Thursday, December 04, 2008

Cuti-Cuti Ke Seberang

Memandangkan sekarang semua orang sudah boleh terbang dengan syarikat ini, maka saya dan isteri serta Pija telah mengambil kesempatan untuk bercuti ke seberang selama 5H4M bersama rakan2 lain dari pejabat isteri seramai lebih kurang 22 orang satu rombongan.

Ada beberapa cerita yang akan ditulis untuk entri2 akan datang, tetapi buat masa ini masih keletihan lagi, jadi kena tunggulah.

Dimuatkan dahulu beberapa gambar yang mungkin akan memudahkan pembaca (kalau ada yang bacalah) meneka ke mana kami telah berdagang untuk beberapa hari yang lalu itu.

Kini telah pun balik semula ke KL, setelah menjadi jutawan sementara, makan nasi padang setiap hari dan membeli apa sahaja yang dijual bila berpeluang. Hahahahaha....

22 comments:

drbubbles said...

Salam Pak Zabs,

Saya baru berbika-bika hendak ke sana Mac nanti,Pak Zabs sudah awal-awal lagi sudah kesana.

Mungkin ada 'travel tips'yang boleh membantu yang boleh dikongsikan nanti.

Saya memang berhajat hendak menziarahi Rumah Pak Hamka dan mungkin juga Istana Bung Hatta kelak.

Neeza Shahril said...

sah sah neeza tak pernah sampai situ sebab neeza tak tahu pun tempat tu.. tapi rasanya di Indonesia kan.. Medan ke?

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Menarik.

Mungkin ada gambar-gambar menarik lain yang akan tuan kongsikan dengan kawan-kawan blogger nanti.

Abahnajwa said...

Wah Pak Zabs...

Bestnyer..Bila nak turun Liverpool nie?

Yunus Badawi said...

Salam mantan jutawan,
Tentu seronok melancong ke Padang. Saya pun nak bawa anak2 ke Padang tapi sbb tak cukup bajet, bawa pergi padang permainan aje huhuhu.

Zabs said...

DrBubbles: Sudah suratan saya yang duluan Pak. Ada juga sedikit tips yang mungkin berguna.
1. Jangan makan terlalu banyak cili, pedasnya bukan main.
2. Bila berbelanja, jangan malu nak tawar harga. (30% biasa aja.)
3. Duit RM pun diterima dgn senang hati disana.
4. Bergerak berkumpulan lebih selamat.
5. Untuk ke Rumah Buya Hamka, boleh diatur melalui package, untuk pergi sendirian sukar sekali perjalanannya.

Zabs said...

Neeza,
Memang sah belum pernah ke sana. Hahaha..
Kami ke Padang dan Bukitinggi. Medan jauh ke utara lagi (lebih kurang 470km). Acheh pula lebih 850km ke utara Bukiting. Takpa nanti bila dah habis merantau boleh lawat2 negara jiran kita tu.

Zabs said...

BP@JP: Tentunya ada banyak gambar yang telah diambil. Menarik atau tidak bergantung kepada minat seseorang. Namun saya akan kongsikan nanti pada N3 yang lain, InsyAllah.

Zabs said...

Abahnajwa: Cuti2 berdekatan sahaja yang mampu buat masa ini. Pencen tak naik2 lagi. Nak kumpul lama tu baru boleh terbang ke sana. Airasia pun tahun depan baru ada flight ke sana...Sabar jelah...

Yunus: Ini budgetnya percutian, pergi berombongan, seronok ramai2 tapi ta boleh nak buat sesuka hatilah.. Hehehe...

drbubbles said...

Terima kasih Pak Zabs for the tips!

Sastri said...

salam Pak Zabs...

gambar nombor satu tu menarik perhatian saya... hari-hari mam nasi padang ek? :)

Akmal said...

Salam PakZabs,
Seghonok jalan-jalan naaa...? :D

ruby ahmad said...

Salam Zabs, sila jengut blog saya, sebab saya dah post kan script talk saya, 'Values for Success', saperti yang Zabs dan beberapa rakan lain, requested. terima kasih atas appreciation Zabs itu.

zino said...

salam aidil adha..

seronok ya ronda2 di seberang sebagai seorang jutawan hehe

DeeN said...

Salam Pak Zabs,

Wah, ini yang paling best. Cuti2, makan angin. Cuci2 mata. Memang menariklah.
Hehe.

Zabs said...

drbubles: Jika ada lagi maklumat yang boleh saya kongsi, sila tanyakan saja.

Sas: Itu salah satu rumah gadang yang saya kunjungi. Sebagai orang yangada sdikit asal dari keturunan minang (sebelah emak), saya belajar serba sedikit perkara baru di sini. saya juga ada sedikit. Di sebelah bapa, ada asal keterunan Jawa.

Akmal: Seronok, tetapi tidak boleh lama sangat. Hilang seronoknya kerana keletihan.

Zabs said...

Ruby: Terima kasih seribu. Akan dimanfaatkan tulisan itu sebaiknya.
Usaha anda ini amat dihargai, semoga lebih lagi anak muda (orang lama juga) akan mendapat kebaikan darinya. InsyaAllah.

Zabs said...

Zino: Selamat Eidul-Adha juga buat anda dan keluarga. Jutawan yang fakir...hahahahaha..

DeeN: Cuti2 mengiukut rombongan Kak Kiah je. Makan angin, nasib tak kembong. Cuci2 cermin mata.

KAMATO said...

Menarik gambar2 tu, mungkin boleh posting lagi yg lain2

Zabs said...

Kamato:Terima kasih. InsyaAllah akan cuba buat posting gambar2 yang lain (menarik??) nanti.

Mak Su said...

uncle zabs naik tak bot kenit tu? wuhuhu, kalau saya ler, tentu gabra giler :)

Zabs said...

Mak Su: Takda siapa yang berminat untuk naik. Diorang saja je panggil nak tengok apa ikan yang pak cik tu dapat tangkap.