Saturday, March 08, 2008

Tanggungjawab Kita

Saya telah menjalankan tugas saya seawal jam 9 pagi lagi. Sekarang saya boleh berehat sambil menunggu keputusan PRU 12 ini nanti. Anda bagaimana?

Saya hanya berjalan kaki sahaja ke tempat mengundi.
Kali ini tempat mengundi cuma 150m sahaja dari rumah.

Walaupun begitu masih ramai yang datang dengan kereta dan motosikal.

Salah sebuah kereta yang diguna untuk pengangkutan ke tempat mengundi.

Salah satu poster yang ditemui sebelum sampai di tempat mengundi....

Menyemak nama dan saluran mengundi.

Saluran mengundi saya agak panjang, tetapi tak sampai 20 minit sudah selesai.

Amaran dari SPR.

Bertemu kawan lama agaknya selepas membuang undi.

Gembira setelah menjaalnkan tanggungjawab.

SELAMAT MENGUNDI................

20 comments:

Kak Teh said...

seronoknya! Di sini, polling station pun tak ada. Hanya kakitangan kerajaan dan para pelajar saja boleh undi, tapi kalau mereka tak sempat daftar sebagai pengundi pos pun tak boleh undi jugak. Ramai yang tak sempat.
Sama-samalah kita nantikan keputusannya ya, Zab?

Neeza Shahril said...

hehehe.. best pulak tengok gambar gambar. Macam baca paper.. tapi paper ni lebih bebas, tiada pengaruh badan badan tak berkenaan. kalau orang baca paper ni kan, sure dia kata.. eh! muka aku masuk paper laaa.. heheheee

Zabs said...

Salam Kak Teh,
Sepatutnya semua layak mengundi. Kenapa kakitangan kerajaan dan pelajar je? Sebab mereka tentu akan undi Bee End ke? Kalau tidak kena hantar balik agaknye....

Zabs said...

Neeza: Tempat saya ni nampak gayenye, Bee End tu takde persaingan sangat.
Apa pun semuanya boleh berlaku. Kita tunggu malam nanti... Apa kata pengundi...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Alhamdulillah, dahpun selamat memangkah. Kita tunggu keputusannya malam ini :)

Zabs said...

BP@JP: Penantian yang berbaloi mungkinnya. Apa pun kita telah buat pilihan yang tepat semestinya. Salam.

Sastri said...

semoga yang layak menang, menang... saya juga menunggu keputusannya dan berharap ada kelainan kali ini... :D

Zabs said...

Sas; Memang banyak kelainannya kali ini.

zino said...

keputusan telah pun di ketahui.. mesej amat jelas.. ini yg di mahukan rakyat..

tahniah kepada yg berjaya..

Neeza Shahril said...

Camana Pak Zabs? memang kita?? iye la tu kann... neeza nampak Pak Zabs senyum aje tu.. hehehe.. tapi frust la. tunggu result punya lah lama nak announce. Neeza dok kat tempat computer ni sampai 10.30pm (Malaysia dah 3.30 pagi). masih tak finalized semua. kenapa lah slow sangat.. dulu2 rasanya by midnight semua dah tahu dah...

U.Lee said...

Hi Zabs, I enjoyed looking at your well taken pics here. This is my first time seeing election activity in Malaysia after 21 years, ha ha.
Good turnout too I can see.
Last year we had our local elections for Toronto city councillors.
There were quite a few new faces, and there were three Chinese guys seeking our vote. My wife and I choosed one fellow and thinking he maybe from HongKong or China.
He won and two days later the papers did a write-up on him...he was from Penang!
I guess the Alliance party won big time, huh? I remember old days it was a sailing boat logo.
Nice pics, Zabs, you keep well and have a nice evening, Lee.

Mak Su said...

camner keputusan di tempat pak zabs?

pB said...

Alhamdulillah ....

pB gembira sebab tempat pB masih lagi pemimpin yang sama .....

senyum sokmo ...!!!

alan zed said...

terkejut nama sendiri di sebut kuat2... hehe... my first voting experience... :)

Zabs said...

Zino: Semoga kita tidak tersalah pilih pula lagi.

Neeza: Terkejut juga, tak jadi nak senyum. Orang2 SPR terjekut sakan tu yang lambat dikeluarkan keputusan tu agaknya.

Mak Su: Parlimen: PKR, DUN: PAS.

pB: Tahniah, dan dapat majoriti yang lebih lagi kan?

Alan: Mungkin undi anak2 muda yang buat perubahan yang drastik ini....

Zabs said...

Lee: Thanks for dropping by. The Allieance is now National Front (Barisan Nasional (BN)) with the symbol as shown in the picture (blue flags on the car).
On the contrary Lee. BN lost a lot of seats. For the Parliamentary Seats, they won only 140 out of 222. In 2004 they won 199 out of 219.
As for the states, they lost 4 more in addition to Kelantan which has been under PAS rules for the last 18 years.
They are Kedah, Penang, Perak and Selangor. All of these states with have a combination of PAS, PKR and DAP as the governments. Take care Lee.

ADIEJIN said...

betul kata neeza..macam baca paper. hehe.. tak nak jadi wartawan ker pak zab ?

Zabs said...

Adiejin: Dah nak jadi warga emas, saham dah rendah, takda orang nak ambik dah, takut nanti paper takda orang beli.
Macam apa yang telah terjadi ni lah, ramai orang dah tak suka...tapi masih tak mahuterima...nak buat camno?

MA & Brood said...

Saya tengah sibuk berkenduri di kampung semasa keputusan start masuk one by one. Kesian pengantin - tak de sapa yang peduli - semua sibuk tengok TV, termasuk la si tukang masak. Kejap2 jengok ke dalam rumah dgn sudip dan tudung periok sekali.

It's the dawning of a new era.

Zabs said...

MA: Who ever it is that they are supporting, their wedding anniversaries shall be remembered by all. As you rightly said the dawning of a new era, and they enter the new era as husband and wife.
Semoga jodoh mereka kekal sepanjang hayat. InsyaAllah.