satu dari patung ini menunjuk ke arah lokasi Lobang Jepang tersebut.

Lobang ini telah mula dibina oleh tentera Jepun pada tahun 1942, dengan menggunakan buruh paksa yang diambil dari daerah2 luar dari Bukittinggi. Ia berhenti sebelum sempat disiapkan keseluruhannya pada tahun 1945, apabila pihak Jepun menyerah kalah, satelah dua bandar utamanya dibom oleh pihak bersekutu.

Ia dibina lebih kurang 45m ke dalam bumi.

Ia juga mempunyai kepanjangan lebih kurang 1.6 km (Wallahua'lam).


Terdapat berbagai "bilik" tertentu yang dibina khas di dalam lobang ini, seperti bilik senjata (yang paling banyak), bilik mesyuarat dan tentunya penjara seperti gambar di atas.

Penjara yang sempit ini menempatkan kesemua buruh paksa yang ramai jumlahnya itu. Mereka tidak ditemui lagi walaupun setelah pihak Jepun menyerah kalah dan lobang tersebut dihenti pembinaanya.

Beginilah keadaan asal lobang tersebut.

Ia kelihatan begini kerana telah disapukan sedikit konkrit agaknya untuk menguatkan lagi strukturnya.

Keletihan setelah keluar dari lobang tersebut.

15 comments:

zino said...

kenapa tak gunakan teknologi dia org tu utk bina terowong bagi kegunaan masa kini.. kan bagus.. hehe

Neeza Shahril said...

lobang tu tak berhantu ke pak zabs?? eee.. takut pulak rasa... macam tu lah takutnya neeza masuk pyramid dulu..

Kak Teh said...

salam, menarik tapi rasanya I will feel a bit claustrophobic!

aNIe said...

Salam Zabs...rasa seronok dpt menjejak sejarah kita...tapi kalau anie lah yang kena masuk dlam tu...mesti rasa rimas...takut...ntahlah fobia kot...

Zabs said...

Zino: Sebab takda lagi buruh paksa untuk buat kerja free. Juga kalau harga projek murah sangat, komisen kuranglah.

Neeza: Mengikut pemandu pelancung tu, mereka dah halau semua yang tidak berkaitan keluar dari lobang itu. Wallahua'lam. Allah sahaja sebagai penjaga kita.

Zabs said...

Kak Teh: Udara di dalam tu ada sedikit kurang, tetapi Alhamdulillah tidak ada pula yang sesak nafas pada masa tu.

aNIe: Puan Zabs pun tak berani masuk. tetapi my daughter nak masuk. So, saya temankan dia dan masuk bersama. Puan Zabs tunggu di luar je. Ada ramai juga yang tidak berani masuk ke dalam lobang tu.

Akmal said...

45m...dalam jugak tu. lagipun nampak agak sempit, claustrophobics mesti rasa tak selesa :)

Pak Tuo said...

Salam Tuan,

Terharu saya melihat photo2 tersebut kerana disitulah arwah Datok saya disiksa kemudiannya dibuang negeri keMelaka tapi bukan oleh Jepun tetapi oleh Belanda.sekitar 1929/30.
He was a political refugee if you wanna call it.

Salam Perkenalan

Wassalam

Zabs said...

Akmal: Rasa ok je masa masuk dalam tu. Kami berada 20 minit di dlm lobang tu.

Zabs said...

Terima kasih kerana sudi menjengok ke sini. Apa yg terjadi ada hikmah nya sendiri.

DeeN said...

Wah, cam adventure jer. Best sungguh.

Mak Su said...

saspen tak kat dalam tu?

Zabs said...

DeeN: Takde adventure nye. Macam jalan jalan dalam terowong SMART je. Siap ada pemandu lagi.

Mak Su: Ramai2 sekali masuk. Tak sompek nak suspen2 doh.

Zawi said...

Pak Zabs,
Saya akan menjejaki telapak kaki Pak Zabs apa bila ke Bukit Tinggi satu hari nanti.

rusliesophian said...

Salam Pak Zabs.

Hebat juga teknologi dia orang pada zaman tu. Tak adalah berjuta-juta ringgit dihabiskan untuk membinanya, ya pak zabs.