Thursday, March 27, 2008

Pembedahan Di Hari Sabtu

Seperti yang dilaporkan oleh akbar-akbar hari ini, 19 hospital kerajaan, pada peringkat awal ini, akan memulakan operasi pembedahan elektif (bukan kritikal) pada hari Sabtu bagi memendekkan masa menunggu pesakit-pesakit.

Begitu juga dengan beberapa buah klinik kesihatan yang akan memanjangkan tempuh perkhidmatan selepas waktu pejabat, dari jam 5.30 petang hingga jam 9.30 malam. Dan tentunya ada imbuhan bagi mereka yang terlibat. Mungkin ini telah lama dinantikan oleh mereka.








Lebih-lebih lagi bagi para pesakit yang telah terlalu lama menunggu untuk mendapatkan rawatan pembedahan. Seperti dinyatakan, ada yang telah menunggu sehingga 6 bulan. Mungkin telah sembuh sendiri penyakit tersebut sementara menunggu dibedah.

Nampaknya ada juga kebaikannya apabila bertukar menteri baru, selepas setiap pilihanraya. Mereka tentunya akan memikirkan sesuatu impak yang boleh mereka buat pada permulaan ini. Dan diharap ia akan berterusan.

Juga diharapkan, janganlah pula pada hari Sabtu sahaja baru ada operasi pembedahan, kerana ada insentif $$$. Jika begitu jadinya, ia tidak akan menggurangkan masa menunggu yang cuba di pendekkan itu.

Syabas doktor2, misi2 dan semua pekerja kesihatan. Tak perlu buat kerja "locum" di klinik swasta dah pada hari Sabtu. Tokasid perlu kerja lebih masa selalulah nampaknya di kliniknya. Wallahualam.

15 comments:

Mak Su said...

suka sgt kalau klinik gomen bukak hingga pukul 930pm, ai laik [yea yea, tepuk, tepuk]

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Melihat dari perspektif positifnya, memang eloklah langkah itu. Semoga akan nampak hasilnya nanti. Sekurang-kurangnya pesakit tak perlu berjanggut lagi untuk menunggu.

:)

Zabs said...

Mak Su: Jika untuk kebaikan, kita sokong. Tetapi kena pantau selalu, mana yang tak ramai pengunjung, tak perlulah buka hingga malam begitu. Jimat sikit. Jangan untuk melepas batuk ditangga sudah.

BP@JP: Ia perlu dilihat dari perpektif positif sekarang kerana sudah hendak dimulakan. Jika hendak dibincangkan dulu, bolehlah juga perspektif negatifnya diambil kira. Tetapi seperti saya katakan di atas, setiap tindakan/perancangan yang dijalankan perlu ada pemantauan.

Ia perlu kajian jangka panjang dan pendek untuk tahu keberkesanannya. Kekadang tu, sesuatu tindakan dibuat tanpa ada feedback dan berterusan, tak kira ia beri manfaat atau tidak.

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Alhamdulillah. Satu langkah yang bijak. Tapi perlu ada perubahan mentaliti bagi pihak hospital utk menjayakan program ini.
Tapi jika insentif kewangan di pertingkatkan sudah tentu ramai yang sudi buat OT.

tetapi dgn membuat pembedahan pada hujung minggu tidak menyelsaikan masaalah. Jika hospital membuat satu extra day utk pembedahan, adakah wad-wad mampu menanggung pertambahan post-op care? Ini satu masaalah yang besar. kekurangan katil dan kakitangan menguruskan post-op care sering membuat kes-kes tertangguh.

Kebiasaannya purata pesakit yg telah menjalani pembedahan akan berada dalam wad selama 3-4 hari sebelum di discaj. Biasanya setiap unit di peruntukkan 2 hari utk kes2 pembedahan elektif dan arrangement ini memudahkan pengurusan post-op care dan tidak menjadikan wad tidak cukup katil . Jika di tambah pembedahan pada hari sabtu...saya bimbang akan ada kesan pada pengurusan wad terutamanya kekurangan katil.

Semasa bertugas di Hosp Melaka dulu, kami di unit O&G setiap rabu akan ada lebih kurang 20-30 kes pembedahan elektif yang dapat kami habiskan dari jam 8.00-5.oo ptg. Unit kami menggunakan semua bilik bedah yang ada ketika itu( 3 rooms) dan pakar kami melatih kami dgn berkesan jadi ramai doktor yang boleh melakukan pembedahan kecil atau sederhana. saya pada ketika itu sudah di benarkan melakukan pembedahan besar seperti histerektomi. Jadi kes-kes kami tiada yang di tangguhkan melainkan jika jika terfapat banyak kes2 emergency . dan di waktu itu unit O&G tiada masaalah kes2 menunggu lama.

