Monday, April 12, 2010

Perlu kah?

Beberapa minggu yang lalu saya telah ke pejabat seorang kenalan untuk berbincang tentang satu projek (kini ia tinggal rancangan saja) yang saya rasa perlu bekerjasama dengan syarikat beliau.

Semasa berbincang, rakan itu, yang mungkin ingin menunjukkan betapa beliau berminat dan perlunya untuk mendapatkan projek tersebut, telah bercerita tentang segala kepayahan syarikat tersebut (termasuk kelewatan membayar gaji pekerja dan sebagainya). Saya merasa agak kurang selesa mendengar permasalahan mereka itu, tambahan pula kongsi beliau adalah kenalan lama dan agak rapat hubungan dengan saya. Tentu dia merasa sedikit malu atas pendedahan tersebut.

Moralnya di sini ialah, ada ketikanya, kita tidak perlu berlebih2an dalam bercerita tentang kesusahan kita kepada orang lain;

- orang yang mendengar itu mungkin tidak berminat untuk tahu.

- orang yang mendengar itu mungkin hilang kepercayaan.

- orang yang diceritakan itu mungkin tidak mahu ia diceritakan.

- cerita itu tidak menambah nilai apa-apa.

Jika tidak ada yang baik untuk diperkatakan, lebih baik berdiam sahaja. Wallahua'lam.

Friday, April 09, 2010

Karenah

Seorang kawan telah mendapat kontrak yang agak besar dari salah sebuah syarikat besar negara untuk membekalkan perkhidmatan dan peralatan yang diperlukan oleh syarikat itu untuk tempuh dua tahun bernilai lebih kurang 6j setahun. Satu jumlah yang agak besar bagi sebuah syarikat yang mempunyai modal berbayar sebanyak 500k sahaja.

Masalah bermula dengan beliau meminjam untuk mengadakan "bank guarantee BG" sebanyak 300k, sebelum kontrak ditandatangani. Apabila BG pun dipinjam, bermakna modal pusingan untuk operasi pun perlu juga pinjaman. Seperti korek lubang tutup lubang...jadinya. Kelewetan Syarikat Besar itu membayar khidmat yang diberikan juga tidak membantu keadaan.
Sekarang telah masuk tahun kedua, tapi masalah masih belum dapat di selesaikan...akan di sambungkah kontrak syarikat ini nanti?...wallahua'lam.

Wednesday, April 07, 2010

Menjengok Tempat Lama...

Lama tak menulis di sini. Asyik berfb hingga terlupa pula mengupdatekan laman yang telah dimulakan sejak beberapa tahun lalu. Mungkin takda siapa pun yang singgah lagi kerana telah lama tidak ada perkara baru yang di tuliskan.

Tetapi sejak kebelakangan ini mula minat untuk mengupdatekannya semula, untuk menulis serba sedikit perjalanan dan putaran kehidupan yang dilalui sekarang dan juga bagi mengenang kembali perkara2 yang lalu. InsyaAllah jika berkelapangan akan adalah yang akan di tulis nanti..... InsyaAllah.