Friday, August 06, 2010

Telefon Selular/Bimbit/Gengam

Walau apa pun istilah yang diberikan, benda ini sangatlah menarik dan diminati ramai. Orang muda, orang yang tak berapa muda dan tidak ketinggalan kanak2 yang belum lagi tahu bercakap, sudah pandai menekan kekunci dan memanggil nekma atau atuknya menggunakan telefon bimbit emaknya.

Mengikut statistik bagi tahun 2009, terdapat lebih 29.623 juta pelanggan yang berdaftar (pasca bayar/prabayar) untuk penggunaan telefon selular di Malaysia. Ia melebihi dari jumlah penduduk yang ada pada masa itu yang hanya 28.46 juta. Lebih kurang 104 telefon bagi setiap 100 orang penduduk. Itu tidak termasuk telefon biasa yang di rumah dan pejabat.

Oleh kerana itu kita akan dapat melihat di mana sahaja umat manusia ini akan sentiasa melekat ditangannya telefon bimbit.

Ku pandang kiri....

Ku pandang kanan....

Akan ada saja telefon di tangan mereka.
Di dalam kereta sambil si suami memandu, si isteri akan ber'sms'. atau ber'f'b' Ada ketika pula si isteri tidak berbuat demikian, tetapi si suami yang memandu pula ber'sms' dan ber'fb' apabila tersangkut di dalam kesesakan.
Tiga orang kawan sambil berjalan, salah seorang asyik bercerita, tetapi tidak tahu samada didengar oleh kawan yang berdua itu atau tidak, kerana mereka asyik menekan telefon di tangan mereka.

Sepasang suami isteri memesan makanan, apabila makanan sampai, si suami yang kelaparan makan dengan berseleranya, apabila selesai mendapati isterinya masih belum menjamah makanan kerana asyik menjawab 'sms' di telefonnya.
Saya pula telah mula menggunakan telefon bimbit sejak tahun '86 bermula dengan satu jenama telefon yang agak berat, jika dilontar kepada anjing mungkin akan pengsan anjing tersebut. Sejak dari itu telah banyak juga tukar menukar telefon dan akhirnya yang masih dipakai selepas hampir dua tahun telefon jenis "RIBUT" ini.

Yang seronoknya telefon bimbit ini ialah kerana ia mempunyai fungsi kamera. Tanpanya tentu saya tak dapat ambil gambar di bawah ini....hahaha...

Apa-apa pun berhati2lah bila menggunakan telefon tu......

- Jangan bercakap terlalu lama hingga bil menjadi beratus2 dan dihentikan perkhidmatan.

- Jangan memandu sambil bercakap di telefon, sambil merokok dan melayan isteri bercakap lagi.

- Jangan bersms sambil menunggang motosikal melainkan anda berkepala batu.

- Lintas jalan dahulu baru jawab sms kawan tu. Tak mustahak pun. Paling tidak pun dia tanya dah makan belum.

- Notifikasi dari fb boleh dijawab bila sampai di R&R nanti.

- Meja makan untuk makan dan berborak2 dengan pasangan bukan untuk jawab sms dari kawan2.

- dan lagi dan lagi (sila sambung.......)



16 comments:

kak Erna said...

salam ZA..ada lagi ke..simpan talipon yang boleh buat anjing pengsan kalau dibaling tu..nostalgia tu..dan berapa pulak tipun yang hilang..semua tu kena masuk senarai tu..he he..

Pak Man laksam said...

Salam Zabs,
Lama sungguh tak singgah sini. Harap semuanya sihat.

aNIe said...

Salam Zabs...memang pun tepon lama tu macam tumbler air besarnya..dan macam kata kak erna...jarang hilangnya...

Azilah Zed said...

kalo nak kire bape kali tukar tepon...mesti dah xbole keep track kan...hahahaha

Zabs said...

Erna: Terima kasih kerana sudi berkunjung. Telefon tu dah lama berkubur...hilang tanpa berita..haha.

PakMan: Terima kasih, sehjat Alhamdulillah. Selamay menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

aNie: Betul...tapi yang saya punya tu terhilang juga...mungkin bila brpindah2 rumah..haha.

Azilah: Anakanda tentu ingatkan... sebab selalu menunggu peluang untuk mengambilalih....haha.

KAMATO said...

yg harunya kalau telepon tu bunyi kat masjid masa orang tengah solat

Zabs said...

Salam Komato,

Kekadang tu pakm Imam pun ada hand phonenya masih on..walaupun pada mode silent, bila ada call datang akan bunyi gangguan di microphone...huhu.

penjejak maya said...

salam ziarah ke sini..

Zabs said...

Salam kenal penjejak maya...terima kasih kerana sudi menjegok.

en_me said...

ammvoiii nicol david tewww.. ehehe

salam ramadhan bro

Mak Su said...

salam ramadhan uncle zabs, moga ceria selalu dalam menjalani ibadah puasa, nak tambah list:

remaja, sila makan, selesaikan makan, sms boleh buat later ;)

Zabs said...

En.Me...ada kawan yang jeles tu. Dia amat minat dengan Nicol tapi saya yang pula berpeluang ambil gambar dgn dia...haha..

Zabs said...

Salam Mak Su.

Dah mula buat kueh ke?

Selamat berpuasa dan beramal.

Pesanan yang baik tu untuk anak2 remaja. Orang2 yang tak berapa remaja pun ada yang macam tu.

13may said...

Salam uncle....lama sungguh tak jenguk kawan2 kat blog ni..

harap2 uncle sihat sejahtera

btw, saya suka silent tepon :D

Zabs said...

Salam 13May. Terima kasih kerana sudi menjengok uncle di sini. Alhamdulillah, sihat2 aje. Selamat berpuasa. Semoga anda juga sehat sentiassa. InsyaAllah.

Al-Manar said...

Tertarik pula melihat tajuk telefon bimbit. Tidak dinafi banyaknya rahmat dengan adanya alat ini. Seperti alat alat yang lain penyalahan guna munkin mengatasi kebaikan. Saya nampak alat ini adalah salah satu alat yang meningkatkan masalah social dikalangan remaja, terutamanya dikalangan yang dikamong kampong. Saya amat bimbang membaca berita setiap hari tentang apa yang berlaku. Ini adalah satu pandangan dari kacamata saya yang sekarang banyak melihat kanak kanak sekolah dari satu sudut yang dekat sekali.
Salam hormat dan selamat berpuasa.
Pakcik Almanar.