Thursday, March 13, 2008

Adakah Ginjal Anda Ok?

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa hari ini (13 Mach) adalah Hari Ginjal (Buah Pinggang) Sedunia dan di sambut di seluruh dunia oleh pengamal2 perubatan yang mengkhusus kepada organ dalaman ini.Saya juga tidak tahu akan adanya sambutan ini sehinggalah dimotivasi oleh isteri untuk menyertai satu forum awam berhubung ginjal ini, yang diadakan di HKL.

Sambutan itu telah dirasmikan oleh Pengarah HKL (Yang berbaju Hijau itiu)

Siap ada potong kek lagi.

Selain ceramah umum tentang fungsi ginjal dan penyakit yang berkaitan dengannya, seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi, pameran berhubung ginjal dan pemakanan sihat juga turut diadakan.
Pengunjung juga dapat membuat pemeriksan tentang kesihatan ginjal mereka dengan menguji air kencing dan darah yang dilakukan dengan mudah oleh para petugas di lobi hospital di mana pameran itu diadakan.
Borang pemeriksaan saya.

Saya juga telah mengambil kesempatan melakuakn pemeriksaan tersebut. Dari pemriksaan tersebut, Alhamdulillah, ginjal saya bole bertahan lagi. Tetapi seperti yang saya jangkakan, sya perl turunkan lagi berat badan dan mendapat nasihat dari pakar pemakanan yang ada di sana.

Ada tiga J, yang perlu saya ambil perhatian:

1. Jadual makan yang tetap, seperti makan malam sekurang2nya 4 jam sebelum waktu tidor.
2. Jenis makan yang saya makan perlulah mengikut diet yangtertntu, seperti mengurangkan makanan bergoeng, lemak dan sebagainya.
3. Jumlah kalori dalam makanan juga perlu dikurangkan.

Di samping itu saya perlu bersenam sekurang2nya 3 kali seminggu selama 30-40 minit setiap kali. Semoga saya boleh buat saranan2 dari Puan Pakar itu.

(Chef Wan pun ada datang untuk buat demontrasi masakan, tetapi saya tidak sempat ambi gambarnya kerana perlu balik ke pejabat. Isteri saya mungkin ada gambarnya kerana mengikuti sesi itu sampai ke petang. Saya akan "update" jika ada gambarnya).

Updated:

Pesakit buah pinggang meningkat

KUALA LUMPUR 13 Mac - Seramai 15,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad.

"Sehingga kini, sebanyak 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup," katanya pada sidang akhbar selepas Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain merasmikan Hari Ginjal Sedunia di sini hari ini.

Dr. Ghazali berkata, kebanyakan kes kegagalan ginjal berpunca daripada penyakit diabetes.

Beliau menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengelak terkena penyakit diabetes, gout atau tekanan darah tinggi yang berkait rapat dengan penyakit buah pinggang. (Sumber dari Bernama)

26 comments:

acciaccatura said...

hmm...interestinglah entri ni pak zab. especially bila tsunami dah reda!

Akmal said...

Pak Zabs,
Saya pun baru tahu semalam hari ginjal, thanks to your posting. Ginjal dalam badan kita umpama penapis. Kalau tak jaga, macam mana badan nak buang benda-benda yang nak kena reject. Alhamdulillah, Allah dah bagi kita 2. Ginjal adalah organ yang sangat efisyen walaupun kecil. Seorang manusia boleh hidup dengan hanya satu ginjal. Sebab tu kita boleh derma ginjal.

alan zed said...

sayangilah ginjal kita. hehe.

Zabs said...

Accia: Sedikit pengongsian yang mungkin beri manfaat. Kongsi kuasa susah nak cakap, boleh beri manfaat atau tidak....

Alan: Bukan ginjal sahaja! Paru-paru jantung dan semua anugerah Allah yang dulunya dalam keadaan 100% sempurna. Tanda kita bersyukur, jika kita menjaganya dengan baik juga.

Zabs said...

Akmal: Setuju dengan anda. Namun begitu bukan semua orang boleh dermakan ginjal mereka.
Ada staff di pejabat yang mahu dermakan kepada adiknya yang amat memerlukan, tetapi setelah ujian dibuat, didapati tidak sesuai. Malah semua saudara mara yang hendak menderma didapati tidak sesuai. Allahu Akbar.

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Memang ramai yang tidak menyedari ginjal adalah amat penting bagi tubuh kita.