Pandangan saya, banyak kes2 tertangguh adalah kerana cara pengurusan pakar2 sendiri. If they push their cases pasti tiada penangguhan kes.Tapi jika mereka lebih suka postpone cases maka akan ada backlog of elective cases.
jika pakar2 di hospital kerajaan sanggup 'pulun' sikit pada waktu bedah mereka mungkin tak perlu hari sabtu nak buat elektif surgeri.

Locum saya tak terjejas sebab locum saya dari klinik kesihatan luar bandar. Jeng jeng jeng!!

Zabs said...

Doc. TA: Trima kasih atas huraian panjang lebat yang memang saya nantikan itu.
Agakya susah nak dapat doktor yang betul2 komitd skrang ini yang buatkan banyak kes tertunggak. Apa pun kita doakan yang terbaik dapat dicapai.
Kalau Locum takda pun, tentu takda masalah, bagi doktor yang sentiasa bekerja kuatkan?

Akmal said...

Alhamdulillah, so esok akan start lah kan? InsyaAllah, boleh membantu masalah menunggu yang lambat tak hengat pesakit-pesakit kat hospital-hospital.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Baguslah kalau boleh mempercepatkan sesuatu pekerjaan daripada ditangguh2kan.
I remembered having to postpone my knee surgery because the hospital didn't have enough beds. I was registered as a patient, only to be told to come back a week later for the surgery.
It was one week of emotional roller-coaster as I was so mentally prepared the first time but I had to psych myself up again for the week after!

Zabs said...

Akmal: Semoga ia dapat memberi hasil yang diharapkan.

Fauziah: Tentu pembedahan itu telah berjaya. Anda semakin aktif nampaknya, yang dapat dilihat dari assignment dan aktiviti yang berbagai yang telah dan sedang anda lakukan . Syabas.

Neeza Shahril said...

baguslah gitu. macam kat sini, hospital memang sampai malam. Senang. Tapi, memang lah penuh malam2 tu. Kalau nak pergi, kena pergi siang sebab masa tu orang kerja..

macam yang Pak Zabs cakap, hopefully takde yang salah guna la kan.. sebab Sabtu ada extra pay, ramai la yang nak kerja Sabtu pulak...

Zabs said...

Neeza: Pada hemat saya benda ni bukan isu dah. Kalu benda lain orang boleh buat OT kerana kerja perlu dicepatkan. Inikan pulak apabila ia berkitan dengan kesihatan dan keselesaan orang ramai.
Tentulah bagi yang punya banyak wang, boleh pergi ke hospital swasta jika mahu segera mendapat rawatan. Tetapi kebanyakan yang sakit itu tidak punya wang yang banyak. Itulah yang menjadikan masa menunggu bertambah2 lama di hospital kerajaan. Mereka inilah yang perlu diberi perhatian.

jaflam said...

Salam Zabs,
Satu langkah yang baik untuk mengurangkan kes menunggu dan memenangi hati rakyat yang sakit. Selalunya bila di tolong masa kesusahan begini, ingatan dan kenangan akan bertahan amat lama.

Anak saya yang baru habis SPM teringin sangat nak jadi Dr .... belajar dan kerjanya memanglah teruk .... tapi khidmatnya amat murni. Walaupun dapat 10As tapi persaingan amat hebat. Semoga dia berjaya dalam temuduganya 2 April ini.

Zabs said...

DJ: Semoga impian anak tuan menjadi kenyataan. InsyAllah.
Anak saya takda seorang pun yang berminat di bidang ini, walaupun emaknya menggalakkan.

NBK466 said...

Bagus utk kebajikan rakyat..asalkan jgn jadi cam pepatah omputih 'warm2 chicken shit' udah..he..he..he..

tokasid said...

Salam Pak Zabs,

Informal and impromptu lunch gathering.

Saya,Matsalo,Kerp dan Shah akan ada gathering silaratuleahim pada Sabtu 5 April jam 1.00 tghari di Kayu Nasi Kandar Tesco ,dekat the curve Damansara Mutiara.

InsyaALLAH yang akan turut serta adalah:

anuradha - galadriel
akmal
bigdog
elena acciacatura
elviza

The maybees...

1. Jacqueline Tegjeu (she's arriving the night before but she'll be pressured to come)
2. Captain Yusuf
3. Datuk Jaffar Lamri (jaffpoint)
4. Anon from Miri
5. Kak Nuraina
6. mob1900
7. pi Bani
8. Daphne Ling
9-Pak Mior
10-Raden Galoh

Kalau pak zabs ada kelapangan boleh join sekali. Boleh bawak isteri( isteri saya ikut sama).

Kalau apa-apa pak zabs sms saya kat 017283123.
Wassalam.

tokasid said...

Ralat:

0176283123