Wednesday, December 10, 2008

Rumah Buya Hamka

Salah satu tempat menarik yang kami kunjungi semasa percutian ke Padang/Bukittingi iyang lalu ialah rumah kelahiran Prof. Dr. Hamka, yang terletak berhampiran Tasik Maninjau.

Tasik tersebut adalah kedua terbesar di pulau Sumatera ini, tetapi mempunyai kedalaman lebih kurang 450m. Tasik2 lain hanya mencapai kedalaman tidak melebihi 200m sahaja.

Namun demikian untuk sampai ke pinggiran tasik tersebut, bas kami perlu menurun bukit, sambil melalui 44 kelok (selekoh tajam). Keloknya lebih tajam dari yang terdapat di Bukit Putus (Jalan Seremban/Kuala Pilah). Boleh pening dibuatnya.

Pemandangan menarik, diambil semasa bas berhenti sebentar di Kelok 34, sebelum meneruskan perjalanan.

Semasa melawat museum tersebut kami diberi sedikit taklimat (juga tazkirah) oleh anak saudara Buya Hamka (wajahnya juga ada mirip Buya Hamka), tentang riwayat hidup dan hasil kerja beliau.

Walau pun begitu, sebagai mana yang diberitahu, terdapat banyak lagi judul buku hasil penulisan beliau yang masih belum di terbitkan.

Kami juga difahamkan, bahawa buku2 beliau lebih banyak dicetak di Malaysia dan Singapura.

Masjid yang terdapat di tepian Tasik Maninjau itu. Rumah Buya Hamka agak jauh ke hadapan lagi dari Masjid tersebut.

ps: Papan tanda ini di pasang di hadapan Museum tersebut. Renung-renungkan dan selamat beramal.

10 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Pak Hamka. Salah seorang tokoh yang saya sangat kagumi. Kalau berpeluang ingin juga mengunjungi tempat itu nanti. Insya-Allah.

Melihat gambar-gambar itu teringat karya Pak Hamka 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck', 'Merantau ke Deli', 'Di Bawah Lindungan Kaa'dah'.... yang kaya dengan cerita tentang tradisi dan adat di tempatnya.

terima kasih berkongsi tuan.

sya said...

Papantanda tu betul2 mengesankan jiwa

Neeza Shahril said...

Pak Zabs, Buya tu apa?

memang menarik sign board tu.. memang dunia tempat kita tabur pahala.. hasilnya di akhirat kelak..

Zabs said...

BP@JP: Saya juga pernah membaca satu dua karya beliau itu tapi dah lama sangat, dah lupa ceritanya. Sikit2 tu ingtlah.
Mengikut anak saudaranya itu, cerita di dalam "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" itu adalah cerita tentang diri beliau. Kerana perempuan di dalam cerita itu apbila membaca buku tersebut telah mengakui ia adalah tentang diri mereka.

Zabs said...

Sya: Semoga kita dapat menjadikanya sebagai peringatan yang berkekalan.

Neeza: Buya itu sengkatan dari perkataan Arab, Abuya yang bermakna Ayah.
Tetapi dalam penggunaan kepada Buya Hamka ini, ia bermaksud, panggilan hormat kepadanya kerana ajarannya (agama Islam) atau pendapatnya diikuti.

Mama Rock said...

papan tanda yang sunnguh dalam makna nya.

wah seronok sunnguh perjalanan pak zabs menjadi jutawan di tanah seberang :)

Zabs said...

MR: First time ke sana. Sebelum ini pernah ke Jakarta, Medan, Sabang dan Belawan. Teringin nak ke Bali jika ada rezeki.
Sejuta Rupiah boleh beli 3 helai blouse je.

Yunus Badawi said...

Seronok dpt ke sana ya?
Saya pernah mendengar ceramah Buya Hamka di Masjid Negara semasa saya sekolah menengah dulu. Mmg hebat org nya.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Thank you for the posting. I have my roots there ... I was told that my paternal great grandfather hails from Bukit Tinggi, with our salasilah tracing back to the palace of Pagar Ruyung.
I have yet to visit. I hope to do so one day especially to find relatives which I am told are still there.

Zabs said...

Yunus: Semasa hidupnya, beliau juga pernah berceramah di TV kita.
Mungkin dia lebih popular di Malaysia dari di Indonesia agaknya.
Buku2nya lebih banyak terjual di Malaysia dan singapura.

Fauziah: Salasilah saya di sebelah emak juga dari Minang tetapi tak pasti mana daerahnya.
Saya juga ada mengambil gambar Istana Pagar Ruyung itu, dan akan dimasukkan pada N3-N3 seterusnya.