Secara ringkas, ginjal umpama IWK. Ia akan memproses dan membuang kotoran product badan dan meyerap semula dan recycle bahan2 yang di perlukan badan.
Bayangkan apa akan jadi jika tapak IWK di taman kita tidak berfungsi...segala bahan najis yang di salur ke tempat kumbahan IWK akan membusuk dan mencemarkan seluruh taman.

Begitulah ginjal.Jika tidak berfungsi maka segala bahan buangan dan yang bertoksik akan terkumpul dalam tubuh dan akan mula mengagalkan fungsi-fungsi organ dan sel2.

Begitulah pentingnya ginjal.

Antara contributor terpenting kerosakkan ginjal ialag Darah Tinggi dan Kencing Manis yang tidak terkawal. Yang TIDAK TERKAWAL.

Jadi sesiapa yang menghidapi Darah Tinggi dan Kencing MAnis pastikan anda menuruti dos ubatan anda agar ginjal anda terpelihara.

Jika ginjal kita rosak, masih ada jalan untuk menyelamatkan tubuh iaitu melalui kidney transplant dan yang lebih common ialah heamodialysis.Tetapi harus di ingatkan kedua-dua prosedur ini akan memakan kos yang amat tinggi. bayangkan untuk dialisis kos antara RM100-150 sekali dialisis.jika yang kena seminggu 3 kali? Sebulan 12 kali?

jadi sebelum terlambat,jagalah dan hargailah ginjal kita.

terima kasih Pak Zabs kerana mengingati kita semua.

Zabs said...

Doc. TA: Terima kasih kerana menambahkan lagi maklumat untuk kita semua ambil perhatian.
Allah Maha Adil,kita semua diberi cukup sifat, oleh itu kita perlu bersyukur dan menunjukkan kesyukuran itu dengan menyayangi semua pemberian Nya itu. Alhamdulillah.

Neeza Shahril said...

Baguskan ginjal ni. Tapi kesian, dia kena tapis segala toxic yang kita makan. Mesti dia selalu sakit hati bila kita makan benda benda yang tak sihat. Bila hati dia sakit, mula la dia bagi batu karang.. walaupun batu karang kat laut cantik dan ramai orang cari, batu karang dalam ginjal sangat la bahaya dan semua orang buang.. hehehee..

Zabs said...

Neeza: Begitulah adatnya dengan banyak hal dalam hidup ini, kalau kita menjaga ia dengan baik, maka kita akan dijaga dengan baik pula, tetapi jika sebaliknya kita lakukan, kita sendirilah yang akan menanggung akibatnya.

Mak Su said...

ada hari ginjal jugak ya,.... tapi terlalu sikit promosi kot. saya tak tahu pun...(kuciwa)

Zabs said...

Mak Su: Anda tidak baca surat khabar arus perdana agaknya.:)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Info yang menarik. Saya pun tak perasan ada Hari Ginjal.

Semasa sihat inilah kena jaga-jaga ginjal kita, sebab kos dialisis pun bukan murah sekarang. Bukan begitu tuan...?

Oh ya tuan. Saya teringin juga nak tahu apa agaknya yang ada di dalam dompet / beg tangan [kalau ada] tuan. Tuan akan faham kalau singgah di blog saya. :)

Zawi said...

zabs,
Tulisan anda mengingatkan saya untuk membuat pemeriksaan segera untuk mengetahui apakah keadaan ginjal saya terkini. Bertahun-tahun mengambil diet pil darah tinggi mungkin mempunyai kesan sampingan keatas ginjal saya dan sakit pinggang telah membuat hidup saya kurang selesa.
Masih tidak terlewat untuk kita melakukan sesuatu untuk merawat dan memulihkan sistem kumbahan dalam badan kita. Kita tidak boleh semata mata bergantung kepada IWK (Thanks Tokasid) untuk menjaganya. Kita sendiri juga ada peranan.

Zabs said...

BP@JP: Menjaga lebih baik dari mengubati (Prevention is better that cure). Sila baca komen Tokasid di atas, dan anda akan tahu berapa perbelanjaan untuk dialisis yang diperlukan setiap bulan.
Terima kasih kerana ingin tahu apa isi beg kerja saya. Akan beri gambaran InsyaAllah.

Zabs said...

