Thursday, May 24, 2007

Gaji

Gaji atau upah untuk setiap pekerja perlu dibayar sebelum kering peluh mereka setelah selesai bekerja. Namun ini hanya sesuai bagi mereka yang bekerja bergaji hari.

Realitinya sekarang, ia tidak sesuai lagi, kerana purata pekerja hari ini, mendapat gaji secara bulanan.

Walaubagaiman pun, apa yang penting, pembayaran gaji adalah hak pekerja. Namun demikian, yang berhak menentukan jumlahnya, tidak semestinya pekerja tersebut.

Di dalam hal ini majikanlah yang biasanya berhak menentukannya dan menganggap pekerja tak ada pilihan melainkan menerima seadanya, jumlah yang difikirkan sesuai oleh majikan tersebut.

Majikan juga mempunyai anggapan seperti berikut:

- Majikan bermurah hati kerana mengambil mereka bekerja.

- Hanya majikan boleh menentukan jumlah gaji pekerja.

- Pekerja harus berterima kasih kerana dibayar gaji.

- Kenaikan gaji adalah hak majikan semata-mata .

- Majikan perlu dipuji atas sebarang kenaikan gaji.

- Majikan perlu disokong walaupun tindakan mereka tidak dipersetujui.

- Wang yang majikan belanjakan untuk tujuan lain tidak boleh dipersoalkan.

- Pekerja yang tidak puas hati dengan gajinya berdiam diri atau cari majikan lain.

- Pekerja perlu tingkatkan prestasi bila dah naik gaji.

Apa sebelum ni pekerja tak bekerja dengan baik ke?

4 comments:

UmmuSarah said...

Betul spt kata Zabs. Begitulah manusia...baru sedikit Allah beri nikmat darjah sbg majikan, sudah rasa diri ini berkuasa. Allah juga yg maha Adil & Saksama. Allah maha Kuasa. Bukan kerja yg beri kita rezeki, Allah yg beri rezeki.

tokasid said...

Salam to zabs.

hari ni baru nak letak komen.Selalu baca saja.
Perkara naik gaji di Malaysia ni seumpama cerita kartun. Bila nak PRU gaji naik.Kemudian harga barangan naik. Orang yg baru gaji naik pun mengeluh.Orang yg kerja sendiri atau swasta yg gaji tak naik terus menderita.
Jurang ekonomi akan semakin merenggang. Jurang si miskin dan si kaya semakin membesar.
Apakah perlu semua ni?

Unknown said...

Zabs, terima kasih tak terhingga atas takziah yang disampaikan. Saya sangat menghargainya. Terima kasih sekali lagi.

ZABS said...

ummusarah: Sebagai majikan kita sebagai pembantu untuk mengagihkan rezeki pekerja tersebut yang disalurkan melalui kita.

tokasid: Betul kata tuan tu . Kakitangan kerajaan cuma 1.2 juta je, yang kerja sendiri dan swasta berganda banyaknya. Tentu majikan tak mampu nak naikkan 35%, gaji mereka. Dahlah projek yang banyak seperti diwar-warkan tu hampeh pun tak nampak. Kroni kasi perabih kot?

Chegu: Yang hidup akan merasai mati. Jika kita semua sentiasa mengingati mati tentu aman dunia ini.