Zawi: Ya, silakan lah ke klinik yang terdekat untuk pemeriksaan itu.
Dalam keadaan semasa yang amat canggih ini, kita seharusnya boleh dapat mengesan penyakit2 kronik yang mungkin ada pada peringkat awal lagi.
Kerana jika ia sudah sampai pada peringkat yang "advance", mungkin harapan untuk diubati adalah tipis. Wallahua'lam.

Mat Salo said...

Terima kasih Pak Zabs kerana mengingati.

Takut Pak Zabs, anak-anak masih kecil.. yang nomor tiga belum pun pandai cakap lagi...

Zabs said...

MS: Secara kebetulan, isteri bekerja di hospital, jadi apa yang dapat dikongsi dan boleh beri manfaat pada semua saya tulislah. Tetapi ada masa nya saya juga perlu diperingatkan.
Kita merancang, Allah merancang, tetapi perancangan Allah yang sebenarnya. Tetapi doa itu, senjata paling utama kita orang Islam. Berdoalah dan Allah akan kabulkan. InsyaAllah.

zino said...

imfomasi yg berguna utk kita..

pB said...

terimakasih kerana sharing the information

tahniah kerana Abe Jenal sihat ...

Sastri said...

disebabkan saya merupakan pengidap sakit darah tinggi (bermula tengah tahun lepas), setiap 3 bulan memang ada membuat pemeriksaan ginjal sebab menurut salah seorang kawan baik saya yang juga seorang doktor, ubat yang saya ambil, salah satu side effectnya akan terkena pada ginjal... jadi perlu dimonitor... tapi selain dari pemeriksaan ginjal ni, pemeriksaan lain seperti kadar kolestrol, kadar gula dalam darah, liver test juga dibuat setiap kali saya pergi ke klinik tu... cuma tak tahan, tiap kali ke situ, darah saya diambil dan masalahnya (menurut misi-misi yang dah ambik darah saya ni), urat saya ni kecik lagi haluih belaka... jadinya sekali pergi, nak 3 tabung darah, dan akibatnya, merata lengan kiri dan kanan dan terbaru tak cukup di situ, di tangan saya juga dicucuk untuk mendapatkan darah... payah gak berurat haluih ni naa...

Zabs said...

Zino: Semoga dapat manfaat dari amalan makanan sihat kita. Insyaallah.

pB: Terima kasih. Tetapi saya masih perlu tahap kolestrol.

Zabs said...

Sas: Isteri saya pun sudah lama juga makan ubat untuk darah tinggi, tetapi rasanya dia tidak pula buat check-up untuk ginjal itu setiap tiga bulan. Mungkin dia guna ubat lain kot.
Orangnya halus kot? Itu yang urat pun macam orangnya juga.
Saya baru 4 hari lepas ambil darah untuk "blood test". Setabong doktor ambil untuk ujian tahunan saya itu. Saya tanya kenapa perlu banyak sangat, dia kata banyak ujian nak buat dan untuk spare. Kalau tak cukup, tak perlu ambil lagi. Ada ke?
Sampai hari ini masih ada kesan jujukan jarum itu.Mungkin hari ini akan dapat "result"nya. Harap2 semua ok. InsyaAllah.

Sastri said...

aduhai... kalau nak tau, orangnya ni sangat besar... tak padan dengan kehalusan urat tu... huhuhu...

Zabs said...

Sas: Kemungkinan bukan halus, misi yang bertugas mungkin kurang arif nak buat perkara itu. Isteri saya pun dahulu sebelum jadi tutor, adalah misi juga. Dia selalu bercerita yang rakannya ada ketikany,a menyakitkan pesakit apabila nak ambil darah begitu. sabar aje lah. Doktor yang baru lulus pun kadang kadang begitu.

Baru dapat keputusan blood test. Alhamdulillah, ok, kecuali kolestrol masih di tahap borderline. Panjang lebar doktor nasihat tentang keperluan bersenam dan pemilihan makanan, seperti apa yang isteri saya selalu beri syarahan juga. Ulangkaji....

OK said...

klik link di bawah untuk tatapan gamabar pertandingan memasak dan demo masakan chef wan pada hari tersebut..

enjoy viewing

http://fotorama.okbos.com/category/event-and-happening/page/7/

Azlan a.k.a Robot said...

salam sejahtera...
semakin rakyat malaysia mengalami penyakit ini.. adakah dialisis akan memulihkan buah pinggang tersebut...?